Aku Bukanlah Seorang Gadis Yang Cerewet Dalam Memilih Pasangan Hidup.
Siapalah Diriku Ini Memilih Berlian Sedangkan Aku Hanyalah Sebutir Pasir Yang Wujud Dimana-Mana.
Tetapi Aku Juga Mempunyai Keinginan Seperti Gadis Lain Dilamar Lelaki Yang Bakal Dinobat Sebagai Ahli Syurga,Memimpinku Ke Arah Tuju Yang Satu..
Tidak Perlu Kau Memiliki Wajah Seindah Nabi Yusuf A.S Yang Mampu Mendebarkan Jutaan Gadis Untuk Membuatku Terpikat.Andainya Kau Jodohku Yang Tertulis Di Luh Mahfuz, Allah Pasti Akan Mencampakkan Rasa Cinta Di Dalam Hatiku Jua Hatimu Kali Pertama Kita Berpandangan.Itu Janji Allah.Akan Tetapi Selagi Kita Tidak Diikat Dengan Ikatan Yang Sah,Selagi Itu Jangan Kau Zahirkan Perasaan Itu Kepadaku Kerana Kau Masih Tidak Mempunyai Hak Untuk Membuat Begitu.Juga Jangan Kau Lampaui Batasan Yang Telah Ditetapkan Syara'.Aku Takut Perlakuan Itu Akan Memberi Impak Yang Tidak Baik Dalam Kehidupan Kita Kelak.
Permintaanku Tidak Banyak, Cukuplah Dirimu Yang Diinfaq Seluruhnya Pada Mencari Redha Ilahi.Aku Akan Berasa Amat Bertuah Andai Dapat Menjadi Tiang Seri Atau Sandaran Perjuanganmu.Bahkan Aku Amat Bersyukur Pada Illahi,Kiranya Akulah Yang Ditakdirkan Meniup Semangat Juangmu, Menghulurkan Tanganku Untukmu Berpaut Sewaktu Rebah Atau Tersungkur Di Medan Yang Dijanjikan Allah Dengan Kemenangan Atau Syahid Itu.Akanku Kesat Darah Dari Lukamu Dengan Tanganku Sendiri.Itu Impianku.
Aku Pasti Akan Berendam Airmata Darah Andainya Engkau Menyerahkan Seluruh Cintamu Kepadaku.Bukan Itu Yang Aku Impikan.Cukuplah Engkau Mencintai Allah Dengan Sepenuh Hatimu Kerana Dengan Mencintai Allah, Kau Akan Mencintaiku Kerana-Nya.Cinta Ini Lebih Abadi Dari Cinta Insan Biasa.Moga Cinta Ini Juga Akan Mempertemukan Kita Kembali Di Syurga.
Aku Juga Tidak Ingin Dilimpahi Kemewahan Dunia.Cukuplah Dengan Kesenangan Yang Telah Diberikan Ibi Bapa Ku Dulu.Apa Guna Kau Menimbunkan Harta Untuk Kemudahanku Sekiranya Harta Itu Akan Membuatkan Aku Dan Kau Lupa Tanggungjawab Kita.Aku Tidak Akan Sekali-Kalib Bahgia Melihatmu Begitu..Biarlah Kita Hidup Dibawah Jaminan Allah Sepenuhnya.Itu Lebih Bermakna Bagiku..