masturat

masturat

usaha atas iman

Monday, November 28, 2011

KERANA MALU



Kerana malu…
Aku menunduk pandangan,
aku takut andai mataku menjadi punca penzinaan,

Aku khuatir andai mataku adalah titik permulaan yang menggetarkan jiwamu,
Aku bimbang andai mataku membawa aku ke lembah penghinaan lantaran melihat diluar batasan
Aku cuba melindungi mataku lantaran aku tahu keindahan penciptaannya….
Aku cuba mengawal mataku kerana aku tahu perintah-Mu…
Moga Allah mengampunkan dosa-dosaku…
Moga aku lebih berhati-hati dengannya…



kerana malu…
Aku jarang bersuara
Madahku hanya terdengar bila perlu,
Kerana aku takut bicara tanpa tulang dari lidahku adalah musibah buat diriku,
Aku khuatir andai bibirku menjadi saksi diakhirat yang merugikanku,
Namun diamku bukan bermakna aku setuju secara tuli,
Diamku juga tidak bererti aku gentar,
Diamku juga tidak pula membawa maksud aku rela tanpa hujah,
Cuma aku bimbang andai suaraku lahir dari hati yang sakit,
Kerana suara hati itu lebih tajam dari pena yang menikam…
Hakikatnya, bicaraku 'ingin' sekali penuh hikmah…


Kerana malu,
Aku sering sembunyikan wajahku…
Kata mereka malu itu biarlah bertempat,
Memang benar aku lebih suka menundukkan wajahku,
Namun aku tahu bila mana ianya perlu,
Bila bertemu mujahid sejati,
Maluku bertambah lagi,
Hingga akhirnya wajahku tersembunyi sendiri,
Jangan kerana sering melihatku begitu, maka dirimu berandaian jumud terhadapku…

Kerana malu,
Aku lebih suka kemana-mana dengan mahramku,
Bukan kerana manja atau kerana tidak mampu berdiri di kaki sendiri,
Tapi andai tempat itu sememangnya butuh teman untuk mendamping,
Mengapa aku harus menolak kehadirannya,
Aku hanya ingin melindungi diriku dari fitnah,
Aku hanya ingin menyelubungi diriku dengan kemuliaan seorang wanita,
Kerana setiap kali wanita itu keluar dari rumah, itu maknanya syaitan memerhatikannya…



Kerana malu,
Aku melabuhkan tudungku,
Aku gagahkan diriku mengikut syariat,
Memang benar syariat itu bermula dengan mujahadah yang panjang,
Melawan keinginan nafsu yang sering meminta aku mempamerkan keindahan ciptaan-Nya,
Namun akhirnya malu itu membawa aku agar teguhkan pendirianku,
dan kerana malu, aku semakin melabuhkannya…



Kerana malu,
Aku sering menghabiskan waktu dirumahku,
Bukan aku tidak mahu keluar bersiar-siar diwaktu senggangku
Namun rumah itu adalah tempat terbaik buatku
Dan aku pasti akan keluar, andai keperluan memerlukan aku berbuat begitu…




Kerana malu,
aku sering menyembunyikan rahsia hatiku,
Aku bimbang andai hatiku tidak dibalut rasa malu,
Maka aku akan bertindak melulu,
Aku juga bimbang andai hati memaksa aku untuk memilih mengikut kehendakku, dan bukannya keperluanku..
Bukankah itu akan mendatangkan kekecewaan buat diriku…

Kerana itu,
aku cuba merendahkan hatiku, serendah dasar lautan…
Dan ku pasakkan setinggi tekad dihujung jalan….



Kerana malu,
Aku cuba tanamkan sifat hamba dalam diriku,
Malu ku kerana cintaku,
Malu ku kerana kasihku,
Malu ku kerana keindahan-Mu,
Malu ku kerana kekuranganku,
Malu ku kerana keagungan-Mu,
Maafkan aku ya Rabb, kerana malu ku sebenarnya belum cukup mampu menghalang dosa-dosaku…


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

~ANA MUSLIMAH~

pilihan dan tanggungjawab



Salam mahabbah dengan senyum yang sentiasa terukir dibibir... huhu... Alhamdulillah hari ini dengan sedikit kekuatan, ingin sekali mengukir sesuatu diteratak buruk milikku ini...Insya'Allah...


"...Benih yang baik, kalau dicampak ke darat menjadi gunung,
Jika dicampak ke laut menjadi pulau..."



Sekadar mengingatkan diri yang sering lupa, dan sesiapa yang ingin mengambil pengajaran melaluinya...


Manusia yang HEBAT itu, campaklah dilautan api mana sekalipun pasti boleh berenang kembali ke pantai semula... Letaklah di dalam ceruk hutan mana sekalipun, pasti mampu untuk hidup dengan baik...




Kita manusia, sering mencipta ALASAN dengan memprojeksikan keadaan atau menyalahkan keadaan. Hingga adakala kita lupa bahawa PILIHAN ditangan kita, kita yang MEMILIH untuk menjadi itu, kita yang MEMILIH untuk melakukan itu, kita yang MEMILIH untuk berada disitu dan kitalah secara keseluruhannya MEMILIH untuk BERTINDAK BEGITU.

Misalnya, jika kita diajak keluar lepak2 dengan teman2, sedangkan dalam masa yang sama masih banyak yang belum distudy sempena minggu peperiksaan yang semakin tiba... Jadi mana satu yang akan kita turuti???...keluar sekadar lepak2 atau study???... PILIHAN DITANGAN KITA BUKAN???



Justeru kita perlu BERANI MEMILIH DAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS PILIHAN. Jika keluar lepak2, maka mungkin tidak sempat untuk cover semua subjek hingga berkemungkinan untuk tidak LULUS. Dan seandainya kita STUDY, maka insya'Allah dengan mudah kita menjawab peperiksaan tersebut.




Namun sedihnya, bila mana mata melihat orang lain mampu melakukan sesuatu... sedang diri tidak mampu... Diri mula mencipta alasan dengan meletakkan, individu yang BOLEH itu kerana mereka berada dalam ZON SELESA sedang diri sendiri tidak. Jarang sekali kita ingin memuhasabah kembali apa yang telah kita LAKUKAN hingga kita tidak mampu menjadi BOLEH seperti mereka...



Seorang senior pernah berkata padaku:
"Orang yang kata payah saat menuntut ilmu, itu bermakna mereka tak study." Saat mendengar kata2 senior yang dengan YAKINNYA berkata demikian rupa, terpana sekejap diri ini.... Tika itu aku berada di Tingkatan Enam Rendah... Hingga saat ini, walaupun senior tersebut telah jauh merantau di USM, namun kata2nya masih terkesan dihati...Fuhhh... makan dalam..
TQ kak shakilla kerana memberi motivasi yang sangattt terkesan!...

Erm... Ingatlah... Jika inginkan kejayaan milikmu, bukan mencipta ALASAN atas kekurangan diri. Tapi perbaiki KELEMAHAN yang ada.. Kaji semula dimana letaknya KEKUATAN... Jika orang lain BERJAYA, itu maknanya mereka BERUSAHA ke arah itu jadi mereka BERTINDAK untuk jadi seperti itu.... Bukankah formula hidup tu macam ni=


HIDUP = PILIHAN = TANGGUNGJAWAB


Dalam hidup, kita punya PILIHAN untuk MEMILIH... Lakukan PILIHAN yang TEPAT dan TERBAIK, kemudian, HARUS BERANI berhadapan dengan KESAN akibat PILIHAN yang dibuat. Dan itulah yang dikatakan TANGGUNGJAWAB terhadap PILIHAN yang telah dilakukan...


Sesungguhnya KEJAYAAN dalam HIDUP tidak datang BERGOLEK, usaha dan penat lelah harus didahulukan... Jika tidak mahu, maka sesungguhnya dengan senang hati kita telah menempah tiket untuk ke destinasi KURANG BERJAYA^^...kerana itu ANDAI TAHU SUSAH, TINGKATKAN USAHA.. ANDAI TERASA PAYAH, JANGAN PUTUS ASA... KEMENANGAN DARI KEPAYAHAN ITU LEBIH TERASA MAKNANYA;)

BANGKITLAH WAHAI DIRI... PILIH YANG TERBAIK DAN LAKUKAN YANG TERBAIK^^,V...
JADILAH BENIH YANG BAIK, DICAMPAK KE MANA SAHAJA PASTI MAMPU MENJADI YANG TERBAIK...
KERANA SESUNGGUHNYA KITA YANG MEMILIH UNTUK ITU...

We ARE ENTITLED TO THE BEST AMONG THE BEST...

Akhirul kalam... hidup harus berani memilih dan bertanggungjawab atas pilihan....

terimalah seadanya





“Belilah puan, majalah ini bagus untuk wanita yang baru kawin seperti puan.”


Aisya pun membeli majalah tersebut dari penjual itu. Aisya baru sahaja berkahwin dua hari lalu. Suaminya bernama Rahman, bekerja pensyarah di Kuala Lumpur.


Selesai masak di rumah, sementara menunggu suaminya habis solat, Aisya pun membelek-belek muka surat majalah baru dibelinya. Satu artikel telah menarik minatnya Aisya. Suara suami Aisya mengajak makan membuat Aisya terperanjat. Ditutup majalah itu, dan kemudian duduk bersama suaminya.
“Sayang masak apa hari ni?” tanya suami.



“Ish abang ni, kan lemak cili api kegemaran abang tu bang.”Aisya mencubit peha suaminya.


“Abang tau, hehe”



“Abang….”suara Aisya terhenti.


“Ya…ada apa?” tanya suaminya.


“Tadi Aisya ada terbaca majalah. Apa kata, kita tuliskan kelemahan pasangan kita atas satu kertas. Abang setuju?”


“Abang tak kesah sayang, boleh.”Rahman senyum memandang ke isterinya.


Malam itu, mereka tidur berasingan untuk menulis kelemahan pasangan masing-masing. Suaminya tidur di ruang tamu, isterinya tidur di bilik mereka.


“Selamat pagi abang, mari bersarapan.”
Merek duduk di meja, dan masing-masing senyap. Suaminya mulakan bicara.


“Semalam Aisya kata nak beritahu kelemahan abang, Aisya beritahu lah dulu.” Mereka berdua berjanji tidak akan tersentuh hati.


Aisya pun baca lah kelemahan suaminya yang tercatat pada kertas yang ditulisnya semalam satu per satu. Belum habis baca lagi, air mata suaminya bergenang.
Y_Y
“Abang tak apa-apa ke?”

“Tak, teruskan Aisya.”masih berbekas lagi senyuman suaminya.

Selesai membaca apa yang ditulis, kini tiba suaminya pula. Suaminya menghulurkan satu kertas kosong, tidak kotor dan tidak tertulis apa-apa padanya.


“Abang, mana kelemahan saya?”
Suaminya tersenyum.


“Sayang, pada mata abang, sayang tidak ada kelemahan walupun secalit, bersih seperti kertas itu. Sayang cukup sempurna di mata abang. Sayang lah ratu hati abang, perhiasan Allah turunkan kepada abang. Kerana itu, abang tidak tulis satu pun kelemahan sayang, kerana sayang sempurna.” Suaminya tersenyum lagi sambil mengusap pipi isterinya. abang terima sayang seadanya.. sebab sayang kurniaan Illahi...
mempertikaikan sayang adalah mempertikaikan ciptaan Allah.
Abang tak mahu jadi hambaNya yang tak tahu bersyukur...
kita hidup saling melengkapi...
Aisya menitiskan titisan mahal dari matanya, tersentuh hatinya dengan kata-kata suaminya. Cukup dia hargai mempunyai suami seperti Rahman.


“Maafkan Sya bang…”menangis teresak Aisya di dada suaminya.


Rahman memaafkan isterinya, yang membuatkan Aisya lagi tersentuh.
Sebenarnya, pasangan kita adalah sempurna, tidak ada cacatnya. Cinta kerana Allah menyempurnakan lagi kasih sayang antara suami isteri. Hargailah dan terimalah pasangan kamu seadanya.

Monday, November 21, 2011

YaKInLah paDaNya.. TeManKu...


Bismillahirrahmanirrahim..




Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yg kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..


Wahai temanku ar-rijal,

Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,

Yg seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yg diimpi,
Seorang serikandi..


Wahai temanku an-nisa

Aku mengetahui halusnya perasaanmu,

Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,


Temanmu ar-rijal juga begitu..



tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi jgnlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu
itu,
Nafsu raja yg menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yg gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?



Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Nya melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya kranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yg ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yg menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yg mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yg hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..
Andai Dia yg engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di
depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan
I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yg terbaik..
Lantaran DIA yg terbaik
DIA akan menentukan yg terbaik untukmu,
Dan andai dia yg terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yg terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?
Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yg menjunam itu,
Aku menegur yg mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama2 meredah lautan api,,,
Yg terlalu pedih, yg terlalu seksa, yg terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik
Sama2lah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah DIA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan DIA..
Serahkan segalanya pada DIA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
Wallahuaklam.....

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dlm hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA
Engkau akan gelisah andai DIA
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yg Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yg sebenar
Insya ALLAH!!

Thursday, November 17, 2011

raWat hAti...



✿• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ•✿

~ReNungkanlaH~

~♦✿10 Tanda HATI Yang SAKIT

1 - Percaya Pada Kewujudan Allah Swt -TAPI TIDAK- Menunaikan SuruhanNYA

2 - MengUcap Cinta Pada Rasullullah Saw -TAPI TIDAK- Mengikuti Sunnahnya

3 - Mengamalkan Membaca Al-Quran -TAPI TIDAK- Melaksanakan kandungan2nya

4 - Menikmati Semua Nikmat Allah Swt -TAPI TIDAK- Bersyukur padaNYA

5 - Mengetahui Syaitan Adalah Musuh -TAPI TIDAK- Menentangnya

6 - Mahu Memasuki Syurga -TAPI TIDAK- Berusaha untuk Mencapainya

7 - Enggan Di Campak Ke Neraka -TAPI TIDAK- Cuba Untuk Menjauhinya

8 - Percaya Bahawa Setiap Yg Hidup Pasti Akan Mati-TAPI TIDAK-Bersedia untuknya

9 - Mengumpat, Mencaci dan Mencari Kesalahan Org Lain - TAPI TIDAK - Menginsafi Dan Meninggalkan Keburukan Diri Sendiri

10 - Takut Pada Kematian - TAPI TIDAK - Mengambil Pengajaran Daripadanya

••► Jadi, BERHATI-HATILAH !!! Check HATI, Check AMAL, Check PAHALA
Sudah Cukupkah Persediaan Untuk Menemui Yang Esa????

~♦✿Semoga kebaikan yg kita lakukan di dunia ini mencapai keredhaan ALLAH Subhanahu wa ta'ala yg menjanjikan kebahgiaan di akhirat...Aamiiin..


✿• Barakallah •✿

Tuesday, November 15, 2011

diMaNaKah KItA dI SaNA ???

12 Barisan Umat Muhammad di Padang Mahsyar, di manakah kita? 


Barisan Pertama - Manusia tanpa tangan dan kaki Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya 

Barisan kedua - Manusia berwajah khinzir hitam Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran 

Barisan ketiga - Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat 

Barisan keempat - Manusia yang mengalir darah dari mulutnya Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli 

Barisan kelima - Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut kepada Allah 

Barisan keenam - Manusia yang tenggorok dan tengkoknya putus Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya 

Barisan ketujuh - Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan 

Barisan kelapan - Manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala) manusia yang melacurkan diri atau berzina tanpa  bertaubat 


Barisan kesembilan - Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi Mereka di dunia memakan harta anak yatim 

Barisan kesepuluh - Manusia bertubuh penuh dengan lepera dan belak (sejenis penyakit kulit yang amat gatal)  Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya 

Barisan kesebelas - Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk, bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik Mereka di dunia meminum arak 

Barisan keduabelas - Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya Merekalah golongan beriman dan beramal soleh.

Sunday, November 13, 2011

waNita AcUAn al-QURAN


Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita ->


*      Yang Beriman
*      Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
*      Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
*      Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
*      Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
*      Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
*      Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
*      Yang Menjaga tuturkatanya
*      Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
*      Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
*      Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
*      Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai MusuhYang Bersifat Jembalang
*      Yang Menghormati ibubapanya
*      Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
*      Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
*      Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami mendalami Agama Islam
*      Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
*      Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat


Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW serta
wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan. Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita
Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga Di Situlah Rumah Impiannya Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT

Perhiasan yang menjadi dambaan..


Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.

Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:

" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."

Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.

Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.

Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.

Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-suatu perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!

Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Penatnya buat kerja jemaah..dah lah xde gaji.



Penglibatan dalam urusan berkumpulan (jemaah) sehari-hari semakin dirasakan membebankan. Kerinduan kepada keluarga tercinta yang jauh dimata kian berat dan semakin sarat. Peruntukan masa untuk bersama mereka yang tersayang dan masa bersendirian untuk lebih dekatkan pada-Nya kian terkikis. Dahlah cuti macam tak cuti. Dengan menghadapi tekanan, tohmahan, karenah dan ragam manusia yang pelbagai, betul-betul menyusahkan dan memeningkan..langsung tak membantu aku apa-apa!
 
Tambahan, apabila dikata, bergerak kerja berjemaah, buatlah kerja bersama-sama. Tapi...mereka dengan mereka dan aku yang sendirian.. Asyik betul mereka dengan assabiyah mereka yang dilabelkan sebagai "ukhwah" tu..betul ke ukhwah?? Huh! Penatnya! Letihlah!!! Dah la takde gaji! Bukan aku nak kata aku tak ikhlas, tapi..kalau nak bergerak kerja berkumpulan tu, biar la dengan suka hati..kalau dah rasa bersendirian, macam mana nak bersemangat buat kerja?? Betul x?


Tapi pembaca sekalian, aku mohon dengan sangat untuk kalian meneruskan pembacaan...

Kata-kata dan ayat di atas, sebenarnya, aku takde nak tuju pada sesiapa..tapi, ia adalah sebagai muhasah untuk diri dan mungkin untuk pembaca sekalian (jika berguna). Mungkin ada antara kita yang pernah merasakan seperti situasi di atas. Jadi pertamanya, aku nak mengajak kalian untuk sama-sama kita beristighfar jika kata-kata semacam diatas pernah terlintas dan terdetik di hati kita.. Astaghfirullahal'azim...(30 kali atau lebih..)
Aku juga nak nyatakan di sini..bahawa aku bukanlah orang yang terbaik untuk menulis entry ini. Aku hanyalah seorang hamba yang hina, penuh dosa dan noda..aku hanyalah mahasiswi kejuteraan mekanikal pertanian, bukan mahasiswi aliran agama atau seorang yang terlalu wara' dan arif dalam ilmu agama. Namun begitu, aku berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan dan berkongsi bersama setakat mana yang aku mampu; moga dapat dimanfaatkan oleh semua pembaca.




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Apabila kita bergerak dalam kumpulan (jemaah), aku percaya bahawa masing-masing mengetahui keperluan berada di dalam satu kumpulan (jemaah). Aku yakin sekali masing-masing tahu kepentingan untuk berjemaah. Bagaimanapun, kita diberi pilihan untuk memilih mana yang terbaik* dan yang mana kita suka berdasarkan kateria-kateria pilihan masing-masing. Apakah mungkin kalian hidup bersendirian tanpa orang sekeliling kalian?? Tambahan hidup sekarang yang terdedah dengan pelbagai cabaran dan terdedah dengan pelbagai jenis kemaksiatan.. Sangat besar pintu kemungkaran kini..tidak seperti dahulu lagi.. Jadi bolehkan anda hidup sendirian? Kita perlukan satu sama lain..benar atau tidak?


Betapa pentingnya kita berada dalam jemaah islamiyyah seperti dalam Firman Allah swt ; 
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan merekalah orang yang berjaya”(Al Imran ; 104)
Tapi apa yg berlaku harini perpecahan berlaku antara sesama umat islam sendiri.
Kita sedia maklum bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya..sudah tertulis di Luh Mahfudz semenjak azali lagi. Segala usaha yang kita lakukan adalah salah satu ikhtiar dari peringkat kita..Namun adalah menjadi sebahagian daripada tunjang keimanan kita untuk percaya bahawa Dialah (Allah) yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu itu.
“…Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Luh Mahfudz)…” [Fatir : 11]
Apa kaitannya ketentuann-Nya dengan kerja jemaah? Huhu.. Susah juga ya nak kaitkan.. Jangan pula korang cakap, "Jadi, aku (dalam situasi kat atas tu) jadi begini atas ketentuan-Nya la. Aku nak buat macammana?". Allahumma ya Allah.. Aku mohon agar kalian jelas dengan apa yang ingin aku sampaikan. 


Allah memberi peluang untuk kita menghirup udara..merasai segala nikmat yang sementara ini.. Allah sebenarnya memberi ruang kepada kita untuk memperbaiki kehidupan kita..Cuba bayangkan, jika esok bukan lagi milik kita..adakah sempat untuk kita memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri pada hari ini? Itulah yang dikatakan, 

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."
Apa yang berlaku pada diri kita...segalanya adalah daripada Allah..bagaimana perit pun yang kita lalui itu, yakin dan pastilah bahawa ada hikmah disebalik segala yang berlaku. Sesakit mana pun apa yang kita lalui..Ada kebaikan yang menanti (InsyaAllah). Aku sering menerima respon, bila kebaikan/hikmah itu akan sampai? Tidak sabar sungguh hati manusia ini.. 
Hikmah itu...
Pernah aku post di 
wall FB aku (jika kalian pernah terbaca la).. 
"Ujian itu terkandung 1001 hikmah. Hikmah itu bukan hanya kepada yang diuji, tetapi juga kepada orang sekelilingnya.."
Hurm...berkaitan dengan masa, bila ya kita nak dapatkan hikmah? Sesungguhnya Allah tahu yang terbaik buat kita, buat hamba-hamba-Nya.. Masa kemenangan bagi orang yang benar, yang dijanjikan Allah itu adalah dalam perkiraan-Nya. bukan masa dibawah berkiraan kita, ya. Apa hak kita..Tiada milik kita ya, ape yang kita miliki kesemuanya adalah hak Allah. Milik Allah. Adalah menjadi hak Allah untuk segala sesuatu itu, sama ada bila dan dimana. Mungkin tempoh masa yang lama adalah sebagai ujian untuk kita jadi orang yang lebih bersabar.. Bersangka baiklah dengan-Nya..
Kan Allah dah berfirman dalam surah Al Hujuraat, ayat ke 13 yang bermaksud : 

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
Kalau kita semua hadam perkara ni, insyaAllah masing-masing akan sama-sama berlapang dada dan insyaAllah takde dah masalah hati dan bertingkam lidah, betul tak? Lagi, kalau kita pasakkan hati untuk berkerja ikhlas semata-mata kerana Allah, insyaAllah sebarang permasalahan dapat diselesaikan dengan baik. Ya, kita semua manusia, bukan seperti nabi yang maksum. Jadi pastinya ada perselisihan pandangan dan pendapat. Apalah kiranya kita semua mencari titik persamaan atas pertempungan idea dan pandangan?


Dan mengapa Allah tidak menjadikan usaha untuk menjadi sejahtera dan menyatukan semua perbezaan itu di bawah satu bumbung sesuatu yang mudah? Buktinya terjadi perlbagai pepecahan di dunia ini walhal mengaku bertuhankan kepada Tuhan yang satu. Kerana Dia mahu melihat siapa sebenarnya di antara kita yang lebih bertaqwa, berbuat ke arah menegakkan sesuatu yang disyariatkan tanpa menimbulkan perpecahan

"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)."(Asy Syuura:13)

Dalam gerak kerja jemaah, biarlah ada rasa bebas untuk memberi dan menerima sesama ahli. Rasa tidak bebas dan tidak selesa untuk memberi dan menerima akan menyukarkan gerak kerja. Anggaplah ahli segerak kerja kita seperti ahli keluarga kita.seperti adik beradik kita..komunikasi antara adik beradik pun tak lepas dari pertelingkahan. Namun, air yang dicincang takkan putus. Berurusanlah sebaik mungkin. 



Ujian dariNya punyai bagai bentuk dan cara..
Apabila kita diuji Dia..
Bersabarlah..Redhalah..
Atas segala ketentuan-Nya..
Bukan pasrah tanpa usaha..
Yakini hikmah.. 
Walau ia tersembunyi..
Walau lama menanti..
Tetap belum ditemui..
Bersabarlah wahai hati..
Jangan mudah menyerah 
pada bisikan yang membinasakan...
Bersangka baiklah..
Bertindak yang wajar..
Bersungguh dengan gerak kerja..
Buat yang terbaik..
Elakkan merungut.. 
dan mengeluh..
Doalah moga Dia permudahkan..
segala urusan..
Jadikan diri sebagai solusi..
bukan hanya pembongkar korupsi 
atau masalah..

Clearkan hati..
Sucikan diri..
Kawal emosi..
Saling memaafi..
Saling memahami..
Elakkan membenci..
dan berhasad dengki..
Kita sesama insani..
saling melengkapi..
Ikhlaskan diri..
Pada Ilahi..

Nikmat dunia hanya sementara..
Akhirat jua kekal selamanya..
Yakini bersungguh dengan janji-Nya..
Bahawa syurga bakal menanti..
Doalah semoga sama-sama diberkati..
dan dirahmati Ilali...
Hidup InsyaAllah
Mati itu pasti..

Akhir kata, maaf jika ada yang terguris dengan kata-kata ana..
sebab ana cuma manusia yang tak kan terlepas dari wat silap..