masturat

masturat

usaha atas iman

Showing posts with label MUSLIMAH. Show all posts
Showing posts with label MUSLIMAH. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

kita lah wanita itu



seindah perhiasan adalah wanita solehah

Mungkinkah pada keayuan,kecantikan dan ketenangan wajah yang hanya bisa dilihat oleh suami..

atau mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja..

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis..

atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi..juga ayah..suami dan pipi munggil anak-anak..

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang sekaligus melembutkan perasaan..

Boleh jadi pada kesucian dan ketulusan hati dalam mencurah kasih, sayang dan cinta ..

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita..

Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan wanita..

Duhai kaum Hawa..

Kitalah wanita itu. .

Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita seorang wanita dan memberikan keindahan-keindahan itu..


Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu.. tiba masanya, segalanya akan pergi jua.. Wajah akan suram, mata akan kelam..


Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia,iaitu sifat mahupun naluri kewanitaan..


TERIMA KASIH TUHANKU MENJADIKAN AKU SEORANG WANITA.. terima Kasih Ya Rasulullah kerana telah mengangkat darjat kami..

Monday, November 28, 2011

KERANA MALU



Kerana malu…
Aku menunduk pandangan,
aku takut andai mataku menjadi punca penzinaan,

Aku khuatir andai mataku adalah titik permulaan yang menggetarkan jiwamu,
Aku bimbang andai mataku membawa aku ke lembah penghinaan lantaran melihat diluar batasan
Aku cuba melindungi mataku lantaran aku tahu keindahan penciptaannya….
Aku cuba mengawal mataku kerana aku tahu perintah-Mu…
Moga Allah mengampunkan dosa-dosaku…
Moga aku lebih berhati-hati dengannya…



kerana malu…
Aku jarang bersuara
Madahku hanya terdengar bila perlu,
Kerana aku takut bicara tanpa tulang dari lidahku adalah musibah buat diriku,
Aku khuatir andai bibirku menjadi saksi diakhirat yang merugikanku,
Namun diamku bukan bermakna aku setuju secara tuli,
Diamku juga tidak bererti aku gentar,
Diamku juga tidak pula membawa maksud aku rela tanpa hujah,
Cuma aku bimbang andai suaraku lahir dari hati yang sakit,
Kerana suara hati itu lebih tajam dari pena yang menikam…
Hakikatnya, bicaraku 'ingin' sekali penuh hikmah…


Kerana malu,
Aku sering sembunyikan wajahku…
Kata mereka malu itu biarlah bertempat,
Memang benar aku lebih suka menundukkan wajahku,
Namun aku tahu bila mana ianya perlu,
Bila bertemu mujahid sejati,
Maluku bertambah lagi,
Hingga akhirnya wajahku tersembunyi sendiri,
Jangan kerana sering melihatku begitu, maka dirimu berandaian jumud terhadapku…

Kerana malu,
Aku lebih suka kemana-mana dengan mahramku,
Bukan kerana manja atau kerana tidak mampu berdiri di kaki sendiri,
Tapi andai tempat itu sememangnya butuh teman untuk mendamping,
Mengapa aku harus menolak kehadirannya,
Aku hanya ingin melindungi diriku dari fitnah,
Aku hanya ingin menyelubungi diriku dengan kemuliaan seorang wanita,
Kerana setiap kali wanita itu keluar dari rumah, itu maknanya syaitan memerhatikannya…



Kerana malu,
Aku melabuhkan tudungku,
Aku gagahkan diriku mengikut syariat,
Memang benar syariat itu bermula dengan mujahadah yang panjang,
Melawan keinginan nafsu yang sering meminta aku mempamerkan keindahan ciptaan-Nya,
Namun akhirnya malu itu membawa aku agar teguhkan pendirianku,
dan kerana malu, aku semakin melabuhkannya…



Kerana malu,
Aku sering menghabiskan waktu dirumahku,
Bukan aku tidak mahu keluar bersiar-siar diwaktu senggangku
Namun rumah itu adalah tempat terbaik buatku
Dan aku pasti akan keluar, andai keperluan memerlukan aku berbuat begitu…




Kerana malu,
aku sering menyembunyikan rahsia hatiku,
Aku bimbang andai hatiku tidak dibalut rasa malu,
Maka aku akan bertindak melulu,
Aku juga bimbang andai hati memaksa aku untuk memilih mengikut kehendakku, dan bukannya keperluanku..
Bukankah itu akan mendatangkan kekecewaan buat diriku…

Kerana itu,
aku cuba merendahkan hatiku, serendah dasar lautan…
Dan ku pasakkan setinggi tekad dihujung jalan….



Kerana malu,
Aku cuba tanamkan sifat hamba dalam diriku,
Malu ku kerana cintaku,
Malu ku kerana kasihku,
Malu ku kerana keindahan-Mu,
Malu ku kerana kekuranganku,
Malu ku kerana keagungan-Mu,
Maafkan aku ya Rabb, kerana malu ku sebenarnya belum cukup mampu menghalang dosa-dosaku…


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)

~ANA MUSLIMAH~

Thursday, July 28, 2011

keisTimEwaAn wAniTa


Keistimewaan Dan Kelebihan Seorang Yang Bernama WANITA!! 
1. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah", akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 
3. Wanita yang mengauli tepung gandum dengan "Bismillah", Allah akan berkati rezekinya.  
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
5. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
6. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
7. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.  
8.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
9. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.  
10. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.  
11. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.  
12. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.  
13. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.  
14. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah, akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
15. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah didunia ini dengan istiqomah kerana Allah.  

Wallahu'Alam..........

Monday, July 25, 2011

buAtmu wahai waNIta...

Wanita,
Engkau ibarat permata yang berkilauan,
Lahirnya dirimu ibarat sesuci embun pagi,
Kelembutanmu sebaik-baik fitrah,
Hatimu tercipta dipenuhi dengan kasih- sayang,
Menjadi kebanggaan muslimah sejati.

Wanita,
Engkau ibarat bunga yang kembang harum mewangi,
Sentiasa dikelilingi kumbang-kumbang yang jahat,
Untuk merosakkan keharumanmu,
Namun kau tegar mempertahankan kecantikanmu,
Hanya membenarkan kumbang-kumbang baik sahaja menghampirimu,
Supaya dirimu kekal harum bauannya dan hidup subur sentiasa,
Supaya kecantikanmu kian mekar terserlah.

Namun kini,
Kemanakah hilangnya segala keserian dan keindahan dirimu,
Engkau membiarkan tangan-tangan kotor menyentuhmu,
Tanpa mengira halal dan haram,
Tanpa mengira dosa dan pahala,
Dimanakah iman dan maruahmu,
Sehingga sanggup engkau lontarkan segala kesempurnaan yang engkau miliki,
Demi kenikmatan dan keseronokan duniawi,
Yang tidak pernah puas dengan segala nikmat yang telah diberikan.

Sedarlah wanita,
Dirimu begitu suci untuk dinodai,
Martabatmu begitu tinggi dijunjungi,
Jadilah engkau seorang wanita mithali dan sejati,
Yang tidak pernah jemu untuk memperjuangkan maruah diri,
Agar dirimu menjadi contoh terbaik untuk dijadikan ikutan,
Untuk terus disanjung tinggi oleh manusia,
Jadilah wanita yang menjadi kekuatan kepada lelaki,
Dan janganlah jadi wanita yang menjadi kelemahan kepada mereka,
Kerana kelemahan itu adalah nafsu yang menguasai diri,
Tetapi kekuatan itulah kasih-sayang dan keimanan yang berpanjangan.

Wahai wanita,
Penuhilah dadamu dengan ilmu,
Limpahilah jiwamu dengan iman,
Suburkanlah hatimu dengan kasih yang tulus ikhlas,
Didiklah dirimu dengan akhlak yang terpuji,
Supaya kau mampu menjadi perawan yang suci bersih,
Seperti mashitoh yang sanggup berkorban nyawa dan keluarga,
Demi menegakkan kalimah Allah di muka bumi,
Begitu juga Khadijah seorang wanita hartawan, 
Sanggup mengorbankan segala kekayaan hartanya,
Semata-mata ingin menegakkan panji-panji Islam ke seluruh pelusuk dunia,
Jelas tergambar kecekalan dan ketabahan dari diri mereka,
Seruan untuk menegakkan agama Allah,
Sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Renungkanlah wanita,
Tangan yang menghayunkan buaian mampu untuk menggoncang dunia,
Mengembalikan roh jihad melawan segala anasir jahat,
Demi mempertahankan diri,nyawa dan keluarga, 
Agar tidak pernah lentok dan layu berhadapan dengan pelbagai godaan,
Yang bakal mengganggu dan mengancam dirimu,
Perkuatkanlah hatimu dengan zikir dan doa,
Hanya kepada yang Esa………..

p/s: "ISLAM TIDAK MENGHALANG HIBURAN TETAPI TETAP ADA BATASANNYA. RENUNG-RENUNGKANLAH"