masturat

masturat

usaha atas iman

Showing posts with label USAHA TABLIGH/USAHA MASTURAT. Show all posts
Showing posts with label USAHA TABLIGH/USAHA MASTURAT. Show all posts

Wednesday, January 8, 2014

hijabkanlaah..




Nak tau apa yg membuatkan masturat ini istimewa..
sebab deme 'terhijab'..
 
masturat tu sendiri bermaksud tersembunyi..pasal akal lelaki nih leh mencipta nafsu..tu pasal kita isi borang tasykil pun guna nama suami/ mahram kita.....satu sebab senang diorang nak khususi...lagi satu sebab kadang2 bila diorang tengok nama pun dah terkesan.. 
MAISARA...fuuhhh sedapnyaaaa nama..(nak interprem gak..hihih)..mesti cantik bini dye nih..tulisan pun halus..kemas jer..(yg nih den tambah pasal den xcantik dan tulisan pun buruk!!)..mula ler diorang membayang-bayangkan wajah disebalik nama.. 
^^ tengok macamana jauhnya fikir eldest2 kita untuk jaga masturat nih..sampai nama pun disuruh hijab....  

kau bunga AGAMA



Nasihat buat isteri wanita pejuang agama. Baca dan Fahamilah kerana wanita pernah mendapat salam dari Allah sendiri yakni Khadijah RA. 

                                 

Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul yakni suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. kata Syeikh Tariq Jamil rah tidak kurang dari 200 tampal.

Ya Allah, Allah, Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama. Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.

Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.

Wahai isteri bantulah suami dalam perjuangan agama. Galakkan suami dan didik anak-anak untuk berjuang untuk agama. Pesanlah pada anakmu, Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Sediakan wanita-wanita lain untuk perjuangan ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah.

Senyuman isteri dikala kesusahan dan penderitaan datang, dan suami berjuang untuk agama sangat menggembirakan Allah dan menguatkan kaki suami untuk berjuang dengan kehendak Allah.

Orang dulu jika mereka pergi berjuang, mungkin mereka tidak pulang. Maafkanlah dan gembiralah jika suami balik lambat masjid kerana dakwah atau menuntut ilmu.

Jangan bermasam muka yer. Kerana seorang suami sangat gembira bila melihat isteri gembira dan tersenyum. Jadilah seperti Siti Hajar yang dtinggalkan belasan tahun di padang pasir tanpa sumber kehidupan menyembunyikan air matanya dari suaminya. Ketika suaminya pulang setelah 4 tahun, dia layan suaminya dengan baik dan tiada satu pun rungutan. Sorokkan tangisan dan air mata di bawah kaki unta.

Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.

Wahai isteri, suami sentiasa ingin kamu mendapat apa yang kamu nak. Hiduplah sederhana dan rendahkan pandangan dari perhiasan dunia. Walaupun hanya menyebut sesuatu yang dimiliki orang lain yang suami kamu tidak mampu sudah cukup membuat suami kamu sibuk dunia untuk memenuhkan apa yang kamu nak sehingga mengabaikan agama.

Maafkanlah kekurangan mereka kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.

Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.

Jagalah aurat kerana Allah. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah Allah. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.

Anak ialah harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie. Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis. Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. Lebih nikmat dari segalanya. Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw

Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain. Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Dunia ini akan datang pada Islam. Kebaikan dan jutaan hidayat melalui mereka. Mereka akan pegang panji Islam di dunia dan di akhirat dengan ribuan orang dibelakang mereka. Janganlah pertaruhkan anak kita kepada orang lain. Berilah masa didik mereka. Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.

Takpelah dunia ini kita kurang sikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.

Layanlah suami dengan baik. Tawan hati mereka supaya suami gembira supaya suami boleh beri tumpuan speenuhnya kepada dakwah dan menghidupkan agama.

Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.

Wahai isteri solehah, kamulah harta paling bernilai. Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu. Untuk isteri seperti kamu. Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu

in syaa Allah.. Same2 kita azam amal dan sampaikan...

C&P from Ustaz EBIT LEW

Monday, September 30, 2013

harus

Hidup harus ade pegangan...
ikut cara dan sunnah nabi kita,muhammad Sallahualaiwassalam.
yang pertama,yakin dengan kalimah LAILLAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULLALLAH.
ke dua YAKIN dengan SOLAT YANG KHUSYUK DAN HUDU'.
ke tiga YAKIN dengan ILMU DAN ZIKIR.
ke empat YAKIN dengan IKRAM MULMUSLIMIN.
ke lima YAKIN dengan IKHLAS NIAT.
ke enam MUJAHADAH KELUAR KE JALAN ALLAH,DAKWAH dan TABLIGH.

yang pertama,belajar taat perintah Allah,seperti solat di awal waktu.
yg kedua,taat perintah ibu dan ayah...:)
yang ke tiga belajar lagi dan lagi tentang agama. seperti baca AL-QURAN.
ayat2 lazim.doa2 dan adab2 dan sunnah2 nabi kita Muhammad Sallahualaiwassalam...insyaAllah.
contoh,kalau kita x pandai mengaji,kita belajar merangkak2 pun,Allah bagi pahala...
pergi ketempat2 majlis ilmu.dengar ceramah2 agama tentang kebesaran Allah dan cara2 para Nabi kita zuhud terdahulu...

dari situ kita belajar bersyukur.di mane Nabi kita boleh hidup zuhud,begitu juga kita boleh belajar dan usha kan diri zuhud,seperti jimat cermat,bersyukur apa yang telah Allah tetap kan untuk kita.
belajar dan usha kan diri kita solat di awal waktu,bila solat 5 waktu,kita belajar pula untuk solat2 sunat,seperti israk lepas solat subuh,duhah,witir,awabin dan juga di serta kan solat taubat,hajat dan yg paling berkesan,solat tahajjud.. lagi elok solat istiharah..:) ingt yg sahabat2,solat istiharah bukan sahaja untuk jodoh.
tetapi,untuk membuat keputuan ddengan minta pertolongan dari Allah...insyaAllah...

Wednesday, July 17, 2013

hayya Alal Jihad


Hayya Alal Jihad, ketika mendengar seruan ini darahnya para sahabat mendidih untuk menyambut takaza tersebut.

Takaza yang sampai pada sahabat sebentar lagi akan sampai juga kepada kita.

Hakekat iman akan datang kalau sering kita bicarakan (kita dakwahkan)
Kenapa kita lemah dalam bersedekah karena kita jarang Taklim Fadhilah Sedekah. Bagaimana hakekat sedekah masuk kedalam hati kita karena jarang kita bicarakan.

Kenapa kita belum Naik Haji karena kita jarang Taklim Fadhilah Haji. Bagaimana hakikat haji masuk kedalam hati kita karena jarang kita bicarakan.

Kenapa kita jarang keluar 40 hari, 4 bulan karena kita tidak pernah Taklim Muntakab ahadits tentang keutamaan Khuruj Fii Sabilillah. Bahkan diantara kita banyak yang tidak tahu. Didalam Muntakab Ahadits ada keutamaan Khuruj Fii Sabilillah

Ada orang bertanya dengan agak kasar kepada Maulana Ahmad Bhawalpur Daamat Barkatahu, " Kenapa kamu melarang orang pergi berjihad? Kamu telah melarang umat islam daripada menunaikan kewajipan mereka!!".

Maulana sambil tersenyum menjawab, "Kalau ada seorang datang beritahu kamu bahwa aku melarang dia dari bershalat mesti kamu dan orang lain akan memarahi aku dan menuduh aku dengan berbagai tuduhan. Kamu sepatutnya bertanya kenapa saya melarang mereka dari bershalat. Saya melihat si fulan itu masuk tandas buang air kecil kemudian terus masuk ke masjid untuk bershalat tanpa berwudhu/bersuci terlebih dahulu. Perbuatan tersebut adalah haram dan boleh membawa kepada kekufuran. Sebab itulah aku melarangnya dari bershalat ketika itu".

Kata Maulana lagi, " Begitulah juga JIHAD. Usahakanlah dahulu Iman kamu sepertimana yang diusahakan oleh Rasulullah ke atas Para Sahabat ra.hum. Setelah mereka digelarkan sebagai Mukmin barulah mereka dibenarkan untuk JIHAD. Iman untuk JIHAD adalah seumpama wudhu untuk solat. Takkan sah jihad tanpa Iman".

Maulana Umar Palanpuri katakan, Mujahadah dalam taklim itu jauh lebih berat dibanding mujahadah dalam dakwah. Waktu buat dakwah kita bisa menahan walaupun dimarahi, dicaci dan dimaki tetapi kita tidak akan sanggup menahan kantuk kita ketika duduk dalam taklim.

In Shaa Allah kita niat menghidupkan Taklim dirumah kita.
Fadhilah Amal
Fadhilah Sedekah
Fadhilah Haji
Muntakab Ahadits
+
6 Sifat sahabat

Awal dari pergerakan dakwah itu dari rumah dan awal berkobarnya semangat jihad juga diawali dari taklim rumah.


"Bang, kenapa abang tidak berangkat jihad.?? Tanya si isteri.. maka mendengar alasan2 suami... si isteri menjawab, Sebenarnya abang takut mati."

 Kalaulah kata-kata ini keluar dari seorang istri yang solehah maka kita akan mengorbankan nyawa untuk agama tanpa berpikir panjang...

bila si suami tidak keluar.. kerana tidak yakin dgn keperluan yg masih tidak cukp utk ditinggalkan kpd kluarga 



"Bang, kenapa abang gak berangkat 4 bulan. In Shaa Allah rezeki manusia seluruh dunia Allah yang jamin. Apalagilah rezeki anak dan istrimu sudah dijamin oleh Allah SWT."

Ijitima' sudah didepan mata, Arahan orang tua kita. Orang lama keluar sebelum Ijitima' maka orang baru akan datang ke Medan Ijitima'

Takaza 4 bulan saja kita belum sanggup.

BAGAIMANA DENGAN TAKAZA JIHAD ???

Monday, July 8, 2013

TASBIH FATIMAH

Hazrat Ali r.anhu berkata kepada salah seorang muridnya,"Mahukah saya ceritakan kisah saya dengan Fatimah r.anha iaitu Puteri Rasulullah SAW yang paling di sayangi? "
Murid itu menjawab,"sudah pasti."

Beliau pun berkata Fatimah R.anha biasanya menggunakan tangannya untuk mengisar bijian yang menyebabkan tanganya menjadi kasar.Beliau juga mengisi air ke dalam bekas yang di buat daripada kulit dan membawa bekas itu ke rumah sehingga meninggalkan kesan didadanya akibat daripada tali bekas tersebut.Beliau sendiri menguruskan rumahnya,menyapu dan sebagainya sehingga menyebabkan pakaianya selalu kotor.Pada suatu ketika beberapa orang hamba perempuan telah di bawa kepada Nabi SAW.Saya(Ali r.anhu) pun menyuruh Fatimah r.anhu," Kamu pergilah kepada Rasulullah SAW dan minta seorang pembantu agar kamu mendapat bantuan daripadanya."

Beliau kemudian pergi berjumpa Nabi SAW tetapi beliau mendapati ramai orang berada di situ.Beliau seorang yang sangat pemalu.Lantaran sifat pemalunya,beliau tidak mahu memninta kepada bapanya di hadapan orang ramai walaupun itu merupakan bapanya sendiri,maka beliau pun pulang.

Pada keesokan harinya,Rasulullah SAW datang sendiri dan bersabda, "Fatimah Untuk tujuan apakah engkau pergi ke sana? "

Oleh kerana perasaan malu,beliau mendiamkan diri sahaja.Saya (Hazrat Ali r.anhu) pun berkata , "ya Rasulullah,kesan daripada batu pengisar,tanganya menjadi kasar..Kesan daripada tali bekas air,dadanya telah berparut.Semetara urusan rumahtangga yang lain meyebabkan pakaianya selau dalam keadaan kotor.Kelmarin saya(Ali r.anhu) memberitahunya mengenai hamba-hamba yang telah sampai kepada Rasulullah,supaya  Fatimah r.anha dapat meminta seorang hamba.Oleh kerana itu Fatimah r.anha pergi kepada mu ya Rasulullah.

Rasulullah SAW bersabda, "wahai anakku,bersabarlah.Nabi Musa a.s dan isterinya memiliki hanya satu alas tidur sahaja sehingga 10 tahun.Itu pun hanya jubah Nabi Musa a.s.Itulah yang di bentang dan mereka tidur di atasnya.Takutlah kepada ALLAH SWT  hasilkan sifat takwa dan tunaikanlah tugas dan kewajipanmu terhadap ALLAH dan sempurnakanlah tugas-tugas rumahtangga mu.Apabila kamu hendak tidur maka bacalah SUBHANALLAH (33 KALI),ALHAMDULILLAH (33 KALI) dan ALLAHUAKBAR (34 KALI)
Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada mendapatkan hamba."

Fatimah r.anha pun berkata, Saya redha dengan ALLAH SWT dan RASULNYA." (Abu Daud)

Sumber : Kitab Fadhilat Amal.(Bab 10)

Kesimpulan dari Hadis dan kisah di atas menerangkan bahawa  dengan bertasbih mengingati ALLAH lebih baik dari dunia dan seisinya.



“Sebaik-baik wanita yang pernah diciptakan Allah di dunia dan akhirat adalah Fatimah Ia adalah penghulu wanita di Surga.”(Sahih Bukhari dan Muslim)


*Antara Fadhilat zikir......


Dengan Zikir akan menyebabkan terbinanya rumah di dalam syurga. Apabila seseorang hamba berhenti daripada berzikir maka para malaikat berhenti daripada membina rumah itu. Manakala mereka ditanyakan, "Mengapakah kamu berhenti daripada membina rumah itu?" Mereka menjawab bahawa perbelanjaannya belum lagi tiba. Di dalam sebuah hadis lagi ada disebutkan bahawa barang-siapa mengucapkan, SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBJHANALLAH HILAZIM sebanyak tujuh kali nescaya dibinakan satu menara untuknya di dalam syurga.

Jom sama-sama kita amalkan..:)



Wednesday, June 19, 2013

Bayan Subuh 28 April 2013

Jom dengar bayan subuh...kawan ana kabo bayan yang membuatkan ramai menangis...jom belajar2 menangis untuk agama Allah..

# Kalau malam ni Allah takdirkan kiamat , maka lebih kurang 5.5 billion akan masuk neraka Allah , kalau Allah takdirkan kiamat malam ni , maka berapa banyak orang islam yang tak amalkan islam akan merana di hari akhirat nanti , kalau malam ni Allah takdirkan kiamat , maka berapa ramai wanita akan diazab oleh Allah Taala kerana berjalan melata di atas muka bumi dengan tidak bertutup aurat degan tidak sempat bertaubat ...maka bagaimana keadaan mereka di akhirat ..T-T

dgr dgn mata hati-----> http://www.youtube.com/watch?v=2Jicm30W3q8




Thursday, May 2, 2013

bayan subuh Maulana YAAKUB


بسم الله الرّحمن الرّحيم
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…

السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

BAYAN SUBUH OLEH MAULANA YAAKOB
WAKTU : JAM 6 PAGI (WAKTU INDIA), 6 SEPTEMMBER 1997




Maulana memberitahu rata-rata didunia ini menyangka kejayaan kehidupan mereka pada harta. Oleh itu mereka siang malam telah berusaha untuk menambahkan harta. Mereka telah menggunakan perempuan-perempuan mereka dan anak-anak gadis untuk mengumpulkan harta, dan ada juga yang telah menggunakan kanak-kanak untuk mengumpulkan harta.

Semua manusia diseluruh dunia dalam kegelisahan kerana telah meletakkan harta sebagai asas kejayaan dan penyelesaian masalah. Kehidupan manusia sekarang dalam huru-hara, masalah silih berganti, kerosakan demi kerosakan telah berlaku. Penipuan dan pembohongan berlaku dimana-mana, rasuah, pencurian, penzinaan, pembunuhan dan berbagai kerosakan telah berlaku. Kesemua ini disebabkan manusia menumpu kehidupan untuk mendapatkan harta.

Untuk membaiki keadaan tersebut manusia perlu dibawa keyakinan yang betul, iaitu kejayaan bukan pada harta tetapi kejayaan atau kegagalan ditangan ALLAh SWT. Qarun yang banyak harta tidak berjaya, begitu juga Kaisar dan Kisra yang mempunyai pemerintahan yang besar juga tidak berjaya. Kedai kecil atau kedai besar tidak memberi kesan apa-apa tetapi kesan datang dari ALLAh SWT. dengan kudratNya. ALLAh sahaja yang membuat segala-galanya, selain dari ALLAh tiada siapa boleh membina kehidupan mereka. Ada setengah manusia dari golongan terpelajar tidak dapat menggunakan otak fikiran mereka dengan waras, mereka juga beranggapan kejayaan kehidupan terbina dengan harta. Keadaan ini sama ehwalnya dengan kehidupan Arab jahiliah dahulu yang mana mereka telah meminta Rasulullah supaya bukit bukau disekitar Mekah menjadi emas dan mereka dapat mengambilnya bagi membina kehidupan. Rasulullah SAW memberitahu masyarakat jahiliah Arab bahawa ALLAh berkuasa menjadikan bukit bukau Mekah menjadi emas dan kawasan kering kontang mengeluarkan air. Beliau diutus bukan untuk maksud tersebut tetapi untuk maksud membawa manusia kepada Lailahaillallah.

Kisah : Nabi Ibrahim A.S meninggalkan anaknya Nabi Ismail A.S dan isterinya Siti Hajar dikawasan padang pasir kering kontang untuk menunjukkan kepada manusia bahawa ALLAh sahaja yang berkuasa keatas segala-gala, yang memelihara dan yang menyelamatkan dan yang memberi kejayaan serta kegagalan. Ini adalah peringatan bagaimana besarnya kudrat ALLAh SWT. Semua yang berlaku diseluruh dunia dan seluruh alam adalah dalam tangan ALLAh. ALLAh saja yang menyelamat dan memberi kejayaan. Asas bantuan ALLAh SWT akan datang apabila manusia menjalani kehidupannya dengan cara Muhammadurasulullah. Semua cara-cara kehidupan samada Yahudi, Nasaro, Hindu dan sebagainya perlu dinafikan bahawa kehidupan Nabi sahaja yang diterima ALLAh SWT dan mendapat kejayaan. Baginda walaupun seorang yang miskin dan fakir dan tidak ada harta kebendaan tetapi oleh kerana cara kehidupannya diredhai ALLAh SWT maka baginda telah mendapat bantuan ghaib ALLAh dalam setiap kehidupannya dimana telah mendapat keberkatan hidup.

Thursday, November 15, 2012

kepentingan usaha masturat

aku hnya wanita akhir zaman yang menjdikan para sahabiah sebagai idola....
Usaha Masturat = usaha atas golongan wanita



وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At Taubah 71)

Wanita (isteri) bagaikan pintu bagi sebuah rumah. Melalui pintu sesuatu boleh masuk ke dalam rumah, melalui pintu jualah sesuatu boleh terhalang masuk ke dalam rumah. Apabila seseorang wanita itu membawa agama dalam kehidupannya, maka agama akan mudah masuk ke dalam rumahnya. Sebaliknya jika seseorang wanita (isteri) itu tidak bawa agama dalam kehidupannya, maka agama akan terhalang masuk ke dalam rumahnya.

Kerana itulah usaha atas golongan wanita (usaha masturat) adalah satu usaha yang amat penting. Sikap dan cara berfikir seorang wanita (ibu) memberi kesan yang mendalam terhadap anak-anak mereka. Apabila seorang ibu sentiasa fikir dan risau atas agama, kesannya mereka akan didik anak-anak dengan didikan beragama. Anak-anak juga akan membesar dengan fikir yang sama, yakni fikir bagaimana agama akan berkembang. Kebesaran Allah swt akan sentiasa berada dalam diri anak-anak. Sebaliknya, jika seorang ibu tidak (atau kurang) fikir tentang agama, sebaliknya hanya banyak fikir dan risau atas keperluan-keperluan dunia, kesannya anak-anak juga akan fikir yang sama. Anak-anak akan mudah dipengaruhi dengan kebesaran dan kehebatan dunia.

Antara maksud utama jemaah masturat dibentuk adalah untuk mengembalikan semula kemuliaan seorang wanita ditempat yang sebenar dan selayaknya. Apabila wanita kembali kepada tempat kemuliaanya yang sebenar, kesannya hidayat akan tersebar dengan cepat dan agama akan berkembang dengan begitu pesat.


Kerana itulah, 'wanita hari ini' harus faham apakah maksud mereka dihantar ke muka bumi ini. Tugas seorang wanita bukanlah sebagai mesin mengeluarkan anak. Kerja sebenar seorang wanita bukan sekadar membasuh baju, memasak, mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Bukan ini maksud sebenar seorang wanita dihantar.

Wanita juga dihantar sama seperti lelaki, dihantar ke bumi bumi atas maksud agama. Wanita juga perlu sedar bahawa mereka juga dihantar sebagai umat Nabi saw. Di bahu umat Nabi saw terletak satu tanggungjawab yang besar terhadap agama. Hari ini, umat ini (baik lelaki juga wanita) telah jauh tersasar dari tugas dan tanggungjawab mereka sebagai umat nabi saw.


Apabila seorang wanita mempunyai fikir dan risau atas agama, maka akan wujudlah rumah-rumah seperti sebuah madrasah, tempat mengeluarkan para alim-alimah, hafiz-hafizah dan dari rumah akan lahirnya pejuang-pejuang agama Allah. Apabila seorang wanita melibatkan diri dalam usaha agama, maka suasana rumah akan bertukar menjadi seperti suasana masjid di mana amal-amal agama dihidupkan, ada orang belajar dan mengajar agama, adanya tilawatul Quran di dalam rumah, adanya dakwah iman yakin, adanya muzakarah adab dan sunnah, adanya juga perbicaraan mengenai kisah-kisah nabi dan para sahabat.


Untuk memastikan kaum wanita hari ini kembali kepada tempat dan kemuliaannya, ada ENAM PESANAN yang telah digariskan oleh masyaih (ulama2 dalam usaha ini) untuk para wanita.

PESANAN PERTAMA : Solat Di Awal Waktu
-wanita perlu usaha untuk solat di awal waktu di rumah dan menggalakkan mahram (lelaki) solat awal waktu di masjid/surau di tempat azan diazankan. Usahalah agar segala kerja rumah dapat dibereskan sebelum masuk waktu solat, apabila masuk waktu solat, solatlah di awal waktu dan seelok-eloknya di tempat yang dikhaskan di dalam rumah.
-Sekiranya seorang wanita melengah-lengahkan solat, tiba-tiba dia uzur tanpa sempat menunaikan solat tersebut, maka dia akan dianggap sebagai seorang yang telah melengah-lengahkan solat.
-Disamping itu, seorang wanita/isteri hendaklah galakkan suami serta mahram agar bersolat di masjid di tempat azan diazankan. Sekiranya suami solat fardhu berjemaah di masjid/surau wanita di rumah juga akan mendapat pahala solat berjemaah 27 kali ganda.
-Rasulullah saw bersabda 'jika tidak kerana kaum wanita dan kanak-kanak dalam rumah itu nescaya aku bakar rumah-rumah di mana penghuni lelakinya tidak solat berjemaah di masjid'.


Ganjaran solat di awal waktu :
1) jika berwuduk dan tunggu azan untuk solat maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti matahari.
2) jika berwuduk ketika azan sedang diazankan maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti bulan purnama.
3) jika berwuduk selepas azan diazankan maka di akhirat Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka yang bercahaya seperti bintang.


PESANAN KEDUA : Istiqamah membaca Al-Quran dan Berzikir
-sedaya upaya cuba istiqomah membaca Al-Quran setiap hari jika tidak uzur.
-Hak Al-Quran hendaklah khatam sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
-Usahalah agar anak-anak juga dibiasakan dengan membaca Al-Quran setiap hari dan usahalah agar jadikan salah seorang anak-anak kita dikalangan Hafiz Al-Quran.
-usahalah agar istiqomah membaca surah-surah di mana Nabi saw tidak lupa membacanya setiap hari iaitu:
surah yasin (seperti khatam 10 kali Al Quran)
Surah Al-Waqiah (dijauhkan dari kepapaan)
Surah Al-Mulk dan As-Sajadah (dijauhkan dari siksa kubur)
Surah Khafi (setiap hari jumaat - Nur akan bersamanya hingga jumaat akan datang)

PESANAN KETIGA : Istiqamah Menghidupkan Majlis Taqlem Di Rumah
-hidupkanlah majlis taklim (majlis bacaan kitab fadail amal dan Muntakhab hadis) di rumah sekurang-kurangnya 30minit serta adakan juga muzakarah 6 sifat sahabat.
-Majlis ini hendaklah diadakan secara istiqamah setiap hari pada masa dan tempat yang tetap serta melibatkan semua ahli di dalam rumah.

-Kesan dari majlis pembacaan hadis ini akan melembutkan hati kita dan hati anak-anak.
Kesan dari majlis bacaan hadis juga akan menyebabkan rumah-rumah bercahaya seperti bintang-bintang, syaitan akan keluar dari rumah dan para malaikat akan berada di dalam rumah.
rumah juga akan menjadi sumber hidayat untuk jiran-jira. Allah swt akan turunkan rahmat, keberkatan dan ketenangan jiwa dan ketenteraman dalam rumahtangga.


PESANAN KEEMPAT : Mendidik Anak Dengan Didikan Agama dan Sunnah
-wujudkan suasana madrasah didalam rumahtangga kita dengan suasana iman dan amal maka dengan sendirinya anak-anak akan dapat didikan agama yang lebih sempurna.
-dekatkan anak-anak dengan kisah Rasulullah saw dan para sahabat supaya kisah-kisah ini dapat membentuk akhlak dan peribadi anak-anak.
-Awasi pergaulan mereka, akhlak mereka, pakaian mereka dan makan-minum mereka. Ajarkan supaya mereka yakin kepada Allah.
-Ajarkan mereka doa-doa harian dan sunnah-sunnah nabi saw dalam setiap perbuatan harian mereka.
-ajar anak solat apabila telah berumur 7 tahun dan rotani mereka jika tidak bersolat apabila telah berusia 10 tahun.
-ajar anak-anak membaca Al-Quran.


PESANAN KELIMA : Hidup Secara Sederhana
-hidup sederhana mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu.
-Elakkan pembaziran dengan membeli perkara-perkara bermanafaat sahaja.
-jika kita dapat mengamalkan sunnah nabi saw dalam kehidupan harian, insyaAllah dengan sendirinya kita akan amalkan hidup sederhana.
-jadikan kehidupan nabi dan para sahabat sebagai ikhtibar. Hidup sederhana menyelamatkan kita dari kesusahan dan kerisauan.


PESANAN KEENAM :
Galakkan suami/mahram keluar di jalan Allah (khuruj fisabilillah)
-galakkan suami/mahram agar keluar untuk menegakkan agama Allah supaya suami/mahram dapat bawa balik agama dalam rumahtangga supaya suasana iman dan amak dapat diwujudkan di dalam rumah.
-Apabila tiap-tiap rumah dapat keluarkan orang-prang lelaki dalan usaha ini maka akan wujudlah suasana agama, ketenteraman, ketenangan dan kesefahaman dan wujudlah fikir yang sama dalam rumah.
-kelebihan seorang isteri yang redho suami keluar di jalan Allah akan dimasukkan di dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami dan akan menjadi ketua bidadari yang menunggu suami di pintu syurga....

Aamiin...

Friday, November 9, 2012

Bayan Maulana Saad al-Kandahlawi

Assalamu'alaikum..

Tuan-tuan yang mulia,
Satu perkara yang perlu kita yakin apabila umat ini secara ijtimae (collectively) meninggalkan kerja menyeru kepada agama, maka umat akan meninggalkan agama dan tidak mampu untuk istiqamah dalam amalan. Ini adalah perkara yang hak.

Tuan-tuan yang mulia,
Hadrat Abdullah Ibnu Huzaifah r.a. buat usaha di Rome, Raja Rome telah tangkap mereka dan seru mereka kepada agama Nasrani. Kalau mereka setuju setengah dari negara akan diserahkan kepada Hadrat Abdullah. Hadrat Abdullah berkata, 'Bukan setengah, malahan seluruh negara kamu, bahkan semua negara Arab diserahkan kepada kami untuk kami meninggalkan agama Nabi s.a.w. sekelip mata pun, kami tidak akan sedia'. Pengakuan ini akan ada dalam diri umat ini jika setiap individu menyeru manusia kepada agama.

Maulana Saad menekankan lagi bahawa dakwah Illallah ialah bukan fardhu kifayah tetapi fardhu ain. Jika umat faham dakwah adalah fardhu ain mereka akan mengamalkannya tetapi jika mereka faham ia adalah fardhu kifayah, susah bagi mereka untuk membuat usaha dakwah. Perkara ini kita kena faham dan masukkan dalam hati kita. Umat ini dahulu ijtimae (secara berjemaah), mengapa kini ia berpecah-belah dan bagaimana mereka mudah tukar agama. Pada hal Sahabat r.a. sanggup dicampak dalam api tetapi untuk tukar agama tidak sekali-kali mereka sanggupi. Ini merupakan keistimewaan dakwah, kesan dari dakwah, bahawa dakwah adalah untuk istiqomah dalam agama.

Dalam kehidupan seseorang individu amat bahaya jika kehidupan sekelilingnya tanpa agama. Oleh kerana tidak ada dakwah dia tidak mampu mengawal dirinya daripada kesesatan. Oleh itu kita kena fahamkan dalam hati bahawa dakwah adalah ibadah. Kedua-dua perkara ini (yakni dakwah dan ibadah) adalah selari dan berterusan, ia berjalan serentak.

Dengan dakwah akan mewujudkan kemampuan mengamalkan agama dari sudut akidah, syariat, kehidupan, muamalat bahkan keseluruhan agama. Dia akan menjadi benar-benar orang Islam (bila ia dapat kumpulkan dakwah dan ibadah). Dalam Al-Quran jelas disebut

ومن أحسن قولا ممن دعا إلى الله وعمل صالحا وقال إنني من المسلمين

Tiada siapa yang terlebih elok agamanya daripada orang yang ada kedua-duanya sekali iaitu menyeru kepada Allah dan amal. Ayat ini memberi makna penekanan, selain daripada orang yang mengumpulkan dakwah dan ibadah tidak mungkin seseorang itu lebik elok agamanya. Ketinggian usaha dakwah menyebabkan ibadat saya, muamalat saya, hubungan dengan Allah memberi kesan iaitu istiqomah dalam agama. Ia menjadi perkara asas, menjadikan umat ini secara ijtimae menyeru kepada yang hak, setiap individu menjadi da'ie menyeru kepada hak sehingga dia terselamat daripada menjadi orang yang diseru kepada batil.

Tuan-tuan yang mulia,
Setiap orang beriman kita perlu membawa mereka kepada agama. Ramai orang salah faham, mereka fikir dakwah untuk orang lain. Zaman sekarang banyak saluran boleh digunakan untuk dakwah orang lain, sebab itu mereka fikir dakwah dari rumah ke rumah, lorong ke lorong, pintu ke pintu tidak perlu dilakukan lagi. Dakwah iman untuk diri mukmin itu sendiri. 'Ya aiyuhallazi naamanu aminu' ertinya 'wahai orang beriman, berimanlah kamu'. Orang beriman lebih berhak atas Kalimah. Allah yang memerintahkan, wahai orang-orang beriman jadilah orang beriman. Maksudnya, yang penting kita kendak memperkuatkan iman dan yakin dalam diri kita. Maulana Ilyas rah.a berkata kalau hendak diletakkan nama keatas usaha ini, dia lebih suka dinamakan ‘Usaha Atas Iman’.

Ingin saya mengingatkan tuan-tuan yang mulia, langkah pertama usaha ini ialah membetulkan iman dan yakin kita. Dalam majlis-majlis samada ijtimae (secara jemaah) atau infradi (secara individu) keimanan mestilah mengatasi daripada yang lain. Hendaklah lagi dan lagi, berulang-ulang kali kita hendaklah memperkatakan tentang keimanan, yakin dengan janji-janji Allah walaupun tidak nampak dengan mata zahir. Untuk wujudkan perkara ini kita kena dakwah, cerita, cakap lagi dan lagi tentang kehebatan dan kebesaran Allah swt. Dengan dakwah akan wujud peningkatan dalam amal. Dakwah dan amal saling memerlukan antara satu sama lain. Bila dakwah kurang, amal akan menjadi kurang. Hari ini bila kita tertinggal dalam dakwah, kita terasa kekurangan dalam amal. Bila amal kurang bermakna kita kurang berdakwah. Iman jadi lemah, godaan syaitan akan menjadi kuat. Dakwah menjadi sumber kekuatan dalam amalan. Dakwah menjadi pemangkin kepada amal. Apa-apa asbab yang bertentangan dengan amal, rupa bentuk benda yang bertentangan dengan amal dan bertentangan dengan akhirat tidak dapat kita memahami hakikatnya tanpa kita takluk kepada Allah swt. Kita perlu tahu melalui dakwah apa faedah yang akan kita dapat, ada kesempurnaan amal yang kita dapat laksanakan.

Untuk mendapatkan, memperbaharui iman ialah dengan mengenal Allah swt, memahami kudrat Allah swt, semua makhluk perlu diperkenalkan dengan kekuatan, kebesaran Allah swt. Akan datang satu masa, kiamat akan berlaku, pada masa itu semua peraturan alam akan binasa. Semua makhluk dicipta untuk mengenal Allah swt. Kita mengenal yang mencipta dari ciptaannya. Semua benda-benda Allah cipta untuk kita lihat akan kehebatan Allah. Makhluk Allah dijadikan untuk menghubungkan antara dia dengan kehebatan Allah swt, dia menafikan apa yang dia nampak pada zahirnya. Ibrahim a.s. mengingkari semua rupa bentuk makhluk samada yang bergerak atau tidak bergerak, kita perlu menafikan segala rupa bentuk makhluk yang zahir dan mensabitkan dengan kudrat, kebesaran dan kehebatan Allah swt, dengan ini kita berjalan menuju penghampiran kepada Allah swt.

Kemudian Ibrahim a.s. diuji hendak dicampakkan ke dalam api yang besar sehingga burung-burung pun tidak dapat terbang atasnya. Dalam keadaan begitu Ibrahim a.s. dengan segala kekuatannya bersama malaikat gunung dan malaikat laut ingin membantu tetapi Ibrahim a.s. menolak seraya berkata "saya tidak perlu pada bantuan tuan, cukup pada hanya Allah". Ibrahim a.s. terang-terang mengingkari apa yang dia lihat pada zahirnya. Allah kemudian perintahkan api yang panas menjadi sejuk. Apabila seseorang mengambil zat sepenuhnya daripada Allah swt, maka Allah juga terus membuat keputusan/perintah, api menjadi sejuk dan sejahtera ke atas Ibrahim a.s. maka Ibrahim a.s sejahtera dalam api tersebut.

Untuk mengambil faedah dari Allah swt, kita kena menafikan semua makhluk yang ada. Ini merupakan amalan harian. Setiap hari kita berzikir dengan kalimah "Laillaha illallah" dan bergerak dikalangan umat untuk menerangkan mahfum maksud kalimah ini. Kita zikir kalimah ini dan menyeru manusia kepada kalimah ini. Dua-dua perkara ini dituntut. Setiap hari kita kena dakwah "Laillaha illallah", yang berkausa hanya Allah yang lain tidak boleh buat apa-apa. Setiap hari kita kena mengingkari semua rupa bentuk zahir yang ada. Ini adalah perkara asas, tauhid adalah ibu kepada ketaatan. Ilmu tauhid ceritakan kudrat dan kebesaran Allah swt, semua nizam atau peraturan alam ini Allah yang cipta, Allah arahkan Nabi-Nabi mengingatkan pada manusia bahawa Allah menjadikan bumi, langit dan seluruh alam ini. Kalau kita tidak kenal pencipta, kita akan yakin dengan apa yang dicipta. Orang kafir tenggelam dalam apa yang dicipta Allah seperti bulan, bintang, matahari, tetapi orang mukmin tenggelam dengan pencipta yakni Allah swt.

Untuk memperkuatkan iman kita, Maulana kata ada 4 saluran:

1. Ceritakan kebesaran Allah, keagungan Allah, kehebatan Allah semasa ziarah dan apabila sembang-semabang bersama kawan-kawan dalam masjid. Ini adalah amalan para sahabat. Hadrat Maulana Yusuf rah. menulis dalam Hayatus Sahabah, dimana sahabat-sahabat membuat majlis-majlis zikir, halaqah-halaqah Iman. Hari ini halaqah-halaqah iman telah tiada di masjid-masjid. Dalam masjid ada cerita-cerita dunia, business dan politik. Sahabat-sahabat mengajak satu sama lain duduk seketika untuk muzakarah (bincang) iman.

2. Ceritakan bantuan ghaib Allah kepada Nabi-nabi. Kita perlu baca kisah-kisah Nabi bukan kisah sejarah bahkan untuk dibawa sebagai tazkirah untuk memperkuatkan yakin bahawa pada hari ini juga Allah akan membantu orang Islam sepertimana Allah bantu Nabi-nabi terdahulu. Allah berfirman bahawa "Kami menceritakan kepada kamu kisah-kisah nabi dan rasul terdahulu untuk memantapkan keyakinan hati kamu". Kisah-kisah nabi itu adalah sebagai iktibar kepada kaum mukmin untuk memantapkan yakin kepada Allah. Kita kena meyakini bantuan Allah kepada Nabi-nabi, Allah yang sama juga yang akan membantu umat ini apabila kita membuat kerja Nabi-nabi.

3. Menceritakan bantuan Allah kepada para Sahabat. Kita perlu baca kisah-kisah sahabat itu untuk memperkuatkan Iman kita. Kita perlu menyakini bantu-bantuan ghaib Allah kepada para Sahabat r.a. Dalam keadaan sekarang apa yang berlaku dalam pemikiran umat bahawa bantuan itu telah berlalu. Ini yang menyebabkan syak dalam agama kita. Keadaan itu menyebabkan kita berasa maazur atau uzur atau malas untuk mengamalkan syariat kerana keyakinan kepada janji Allah telah keluar dari hati-hati kita. Perkara perkhabaran dari Nabi adalah Hak, dan nadar iaitu perkhabaran dari apa yang nampak. Seorang sahabat memberitahu Abu Darda r.a. bahawa rumahnya terbakar, Abu Darda diam, seterusnya orang kedua memberitakan perkhabaran yang sama, begitu juga orang ketiga yang menceritakan perkhabaran yang serupa tetapi orang yang keempat mengkhabarkan rumah tuan tidak terbakar. Abu Darda berkata aku dah yakin bahawa rumah aku tidak terbakar kerana aku telah membaca doa yang diajar oelh Nabi s.a.w. bahawa barang siapa yang menbaca doa itu diwaktu pagi nescaya rumahnya tidak terbakar dan Abu Darda r.a telah membaca doa tersebut. Allah bertindak atas sangkaan hambanya. Keadaan-keadaan yang ada sekarang, keyakinan dengan bantuan Allah telah terkeluar dikalangan orang Islam. Ini akan membuat kita uzur atau malas untuk mengamalkan agama secara sempurna. Sedangkan Nabi s.a.w. bersabda bahawa bantuan Allah kepada umat akhir zaman sepuluh kali ganda sebagaimana Allah membantu para Sahabat. Kita ceritakan bantuan ghaib Allah kepada Sahabat supaya kita bersangka baik dengan Allah swt. Allah akan berurusan dengan kita atas sangkaan kita. Bantuan Allah tidak berhubung kait pada masa yang berlalu tetapi begantung kepada amal kita.

4. Menceritakan iman dengan alamat-alamatnya. Usaha wujudkan iman bersama dengan alamatnya sekali. Sahabat-sahabat bertanya Rasulullah s.a.w. "Iman itu apa?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "ketaatan mengembirakan kamu dan kemaksiatan, menyedihkan kamu". Iman adalah taqwa, apabila ada iman, taqwa akan datang sekali. Tidak mungkin seorang itu beriman tetapi tidak bertaqwa. Dalam Al-Quran Allah sebut kalimah ini sebagai kalimah taqwa. Alamat iman yang pertama ialah taqwa, apa itu taqwa? Taqwa ialah takut kepada Allah ketika berseorangan, ketika bersunyi diri. Misalnya seseorang hendak buat dosa, tetapi depan orang ramai dia tidak buat atau seseorang itu hendak buat dosa tetapi takut orang nampak, itu pun sudah dosa. Semua asas amalan baik ialah taqwa. Taqwa dan sabar adalah sama, kedua-duanya dituntut. Jika kita taqwa dan sabar serta-merta akan datang bantuan Allah. Sekarang orang ada sabar tetapi tidak ada taqwa. Kalau ada sabar tetapi tidak ada taqwa nusrah (bantuan) Allah tidak akan datang. Walaupun umat ditimpa kesusahan dan kesempitan, mereka bersabar tetapi nusrah Allah masih tidak turun kerana mereka tidak taqwa. Dimana Allah cerita dalam Al-Quran, sabar dan taqwa, kedua-duanya perlu. Hanya sabar tanpa taqwa ia tidak sempurna. Dengan sabar ada janji Allah iaitu perlu taqwa. Taqwa pun ada janjiNya iaitu perlu sabar.

5 janji Allah dengan taqwa.

1. Orang yang takut dengan Allah, Allah akan buka jalan-jalan penyelesaian, keluarkan dia dari kesusahan seperti Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf sabar apabila dikhianati oleh saudara-saudaranya. Kemudian dia jadi budak suruhan Zulaikha. Tetapi sebab Nabi Yusuf sabar dan taqwa, maka saudara-saudaranya pula berhajat kepadanya, datang minta makanan dan bantuan daripadanya.

2. Allah akan mudahkan rezekinya. Allah swt mudahkan Nabi Daud a.s. dalam mencari rezeki dimana besi untuk membuat pedang lembut seperti tepung diuli, kerana untuk usaha dakwah dia tidak perlu guna harta dan kerajaan.

3. Allah memberi ganjaran.

4. Allah ampunkan semua dosanya yang lalu.

5. Mendapat rezeki yang halal.

Oleh itu perkara yang pertama kita lakukan ialah kita kena bawa taqwa dalam muamalat (pekerjaan/perniagaan) kita. Kita perlu sedar diri kita beribadah jadi makanan kita mesti jauh dari yang haram. Kita perlu yakin dengan memakan makanan yang haram, akan rosak amalan kita. Saidina Abu Bakar r.a termakan satu suap dari hasil tukang tilik, dia terus muntahkan balik. Beliau sedia mati disebabkan makanan itu. Sebab itu dalam usaha kita cari rezeki, perlu bawa taqwa, supaya kita dapat rezeki yang halal. Apa yang kita yakin itulah yang akan datang dalam amalan kita. Dalam ibadat bukan sahaja pakaian suci, makanan suci, tempat suci, tapi darah kita yang mengalir pun mesti jauh dari yang haram yakni mesti suci. Ini penting kerana ia termasuk taqwa zahir. Maka kita mesti jauhkan dari riba', jauhkan dari penipuan. Dalam muamalat mesti ada taqwa supaya terhindar dari makanan haram kerana darah yang mengalir mesti suci untuk kita jaga amalan agama kita.

Oleh itu usaha cari makan ini kita perlu berlandaskan agama dengan cara letakkan amal dihadapan dari asbab. Asbab bukan maksud tetapi kita kena letak hukum dalam asbab, Allah swt bagi asbab untuk kita letakkan hukum dan dari hukum ini Allah wujudkan keberkatan. Dalam perniagaan tiada keuntungan, pemeliharaan, dalam ubat tidak ada kesihatan, untuk dapat terus dari zat Allah ialah dengan amal. Allah hendak lihat kita yakin pada asbab atau yakin pada Allah. Ubat belum tentu boleh bagi kita sihat tanpa izin Allah, makanan tak boleh mengenyangkan kalau Allah tak izinkan, kerja kuat siang malam belum tentu boleh buat kita kaya tanpa izin Allah, harta belum tentu buat kita bahagia tanpa izin Allah. Allah nak lihat kita pilih asbab atau pilih hukum. Misalnya seseorang hendak keluar pergi berniaga, dia sembahyang 2 rakaat dahulu. Allah telah beritahu bahawa Allah jadikan dunia ini dengan perhiasan-perhiasan untuk ujian. Seperti Nabi Sulaiman a.s. Allah bagi asbab yang banyak, beri dia kuasa, ada kerajaan yang luas, ada harta yang banyak, istana Ratu Balqis datang padanya sekelip mata; Allah hendak lihat dia bersyukur atau kufur. Oleh itu semua asbab yang kita nampak atau tidak nampak perlu kita kembalikan kepada Allah swt. Apabila kita tumpukan ghairullah daripada Allah, Allah akan tarik keberkatan dan manfaat darinya. Sebab itu kita perlu yakin dengan janji Allah, yakin dengan kudrat Allah dan yakin dengan hukum-hakam Allah swt. Dengan hukum-hakam Allah swt, ada janji Allah swt.

Untuk datangkan yakin ini kita perlu dakwah, dakwah dan dakwah. Dengan dakwah wujud suasana, yakin akan berubah tetapi dengan syarat umat ini datang dengan cara majmuknya atau seluruhnya pada dakwah. Jadi orang beriman yang menyakini bahawa tanpa dakwah tidak akan keluar daripada kerugian. "Demi masa, semua manusia dalam kerugian kecuali orang beriman dan amal soleh, dan yang berpesan-pesan dengan hak dan yang berpesan-pesan dengan sabar" (surah al-asr), kedua-duanya perlu. Setiap orang beriman ada 4 tanggungjawab ini. Allah akan mengeluarkan umat ini dari segala kerugian apabila kita membuat kerja dakwah.

Orang mukmin perlu mengambil pelajaran dari keadaan yang menimpa dia, dia tidak dapat keluar tanpa iman. Orang mukmin perlu sedar bahawa tidak ada jalan lain untuk mengeluarkan mereka dari musibah yang datang, kecuali membuat hanya satu usaha sahaja iaitu membuat usaha atas iman dan amal, dan mengajak orang lain juga untuk membuat usaha iman dan amal, dan laksanakannya dengan penuh kesabaran. Tanggungjawab ini perlu dilakukan secara ijtimae (berjemaah), kita kena jadikan setiap umat ini da'ei. Bila mana ada umat yang tidak datang kepada usaha dakwah, maka usaha akan pincang, umat akan tidak selamat.
usaha ini bukan harus dikerjakan oleh orang lelaki sahaja.. tetapi ini juga kerja2 orang wanita.. samada orang kecil atau orang dewasa.. ini lah kerja bersama.. kerja ummat nabi Muhammad saw..

Untuk membawa agama dalam kehidupan, kita setiap orang mukmin perlu membuat usaha atas agama. Ulama' beritahu bahawa ada orang tidak membuat dakwah yang makruf sebab dia tidak beramal lagi dengan amal tersebut. Sebetulnya kita perlu seru kepada makruf juga walaupun kita tidak amal. Kalau dia buat dakwah dan juga amal, itulah yang sebaik-baiknya. Apabila kita buat kerja dakwah, akan timbul keinginan melakukan makruf dan Allah akan wujudkan kebencian dalam melakukan yang mungkar. Maka jadilah dia sebaik-baik mukmin yang diredhai oleh Allah swt. Oleh sebab itu kita perlu niat, kita perlu buat dan bawa seluruh umat kepada kerja ini.

Maka marilah kita semua berdoa, "Ya, Allah, apa-apa kesalahan dan kekurangan yang telah berlaku sehingga sekarang maafkanlah kami Ya Allah, untuk masa akan datang pilihlah kami Ya Allah untuk kami ambil tanggungjawab Nabi sebagai tanggungjawab kami Ya Allah". "Wahai Robb, jika umat tidak datang kepada kerja Nabi, umat ini akan rosak, ya Allah kasihanilah kami. Orang Islam di seluruh dunia terimalah mereka buat usaha Nabi dengan cara Nabi. Semua orang bukan Islam juga keluarga kamu Ya Allah, kalau mereka tidak diselamatkan, mereka selama-lamanya akan masuk neraka. Di dalam kubur 99 ekor yang akan patuk mereka Ya Allah, semua orang bukan islam masukkanlah mereka dalam Islam. Kami tidak mahu apa-apa Ya Allah. Apa kehendak kamu Ya Allah untuk orang Islam dan yang bukan Islam, itulah hendak kami penuhi". "Ya Allah, terimalah saya dan rakan-rakan saya yang buat usaha agama sepertimana yang kamu kehendakki. Terimalah doa kami ya Allah" Amin Ya Rabbal Alamin.

Semua azam untuk buat dakwah insyaAllah?

Wednesday, November 7, 2012

musyawarah

Maksud dan Tujuan Musyawarah :
Bagaimana kita bisa menyatukan hati, fikir, dan kerja kita dan apa yang akan kita buat sehingga mampu mendatangkan hidayah Allah SWT dan kita siap untuk menggunakan harta, diri, dan waktu kita untuk memenuhi takaza-takaza (keperluan) agama.
Target Musyawarah :
1.      Wujud amal agama yang sempurna di kampung kita dan seluruh alam
2.      Bagaimana kita bisa memenuhi takaza-takaza dari seluruh alam
3.      Bagaimana kita bisa membentuk jemaah-jemaah ke seluruh alam dan jemaah-jemaah seluruh alam dating ke tempat kita.
Manfaat Musyawarah :
Meredam nafsu kita untuk mentaati Allah dan Rasul serta jemaah, mendatangkan rahmat, cinta Allah, Rasul dan para hamba serta satu hati di antara jemaah.
Kerja Musyawarah :
1.      Targhib
2.      Laporan Kerja
3.      Pembagian Kerja
Agenda Musyawarah :
1.      Targhib
2.      Kargozari / Laporan Kerja
3.      Pembentangan Takaza
4.      Santri / Pelajar / Mahasiswa
5.      Masturah
6.      Masalah-masalah daerah / halaqah / mahalla
Dalam Musyawarah Hendaknya :
1.      Fikir seluruh dunia, manusia bisa taat pada Allah dan Rasul, jumlah negara, jumlah umat Islam, keadaan umat Islam sebenarnya.
2.      Kalau kita fikir seluruh dunia, maka bantuan Allah pun untuk seluruh dunia.
3.      Sudahkah kita kirim jemaah ke seluruh dunia dan sudahkah negara tersebut  datang ke tempat kita.
4.      Bila ada jemaah luar negeri dating, tanyakan tentang jumlah penduduk, agama lain, agama Islam yang sudah shalat berjamaah, yang shalat / tidak shalat.
5.      Kita harus mengetahui jumlah negara di dunia.
6.      Baru fikir negara kita. Mulai dari wilayah yang rawan agama, menengah, dan yang baik.
7.      Kemudian fikir mahalla, jumlah masjid, penduduk, karkun, jumlah rumah dan masjid yang hidup amal maqami, yang shalat di rumah / tidak shalat.
8.      Sebelum musyawarah kargozari tentang takaza markaz.
9.      Takaza tetap : Mengirimkan jemaah ke IPB (India, Pakistan, dan Banglades)
10.      Takaza sementara : Santri/Pelajar/Mahasiswa bisa keluar saat liburan.
11.      Jauh-jauh sebelum masa liburan sudah dipikirkan keluar mereka, jadi harus tahu jadwal liburan pelajar.
12.      Orang yang hadir musyawarah harus diberi kebebasan utnuk mengemukakan pendapatnya secara terang.
13.  Amir musyawarah harus mengosongkan fikiran dari rencana-rencana dan harus memerlukan pendapat orang lain.

 2. Perkara yang Dimusyawarahkan :
1.      Maksud Dakwah (Intiqali dan Maqami)
2.      Keperluan Dakwah (petugas khususi, bayan, mudzakarah, khidmat, istiqbal, tasykil, hirosah)

3 Perkara yang Harus Difikirkan Setiap Daie :
1.      Mewujudkan kerja dakwah, dengan mengeluarkan jemaah ke seluruh alam.
2.      Memelihara kerja dakwah, dengan musyawarah dan amal maqami.
3.      Meningkatkan kerja dakwah, dengan tambah korban harta, diri, masa dan fikir.