masturat

masturat

usaha atas iman

Wednesday, February 22, 2012

ANDAI DAHI TIDAK MENCECAH SEJADAH

ASSALAMUALAIKUM.....

ALHAMDULILLAH, syukur kepada ALLAH s.w.t kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus bernafas di bumi ini. Selawat dalam untuk junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w. Semoga puisi ini dapat kita jadikan ikhtibar di dalam menjalani hidup kita sehari-hari.

Hayatilah...


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhulah kamu sebelum kamu diwudhukan,
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih.
Pada waktu itu tiada lagi guna bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih.

Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai,
Lalu dilaksanakanlah solat jenazah,
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam beserta fatihah, selawat dan salam
Sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah.

Tetapi adakah 4 kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.

Justeru, ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat,
Usunglah dirimu ketika solat sebelum kamu diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringlah dirimu ke masjid.
Sebelum kamu diiringi ke pusara,
Tangislah dosa-dosamu di dunia kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’.

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan dengan panggilan Izrail yang menakutkan,

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalqinkan kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi.

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan.
Namun, pada ketika itu istighfar tidak dapat menyelamatkan,
Ingatlah di mana sahaja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan,
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan.
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti,
Lalu menjadi segumpal darah,
Lalu menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membalut tulang,
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.

Justeru, bila DIA menyeru sambutlah seruanNya,
Sebelum DIA memanggilmu buat kali terakhirnya.

Ingatlah asal-usulmu yang tidak bernilai itu,
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk, itik tak sudu.

Tapi Allah mengangkatmu ke satu mercu yang lebih agung dari Malaikat.
Lahirmu bukan untuk dunia,
Tapi gunakanlah ia untuk belayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan haiyaalaalsolah dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan haiyaalaalfalaah dengan jalan kemenangan dunia dan akhirat.

Ingatlah yang kekal ialah amal,
Menjadi bekal sepanjang jalan,
Menjadi teman di perjalanan,
Guna kembali ke pangkal Tuhan.

Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera,
Kondominium, saham dan niaga,




KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA

aku ingin begini..



YA ALLAH... tidak aku gadaikan tawaran untuk menjadi calon bidadari syurga semata-mata ingin menjadi calon bidadari di dunia yang pasti akan pudar kecantikannya....

YA ALLAH...kau bangunkan aku untuk memperjuangkan agama MU yang mulia ini dan jadikan lah aku wanita yang sentiasa melabuhkan cintaku kepada MU...

YA ALLAH, jika aku menyembah Mu kerana aku takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka...

YA ALLAH, sekiranya aku menyembah Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga Mu..

YA ALLAH, namun sekiranya aku menyembah MU semata-mata demi Mu, janganlah ENGKAU enggan memeperlihatkan keindahan wajah MU yang abadi kepada ku..



AMIN YA RABBAL ALAMIN... :D

ketika cinta BERUSRAH



Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai? Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki...Tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini?

Cinta Itu Indah.. Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah.. Bila Tujuannya Kerana Allah.. Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. :)
JiKa engkau suDah mengenal ALLAH,
maka cukUplah ALLAH di hatimu,
WaHai hati, engKAu mengakui
mencintai ALLAH, sedangkan engKau
berMaksiat kepaDa-Nya,
wahai jiWa, bukankah seoRang pencinta
akan tunduk kepada yang diCintainYa??

Bangkitlah wahai pemuda dan pemudi Islam! Jiwa pemuda yg sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir mjd kuncup kerana terjerat dgn percintaan.. Jiwa pemudi yg sepatutnya disirami dgn kesopanan dan kesolehan di dada mjd kotor dek cinta yg ternoda..
Antara nafsu dan iman, sering menjadi pilihan..antara Allah dan syaitan, penentu kekuatan iman.. antara dunia dan akhirat, dua2 kena seimbangkan.. andai nafsu, syaitan dan dunia semata-mata bermaharaja dalam diri, itu membuktikan betapa tandus dan kontangnya cinta kita terhadapNya..
Serahkan cintamu pada ALLAH, kelak, kau takkan kecewa..salurkan rindumu pada Rasulullah, nescaya kau akan merasa bahagia..suburkan sayangmu pada Ibu Bapa, pasti kau gembira melihat mereka..siramlah perasaan kasihmu pada Sahabat-sahabat yang mengalirkanmu ke jalan kebenaran..bersihkanlah HATImu untuk bertemu dengan sekeping HATI suci pilihanNya..

Akhir kata.. aku menasihatimu.. bukanlah aku yang terbaik... menasihatimu.. ibarat aku melantun bola kedinding .. yang akhirnya akahn balik pada diri sendiri.. nasihat untuk diri ini juga

Monday, February 20, 2012

masa tetap berlalu

Syukur kehadrat Sang pencipta yang tak pernah henti-henti menyebarkan rahmatNya kepada sekalian makhlukNya, dan selawat serta salam buat junjungan mulia nabi kita Muhammad solla Allahu alaihi wasalam beserta keluarga baginda rahmatu Allahu alaihim. Aamin..

Bagaimana iman kita hari ini???


Tepuk dada kuat-kuat, banyakkan beristighfar kepada Allah, semoga hati kita terus dijaga dan ditetapkan pada jalaNya.

Tiada susunan ayat seindah Alquran, tiada bicara seindah kalam mulia hadis-hadis Rasulullah salla Allahu alaihi wasalam. Dalam kekangan masa yang tidak pernah menampakkan kecukupan kepada setiap insan untuk Tuhannya, wajarlah kita sentiasa berwasapada agar setiap detik yang berlalu tidak disia-siakan tanpa sebarang pengisian yang dikira baik oleh Allah taala. Teringat pada sebuat pesanan baginda salla Allahu alaihi wasalam :

“Bekerjalah untuk duniamu, seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati di esok hari!” 

Oleh sebab itu wajarlah Saidina Abu bakar berdoa seperti berikut :
“ Ya Allah! Jangan biarkan kami dalam kesesatan. Dan jangan ambil kami di waktu lalai. Dan janganlah jadikan kami dari golongan yang lalai.” Aamin..

Saudara seakidah ku, kalian pasti sudah terbiasa dengan ungkapan “masa kian mencemburui kita” pernah bukan? Pada dasarnya mungkin ada benarnya, tapi dalam masa yang sama kita telah menipu diri sendiri. Yer, ungkapan ini hanyalah sebuah lafaz pelepas diri, orang-orang melayu begitu suka mempersalahkan persekitaranya dari melihat keabaikan diri meraka terlebih dahulu, bagai kuman mati diseberang nampak, gajah didepan mata tak nampak.
Sebenarnya, kita yang alpa dan lalai dalam menghargai segenap masa yang Allah peruntukkan kepda sekalian insan untuk beribadah kepadanya. Masa tidak pernah lebih dan kurang, 24 jam satu hari, tujuh hari dalam satu minggu, 30 hari dalam sebulan, 360 hari dalam setahun, tak pernah berubah bukan?? Kita merasakan masa berlalu dengan pantas kerana dalam satu hari kita hanya mempertuntukan beberapa jam sahaja untuk bekerja dan beribadah, lebihnya kita penuhi dengan noda-noda, tidak pun dengan hiburan yang takpernah berkesudahan banyaknya.. masya Allah. 

Di dalam kitab Ihya’, Imam Ghazali ada menyebut, semua masa terbahagi kedapa tiga:    
Masa yang berlalu, seorang hamba jangan mengeji. Biarpun dalam masa itu dia berada dalam kepayahan ataupun kesenangan (ujian)
Masa akan datang belum kunjung tiba. Tidak seorang hambapun mengetahui, apakah dia akan terus hidup atau akan mati? Tidak seorangpun tahu qada’ Allah taala.
Masa sekarang. Perlu seseorang itu berusaha dengan sedaya mungkin, mengingati Allah taala kerana jika masa berikutnya tidak kunjung tiba, maka dia tidak dihinggapi rasa kecewa.

Setiap detik yang berlalu perlulah dipenuhi dengan sebaik-baiknya. Bagaimana caranya? Sama-sama kita merungkai dari apa yang kalian sendiri sedia maklum cuma kurang ambil tahu dan mungkin juga belum ada kesedaran. Cara yang telah disarankan oleh doktor Yusuf Qordhawi :
1.       Menjaga masa dengan sebaiknya.
2.       Elakkan dari pembaziran masa.
3.       Mengisi masa kosong dengan perkara-perkara yang berfaedah
4.       Berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.
5.       Jadikan setiap masa lalu sebagai pengajaran.
6.       Pastikan ada jadual waktu yang sistematik.
Sabda Rasulullah salla Allahu alaihi wasalam:
Dua nikmat diantara nikmat-nikmat Allah yang kebanyakan manusia kabur melihatnya, iaitu nikmat sihat dan masa lapang

Gunalah masa kalian sebaiknya…

Wa Allahu a’lam.

6 cara ubah diri jadi baik

KITA seringkali memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai juga yang ingin melihat orang lain berubah. Malah, kita berkeinginan untuk berubah, tetapi masih tidak kesampaian.
Kita mahu negara kita berubah, kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita, tetapi malangnya anak dan isteri kita masih tidak mampu kita ubah. Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya, kita tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri. Rahsia mengubah orang adalah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang lain sekiranya kita tidak mula daripada diri sendiri tidak berkesan. Kadangkala hasrat mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap kita itu tidak serupa bikin dengan apa yang kita laungkan.

Elok juga kita fikirkan perbandingan ini, kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak dibina. “Mulakan dengan dirimu,” kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah, tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri. Ramai orang berani melihat kekurangan orang lain, tetapi jarang sekali membincangkan kelemahan diri sendiri. Sebenarnya apabila kita mengubah diri dengan penuh sedar sudah pasti ia dapat mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatan yang berubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain. Pengaruh daripada kegigihan mengubah diri tidak akan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain. Makin lama orang akan simpati dan terdorong untuk turut sama berubah.

Lantas bagaimana kaedah mengubah diri dan orang lain?

Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Mana mungkin kita mahu mengajak orang berubah sedangkan diri kita masih di takuk lama. Jadilah seperti `ketam mengajar anak berjalan betul’ nanti cakap tidak serupa bikin.

Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit, yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar dimulakan dengan titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang. Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil akan jadi lebih besar jika terus dibiarkan.

Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.

Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.

Keenam: Kena ulangi kebaikan sehingga sebati dengan diri. 

Wednesday, February 15, 2012

buat ayahku sayang



Senyum mu memekar
Pandangan lirih tak terlawan
Diam tak terungkap suara
Lirik mata cukup mengungkap atma
Biar berbisik ikhlas tidak terlafazkan
Ayah, menyampai makna dalam ribuan belaian
Biar kaku tiada sendu
Ayah, merah mata mu memujuk jiwa ku
Diam mu tatkala ku berduka
Sapa mu saat diri ini leka
Memayung dari badai dunia
Menyedia teduh dengan pepohon iman
Saat zaman menelan nilainya insan
Teruslah ayah dengan bicara bisu mu
Jika itu memberi keselesaan
Pasti gerak tubuhmu penuh dengan keikhlasan
Namun jangan dikau hilangkan renung wajahmu
yang kejap dengan dahan sokongan
Sungguh, itu juga cukup bagiku
Memahami bahawa dalam mu sesak dengan isi kecintaan
Buat ayah
Sebelum ku mencium tanah ini
Ingin sekali kukhabarkan padamu
Du’a balasku buat ayah kekasih hati
Agar keterlewatan tidak membeban diri
sampai terjejaknya ajal di sisi diri
Mengajak ku atau ayah ke sisi Ilahi
Du’a ku tidak setara mu
Korbanku tidak semahal mu
Tetapi tetap juga ku bermohon moga
Cinta ini tidak pudar melewati usia ku
Dan semoga cinta dan du’a ku juga menyubur sehingga ke hela terakhirku
Semoga ayah mendengarkan ku
Lewat balasan renungan wajah ku
detik ini
Du’a buat kekasih hati sehingga terputus nafas ini



tahun 2012






2012 menjengah. Umur semakin bertambah. Ilmu dan amal bagaimana?


tidak banyak yang mampu saya perkatakan sepanjang 2011.


Mental block? Mungkin sahaja...


Sahabiah saya ukht Sumayyah bertanya rasanya pada detik-detik akhir 2011, adakah saya/ kami akan kembali istiqamah menulis pada 2012 ini? ... saya tiada jawapan. Sungguh, sehingga kini!


Seorang lagi sahabiah saya, kak fakhzan marwan, terus-terusan istiqamah meng'update' penulisannya, sekalipun sekadar sebuah perkongsian yang di ambil dari laman lain. Saya kagum!


Menjelang tahun baru, hijrah mahupun masihi, seperti kebiasaannya ramai antara kita yang mengalami perubahan fasa kehidupan. Saya juga, pasti!


Saya sedang mengalami kejutan, fasa kehidupan saya yang baru penuh kejutan. Kesakitan yang ALLAH baru sahaja 'zahirkan' pada saya, sungguh sesuatu yang berat untuk saya fahami, untuk saya terima (kadangkala). Namun, saya pasti sebagai seorang Islam, kita tidak patut futur, berputus asa. Ini ujian, dan biarlah ia menjadi pencuci dosa-dosa lalu.


Dalam pada masa yang lain, seorang sahabiah bertanya; apakah takdirnya sehingga ke hari ini, saya dan dia, dan juga mungkin teman-teman lain yang sudah menjangkau usia lewat 20-an masih lagi belum berumah tangga, sedangkan ia sunnah yang mulia, pelengkap pada agama jika benar caranya.


Bungkam! Bukan sahaja sahabat, malah makcik-makcik riuh sekampung bertanya status saya (saja menambah-nambah!). Ada sahabat yang mencadangkan jawapan yang pelbagai. Sebagai contoh jika seorang makcik bertanya bila mahu kahwin, maka jawapannya; "Tunggu suami makcik masuk meminang!" (Ini standard jawapan di dalam radio). Saya tersenyum, buat betul makcik itu sampaikan pada suaminya dan sampai pinangan ke rumah, teruk pula nanti.


Ini juga ujian. Ujian kesabaran dan keyakinan pada-Nya. Atas persoalan jodoh yang juga merupakan sebahagian dari hal-hal rezeki yang di luar kuasa kita. Apa yang saya pasti ada satu perkara yang selalu saya fikirkan;


Mungkin saya belum cukup baik..
Belum cukup baik dengan mak ayah...
Belum cukup baik dengan kakak dan abang...
Belum cukup baik dengan kawan-kawan...
Belum cukup baik dengan orang lain...
Dan yang paling penting, belum cukup baik dengan Allah, sebagai hamba-Nya...
Bagaimana mampu untuk kita berlaku baik dengan seorang yang bernama suami kelak? Salah satu jalan yang ALLAH halakan mudah untuk ke syurga. Walau untuk ke syurga bukannya mudah!


Jadi mungkin itulah sebabnya.


Dan ada pelbagai soalan tentang musibah dan permasalahan yang lain. Rupanya manusia takutkan masalah kerana lebih takutkan rasa sedih. Memang susah nak tukarkan masalah kepada cabaran. Tetapi sehingga ke hari ini, ada tidak sesiapa yang masih meneruskan kehidupan tanpa melalui sebarang permasalahan? Bermakna sehingga ke hari ini kita sudah selalu berjaya mengharungi ribuan permasalahan dalam kehidupan, dan masalah yang akan datang pasti kita berjaya juga lalui dan harungi sebagai cabaran untuk terus meraih redha dan syurga-Nya.


Teringat saya kepada kata-kata penulis dari seberang, saudara kita, saudara Henry Nurdi;


"Hikmah mampu mengubah kesengsaraan dan bencana berbuah manis dan lazat. Tapi sayangnya tak semua orang mampu mengambil hikmah itu."


Semoga barakah dan hidayah ALLAH dapat menyirami hati nurani kita yang tandus akan keyakinan kita akan takdir-takdir ALLAH swt.


Wallahu'alam. Hingga berjumpa lagi. InsyaALLAH.

Friday, February 3, 2012

BERMAIN DENGAN PEMAKAIAN PURDAH

Assalamualaikum... Setelah hampir seminggu di rumah..macam2 yg jadi..terasa diri makin jauh dan hanyut..aku perlukan sokongan dan kekuatan..tiadalah aku mampu melakukan ketaatan dan tiada jua aku mampu mengelak penderhakaan kecuali hanya dengan pertolongan Allah Taala... apa yg mahu ditekankan dlm entri ni hanya anggapan yg salah tentang purdah dari mereka2 yg xpernah tahu untuk apa pakai purdah kerna mereka bukan pemakai purdah...mereka Cuma berhujah tentang sesuatu yg mereka tidak tahu..tentang sesuatu yg mereka xpernah buat dan xpernah alami... subhanAllah.. jika ini baik untukku.. kau mudhkan penghijrahanku... amin ya Allah..
PURDAH SELEBRITI....
Isu ni la yg sering hangat di perkatakan...arghh...jika di dengar lama2 memang akan cair semua taik telinga or akan terbakar cuping telinga n gegendang telinga pon mungkin akan pecah..aku pikir dunia sekarang sedang diserang ideologi2 dan cerita2 tentang purdah sedang pemakai purdah juga semakin ramai sejak kebelakangan ni...apa yg buat aku sgt2 tidak selesa ialah...
“mimi..tgk x cerita bla3...(drama ttg wanita bpurdah) ?? ”
“kenapa xpakai purdah yg macam dot3 (sorg selebriti) ? ”
“pakai purdah yg macam dia (selebriti) la cantik..pakai la mi..”
“pakai jela (mcm selebriti)..buat pe pikir pasal org lain..”
“sy terus tringat awak bila tgk cerita tu”Kalau kamu di tempat aku..apa yg kamu akan lakukan bila kamu di aju soalan2 dan idea2 yg xmasuk akal dan berlawanan dgn prinsip kamu..malah tekad kamu untuk berpurdah memang bukan seperti apa yg difikirkan mereka...motif??? apa motif mereka tanya kami (niqabis) soalan2 macam tu? Apakah kamu fikir dunia ini sgt perlu untuk buat cerita ttg org pakai purdah?? Utk apa?? Bela org pakai purdah?? Menampakkan org pakai purdah ni baik?? Bagi aku...drama2 or cerita2 itu tidak lain hanya memburukkan lagi imej niqabis..hnya mengaibkan niqabis...kerna apa?? Kerna mereka mencantikkan niqabis dlm cerita2 mereka....wahai teman niqabis sekalian...tidakkah kamu sedar keburukan dan aib di sebalik drama2 itu??
TABARRUJ !!! KAMU XKAN FAHAM NIQABIS SEBENAR TAKKAN TERMAKAN KATA2 ORANG DAN AKAN LARI DARI PUJIAN ORANG..PAKAI PURDAH BUKAN UNTUK DI LIHAT BAIK!! PAKAI PURDAH BUKAN UNTUK DILIHAT CANTIK!!! BUKAN ITU YG KAMI MAHU!! BUKAN TU YG KAMI NAK!! PAKAI PURDAH BUKAN UNTUK DI TONJOLKAN DALAM DRAMA DAN DIJADIKAN CERITA !!! MALAH KAMI SEBENARNYA SEDANG LARI DARI SEMUA TU!!



DUNIA SEDANG MEMANIPULASIKAN PEMAKAI PURDAH...


Apakah kamu fikir...isteri2 para anbia’ dulu2 yang berjilbab berniqab or berpurdah ini ditonjolkan kpd org ramai?? Bukankah mereka berhijab hanya kerna Allah Taala semata2?? Bukankah mereka berhijab kerna mahu menjaga maruah diri dan keluarga? Bukankah mereka berhijab kerna mnyahut seruan Ilahi agar menjaga kehormatan diri dan agr lebih dikenali? Maksud dikenali dlm kalamNya dan beberapa hadis adalah perbezaan antara wanita yg beriman dgn yg fasik or munafik..kerana di saat itu wanita2 arab jahiliah berpakaian dgn pakaian yg sama tidak menutup aurat dgn sempurna..jadi seruan untuk berhijab/bjilbab/bniqab disambut baik hnya oleh golongan2 yg cintakan agama Allah...HNYA OLEH ORANG YG CINTA ALLAH DAN RASULNYA,..dgn itu mereka lebih dikenali kerna jumlah mereka yg bjilbab/bniqab sgt sedikit dan hnya di kalangan keluarga para anbia’ n shbat2 shja..bukannya dikenali dgn ditonjolkan!! nampaknya sekarang..tarikan pada niqabis sgt tinggi..semakin ramai yg tertarik dgn purdah, semakin mudah dunia memanipulasi purdah dgn TABARRUJ..sungguh licik permainan dajal laknatullah..hanya pada Allah tempat aku memohon perlindungan dari tipu daya dajal .

wahai teman niqabis! Aku mahu tanya kalian...Sedaya mana kamu mampu mjaga hati kamu dari ujub diri bila kamu dipuji di mana sja kamu brada? Yakinkah iman xkan goyah dgn pujian tsebut?? Lebih2 lagi bila dipuji oleh opposite gnder?? Itukah yg kamu mahu? Bukankah kita mahu lari dari semua itu?? Sesungguhnya nafsu itu sering menyuruh kepada perkara kejahatan.. jangan pernah tertipu dgn permainan ketaatan yg kamu cipta sendiri di saat kamu lupa sebab sebenar mngapa dan untuk apa kamu berniqab...fikirkan wahai teman...dunia sedang rancak menipu...kita mahu cantik pada pandangan Allah..bukan mahu cantik di mata manusia semata-mata...jgn terpedaya dgn permainan dunia..kerna kita bukan boneka..kita adalah HAMBA,,,HAMBA ALLAH!! Jadi...berlagaklah seperti seorg HAMBA!

Mereka takkan faham...



Mereka tidak akan pernah faham apa yg dialami dan dilalui oleh pemakai2 purdah jika mereka sendiri xpernah pakai purdah..adilkah apa yg di anggap oleh mereka diambil sebagai sesuatu yg benar kalau mereka sendiri xberbuat seperti apa yg diperkatakan? Aku pernah kalah dgn permainan nafsu ni..permainan di mana aku kalah dgn nafsu amarah sendiri kerna membetulkan anggapan mereka yg xmemahami sesuatu perkara ttg purdah..adakah aku perlu menerangkan dgn detail n beritahu segala-galanya tentang apa yg aku alami hnya kerna ingin menutup mulut mereka n mhentikan percakapan mereka? ya..satu pertikaian yg berakhir dgn perkelahian..dimana aku gagal mengawal amarahku..bukan kerna mahu menunjukkan aku benar..tapi untuk membetulkan anggapan mereka dan aku mmg perlu membela diri ketika itu..namun..aku tetap kalah dgn syaitan dlm diri, dimana apa yg sepatutnya aku lakukan ketika itu hnyalah diam dan bersabar dgn kata2 mereka...ampunkan aku Ya Allah...saat tu aku sendiri dan aku kalah.. Y_Y






aku akui sgt perit dan pedih..sedih dan kecewa bila org2 terdekat sendiri tidak dpt memahami dan mengerti mengapa sebenarnya aku berpurdah...usah mempertikaikan ttg sesuatu perkara yg kamu xtahu.. walau pun ia masih baru padaku..perlukah aku mendengar kata2 mereka yg jelas lari jauh dari perinsip aku? memang kamu xkan pernah mngerti dan faham apa yg aku lalui kecuali bila kamu sendiri yg mngalaminya satu masa nanti...wajarkah aku mengharapkan pemahaman dan perhatian daripada mereka yg x faham dan xcuba untuk faham sedang aku sentiasa punya Tuhan yg Maha Mendengar..Melihat..Maha Memahami...dan Dia Maha Tahu segalanya..
aku mahu tahu...

bagaimana agaknya keadaan kalian bilamana kalian melakukan sesuatu yg lain dari org2 di sekeliling kalian dan mereka mempertikaikan apa yg kalian lakukan sedang mereka sendiri xtahu apa yg mereka hujahkan???
Apa perasaan kamu bila kamu berjuang seorang diri tanpa ada penyokong dan peneman malah perjuangan kamu dipertikaikan ???
Apa perasaan kamu bila prinsip kamu dikotori tohmahan dan kritikan org2 di sekeliling kamu sedang hanya kamu tahu itu yang terbaik untuk kamu?
Apa yang kamu akan lakukan bila keadaan sekeliling kamu memaksa kamu menjadi yg lain dari apa yg kamu mahukan??
Aku xsalahkan mereka...kerna aku sendiri yg salah bila aku terpengaruh dgn kata2 mereka dan mengambil kesah serta mendownkan aku sedang aku boleh memilih di saat itu utk diam saja dan tawakal hanya kepada Allah...Allah...ampuni aku...aku sgt lemah saat itu... Y_Y


ALLAH BANTULAH AKU... Y__Y

Sungguh aku perlukan kekuatan di saat ini...Allah...bantu aku tuk harungi semua ini...tiada sesiapa lagi di sampingku kecuali Engkau...=,(
Sungguh aku perlukan bimbingan dan didikan dari Yang Maha Agung...Allah....tegur aku...bantu aku tuk harungi semua ini...aku hanya ada Engkau saja tuk mendengar luahanku...aku tahu semua boleh baca apa yg aku tulis di sini...tapi apa yg mereka boleh buat?? Mereka xtahu apa yg ade dlm hati aku n fikiranku...Hanya Kau saja Ya Allah...hanya Kau sajalah Yang mampu Menghilangkan segala kesedihan dan kekecewaan ini..hanya Allah saja yg memahami diri ini..Hnya Allah saja yg boleh menolongku..cukuplah Hnya Allah sebgai Penolongku... cukuplah hnya pada Allah saja tempat aku bergantung harap..cukuplah hnya Allah sebgai Penilai dan Hakim atas setiap apa yang aku lakukan dlm kehidupanku.. cukuplah hanya Allah saja yg menilai tiap perbuatanku dan pilihanku... aku xperlukan hujah2 dan pertikaian daripada sesiapa pun kerna hnya aku yg tahu apa yg aku lalui...dan kamu..kamu...kamu...xkan pernah tahu apa yg dialami oleh ku walau kata2 dan hujahmu sgt ribut dan kencang membicarakan sesuatu yg kamu sendiri tidak pernah tahu dan tidak pernah rasa or alami...


TERIMA KASIH..

Terima kasih yg xterhingga pada kalian yg memanipulasi dan mempertikaikan...Kerna hujah kamu semua membuatkan aku lebih kuat tuk hadapi masa akan datang..n buatkan aku lebih tegar n kukuh dgn prinsip2 ku..moga Allah merahmati hidup kalian semua dunia dan akhirat... moga suatu masa nanti kamu akan berada di tempatku dan memahami apa yg aku lalui selama ini supaya anggapanmu itu akan dibetulkan oleh dirimu sendiri..maafkan diri ini kerna pernah tersalah cara dlm membela diri sdg diri lupa bhwa cukuplah hnya ALLAh saja sebagai PEMBELA...wallahu’alam.


Bagiku amalanku..bagimu amalanmu..aku mohon...jangan rosakkan hati aku..=,(
aku berniqab kerna itu pilihanku sendiri..bukan kerana mngikut orang!
dan cukuplah hanya Allah sebagai Tempat Bergantung HARAPAN...
dan cukuplah hnya Allah yang Mengenalku...


Wassalam...