masturat

masturat

usaha atas iman

Thursday, March 22, 2012

apabila DIA memberi erti....

Assalamualaikum sahabatku....Allah S.W.T berfirman:
yang bermaksud:
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Siapa yang dapat menyatukan hati-hati kita?

Kalau bukan Dia , siapa lagi..ALLAH.....

Alhamdulillah..
Hanya itu yang mampu ku katakan..
Hanya itu yang mampu terukir di bibir..
Semoga keredhaan dan kerahmatanNya mengiringi setiap detik dan langkah hambaNya yang dahagakan kasih sayangNYA..
Yang mengikat hati-hati kami..
Yang memberi peluang untuk mengenali dan dikenali..
Yang mengajar erti kesabaran , erti ke"senyum"an, erti ke"ukhuwah"an yang tersendiri..
Yang mendidik diri untuk menerima , memberi dan berlapang dada ..
Yang......Yang.....Yang.....
dan sememangnya Yang Maha Pencipta mengetahui apa yang terbaik untuk maklukNya.
Tempat itu pasti terpahat di kalbu kami..
Tempat yang menjadi sejarah silam kami..
Tempat yang meruntuhkan keegoan kami..
Tempat yang mengundang kecamukan perasaan ..
Pasti akan kembali jika DIA mengizinkan..
Bersama hembusan bayu yang dingin..
Jadikan ia sebuah cerita kita bersama..
Jadikan ia penambahan saham kita di akhirat..
Jadikan ia wasilah kesyurgaNya..
Bukan ke nerakaNya..
Sama-sama mengejar cintaNya..
Runtuhlah tembok keegoan antara kita..
Runtuhlah semangat Nafsi-Nafsi dalam diri kita..
Runtuhlah tabiat bergosip di kalangan kita..
Runtuhlah semangat menyindir dan disindir..
Runtuhlah kejahilan dalam diri kita..
Moga mampu terus istiqomah!
Tegakkanlah keimanan dalam diri..
Tegakkanlah sifat Itsar dalam jiwa..
Tegakkanlah mahmudah dalam setiap qalbu..
Agar tertegaknya Islam dalam diri..
Ketahuilah sahabat..
Ukhuwah tidak perlu diperjuangkan jika dasarnya beriman padaNya.
Sangat-sangat menghargai sahabat-sahabat ini ..
Biarpun ada pergolakan dan perbalahan antara hitam dan putih..
Sangat sakit , sangat pedih , sangat perit untuk ditelan apatah lagi diluahkan..
Terkadang  terasa ingin membuang perasaan ini..
membuangnya jauh - jauh dari hidup ini
tapi ia tetap menerjah..seperti ombak seperti badai
pergi dan datang...pergi dan datang..tanpa dapat menolaknya
malah bertambah kuat menghempas ...

Tapi ku yakin, pasti ada yang terbaik walaupun bukan untuk diri ini tapi ada yang terbaik untuk sahabatku!
"Jadilah kamu orang yang baik, orang yang baik bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi, janganlah kamu jadi orang yang jahat, bila ada dibenci, bila tiada disukai, bila mati disyukuri."  - Sayyidina Ali bin Abi Thalib

Allah..Allah Maha Hebat !
Untuk sahabat yang disayangi...

Jadilah seorang sahabat yang berlapang dada, bukan seorang sahabat yang hanya tahu menghukum sahaja. Jadilah seorang sahabat yang memahami bukannya yang hanya mahu difahami. Sahabat, bukanlah sahabat jika kita sentiasa bersangka buruk pada sahabat kita.
Biarkan 'IA' berbicara , kerana ku tidak 'mampu' untuk bertinta lagi.. 







TENANGKAN HATIKU YA ALLAH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM...

segala puji bg ALLAH yg masih menghidupkan ana di muka bumi ALLAH ini.. dan syukur juga di atas nikmat yg dikurniakan olehNYA.. iaitu nikmat iman dan islam,,, antara nikmat yg paling besar dianugerahkan kepada hambaNYA.. ALLAH amat menyukai apabila dianugerahkan nikmat kepada hambanya, hamba tersebut mensyukuri nikmat tersebut.. biarlah aku menjadi hambaMU yg bersyukur ya ALLAH.. amin, ya rabbal alamin..

tanpa mengingati ALLAH, hati kita tidak akan merasa tenang, apatah lagi jika dimasukkan dgn perkara2 yg melaghakan diri.. ala bizikrillahi tatmainnal qulub.. hanya dgn mengingati ALLAH hati akn menjadi tenang.. tapi, ana sendiri xtau kenapa sejak kebelakangan ni, hati ana merasa tidak tenang sekali... lagi2 apabila duduk berseorangan, ada sahaja makhluk2 ALLAH yg ingin mengganggu fikiran. dicucuk dgn pelbagai hasutan liar yg akan menjerumuskan diri ke arah kejahatan dan kesesatan, wal iya zubillah...

walaubagaimanapun, ana tetap cuba sedaya upaya menepis hasutan sesat yg dilemparkan oleh makhluk ALLAH yg satu tu. semoga KAU memberi kekuatan kepadaku ya ALLAH.. bila berfikir sejenak, mungkin kerana diri ini yg menjadi jauh dgn penciptanya.. atau mungkin juga kerana dosa yg bertimbun menjadikan hati ini xtenang.. wallahua'lam..


kerana inginkan kenikmatan dunia yg sekejap telah menjadikan ana lalai dan leka dgn kenikmatan di akhirat.. astaghfirullah.... ampunkan dosa2ku ya ALLAH.. memang benar apa yg dikatakan bahawa hanya dgn mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang.. ketika hati ini xtenang, ana cuba membelek, membaca dan menghayati makna surat2 cinta yg ALLAH berikan kepada hambanya.. sejenak selepas itu, ana merasa begitu tenteram dgn ayat2 cintaNYA yg menusuk ke qalbu sehingga berlinanglah air mata membasahi surat cinta tersebut.. betapa besar kasih sayangMU kepada hambamu ya ALLAH, walaupun ada di kalangan hambaMU yg tidak bersyukur dgn anugerah yg diberikan, namun, KAU tidak membezakan kasih yg KAU berikan kpd mereka. subhanallah...


walaupun ada di kalangan manusia yg melupakan cintaMU, kerana inginkan cinta makhlukMU melebihi segala2nya.. KAU tetap berlaku adil kepada hambaMU.. biarlah hati ini hanya menjadi milikMU... terimalah cintaku kepadaMU ya ALLAH.... berikanlah cintaMU kepadaku sehingga aku merasa tenang dan tenteram dalam melayari hidup yg masih berbaki ini.... hanya kepadaMU aku meminta... amin ya rabbal alamin...

Thursday, March 8, 2012

SENTIASA PERLUKANMU


Aku mencari akan sesuatu,
sesuatu yg aku cari-cari untuk mengisi kekosongan dalam jiwa..
hanya padaNya,aku sandarkan harapan,,
demi mencari dan memperoleh cinta sejati..
walaupun aku tahu tidak semua yg ikhlas menerimaku sebagaimana Engkau..
dengan ikhlas dan lapang dada Kau menerima aku..
walaupun aku bergelumang dengan dosa-dosa silam..
terima kasih Ya Allah,,kerana menjadi peneman dikala aku kesunyian,
dikala aku memerlukan seseorang untuk berbicara,,
dan dikala aku berasa sangat sunyi dan dalam kesedihan yg teramat sangat..

Ya Allah,,
terima kasih kerana selalu berada disampingku,,
terima kasih kerana sudi menjadi pendengar setia kepada semua permasalahanku.
terima kasih kerana Kau hilangkan duka nestapaku tatkala aku disisihkan orang,
terima kasih kerana Kau kuatkan iman aku untuk menempuhi onak duri yg berada dihadapanku,
terima kasih kerana Kau pilih aku untuk menempuh dugaan yg Kau berikan.
aku tahu kau amat sayangkan aku,,
sebab itu Kau x henti-henti memberiku cubaan..
walau aku hampir berputus asa,,Kau tetap menghulurkan kasih sayangMu,,
untuk membimbingku kejalan yg benar,,
aku berharap agar Kau memberiku kekuatan agar aku tabah menempuhi dugaan walau aku dihentam badai kesedihan dan kepiluan..
hanya padaMu,,aku berserah,,hanya padaMu aku berdoa memohon petunjuk..

Ya Allah,,
jangan Kau berikan seseorang yang akan menyakiti hatiku,,
sebaliknya berilah aku seorang sahabat dan peneman hidup yang sayangkanku,
hanya keranaMu..bukan kerana diriku,,
aku tahu aku lemah dan tidak terdaya,,kerana itu aku memerlukan seseorang untuk bersamaku,,
akan tetapi,,kalau tidak ada,,akan ku anggap ini adalah yg trbaik meskipun aku terluka,,
kerana aku tahu,,kau berikan pada ku hanya yang terbaik..

Ya Allah,,akan ku rintih padaMu,,berilah kasih dan sayangMu padaku,,
kerana sayangMu lebih aku perlukan,,
jagalah maruah aku dan lindungilah aku dari tipu daya dan kegoyahan iman,
agar aku dapat menjadi wanita solehah dan hamba yang sentiasa merendah diri.

Amin...