masturat

masturat

usaha atas iman

Sunday, September 16, 2012

kenapa kau pakai purdah????



Ramai wanita yang mengimpikan diri dinObat wanita sOlehah…
Tetapi malang…dalam mencari sOlehah dia tersalah langkah..
Sedang dia berusaha memperbaiki diri sendiri..
Tanpa disedari dia sedang melumurkan najis pada hati sendiri..
Kadang kala hati bergelOra inginkan perubahan..


Namun malangnya kerana kaki yang masih belum mahir berenang…
Akhirnya lemas di lautan dalam…


Sebenarnya mengapa anda berpurdah??...



Cuba teliti…
Mungkin ada salah satu jawapan dibawah..

::Mungkin awak nak tunjukkan pada Orang lain yang awak adalah sOlehah…

::Mungkin awak ingin menawan hati lelaki beriman…

::Mungkin ingin dianggap sebagai seOrang gadis yang cantiik…kerana biasanya wanita berpurdah sering dikaitkan dengan seorang yang berwajah cantik..

::Mungkin awak ingin lebih menonjol berbanding kawan-kawan yang tidak berpurdah..

::Atau juga takut dirOgol??


Andaikata salah satu jawapan diatas adalah selari dengan apa yang tersemai dihati awak..
TAHNIAH!!kerana nafsu awak telah Berjaya menumpaskan iman..


sOlehah bukan dimata…
Lelaki bukan memandang sOlehah seOrang wanita
Pada purdah yang dipakai…
Atau pada labuh jubah yang disarung..
Namun sOlehah itu terletak pada hati… <3

Ramai dikalangan wanita yang memakai purdah..
Tetapi apabila berbicara dengan lelaki…
MasyaAllah….
Jauh sekali dengan penampilan..
Hanya indah khabar dari rupa..
Hidup hanya untuk sedap di pandang mata…

Sahabat…
Bukan begitu caranya menjadi wanita sOlehah…
Tidak kurang juga dengan yang memakai sarung lengan..
Sepatutnya apabila awak memakainya..
Cubalah untuk sembunyikannya dengan lengan baju semampunya…
Ini tidak,lengan baju itu sengaja  awak sinsingkan…
(Semata-mata nak tunjuk yang awak pakai sarung lengan)
  
Untuk apa??
Kalau begitu…
Sama sahaja awak dengan Mami Jarum…
Yang suka menunjukkan perhiasannya…
Dan awak akan bersama-sama gOlongan seperti itu
Diazab api neraka..Nauzubillah…

Bukanlah saya menafikan kebaikan berpurdah…
Atau tidak menyukainya…
bahkan saya mencintai pakaiana ini...…
Namun peringatan buat kita semua…
Dalam melakukan sesuatu keharusan…
Kita tidak menambahkan lagi dOsa…
Biarlah sucinya hati itu sesuci pakaian yang ada ditubuh…
Walauppun kita mengerti bahawa begitu sukar untuk mendapatkannya…
Tapi kita mesti teruskan usaha…

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama sangkaan hambaNya..

Ikhlas menutup pintu fitnah…

Pemakaian purdah sebenarnya
Betujuan untuk menutup pintu fitnah…
Bukan menambahkan lagi kuantiti wanita yang bergelar sOlehah yang hanya diwajah…

Sekalipun awak berpurdah…
Belum tentu awak memakainya semata-mata kerana Allah..

Renungkanlah apakah sikap & sifat dibawah adalah kelakuan awak:

Suka menguplOad gambar berpurdah/berpenampilan sOlehah di facebOok..

Menampakkan wajah tanpa purdah kepada lelaki muhrim yang dicintai melalui Yahoo Mesengger atau sebagainya..

Memakai purdah hanya ditempat-tempat tertentu…

Memberikan gambar yang berpenampilan sOlehah kepada lelaki yang bukan mahram…

Andaikata salah satu @ lebih daripada ciri-ciri diatas ada wujud dalam diri awak..
Maka muhasabahlah & bertaubatlah kepada Allah..
Memohon keampunan….

Sesungguhnya mereka yang berpurdah itu hakikatnya mereka ingin menutup pintu fitnah pada diri mereka…tidak ingin dilihat oleh lelaki sekalipun wajah itu adalah ruangan halal untuk dizahirkan…
Apatah lagi untuk dikongsi-kongsikan…

Kenapa awak tak pernah fikirkan semua ini??

Maksiat disebalik tudung..
FenOmena yang tidak asing lagi mewarnai wanita bertudung…
Ada sebahagian wanita yang mengambil kesempatan bertudung untuk melindungi dirinya daripaa disangka buruk bila bersama- sama dengan lelaki…
Sehinga tudung itulah yang dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi disebalik tudungnya..
Membenarkan teman lelaki memuaskan nafsu serakahnya…
Bahkan ada yang jadikan tudung sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui bahawa dia sedang hamilkan anak luar nikah…

Kalau pakai tudung
Orang takkan Nampak ada dua tangan jantan yang sedang memegang
“TOMBOL API NERAKA” di badannya!!!

Wanita inilah yang menOdai kesucian mereka yang benar-benar memakainya kerana mematuhi syariat Allah…
Demikianlah wanita yang bergelar calOn ahli NERAKA!!
Yang akan menerima azab siksaan hari akhirat nanti..

Ambillah nasihat yang baik daripada penulisan ini..

“Sesungguhnya Allah menyukai Orang-orang yang bertaubat & orang-orang yang menyucikan diri”
(Al Baqarah [2] : ayat 222)

sebelum berpurdah.. fahamilah makna purdah itu ... janganlah kerana kita.. menjadi fitnah kepada para niqabis..

NAUZUBILLAH…
Moga kita dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik..

an-nisa...



Sahabatku an-nisa
Letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak hadir di
depan mata,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan rindu..
Kerana engkau percaya..
DIA yang terbaik..

Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya walaupun jarak menjadi pemisahnya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.. 
Yakinlah!

Kerana DIAlah penjaga iman kita..
Yakinlah dengan DIA..
Serahkan segalanya pada DIA..
Kerana DIA tahu yang terbaik,
Sedangkan kita tidak.
wALLAHu 'alam.
Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA,
Andai harimu tiada ingatan kpdNYA,
Engkau akan gelisah andai DIA,
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai,
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin,
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan,
Erti bercinta yang sebenar :)