masturat

masturat

usaha atas iman

Wednesday, May 15, 2013

Kau orang semua sedar tak??


Assalamualaikum...
Kau orang semua sedar tak, manusia hari ni cipta sesuatu perkara sebab nak tunjuk kelemahan  sendiri..Sebagai contoh :-

Manusia ciptakan selipar dan kasut sebab manusia ni tak boleh berjalan dengan kaki ayam..LEMAHNYA..
Manusia ciptakan kereta sebab manusia ni tak boleh berjalan jauh..LEMAHNYA..
Manusia cipta rumah sebab manusia ni tak boleh hidup dalam pelbagai keadaan cuaca..LEMAHNYA..
Manusia cipta telefon sebab manusia ni tak mampu untuk cakap apabila jarak terlalu jauh..LEMAHNYA..
Manusia cipta pembesar suara sebab manusia tak mampu nak cakap kuat-kuat..LEMAHNYA..
Manusia cipta bom tapi tak boleh nak lindungi diri dari bom tersebut..LEMAHNYA..
Manusia ciptakan binocular sebab manusia ni tak mampu nak lihat jauh-jauh..LEMAHNYA..
Manusia cipta tangki oksigen sebab manusia ni tak boleh menyelam lama-lama..LEMAHNYA..
Manusia cipta kapal terbang sebab manusia ni tak boleh terbang..LEMAHNYA..

Berbeza dengan ALlah swt..Sebagai contoh :-

Allah ciptakan langit tanpa tiang sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan bulan dan bintang tanpa tali sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan siang dan malam sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan syurga dan neraka sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan sungai dan laut sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan matahari dan planet, hebatnya Allah pelihara kejadianNya..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan lelaki dan perempuan sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan manusia sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan malaikat sebab nak tunjukkan kekeuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..

Percaya tak kau orang semua, bila mana kau orang cakap perkara-perkara di atas..Maka iman kau orang semua meningkat sebab kau orang telah berkata, perkataan yang benar..Walaupun ayat-ayat tu senang sehinggakan budak tadika pun boleh cakap, tapi Allah suka sangat dengan percakapan tersebut..Tapi disebabkan kita ni leka, lalai, alpa, lupa, tak sedar diri, berlagak, sombong, bongkak, kerek, poyo, tinggi diri, bangga, riya' dan ego..Maka kita langsung tak dapat nak luangkan masa 5 minit untuk cakap kebesaran Allah..Tapi, bila bercakap soal dunia..24 jam tanpa henti kita mampu untuk bercakap..Astagfirullahal azim..

Kita hari ni cakap nak seimbang dunia akhirat, tapi sedar tak kau orang..Orang yang cakap macam tu sebenarnya adalah munafik tegar sebab apa..Dalam sehari ada 24 jam..8 jam kita guna untuk kerja dan belajar..7 jam kita guna untuk tidur..4 jam kita guna untuk riadah..2 jam buang sia-sia macam tu saja atau guna untuk hobi..2 jam ibadah..Cuba kira, dalam sehari kita banyak buat perkara dunia ke perkara akhirat?

Itu ke yang kita cakap seimbang dunia akhirat?? Percaya tak kau orang kalau aku cakap, dalam kehidupan kita tak ada istilah seimbang dunia akhirat..Tetapi sebaliknya kehidupan kita kat dunia ni hanya untuk akhirat..Dan bila mana aku berkata begitu bukanlah bermaksud aku mengatakan kita tolak dunia..Kita ambil dunia, tapi sekadar keperluan..Rasa susah dan senang sama je..Ada duit tak ada duit sama je..Tak risau..Tapi bila mana tertinggal solat berjemaah, tinggal sunnah, tak baca Quran, kita mula rasa resah dan sangat-sangat bersalah..Itu baru betul..

Umpamakan satu orang bayi yang dalam perut ibu, dia mengatakan tangan dan kaki dia tu menyusahkan dia sebab susah nak bergolek-golek dalam perut ibunya..Sebab apa, sebab kegunaan kaki dan tangannya tu bukan dalam perut ibunya..Dan, apabila dia dah keluar..Baru dia tahu apa kegunaan tangan dan kakinya tu..Macam tu juga bila bayi yang dah lahir tadi tu, dia dah tahu kegunaan tangan dan kaki dia..Tapi dia gunakan untuk dunia saja..Maka, dia dalam kerugian sebab apa? Sebab kegunaannya tu semua bukanlah semata-mata untuk dunia, sebaliknya untuk akhirat yang kekal abadi..

Akhir sekali, kita hidup kat dunia bukan untuk dunia..Tapi untuk akhirat..Dunia ni Allah hanya anggap bangkai saja..Sekiranya dunia ni terlalu bernilai bagi Allah, percayalah..Nikmat sebesar kepak lalat sekali pun Allah takkan bagi kat orang kafir..Tapi hari ni, orang kafir dan orang islam 99% dapat nikmat yang sama..Yang membezakan cuma 1 nikmat je iaitu nikmat iman dan islam..Tapi, satu orang muslim belum tentu lagi seorang yang mukmin..Tapi, satu orang yang mukmin sudah pasti dia muslim..WALLAHU A'LAM..

Sunday, May 12, 2013

MUSLIMAH SEBAGAI ISTERI DAN IBU DALAM PERJUANGAN ISLAM



Wanita Islam taat kepada suaminya bukanlah kerana didorong oleh perasaan rendah diri atau terpaksa, tetapi ia diterima dengan ikhlas hati dan suami diletakkan sebagai pembimbing terbaik. Asma binti Yazid seorang wanita Ansar yang mahsyur, terkenal kerana kepetahan berbicara telah mengetuai beberapa orang wanita untuk memberitahu Rasulullah s.a.w akan kekecewaan mereka kerana kelebihan ganjaran kepada lelaki. Beliau mempersoalkan bahawa lelaki mempunyai peluang lebih untuk mendapat pahala melalui solat jumaat, solat jamaah, menziarahi orang sakit, menghantar jenazah dan melibatkan diri dalam jihad. Sedangkan kaum muslimah tidak dapat melibatkan diri secara sepenuhnya ke dalam amalan-amalan tersebut. Rasulullah s.a.w memberikan jawapan yang sangat mudah tetapi mempunyai makna yang sangat tinggi, iaitu jika wanita tersebut menyintai suaminya, menggembirakannya dan metaatinya, ia juga akan menerima ganjaran yang sama seperti yang di dapati oleh lelaki. 


Seorang isteri yang beragama Islam amat mengambil berat akan kesihatan jiwa suaminya di damping menjaga keselesaan hidupnya. Muslimah mesti menjadi pendorong dan penyokong dalam perjuangan suaminya. Berkorban apa saja demi perjuangan Islam. Janganlah isteri pejuang Islam menjadi sebab kepada gugurnya suami dari medan perjuangan Islam. Janganlah memberatkan suami dengan perkara remeh-temeh. Jika boleh, urusan yang dapat diselesaikan sendiri, selesaikanlah secara sendiri. mereka juga hendaklah melatih diri sebagai isteri yang cekap dalam pengurusan rumahtangga, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai matlamat hidup ke arah melahirkan generasi Al-Quran. 


Ummu Sulaim biti Malhan ibu kepada Anas bin Malik mempunyai anak lelaki yang sakit tenat. Sedang suaminya solat Asar di masjid, anak mereka meninggal dunia. Ia tidak memanggil suaminya, sebaliknya menunggu sehinggalah suaminya pulang. Ketika pulang, suaminya membawa beberapa orang teman. Ummu Sulaim menahan dirinya dan menyediakan makanan untuk tetamunya. Kemudian apabila ditanya oleh suaminya akan kesihatan anaknya, ia menjawab lebih sihat dari sebelumnya. Tetapi setelah keadaan tenang, barulah diberitahu keadaan yang sebenarnya. Demikianlah contoh seorang isteri dan ibu yang tenang dalam menghadapi keadaan yang gawat. 


Wanita Islam juga mestilah sentiasa berhati-hati dalam memilih calon suami. Janganlah jadikan alasan suami membuatkan muslimah berundur selangkah demi selangkah dari medan perjuangan Islam. Pilihlah calon suami yang bakal menjadi pendorong dan sumber inspirasi dalam perjuangan Islam. Suami yang dapat memberi kerjasama dalam rumahtangga dan perjuangan Islam. Ibarat kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sebagaimana Ummu Sulaim enggan menerima lamaran Abu Talhah kerana ia masih percaya kepada jahiliyyah. Ia menyuruh Abu Talhah meninggalkan alam jahiliyyah dan memeluk agama Islam. Gesaan ini memberi kesedaran kepada Abu Talhah dan akhirnya memilih Islam dan Ummu Sulaim. 


Ketaatan kepada Islam menjadikan wanita Islam ibu yang baik. Ia mendidik anak-anak dengan kecenderungan yang berpandukan kepada nilai-nilai Islam. Sikap keibuan bagi seorang wanita adalah punca utama melahirkan akhlak yang baik kepada anak-anak. Sebagai seorang ibuyang terlibat dalam harakah Islamiyyah, seawajarnya mereka menjelaskan kepada anak-anak tentang penglibatan mereka tersebut, yakni tuntutan terhadap mengintimakan (menyertai) jamaah Islam, supaya anak-anak mereka faham kegiatan-kegiatan ibu mereka yang mungkin sedikit sebanyak menjejaskan peranan mereka sebagai ibu di dalam dunia rumahtangga. Muslimah seharusnya menanamkan sifat berdikari kepada anak-anak mereka sejak kecil. 


Begitu juga mereka sewajarnya menjadi seorang ibu yang dapat meniup roh perjuangan Islam ke dalam diri anak-anak. Seharusnya ibu-ibu muslimah sentiasa mendedahkan kepada anak-anak setiap aktiviti dalam kegiatan harakah. Anak-anak patut dibawa bersama-sama menghadiri rehlah, taklim mingguan juga.. supaya anak-anak lebih terdedah kepada agama dan medan dakwah itu dengan benar...




Thursday, May 2, 2013

bayan subuh Maulana YAAKUB


بسم الله الرّحمن الرّحيم
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…

السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

BAYAN SUBUH OLEH MAULANA YAAKOB
WAKTU : JAM 6 PAGI (WAKTU INDIA), 6 SEPTEMMBER 1997




Maulana memberitahu rata-rata didunia ini menyangka kejayaan kehidupan mereka pada harta. Oleh itu mereka siang malam telah berusaha untuk menambahkan harta. Mereka telah menggunakan perempuan-perempuan mereka dan anak-anak gadis untuk mengumpulkan harta, dan ada juga yang telah menggunakan kanak-kanak untuk mengumpulkan harta.

Semua manusia diseluruh dunia dalam kegelisahan kerana telah meletakkan harta sebagai asas kejayaan dan penyelesaian masalah. Kehidupan manusia sekarang dalam huru-hara, masalah silih berganti, kerosakan demi kerosakan telah berlaku. Penipuan dan pembohongan berlaku dimana-mana, rasuah, pencurian, penzinaan, pembunuhan dan berbagai kerosakan telah berlaku. Kesemua ini disebabkan manusia menumpu kehidupan untuk mendapatkan harta.

Untuk membaiki keadaan tersebut manusia perlu dibawa keyakinan yang betul, iaitu kejayaan bukan pada harta tetapi kejayaan atau kegagalan ditangan ALLAh SWT. Qarun yang banyak harta tidak berjaya, begitu juga Kaisar dan Kisra yang mempunyai pemerintahan yang besar juga tidak berjaya. Kedai kecil atau kedai besar tidak memberi kesan apa-apa tetapi kesan datang dari ALLAh SWT. dengan kudratNya. ALLAh sahaja yang membuat segala-galanya, selain dari ALLAh tiada siapa boleh membina kehidupan mereka. Ada setengah manusia dari golongan terpelajar tidak dapat menggunakan otak fikiran mereka dengan waras, mereka juga beranggapan kejayaan kehidupan terbina dengan harta. Keadaan ini sama ehwalnya dengan kehidupan Arab jahiliah dahulu yang mana mereka telah meminta Rasulullah supaya bukit bukau disekitar Mekah menjadi emas dan mereka dapat mengambilnya bagi membina kehidupan. Rasulullah SAW memberitahu masyarakat jahiliah Arab bahawa ALLAh berkuasa menjadikan bukit bukau Mekah menjadi emas dan kawasan kering kontang mengeluarkan air. Beliau diutus bukan untuk maksud tersebut tetapi untuk maksud membawa manusia kepada Lailahaillallah.

Kisah : Nabi Ibrahim A.S meninggalkan anaknya Nabi Ismail A.S dan isterinya Siti Hajar dikawasan padang pasir kering kontang untuk menunjukkan kepada manusia bahawa ALLAh sahaja yang berkuasa keatas segala-gala, yang memelihara dan yang menyelamatkan dan yang memberi kejayaan serta kegagalan. Ini adalah peringatan bagaimana besarnya kudrat ALLAh SWT. Semua yang berlaku diseluruh dunia dan seluruh alam adalah dalam tangan ALLAh. ALLAh saja yang menyelamat dan memberi kejayaan. Asas bantuan ALLAh SWT akan datang apabila manusia menjalani kehidupannya dengan cara Muhammadurasulullah. Semua cara-cara kehidupan samada Yahudi, Nasaro, Hindu dan sebagainya perlu dinafikan bahawa kehidupan Nabi sahaja yang diterima ALLAh SWT dan mendapat kejayaan. Baginda walaupun seorang yang miskin dan fakir dan tidak ada harta kebendaan tetapi oleh kerana cara kehidupannya diredhai ALLAh SWT maka baginda telah mendapat bantuan ghaib ALLAh dalam setiap kehidupannya dimana telah mendapat keberkatan hidup.