masturat

masturat

usaha atas iman

Saturday, December 26, 2015

Akhlak Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam




- Baginda selalu diam
- Berbicara ketika perlu
- Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat
- Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas daripada azab Allah Subhanahu wa Taala
- Selalu menundukkan pandangan kerana tawadhu'
- Berfikir terus menerus
- Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
- Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
- Tidak pernah marah yg ada kaitan dengan urusan dunia.
- Marah bukan kerana nafsu.
- Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit mempertahankannya.
- Apabila marah, Baginda akan memalingkan mukanya.
- Apabila suka, Baginda akan memejamkan matanya.
- Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
- Tidak pernah berteriak- teriak di pasar.
- Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan, malah Baginda memaafkan dan berlapang dada.
- Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad di jalan Allah.
- Apabila menghadapi dua perkara, Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat.
- Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yg membasuh pakaian, memerah susu, dan membuat sendiri segala keperluan.
- Ketika duduk ataupun berdiri, Baginda selalu berzikir.
- Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut dan peramah.
- Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.
- 3 perkara yg dijauhi ; perselisihan, bongkak & segala yg tidak diperlukan.
- Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.
- Tidak pernah mencungkil rahsia org lain.
- Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yg menjanjikan pahala.
- Perbicaraannya memukau sesiapa pun mendengarnya lalu terpegun seolah² ada burung melintas di atas kepala mereka.
- Sesiapa yg melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun dan hormat kepadanya.
- Sesiapa yg selalu bergaul dan telah dekat mengenali Baginda, akan menyayangi sepenuh jiwa raga.
- Baginda pasti memberi tempat kepada org yg ingin duduk dan tidak membezakan di kalangan mereka.
- Sesiapa yg meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya, ditolak dgn tutur kata yg lemah lembut.
- Tangan Baginda selalu terbuka kpd sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semuanya.
- Di mana pun Baginda berada, di situlah terpancar cahaya ilmu, sikap malu dan sabar serta amanah.
- Tidak ada yg berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaannya.
- Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati org tua, menyayangi yg kecil. Mengutamakan org yg ada hajat,nmenjaga keperluan dan kebajikan org asing.
- Tidak terus mememotong percakapan org lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri
- Paling berlapang dada.
- Paling tepat dalam berbicara.
- Paling halus keperibadiannya.
- Paling ramah dan beradab dlm pergaulan dan muamalahnya..
(dipetik dari Buku Biografi Lengkap RasulAllah Salallahu alaihi wasallam ; Dr Sayyid Muhammad Bin Alawi al Maliki diterjemahkan oleh Ustaz Muhadir Haji Joll)

Sanah Helwah ya Rasulullah

Hari nie... 

Penuh di wall tentang sirah Rasulullah..
 Pahit getir perjuangan baginda.. Membuat hati ini bergetar sayu, ngilu..
Kalaulah bukan kerana insan ini..
pasti saat ini bukan Allah yang Aku sembah.. 
Pasti bukanlah Islam yang menjadi agamaku.. 
Bukanlah al-quran yang memandu jalan2ku..

Bila mendengar, membaca kisah cintanya sahabat ra, orang2 soleh kpd baginda Rasul..
Membuat aku menangis kerana malu..
Bagaimana saidina Abu Bakar sanggup menahan bisa patukan ular, asalkan bukan baginda nabi yang terseksa.
Bagaimana hilangnya kawalan saidina umar, setelah mendengar berita kewafatan Rasulullah..
Bagaimana saidina Ali sanggup mengganti tempat tidur dengan nabi yang bakal dibunuh.
Bagaimana Khadijah rha yang hartawan sanggup hilang sumenya demi baginda.
Bagaimana asma rha yang sarat mengandung berulang alik menghantar makanan kpd baginda.
Bagaimana bilal ra tak dapat menahan rindu pada Rasulullah untuk terus tinggal dimadinah dan membuat keputusan utk hijrah ke syam.
Bagaimana pokok kurma yang mati pun menangis kerana berjauhan dengan nabi seketika.

Baca kisah2 mereka.. Membuatku tenung jauh ke dalam diri..
"Apa yang aku ada untuk dibanggakan oleh nabi seperti mereka.."
Kisah mereka meruntunkan jiwa kerana cintanya mereka pada Rasulullah sedangkan diri ini tidak punya apa2 utk membanggakan nabi..
Tuahnya diri ini.. Kerana dilahir sebagai ummatmu ya Rasulullah..😭😭
Bermusim fitnah keatas sahabatmu..
Bermusim fitnah kerana amalan maulid.
Seluruh keturunanmu difitnah..
Sehingga ibundamu jua difitnah.
😭😭

Kalau bukan kerna ibundamu Aminah, pasti binasalah sumenya kerana tidak ada yang akan mendapat syafaatmu kelak..
Selamat hari lahir ya Rasulullah..😢😢😢😢😢
12 Rabiulawal