masturat

masturat

usaha atas iman

Sunday, November 13, 2011

Penatnya buat kerja jemaah..dah lah xde gaji.



Penglibatan dalam urusan berkumpulan (jemaah) sehari-hari semakin dirasakan membebankan. Kerinduan kepada keluarga tercinta yang jauh dimata kian berat dan semakin sarat. Peruntukan masa untuk bersama mereka yang tersayang dan masa bersendirian untuk lebih dekatkan pada-Nya kian terkikis. Dahlah cuti macam tak cuti. Dengan menghadapi tekanan, tohmahan, karenah dan ragam manusia yang pelbagai, betul-betul menyusahkan dan memeningkan..langsung tak membantu aku apa-apa!
 
Tambahan, apabila dikata, bergerak kerja berjemaah, buatlah kerja bersama-sama. Tapi...mereka dengan mereka dan aku yang sendirian.. Asyik betul mereka dengan assabiyah mereka yang dilabelkan sebagai "ukhwah" tu..betul ke ukhwah?? Huh! Penatnya! Letihlah!!! Dah la takde gaji! Bukan aku nak kata aku tak ikhlas, tapi..kalau nak bergerak kerja berkumpulan tu, biar la dengan suka hati..kalau dah rasa bersendirian, macam mana nak bersemangat buat kerja?? Betul x?


Tapi pembaca sekalian, aku mohon dengan sangat untuk kalian meneruskan pembacaan...

Kata-kata dan ayat di atas, sebenarnya, aku takde nak tuju pada sesiapa..tapi, ia adalah sebagai muhasah untuk diri dan mungkin untuk pembaca sekalian (jika berguna). Mungkin ada antara kita yang pernah merasakan seperti situasi di atas. Jadi pertamanya, aku nak mengajak kalian untuk sama-sama kita beristighfar jika kata-kata semacam diatas pernah terlintas dan terdetik di hati kita.. Astaghfirullahal'azim...(30 kali atau lebih..)
Aku juga nak nyatakan di sini..bahawa aku bukanlah orang yang terbaik untuk menulis entry ini. Aku hanyalah seorang hamba yang hina, penuh dosa dan noda..aku hanyalah mahasiswi kejuteraan mekanikal pertanian, bukan mahasiswi aliran agama atau seorang yang terlalu wara' dan arif dalam ilmu agama. Namun begitu, aku berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan dan berkongsi bersama setakat mana yang aku mampu; moga dapat dimanfaatkan oleh semua pembaca.




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Apabila kita bergerak dalam kumpulan (jemaah), aku percaya bahawa masing-masing mengetahui keperluan berada di dalam satu kumpulan (jemaah). Aku yakin sekali masing-masing tahu kepentingan untuk berjemaah. Bagaimanapun, kita diberi pilihan untuk memilih mana yang terbaik* dan yang mana kita suka berdasarkan kateria-kateria pilihan masing-masing. Apakah mungkin kalian hidup bersendirian tanpa orang sekeliling kalian?? Tambahan hidup sekarang yang terdedah dengan pelbagai cabaran dan terdedah dengan pelbagai jenis kemaksiatan.. Sangat besar pintu kemungkaran kini..tidak seperti dahulu lagi.. Jadi bolehkan anda hidup sendirian? Kita perlukan satu sama lain..benar atau tidak?


Betapa pentingnya kita berada dalam jemaah islamiyyah seperti dalam Firman Allah swt ; 
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan merekalah orang yang berjaya”(Al Imran ; 104)
Tapi apa yg berlaku harini perpecahan berlaku antara sesama umat islam sendiri.
Kita sedia maklum bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya..sudah tertulis di Luh Mahfudz semenjak azali lagi. Segala usaha yang kita lakukan adalah salah satu ikhtiar dari peringkat kita..Namun adalah menjadi sebahagian daripada tunjang keimanan kita untuk percaya bahawa Dialah (Allah) yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu itu.
“…Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Luh Mahfudz)…” [Fatir : 11]
Apa kaitannya ketentuann-Nya dengan kerja jemaah? Huhu.. Susah juga ya nak kaitkan.. Jangan pula korang cakap, "Jadi, aku (dalam situasi kat atas tu) jadi begini atas ketentuan-Nya la. Aku nak buat macammana?". Allahumma ya Allah.. Aku mohon agar kalian jelas dengan apa yang ingin aku sampaikan. 


Allah memberi peluang untuk kita menghirup udara..merasai segala nikmat yang sementara ini.. Allah sebenarnya memberi ruang kepada kita untuk memperbaiki kehidupan kita..Cuba bayangkan, jika esok bukan lagi milik kita..adakah sempat untuk kita memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri pada hari ini? Itulah yang dikatakan, 

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."
Apa yang berlaku pada diri kita...segalanya adalah daripada Allah..bagaimana perit pun yang kita lalui itu, yakin dan pastilah bahawa ada hikmah disebalik segala yang berlaku. Sesakit mana pun apa yang kita lalui..Ada kebaikan yang menanti (InsyaAllah). Aku sering menerima respon, bila kebaikan/hikmah itu akan sampai? Tidak sabar sungguh hati manusia ini.. 
Hikmah itu...
Pernah aku post di 
wall FB aku (jika kalian pernah terbaca la).. 
"Ujian itu terkandung 1001 hikmah. Hikmah itu bukan hanya kepada yang diuji, tetapi juga kepada orang sekelilingnya.."
Hurm...berkaitan dengan masa, bila ya kita nak dapatkan hikmah? Sesungguhnya Allah tahu yang terbaik buat kita, buat hamba-hamba-Nya.. Masa kemenangan bagi orang yang benar, yang dijanjikan Allah itu adalah dalam perkiraan-Nya. bukan masa dibawah berkiraan kita, ya. Apa hak kita..Tiada milik kita ya, ape yang kita miliki kesemuanya adalah hak Allah. Milik Allah. Adalah menjadi hak Allah untuk segala sesuatu itu, sama ada bila dan dimana. Mungkin tempoh masa yang lama adalah sebagai ujian untuk kita jadi orang yang lebih bersabar.. Bersangka baiklah dengan-Nya..
Kan Allah dah berfirman dalam surah Al Hujuraat, ayat ke 13 yang bermaksud : 

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
Kalau kita semua hadam perkara ni, insyaAllah masing-masing akan sama-sama berlapang dada dan insyaAllah takde dah masalah hati dan bertingkam lidah, betul tak? Lagi, kalau kita pasakkan hati untuk berkerja ikhlas semata-mata kerana Allah, insyaAllah sebarang permasalahan dapat diselesaikan dengan baik. Ya, kita semua manusia, bukan seperti nabi yang maksum. Jadi pastinya ada perselisihan pandangan dan pendapat. Apalah kiranya kita semua mencari titik persamaan atas pertempungan idea dan pandangan?


Dan mengapa Allah tidak menjadikan usaha untuk menjadi sejahtera dan menyatukan semua perbezaan itu di bawah satu bumbung sesuatu yang mudah? Buktinya terjadi perlbagai pepecahan di dunia ini walhal mengaku bertuhankan kepada Tuhan yang satu. Kerana Dia mahu melihat siapa sebenarnya di antara kita yang lebih bertaqwa, berbuat ke arah menegakkan sesuatu yang disyariatkan tanpa menimbulkan perpecahan

"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)."(Asy Syuura:13)

Dalam gerak kerja jemaah, biarlah ada rasa bebas untuk memberi dan menerima sesama ahli. Rasa tidak bebas dan tidak selesa untuk memberi dan menerima akan menyukarkan gerak kerja. Anggaplah ahli segerak kerja kita seperti ahli keluarga kita.seperti adik beradik kita..komunikasi antara adik beradik pun tak lepas dari pertelingkahan. Namun, air yang dicincang takkan putus. Berurusanlah sebaik mungkin. 



Ujian dariNya punyai bagai bentuk dan cara..
Apabila kita diuji Dia..
Bersabarlah..Redhalah..
Atas segala ketentuan-Nya..
Bukan pasrah tanpa usaha..
Yakini hikmah.. 
Walau ia tersembunyi..
Walau lama menanti..
Tetap belum ditemui..
Bersabarlah wahai hati..
Jangan mudah menyerah 
pada bisikan yang membinasakan...
Bersangka baiklah..
Bertindak yang wajar..
Bersungguh dengan gerak kerja..
Buat yang terbaik..
Elakkan merungut.. 
dan mengeluh..
Doalah moga Dia permudahkan..
segala urusan..
Jadikan diri sebagai solusi..
bukan hanya pembongkar korupsi 
atau masalah..

Clearkan hati..
Sucikan diri..
Kawal emosi..
Saling memaafi..
Saling memahami..
Elakkan membenci..
dan berhasad dengki..
Kita sesama insani..
saling melengkapi..
Ikhlaskan diri..
Pada Ilahi..

Nikmat dunia hanya sementara..
Akhirat jua kekal selamanya..
Yakini bersungguh dengan janji-Nya..
Bahawa syurga bakal menanti..
Doalah semoga sama-sama diberkati..
dan dirahmati Ilali...
Hidup InsyaAllah
Mati itu pasti..

Akhir kata, maaf jika ada yang terguris dengan kata-kata ana..
sebab ana cuma manusia yang tak kan terlepas dari wat silap..