Sesungguhnya perjalanan seorang daie itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu orang lalai akan hairan melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya,"Sampai bila kau akan melelahkan diri?" Dijawab daie dengan pasti,"Sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan yang abadi yakni syurga."
Wednesday, February 15, 2012
tahun 2012
2012 menjengah. Umur semakin bertambah. Ilmu dan amal bagaimana?
tidak banyak yang mampu saya perkatakan sepanjang 2011.
Mental block? Mungkin sahaja...
Sahabiah saya ukht Sumayyah bertanya rasanya pada detik-detik akhir 2011, adakah saya/ kami akan kembali istiqamah menulis pada 2012 ini? ... saya tiada jawapan. Sungguh, sehingga kini!
Seorang lagi sahabiah saya, kak fakhzan marwan, terus-terusan istiqamah meng'update' penulisannya, sekalipun sekadar sebuah perkongsian yang di ambil dari laman lain. Saya kagum!
Menjelang tahun baru, hijrah mahupun masihi, seperti kebiasaannya ramai antara kita yang mengalami perubahan fasa kehidupan. Saya juga, pasti!
Saya sedang mengalami kejutan, fasa kehidupan saya yang baru penuh kejutan. Kesakitan yang ALLAH baru sahaja 'zahirkan' pada saya, sungguh sesuatu yang berat untuk saya fahami, untuk saya terima (kadangkala). Namun, saya pasti sebagai seorang Islam, kita tidak patut futur, berputus asa. Ini ujian, dan biarlah ia menjadi pencuci dosa-dosa lalu.
Dalam pada masa yang lain, seorang sahabiah bertanya; apakah takdirnya sehingga ke hari ini, saya dan dia, dan juga mungkin teman-teman lain yang sudah menjangkau usia lewat 20-an masih lagi belum berumah tangga, sedangkan ia sunnah yang mulia, pelengkap pada agama jika benar caranya.
Bungkam! Bukan sahaja sahabat, malah makcik-makcik riuh sekampung bertanya status saya (saja menambah-nambah!). Ada sahabat yang mencadangkan jawapan yang pelbagai. Sebagai contoh jika seorang makcik bertanya bila mahu kahwin, maka jawapannya; "Tunggu suami makcik masuk meminang!" (Ini standard jawapan di dalam radio). Saya tersenyum, buat betul makcik itu sampaikan pada suaminya dan sampai pinangan ke rumah, teruk pula nanti.
Ini juga ujian. Ujian kesabaran dan keyakinan pada-Nya. Atas persoalan jodoh yang juga merupakan sebahagian dari hal-hal rezeki yang di luar kuasa kita. Apa yang saya pasti ada satu perkara yang selalu saya fikirkan;
Mungkin saya belum cukup baik..
Belum cukup baik dengan mak ayah...
Belum cukup baik dengan kakak dan abang...
Belum cukup baik dengan kawan-kawan...
Belum cukup baik dengan orang lain...
Dan yang paling penting, belum cukup baik dengan Allah, sebagai hamba-Nya...
Bagaimana mampu untuk kita berlaku baik dengan seorang yang bernama suami kelak? Salah satu jalan yang ALLAH halakan mudah untuk ke syurga. Walau untuk ke syurga bukannya mudah!
Jadi mungkin itulah sebabnya.
Dan ada pelbagai soalan tentang musibah dan permasalahan yang lain. Rupanya manusia takutkan masalah kerana lebih takutkan rasa sedih. Memang susah nak tukarkan masalah kepada cabaran. Tetapi sehingga ke hari ini, ada tidak sesiapa yang masih meneruskan kehidupan tanpa melalui sebarang permasalahan? Bermakna sehingga ke hari ini kita sudah selalu berjaya mengharungi ribuan permasalahan dalam kehidupan, dan masalah yang akan datang pasti kita berjaya juga lalui dan harungi sebagai cabaran untuk terus meraih redha dan syurga-Nya.
Teringat saya kepada kata-kata penulis dari seberang, saudara kita, saudara Henry Nurdi;
"Hikmah mampu mengubah kesengsaraan dan bencana berbuah manis dan lazat. Tapi sayangnya tak semua orang mampu mengambil hikmah itu."
Semoga barakah dan hidayah ALLAH dapat menyirami hati nurani kita yang tandus akan keyakinan kita akan takdir-takdir ALLAH swt.
Wallahu'alam. Hingga berjumpa lagi. InsyaALLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)