Aku mencari akan sesuatu,
sesuatu yg aku cari-cari untuk mengisi kekosongan dalam jiwa..
hanya padaNya,aku sandarkan harapan,,
demi mencari dan memperoleh cinta sejati..
walaupun aku tahu tidak semua yg ikhlas menerimaku sebagaimana Engkau..
dengan ikhlas dan lapang dada Kau menerima aku..
walaupun aku bergelumang dengan dosa-dosa silam..
terima kasih Ya Allah,,kerana menjadi peneman dikala aku kesunyian,
dikala aku memerlukan seseorang untuk berbicara,,
dan dikala aku berasa sangat sunyi dan dalam kesedihan yg teramat sangat..
Ya Allah,,
terima kasih kerana selalu berada disampingku,,
terima kasih kerana sudi menjadi pendengar setia kepada semua permasalahanku.
terima kasih kerana Kau hilangkan duka nestapaku tatkala aku disisihkan orang,
terima kasih kerana Kau kuatkan iman aku untuk menempuhi onak duri yg berada dihadapanku,
terima kasih kerana Kau pilih aku untuk menempuh dugaan yg Kau berikan.
aku tahu kau amat sayangkan aku,,
sebab itu Kau x henti-henti memberiku cubaan..
walau aku hampir berputus asa,,Kau tetap menghulurkan kasih sayangMu,,
untuk membimbingku kejalan yg benar,,
aku berharap agar Kau memberiku kekuatan agar aku tabah menempuhi dugaan walau aku dihentam badai kesedihan dan kepiluan..
hanya padaMu,,aku berserah,,hanya padaMu aku berdoa memohon petunjuk..
Ya Allah,,
jangan Kau berikan seseorang yang akan menyakiti hatiku,,
sebaliknya berilah aku seorang sahabat dan peneman hidup yang sayangkanku,
hanya keranaMu..bukan kerana diriku,,
aku tahu aku lemah dan tidak terdaya,,kerana itu aku memerlukan seseorang untuk bersamaku,,
akan tetapi,,kalau tidak ada,,akan ku anggap ini adalah yg trbaik meskipun aku terluka,,
kerana aku tahu,,kau berikan pada ku hanya yang terbaik..
Ya Allah,,akan ku rintih padaMu,,berilah kasih dan sayangMu padaku,,
kerana sayangMu lebih aku perlukan,,
jagalah maruah aku dan lindungilah aku dari tipu daya dan kegoyahan iman,
agar aku dapat menjadi wanita solehah dan hamba yang sentiasa merendah diri.
Amin...