masturat

masturat

usaha atas iman

Friday, April 13, 2012

ukhwah kita SAHABAT ISTIMEWA

Assalamualaikum sahabat yang ku kasihi kerana Allah yang Satu...
walau pun tidak mengenal siapa... tapi di group SAHABAT ISTIMEWAlah.. tautan ini terjalin..
^_^ syg gp nie

sahabat..
Yang jauh didekatkan Yang dekat dieratkan. insyaAllah yer..
Allah swt berfirman:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."( Al hujurat : ayat 13).

Silalaturahim : Menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

Sepertimana dlm sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim" (Riwayat al-bukhari).

Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia

Sabda baginda yang maksudnya:" Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari."
Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.


berukhwahlah kerana Allah


Tak kenal maka tak Cinta.
Bila sebut cinta, ramai yang beranggapan Cinta pada manusia. Tapi jangan lupa Cinta pada Allah itu adalah yang sebaiknya.


Muhasabah buat kita, adakah benar kita mengenali sahabat yang berada di sekeliling kita?

Untuk memulakan hubungan itu bukannya susah.kita boleh mulai dengan senyuman, salam, bertanya khabar, ziarah menziarahi dan riadah bersama.

Kita memerlukan Biah solehah.

Mungkin ramai tidak faham apakah maksud yang tersirat didalam Biah solehah sehinggakan ada yang salah anggap biah solehah ini adalah satu kempen yang tidak dibuat diatas sebab factor yang tertentu. Bukankah maksud Biah Solehah adalah persekitaran yang baik. Maka dengan wujudnya persekitaran yang baik kita sendiri akan selesa dalam mengerjakan amal ibadah kita. Kita sebagai peneraju generasi ummah patut sedar betapa pentingnya untuk menjaga Biah Solehah dwaktu ini.

Betapa pentingnya mewujudkan Biah Solehah dan memeliharanya daripada dicemari oleh anasir-anasir yang tidak baik.

Betapa pentingnya menjaga Biah Solehah untuk membantu menjaga peribadi kita sebagai seorang muslim.

Mewujudkan Biah Solehah atau persekitaran yang baik adalah suatu yang wajib. Ia termasuk dalam amar makruf dan nahi mungkar. Bahkan menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar itu adalah tuntutan agama.

Tak kira di mana sekalipun sama ada di rumah, sekolah, universiti, tempat kerja dan di mana sahaja, di dalam bangunan atau di luar bangunan, dalam suatu kawasan atau luar kawasan, kita perlu mewujudkan Biah Solehah.

Amat tidak patut bagi satu pihak yang berusaha untuk mewujudkan Biah Solehah dan pada masa yang sama ada pihak yang lain yang meruntuhkan Biah Solehah yang hendak dibina. Tetapi, itulah realiti dan hakikat yang berlaku dalam kehidupan kita seharian.

Ukhuwah dalam kehidupan.

Imam Hassan al banna bahawa ukuhuwah islam adalah ikatan hati dan jiwa bersama akidah. Apa beza ikatan persahabat friendship forever & ever and ever yang selalu dgendong oleh pihak barat dengan Islam?

Tentu sekali pihak barat berkawan dan bersahabat, dan kita akui cukup kuat persahabatan itu, tapi sehingga ke mana mereka membawa ikatan mereka itu?

Berbeza dengan islam, kita berukhuwah, bukan kerana harta, mahupun pangkat ataupun darjat. kita berukhuwah kerana kita mengharapkan keredhaanNya. kita berukhuwah hingga ke syurgaNya, dalam satu akidah dan keterikatan hati dan jiwa antara satu sama lain.

Dalam ikatan hati & jiwa inilah yg mndorong kita bersatu padu, berusaha untuk memajukan agama mulia kita, agama Islam. kehidupan yang harmoni dan aman damai tidak akan dapat dicapai jika kita berburuk sangka, tidak menghormati orang lain dan berlaku biadap dalam kehidupan seharian. jika kita benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan ukhuwah yang mengikat hati-hati dan jiwa-jiwa antara kita, sudah pasti kita akan mampu bangkit menjadi sebuah umat yang cemerlang, secemerlang umat terdahulu, malahan lebih baik lagi kerana kita betul-betul sudah memahami islam itu sendiri. Ini adalah disebabkan islam itulah yang mengajak para ahlinya untuk saling berukhuwah. Ukhuwah kerana Allah.

Ukhuwah itu persahabatan.
ingt pic nie tk??? 

ukhuwah bukan sekadar berkawan semata-mata malahan lebih dari itu sesungguhnya ia meliputi setiap aspek kehidupan kita.

Cuba masing-masing fikirkan kembali, lihat sekeliling kita. betul atau tidak jika buat hypothesis mengatakan,kawan-kawan yang baik akan membentuk suasana yang baik dan vice versa?

Cuba perhatikan tingkah laku para remaja. adakah dalam sekumpulan remaja yang suka buang masa dengan lepak atau sebagainya akan adakah seorang daripada mereka ini kaki masjid dan khatam al-quran?

Inilah jawapannya kerana fitrah manusia adalah mencari mereka yang bersehaluan dengan mereka. fitrah manusia yang suka akan keselesaan dalam kebersamaan.

Allah swt telah mengingatkan kita di dalam al-quran supaya kita memilih kawan dengan berhati-hati, supaya kita tidak akan tersilap langkah keran effect seorang sahabat itu lebih hebat dalam kehidupan kita.

“kawan yang baik akhlaknya, syumul ibadahnya wajib dicontohi dan didampingi. sungguh merekalah yang dapat membantu kita dalam usaha kita meniti perjalanan di akhirat nanti”.

"Dia menyeru kepada sesuatu yang (sebenarnya) bencananya lebih dekat daripada manfaatnya. Sungguh, itu seburuk-buruk penolong dan sejahat-jahat kawan."( 
Al-Hajj : 13)

Sepertimana kata-kata Saidina Ali :” sahabat adalah sesiapa yg melarang mu dripd melakukan kejahatan, manakala musuhmu ialah sesiapa yang menggalakkan dirimu utk melakukan kejahatan.”


Kuatkan ukhuwah dalam dada

Apa gunanya berukhuwah jikalau tidak dijaga dengan penuh istiqamah?

Ada beberapa cara untuk kita sentiasa istiqamah dalam menjaga ukhuwah yang dibina supaya ia terus berkekalan.

Baginda rasulullah s.a.w pernah bersabda,
“Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Sungguh mudah. jangan kelukan lidah anda, ringankan mulut anda, cabar ego anda, dan luahkannya kepada mereka yang perlu tahu. sesungguhnya kita berkasih dalam rahmat ilahi, tiada apa yang perlu ditakuti. kita bersaudara kerana Allah swt semata-mata.apa salahnya jika kita mendoakan perkara yang baik untuk sahabat kita? bukankah itu adalah amalan yang baik dan mulia?

"Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan bagimu juga seperti itu"(Hadis riwayat Muslim)

Sungguh tidak rugi dan salah jika mendoakan kebaikan untuk sahabat kita, malahan ia dapat membantu sahabat kita yang ditimpa kesusahan.perkara yang

Senyuman juga dapat dijadikan salah satu cara untuk merapatkan hubungan ukhuwah sesama kita. betullah, siapa yang tak suka melihat orang lain memberi senyuman terhadapnya?

“Janganlah engkau remehkan kebaikan apa sahaja yang datang dari saudaramu dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan”.

(Hadis riwayat Muslim)

Tidak dinafikan bilamana kita dapat melihat sahabat-handai kita tersenyum girang pastinya kita juga akan ceria. Senyumlah, walaupun hidup anda penuh dengan musibah dan cabaran.tak salah juga ucapkan selamat terhadap sahabat kita ketika mereka memperolehi sesuatu yang baik.

“Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (Hadis riwayat Tabrani)

sungguh Islam menggalakkan kita untuk bersaudara sesama kita. tidak rugi kita berukhuwah kerana semuanya adalah kerana Allah swt. ayuh, pergi keluar dan jalinkan ukhuwah sesama kita! dan moga.. di group ini..


sahabat istimewa
ukhwah itu terjalin hingga ke syurga Allah.. amin..