BAYAN DARI MAULANA UMAR..
Maulana memberitahu untuk menjadi kaya semua orang tahu tetapi untuk mengetahui ia bakal susah atau senang amat sukar
Kehidupan baik di akhirat adalah satu kehidupan yang dipanggil kesenangan.
Orang yang melanggar perintah Allah akan susah di dunia dan di akhirat.
Di bangkitkan dalam keadaan buta. Ia buta kerana di dunia ia membutakan diri terhadap kebaikan yang dizahirkan padanya.
Kerja agama itu mudah, jangan kita susahkan. Sebelum mati rukun-rukun iman mesti disempurnakan:
- Yakin Allah: Iman akan meningkat apabila kita memperkatakan dan mendengar kebesaran Allah. Untuk membuang kebesaran makhluk, korban hendaklah ditingkatkan.
- Malaikat: yakin dengan nizam, malaikat. Nizam ghaibi yang khilaf akan merosakkan manusia. Zaman nabi nusrah datang secara ghaib. Segala masalah dapat diselesaikan.
- Rasul: persaksian pada Nabi sahaja dapat kejayaan iaitu setiap kehidupan Nabi SAW jadi contoh.
- Kitab: menolak ilmu insaniah iaitu dari benda, saya dapat itu dan ini. Menerima ilmu ilahiah iaitu dari sifat mulia saya akan diganjari Allah.
- Qiamat: membuang keyakinan dunia, menerima keyakinan akhirat. Akhirat lebih berharga dari dunia. Korbankan dunia untuk akhirat, jangan korbankan akhirat untuk dunia.
- Qada dan Qadar: segala nikmat dan susah datang dari Allah. Kita redha denganNya. Usaha ditangan kita dan keputusan ditangan Allah. Takdir khilaf dengan syariat. Apabila takdir berlaku jangan lihat kesan yang timbul tapi lihatlah ini keputusan Allah.
Bagaimana Nabi Yaacub a.s dan anaknya Nabi Yusuf a.s. Ujian yang hebat dilaluinya.
Inilah Ghabul Nizam yang perlu kita yakini.
Takdir Allah pada Nabi Yusuf dengan syariat..
Ia dimasukkan ke dalam perigi buta, dipenjarakan dan menghadapi 7 tahun kemarau.Apa sahaja dalam usaha agama boleh dirancang tapi lihatlah pertolongan Allah.
Mulanya ia dijauhkan dari ayahnya oleh saudaranya yang dengki. Ini dimurkai Allah.
Keputusan Allah, ia dibela Gabenor dan hidup senang. Isteri Gabenor buat gara-gara,
Nabi Yusuf difitnah. Seorang bayi yang masih menyusu dijadikan Allah hakim untuk membersihkan nabinya. Bahagian mana yang koyak, itulah ketandaan siapa yang bersalah.
Kebenaran menyebelahi Nabi Yusuf tapi orang Mesir mula sangka buruk padanya.
Allah membersihkan lagi nabiNya dengan dengan majlis makan buah bersama-sama wanita-wanita mesir. Setelah tangan dihiris, barulah mereka akui kejujuran Nabi Yusuf.
Akhirnya, Nabi Yusuf mengaku bersalah dari mengikut bujukan wanita itu dan dipenjarakan. Doa Nabi Yusuf, " Wahai Allah, jika Engkau tidak memelihara aku dari fitnah ini, nescaya aku akan terpedaya dengannya."
Pengajaran besar bagi kita, segala kebaikan yang dilakukan bukan datang dari kita tapi dari taufiq Allah semata-mata.
Penduduk Mesir akui kesucian Nabi Yusuf tetapi dia tetap dipenjarakan.
Takdir pada Nabi Yusuf khilaf dengan syariat keputusan Allah, 7 tahun musim kemarau.
Nabi Yusuf tetap jalankan dakwah, mentauhidkan Allah Yang Satu.
Mukjizatnya menafsirkan mimpi. Para banduan menyukainya.
Suatu hari dua orang banduan bermimipi dan Nabi Yusuf menafsirkan seorang akan mati dan seorang lagi akan dipanggil raja. Sampaikan pesan pada Raja pinta Nabi Yusuf.
Bila menghadap Raja dan dibebaskan ia terlupa pesanan nabi Yusuf.
Satu hari Raja sendiri bermimpi barulah bekas banduan tadi teringatkan Nabi Yusuf.
Akhirnya Nabi Yusuf dapat keluar setelah menafsirkan mimpi Raja dengan tepat dan dijadikan pembesar istana.
Takdir saudara-saudaranya khilaf dengan syariat maka tiada nusrah Allah.
Nusrah Allah beserta dengan takdir Nabi Yusuf yang mengikut syariat.
Beriman kepada kehidupan selepas mati. Kehidupan itu tiada didepan kita. Maka, untuk dapatkan keyakinan kita hendaklah sentiasa cakap dan dengar tentangnya selalu. Kehidupan kita mestilah mengikut cara hidup Nabi dalam:
- Iman
- Ibadat
- Mua'syarat
- Mua'malat
- Akhlak
Iman 24 jam fardhu atas kita tapi solat hanya 5 kali sehari fardhu atas kita.
Untuk peningkatan solat, kerjakan di masjid dan sibukkan dengan solat nawafil. Kesempurnaan akan datang dalam solat apabila, solat dikerjakan dengan mencontohi Nabi dan tumpuan terhadap Allah diutamakan. Tumpuan itu datang dengan tilawah, zikir dan sentiasa doa.
Hubungan dengan Allah betul dan hubungan dengan makhluk juga mesti diambil berat. Iaitu sentiasa tunaikan hak makhluk dan kasihkan mereka semua.
Bila wujud kasih sayang, ummat dekat dengan Allah. Ummat ini adalah ummat contoh. Bagaimana hendak wujudkan satu hati? Ia akan wujud bila perasaan keislaman mengatasi puak. Allah juga ikramkan orang beriman walaupun imannya sebesar biji sawi. Satu masa ia tetap dimasukkan ke dalam syurga. Nabi sentiasa ikramkan orang islam. Pada haji wida', sabdanya; " Mulianya orang islam semulianya Mekah dan Haji ini". Hormat si pendosa kerana iman yang wujud dalam hatinya. Ia seperti anak yang berlumuran dengan najis. Ibunya akan bersihkan dan memeluknya dengan kasih dan sayang.
Maksud Ikhlas, kita buat apa sahaja untuk dapat redha Allah. Pengorbanan mewujudkan keikhlasan. Suasana hanya wujud dengan dakwah. Maksud hidup orang islam hanya dakwah.
Untuk maju dalam usaha:
- Patuh mesyuarat. Tinggalkan kepentingan diri. Allah gembira atas ini.
- Sempurnakan solat, tilawat, tasbihat dan doa.
- Rumahtangga dan jualbeli mestilah bersih.
Agama yang sempurna di bawa Nabi mula beransur-ansur keluar dari kehidupan ummat hari ini.
Allahurabbi! sama-sama doakan hidayat untuk ummat seluruhnya...