seindah perhiasan adalah wanita solehah |
Mungkinkah pada keayuan,kecantikan dan ketenangan wajah yang hanya bisa dilihat oleh suami..
atau mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja..
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis..
atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi..juga ayah..suami dan pipi munggil anak-anak..
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang sekaligus melembutkan perasaan..
Boleh jadi pada kesucian dan ketulusan hati dalam mencurah kasih, sayang dan cinta ..
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita..
Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan wanita..
Duhai kaum Hawa..
Kitalah wanita itu. .
Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita seorang wanita dan memberikan keindahan-keindahan itu..
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu.. tiba masanya, segalanya akan pergi jua.. Wajah akan suram, mata akan kelam..
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia,iaitu sifat mahupun naluri kewanitaan..
TERIMA KASIH TUHANKU MENJADIKAN AKU SEORANG WANITA.. terima Kasih Ya Rasulullah kerana telah mengangkat darjat kami..