masturat

masturat

usaha atas iman

Sunday, September 4, 2011

duhai sahabat...








Sahabatku, 
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam kita dizalimi
Hak kita dicerobohi,kita di tanam hidup-hidup
Tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian di mata adam 
Kita hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu mereka.
Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam, bila sinar islam berkembang
Darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara,kita dihargai dan dipandang mulia dan mendapat tempat disisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah

Sahabatku,
Kenapa engkau tidak menghargai nikmat iman dan islam?
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya? 
Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungan dan 
Kenapa masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya

Sahabatku,
Tangan yang menghayunkan buaian bisa menggoncang dunia
Sedarlah sahabatku, kau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yg hebat
Yakni yg soleh dan solehah 
kau bisa mengegarkan dunia dengan menjadi isteri yg taat serta memberi dorongan pada suami yg sejati dlm menegakkan islam
tapi sahabatku jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu dengan lengguk tubuhmu 
jangan kau menghentakkan kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan sahabatku!!!!
Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu..
Jangan sesekali menggoda lelaki yg bukan suamimu
Kerana aku khuatir ia mengundangkan kemurkaan dan kebencian Allah
Tetapi memberi kegembiraan kepada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan…alat yang dieksploitasikan oleh syitan 

Sahabatku, 
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah buat kedua ibu-bapamu
Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yg meringankan beban suami
Andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tidak gentar memperjuangkan 
ad-denullah

sahabatku, 
andai engkau belum berkahwin 
jangan engkau risau akan jodohmu
ingatlah sahabatku janji tuhan kita…
wanita yang baik adalah untuk lelaki yg baik
jangan menggadaikan maruah kan hanya semata-mata kerana seorang lelaki
jangan memakai pakaian yg menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian 
dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi meransang nafsunya
jangan memulakan dengan lelaki yg bukan muhrim kerana aku khuatir… dari mata turun ke hati
dari senyuman membawa ke salam 
dari salam cenderung kepada pertemuan dan
dari pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri

sahabatku,
lelaki yg baik tidak melihat paras rupa.
Lelaki yg soleh tidak memilih wanita melalui kecantikan wajahnya.
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya , kemanjaan serta kemampuannya menggoncang iman mereka .
Tapi sahabatku, 
Lelaki yg baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-deennya.
Lelaki yg baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yg bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya.
Lelaki yg warak juga tak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah perhubungan antara lelaki dan wanita… yakni perkahwinan.

Oleh itu sahabatku,
Jagalah pandangan, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, jagalah pergaulanmu agar tak terbabas dan kuatkan pendirianmu. 
Andai kita ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah
Menyinari dan memenuhi jiwamu.
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yg juga mencintai ALLAH

Sahabatku, 
Ingatanku yg terakhir, biarlah tangan yg menggoncangkan buaian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan illahi.
Jangan sesekali tangan ini juga yg menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarkanya…

Seindah hiasan adalah wanita solehah. 
Berhati-hatilah memilih permata dicelahan kaca agar jari tak terluka dihiris kaca yang disangka permata…
Fikir-fikirlah wahai sahabatku..

Renungilah…
Hawa, kau diciptakan daripada tulang rusuk Adam yang bengkok
Bukannya daripada bahagian kepala untuk dijadikan ketua atau 
Daripada bahagian kakinya untuk dijadikan alas…tetapi dekat dgn lengannya untuk dilindungi, dan dekat pula dengan hatinya untuk dicintai…..

No comments: