masturat

masturat

usaha atas iman

Thursday, August 9, 2012

aku ingin jadi baik....


Tatkala terlalu banyak yang aku beri,
Tatkala kelihatan banyak ilmu yang dikongsi,
Tatkala lancar lidah ku menyebut,
Jangan kau kira,
Aku orang baik..


Saat hati kelihatan mudah tersentuh,
Saat air mata berlinangan tanpa henti,
Saat mudah aku menasihati,
Jangan kau ingat,
Aku orang yang baik..


Wahai adik-adikku..
Aku juga insan sepertimu..
Kadang-kadang alpa, leka dengan nafsu..
Aku juga insan sepertimu,
Yang sering membuat nista,
Barangkali jauh lebih buruk darimu.


Wahai adik-adikku sayang..
Cuba lihat ke dalam mata hatiku..
Cuba kau selami isi hati ini..
Sebenarnya, aku orang yang jahat !


Apa yang kau dengar dariku,
Apa yang kau lihat padaku,
Apa yang kau rasa untukku,
Semuanya kerana aku sedang berusaha.


Ya,
Aku memberi, 
Aku berkongsi,
Aku mengingati,
Sebenarnya, itu bukan untukmu..
Tapi, memberi 'makanan' kepada jiwaku..


Wahai Allah..
Ampuni aku..
Kerna mudah aku mengajak manusia kepada kebaikan,
Sedangkan aku,
Makin jauh dari itu..


Wahai Allah..
Bulan ini bulan barakah..
Kurniakan aku secebis rahmatMu..
Agar dengan itu,
Aku tidak mendapat tempat di nerakaMu..


Wahai Allah..
Ampuni seluruh anggotaku..
Yang telah aku salahgunakan..
Ampunkan aku Ya Allah.. :'(

Allah itu tidak buta... dijadikan ujian tanda kasihNya...

No comments: