masturat

masturat

usaha atas iman

Sunday, October 21, 2012

kita lah wanita itu



seindah perhiasan adalah wanita solehah

Mungkinkah pada keayuan,kecantikan dan ketenangan wajah yang hanya bisa dilihat oleh suami..

atau mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja..

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis..

atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi..juga ayah..suami dan pipi munggil anak-anak..

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang sekaligus melembutkan perasaan..

Boleh jadi pada kesucian dan ketulusan hati dalam mencurah kasih, sayang dan cinta ..

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan wanita..

Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan wanita..

Duhai kaum Hawa..

Kitalah wanita itu. .

Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita seorang wanita dan memberikan keindahan-keindahan itu..


Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu.. tiba masanya, segalanya akan pergi jua.. Wajah akan suram, mata akan kelam..


Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia,iaitu sifat mahupun naluri kewanitaan..


TERIMA KASIH TUHANKU MENJADIKAN AKU SEORANG WANITA.. terima Kasih Ya Rasulullah kerana telah mengangkat darjat kami..

analogi ini

Berimankah daku....
takut ketika lalu diperkuburan terutama di malam hari
tapi tidak takut dengan persoalan kubur 
yang akan daku hadapi apabila disemadikan diperkuburan kelak

Islamkah daku....
takut kehilangan sumber pendapatan
rakus mengejar wang ringgit
hingga sanggup merenggut sumbar yang haram mahupun syubhah
tapi tidak takut dengan persoalan akhirat
dari manakah sumber harta
ke manakah dibelanjakan

Mukminkah daku...
Saban hari berusaha menyempurnakan kehidupan duniawi
mengejar pangkat...kenaikan gaji... penghormatan masyarakat..
tanpa berusaha menyempurnakan iman...
meningkatkan bekalan untuk akhirat...
bagaikan mati itu satu perkara yang boleh ditentukan sendiri saat tibanya..

teringat akan analogi ini... wang syiling....

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan disekelilingnya
.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya."Rezeki aku!" Kata lelaki itu dalam hati.Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Malangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.









P / s: Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-nya.tetapi, kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Saturday, October 20, 2012

sesungguhnya




“Alihkan matamu ke laut,
airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan,
tetapi hanya Allah sahaja tahu rahsia didalamnya,
begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa..
tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya,
jika kau kecewa, maka pandanglah sungai..
airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang,
jika kau merasa sedih pandanglah ke langit,
kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu
..”

" Maha Suci Allah,
Engkau mengetahui apa yang aku rahsia dan apa yang aku nyatakan,
Engkau mengetahui hajat yang ada di dalam hati ku ini,
 maka perkenankanlah,
Engkau mengetahui dosa-dosa yang ada dalam diri ini,
maka ampunkan lah,
Jadikan lah aku hambaMU yang redha atas semua yang telah Engkau takdirkan buatku ini...."

"Bangkitlah dari lenamu yang panjang
dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh,
jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas."

belajar nafi makhluk Isbat ALLAH


Kesemua perkara terkandung di dalam kalimah "LAILAHAILLALLAH" Hatta 99 nama Allah juga terkandung dalam kalimah agung ini. Maknanya cukup ringkas"tiada tuhan melainkan Allah" tetapi maksudnya sgt luas. Maksud kalimah ini ialah "untuk mengeluarkan kebesaran makhluk di dalam hati dan memasukkan kebesaran Allah ke dalam hati". Dgn cara bagaimana? yes dgn cara menafi dan mengisbat. Cara menafi makhluk dan mengisbat Allah dgn mediumdakwah, iman akan meningkat pantas manakala dgn wirid dan zikir iman meningkat perlahan. Sila sebut perkataan di bawah dgn kuat, penuh perasaan dandakwahkan kpd 25 org dlm satu hari.




Bkn MAKANAN bg kenyang tp ALLAH bg kenyang,
Bkn MINUMAN bg hilang dahaga tp ALLAH bg hilang dahaga,
Bkn UBAT bg sembuh tp ALLAH bg sembuh,
Bkn RACUN bg mudharat tp ALLAH bg mudharat,
Bkn PANGKAT bg kemuliaan tp ALLAH bg kemuliaan,
Bkn DUIT bg manfaat tp ALLAH bg manfaat,
Bkn KERJA bg rezeki tp ALLAH bg rezeki,
Bkn BOS bg gaji tp ALLAH bg gaji,
Bkn MATAHARI bg cahaya tp ALLAH bg cahaya,
Bkn API bg panas tp ALLAH bg panas,
Bkn AIS bg sejuk tp ALLAH bg sejuk,
Bkn MATA bg nmpk tp ALLAH bg nmpk,
Bkn TELINGA bg dgr tp ALLAH bg dengar,
Bkn HIDUNG bg nafas tp ALLAH bg nafas,
Bkn JANTUNG bg nyawa tp ALLAH bg nyawa,
Bkn ENJIN bg kereta jln tp ALLAH bg kereta jln,
Bkn RODA bg pusing tp ALLAH bg pusing,
Bkn MADU bg MANIS tp ALLAH bg manis,
Bkn GULA bg sweet tp ALLAH bg sweet,
Bkn GARAM bg masin tp ALLAH bg masin,
Bkn AIRCOND bg dingin tp ALLAH bg dingin,
Bkn KIPAS bg angin tp ALLAH bg angin,
Bkn ANAK BINI bg bahagia tp ALLAH bg bahagia,
Bkn MUZIK bg tenang tp ALLAH bg tenang,
Bkn KEPAK bg terbang tp ALLAH bg terbang,
Bkn AWAN bg hujan tp ALLAH bg hujan,


Dakwahkan dan sebutkan berulang kali sampai anda jadi gila dan sampai org kata anda gila. Dakwahkan sampai mulut kita terima, sampai lidah kita terima, sampai tekak kita terima, sampai hati kita terima dan sampai Allah terima kita insyaAllah.. Ketahuilah jika kita dakwahkan kebesaran Allah paling kurang 2 jam setengah, maka iman kita akan jadi kuat dan insyaAllah amal masjid yg lain pasti jadi kuat juga. Hal ini kerana kekuatan iman hasil dakwah kalimah ini akan menambahkan keghairan buat taklim, ghast, korban, khuruj, zikir, Quran dan mcm2 amal lain . Dakwah lagi dan lagi insyaAllah.. sampai apabila izrail mahu cabut nyawa kita pun, kita dakwahkan kpd izrail "bkn izrail bg sakit tp Allah bg sakit". Bg izrail tekejut.


Percaya atau tidak, perkataan yg paling bnyk kita sebut ketika hayat kita pasti akan keluar balik ketika izrail sentap nyawa kita dgn ganas. Jika bnyk sebut perkataan tiket, tiket maka tiketlah akan keluar, jika bnyk sebut Lailahaillallah atau mahfum kalimah ini, insyaAllah perkataan Lailahailallah akan keluar dr mulut kita blk semasa saat sakaratulmaut. Barangsiapa dpt sebut Lailahaillallah sebelum mati, wajib syurga bg dia InsyaAllah..ayuh dakwahkan lagi dan lagi smpi GILA!!! ingat smpi GILA!!! atau paling kurang smpi org kata anda GILA!!!!

Nabi pernah berkata, lebih kurang begini "zikirlah kmu smpi org kata kmu gila" para Tabiin juga   bnyk mengata sahabat nabi semua gila-gila belaka, sebab bnyk muzakarah ttg kebesaran Allah mcm org gila. Sahabat pula mengata para Tabiin org lemah belaka sbb kurg muzakarah kebesaran Allah. Kita mahu tiru sahabat bkn Tabiin kita mau jadi GILA!!!! bkn LEMAH!!! Penah dgr pepatah ORG GILA MASUK SYURGA??? haa saya sgt setuju.. Kesimpulannya anda kena JOS dakwah bkn bnyk mengata org JOS menunjuk2.. org yg kata karkun JOS menunjuk2 saya pasti dia karkun lemah. Sgt kurang sebut kebesaran Allah.. sesama karkun kita mesti JOS dakwah tetapi sesama org awam kita mesti bnyk ikram di samping dakwah kebesaran Allah juga insyaAllah!!!

Tuesday, October 16, 2012

KATA MAULANA UMAR

ASSALAMUALAIKUM ...

BAYAN DARI MAULANA UMAR..

Maulana memberitahu untuk menjadi kaya semua orang tahu tetapi untuk mengetahui ia bakal susah atau senang amat sukar

Kehidupan baik di akhirat adalah satu kehidupan yang dipanggil kesenangan.

Orang yang melanggar perintah Allah akan susah di dunia dan di akhirat.
Di bangkitkan dalam keadaan buta. Ia buta kerana di dunia ia membutakan diri terhadap kebaikan yang dizahirkan padanya.

Kerja agama itu mudah, jangan kita susahkan. Sebelum mati rukun-rukun iman mesti disempurnakan:
  • Yakin Allah: Iman akan meningkat apabila kita memperkatakan dan mendengar kebesaran Allah. Untuk membuang kebesaran makhluk, korban hendaklah ditingkatkan.
  • Malaikat: yakin dengan nizam, malaikat. Nizam ghaibi yang khilaf akan merosakkan manusia. Zaman nabi nusrah datang secara ghaib. Segala masalah dapat diselesaikan.
  • Rasul: persaksian pada Nabi sahaja dapat kejayaan iaitu setiap kehidupan Nabi SAW jadi contoh.
  • Kitab: menolak ilmu insaniah iaitu dari benda, saya dapat itu dan ini. Menerima ilmu ilahiah iaitu dari sifat mulia saya akan diganjari Allah.
  • Qiamat: membuang keyakinan dunia, menerima keyakinan akhirat. Akhirat lebih berharga dari dunia. Korbankan dunia untuk akhirat, jangan korbankan akhirat untuk dunia.
  • Qada dan Qadar: segala nikmat dan susah datang dari Allah. Kita redha denganNya. Usaha ditangan kita dan keputusan ditangan Allah. Takdir khilaf dengan syariat. Apabila takdir berlaku jangan lihat kesan yang timbul tapi lihatlah ini keputusan Allah.

Bagaimana Nabi Yaacub a.s dan anaknya Nabi Yusuf a.s. Ujian yang hebat dilaluinya.
Inilah Ghabul Nizam yang perlu kita yakini.
Takdir Allah pada Nabi Yusuf dengan syariat..
 
Ia dimasukkan ke dalam perigi buta, dipenjarakan dan menghadapi 7 tahun kemarau.
Mulanya ia dijauhkan dari ayahnya oleh saudaranya yang dengki. Ini dimurkai Allah.
Keputusan Allah, ia dibela Gabenor dan hidup senang. Isteri Gabenor buat gara-gara,
Nabi Yusuf difitnah. Seorang bayi yang masih menyusu dijadikan Allah hakim untuk membersihkan nabinya. Bahagian mana yang koyak, itulah ketandaan siapa yang bersalah.

Kebenaran menyebelahi Nabi Yusuf tapi orang Mesir mula sangka buruk padanya.

Allah membersihkan lagi nabiNya dengan dengan majlis makan buah bersama-sama wanita-wanita mesir. Setelah tangan dihiris, barulah mereka akui kejujuran Nabi Yusuf.

Akhirnya, Nabi Yusuf mengaku bersalah dari mengikut bujukan wanita itu dan dipenjarakan. Doa Nabi Yusuf, " Wahai Allah, jika Engkau tidak memelihara aku dari fitnah ini, nescaya aku akan terpedaya dengannya."

Pengajaran besar bagi kita, segala kebaikan yang dilakukan bukan datang dari kita tapi dari taufiq Allah semata-mata.

Penduduk Mesir akui kesucian Nabi Yusuf tetapi dia tetap dipenjarakan.
Takdir pada Nabi Yusuf khilaf dengan syariat keputusan Allah, 7 tahun musim kemarau.
Nabi Yusuf tetap jalankan dakwah, mentauhidkan Allah Yang Satu.
Mukjizatnya menafsirkan mimpi. Para banduan menyukainya.
Suatu hari dua orang banduan bermimipi dan Nabi Yusuf menafsirkan seorang akan mati dan seorang lagi akan dipanggil raja. Sampaikan pesan pada Raja pinta Nabi Yusuf.
Bila menghadap Raja dan dibebaskan ia terlupa pesanan nabi Yusuf.
Satu hari Raja sendiri bermimpi barulah bekas banduan tadi teringatkan Nabi Yusuf.
Akhirnya Nabi Yusuf dapat keluar setelah menafsirkan mimpi Raja dengan tepat dan dijadikan pembesar istana.

Takdir saudara-saudaranya khilaf dengan syariat maka tiada nusrah Allah.
Nusrah Allah beserta dengan takdir Nabi Yusuf yang mengikut syariat.
Apa sahaja dalam usaha agama boleh dirancang tapi lihatlah pertolongan Allah.

Beriman kepada kehidupan selepas mati. Kehidupan itu tiada didepan kita. Maka, untuk dapatkan keyakinan kita hendaklah sentiasa cakap dan dengar tentangnya selalu. Kehidupan kita mestilah mengikut cara hidup Nabi dalam:


  • Iman
  • Ibadat
  • Mua'syarat
  • Mua'malat
  • Akhlak
Dalam ibadat, solat paling utama.
Iman 24 jam fardhu atas kita tapi solat hanya 5 kali sehari fardhu atas kita.

Untuk peningkatan solat, kerjakan di masjid dan sibukkan dengan solat nawafil. Kesempurnaan akan datang dalam solat apabila, solat dikerjakan dengan mencontohi Nabi dan tumpuan terhadap Allah diutamakan. Tumpuan itu datang dengan tilawah, zikir dan sentiasa doa.

Hubungan dengan Allah betul dan hubungan dengan makhluk juga mesti diambil berat. Iaitu sentiasa tunaikan hak makhluk dan kasihkan mereka semua.

Bila wujud kasih sayang, ummat dekat dengan Allah. Ummat ini adalah ummat contoh. Bagaimana hendak wujudkan satu hati? Ia akan wujud bila perasaan keislaman mengatasi puak. Allah juga ikramkan orang beriman walaupun imannya sebesar biji sawi. Satu masa ia tetap dimasukkan ke dalam syurga. Nabi sentiasa ikramkan orang islam. Pada haji wida', sabdanya; " Mulianya orang islam semulianya Mekah dan Haji ini". Hormat si pendosa kerana iman yang wujud dalam hatinya. Ia seperti anak yang berlumuran dengan najis. Ibunya akan bersihkan dan memeluknya dengan kasih dan sayang.

Maksud Ikhlas, kita buat apa sahaja untuk dapat redha Allah. Pengorbanan mewujudkan keikhlasan. Suasana hanya wujud dengan dakwah. Maksud hidup orang islam hanya dakwah.

Untuk maju dalam usaha:


  • Patuh mesyuarat. Tinggalkan kepentingan diri. Allah gembira atas ini.
  • Sempurnakan solat, tilawat, tasbihat dan doa.
  • Rumahtangga dan jualbeli mestilah bersih.
Paling minimun dakwah itu kita buat dan bawa orang lain pada apa yang kita buat. Hadratji minta kita buat usaha dengan mudah dan keluar 3 hari sebulan, ajaklah orang pada ini. Disamping dakwah, jangan lupa diri sendiri sentiasa mengikut syariat. Walau apa kesusahan yang bertimpa-timpa datang, Nabi tetap jalankan kerja dakwah untuk selamatkan ummat dalam alam kubur.
Agama yang sempurna di bawa Nabi mula beransur-ansur keluar dari kehidupan ummat hari ini.

Allahurabbi! sama-sama doakan hidayat untuk ummat seluruhnya...

tidak malukah kita T__T

IMAN ITU PERLU DICARI.. KERANA IANYA MEMANG TIDAK AKAN DIWARISI...




Teringat aku sebuah kisah tentang Jaafar r.a(moga allah terangkan kuburnya dengan nur tanpa had)sepupu nabi yang telah keluar dari rumah sejurus selepas kedengaran semboyan jihad bergema indah di madinah,Sayyidina Jaafar r.a meninggalkan anak-anak kecil yang ramai dan isterinya di rumah.



Anak-anaknya menangis rindukan bapa tercinta,tapi Jaafar r.a dengan iman seteguh gunung meluncur laju menghayun
kan pedang memenggal para kafir laknatullah ‘alaihim di medan perang umpama singa kelaparan,berdiri teguh segak berani sepupu nabi yang juga awwalin islam memancung dan bertakbir menggegarkan arasy allah dan hati para kufar.



Setelah sekian lama,isterinya kedengaran jemaah jihad sudah pulang dengan kejayaan,bergema takbir di bumi madinah,menarilah para rimbunan pokok dan menyanyi para burung meraikan kejayaan muslim menghancurkan tentera kafir.Bukan main gembira isteri hadrat sayyidina Jaafar r.a mendengar khabar itu lalu dia siap-siapkan anak-anak kecilnya,berhias diri dan memasak masakan kegemaran suaminya dan semuanya menunggu di ruang makan rumahnya dengan penuh ghairah,anak-anak ketawa gembira bermain suka mendengarkan khabar bapa tercinta akan pulang,si isteri penuh dendam rindu yang sentiasa risau kian terubat dengan kegembiraan kepulangan suami tercinta.Berdebar-debar jantung menunggu saat bahagia.



‘tok,tok!’ketukan pintu berbunyi yang menyebabkan suasana menjadi sepi.
Sang isteri bingkas bangun bergegas mendapatkan pintu.Lalu pintu dibuka dengan penuh gembira dan berdirilah sekujur tubuh berdiri segak dihadapan pintu rumahnya.



Tapi sekujur tubuh itu bukan milik Jaafar r.a,sekujur tubuh itu ialah milik Sayyidul Mustofa rahmatul lil a’lamin Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam(selawat salam penuh cinta atas kekasih hidup matiku yang ku rela mati seribu kali untuknya tapi tak mungkin aku redha sekecil duri melukai kakinya.) wajah putih berseri penuh nur itu tunduk hiba di hadapan isteri sepupunya.



Sang isteri merasakan perasaan aneh dan dapat mengagak dari raut wajah nabi yang penuh hiba dan sedih.Yang tak perlu ditafsirkan lagi dengan kata-kata,telah faham akan ia nabi saw datang untuk membawa berita kesyahidan Jaa’far r.a.



Betapa remuknya hati seorang isteri laksana dihentam ratusan gunung pabila berita umpama itu datang menusuk jantung,mengalir lembut air mata sang isteri,begitu juga para malaikat,para burung,gunung,pokok,langit turut menangis hiba dan langit menjadi suram berkabung atas kesedihan yang amat.



Sang isteri lalu cepat-cepat mengesat air mata kerana terpandang anak-anak kecilnya dan dia risau mereka tidak mampu menerima berita ini,sang isteri tabah meremukkan hatinya dan tahan akan tangisan yang ingin mengalir umpama sungai nil.Lalu sang isteri cepat-cepat bawa anak-anaknya masuk ke bilik tapi dihalang Rasululullah yang menyuruh kesemua anak-anak sepupunya datang kepadanya.Nabi saw lalu mengusap kepala setiap seorang anak-anak sepupunya dan menatap hiba wajah anak-anak kecil tak berdosa lalu berderailah air mata nabi yang mulia dihadapan anak-anak kecil itu diikuti sang isteri yang tak dapat lagi menahan air matanya,menangislah semuanya,suramlah seluruh alam tanda hormat atas kesedihan baginda nabi saw.



Bayangkan kesedihan mereka kerana agama,keremukan hati mereka kerana agama,rindu dendam isteri yang dibalas berita hiba,anak-anak yang meraung mahukan bapa,ya allah!betapa sedihnya hati ini bila mendengar kisah-kisah indah para sahabat perjuangkan agama,air mata mereka tidak pernah dijatuhkan untuk perkara bodoh seperti kita sering lakukan.



Hati mereka hancur,mereka berpisah dengan isteri-isteri mereka dan anak-anak mereka,mereka juga insan seperti aku dan kalian,mereka juga cintakan isteri,anak,ibu,bapa dan keluarga seperti kalian,tapi kesedihan demi kesedihan menimpa mereka,berita kematian,perpisahan dan sebagainya adalah rutin mereka,kini bandingkan lah kesedihan kalian yang tak seberapa bahkan kerana dunia itu dengan kesedihan para sahabat ini???apa kalian tidak malu??Kesedihan yang amat itu tidak pernah membuatkan mereka menjadi gila atau ingin membunuh diri seperti kebodohan kita yang sedih kerana dunia hina kemudian ingin membunuh diri,oh Allah betapa rapuhnya iman kami,betapa hinanya diri ini,ampunkan kami ya Allah..



Pembaca budiman,jika air mata itu tidak jatuh ke bumi untuk agama,agama itu pasti mati,kisah umpama ini ada ratusan bahkan ribuan di banyak kitab terutamanya di dalam kitab Hayatus Sahabah karangan maulana Yusuf khandahlawi rah.(Khalifah jemaah tabligh ke-2 moga allah menerangi kuburnya dan terima pengorbanan beliau).
Sekarang berfikir sejenak dan tanya diri kita.



APA YANG AKU DAH SUMBANGKAN UNTUK AGAMA YANG MANA NABI DAN SAHABAT BERMATIAN MEMPERJUANGKANNYA??



Tanya diri kita apakah kita fikir apa akan jadi pada umat akan datang?apa akan jadi pada agama anak isteri dan keturunan kita?Jangan katakan fikir umat,fikir atas diri sendiri pun tak wujud dalam benak hati kita!Hari-hari kita menuju neraka Allah!hari-hari kita buat nabi kita kecewa!!!


Apa nabi akan rasa bila melihat keadaan kita seandainya baginda masih hidup?Kita merasa kita cukup pandai agama,kuat beramal,cukup ibadat,tak payah berdakwah,bahkan yang lebih celaka dan terlaknat ialah kita MENGHALANG ORANG LAIN BERJUANG!



Atas sebab usaha berkat inilah aku juga tercampak disini yang mana aku tak pernah terfikir dan terlintas untuk sampai ke sini kerana agama, yang hari minggunya tidak pulang..di sini aku tercampak untuk sama-sama jutaan manusia lain mendakwahkan agama Allah tercinta dan meneruskan perjuangan nabi saw,ibu di rumah menangis rindukan ku tapi bagiku agama lebih penting dan tidak akan berjaya agama melainkan dengan titisan air mata!



 ibu...........
Cintaku padamu tidak ku ragui,
Namun cinta pada Allah dan rasul tetap mendahului,
Aku berpisah denganmu kerana agama ini,
Kerana hatiku remuk akan kerisauan umat Nabi,



ibu......
Redhalah pemergianku kerana hasil usaha ini hanyalah syurga,
Aku rela berpisah kerana agama,
Kerana aku yakin allah akan temukan kita disana,
Hidup bahagia selamanya,
Darah dan diriku telah ku wakafkan untukNya,
Agar selamat diriku dan dirimu dari seksa,
Ku lakukan semua ini kerana cinta,
Cinta pada allah,rasul,dirimu dan agama,
Izinkah aku berjihad melaungkan takbir menggegarkan jiwa!



Ya allah,terimalah pengorbananku,ibuku,sahabat seperjuanganku,tentera-tentera agamaMU di seluruh dunia,dan semua yang perjuangkan agama tak kira dengan apa cara sekalipun.

Sunday, October 14, 2012

jemaah tabligh???

ENTRI NIE.. DARI... SOMEONE.. dan aku kira,, nie lah kekuatan mereka dalam menepis ujian Allah... 

Tabligh selekeh? tabligh tak buat nahi mungkar? Tabligh tinggal anak bini? tabligh tak cukup ilmu mau dakwah?

  • Tabligh tinggal anak bini?
  • Tabligh selekeh?
  • Tabligh tak buat nahi mungkar?
  • Bidaah keluar 3 hari 40 hari 4 bulan?
  • Kenapa pilih india kenapa tak ke Makkah?
  • Tabligh tak cukup Ilmu mau dakwah org?
Sudah lali di telinga kami mendengar ungkapan begini, kalau yg mls nak jawab tu ckp InsyaAllah keluar 3 hari baru faham. Kalau yg tawadduk mcm Maulana Hamid dan Maulana Saad usah harap mau jawab. Berdebat jauh sekali. Siap berdoa lg pd Allah Ya Allah berikanlah si polan ini hidayah dgn tangisan yg betul2 pula tu walhal si polan baru je maki org tabligh. Punya tggi akhlak mereka. Kalau aku, mmg aku pancung terus. Al-Maklumlah Iman lemah. Bkn apa dulu samseng. Sekarang org panggil samseng tabligh. Dulu di Uitm, org Ikhwan dok ckp kat depan surau mcm2, tggu masa je aku nk bangun bg flying kick kat muka dia tp nasib baik rakan seusaha tenangkan aku. MasyaAllah Allah bg ujian SABAR pd aku. Punya Mujahadah mau tahan. Dulu rakan seusaha pakat takut pegi bilik pengerusi surau, tp aku mmg pegi jgk. Ketuk tetap ketuk. Silapnya niat aku yg tak baik, niat aku mau pancung. Mmg smpi skarag kwn tu x dapat hidayah asbab akhlak buruk aku. MasyaAllah menyesal pun ada.. skarg mari aku jawab satu persatu. Tak puas hati kita jumpa. tak payah nk komen2 buruk. Lg satu tak payah mintak aku dalil2. Pegi cari sendiri. Gila nk letak dgn sanad2 suma. InsyaAllah.

Tabligh Tinggal anak bini?

Kita putar balik kisah sahabat yg lampau, Asbab kerja dakwah ini, guru kpd Imam Malik sendiri tinggalkan anak Isteri selama 27 tahun. 27 tahun kemudian beliau pulang ke kampung halaman. Apabila beliau melewati suatu kawasan, beliau singgah di suatu tempat melihat satu org beri ceramah power. Rupanya ulamak besar yg bayan or ceramah. Ondaway nk blk rumah mereka bertembung sesama sendiri di rumah masing2. MasyaAllah rupanya anak beranak. Ibunya memperkenalkan kpd si ulamak ini bapanya. Ada Keluar di mulut para sahabat dan Tabiin ckp tinggal anak bini berdosa besar? Abu Bakar As Siddiq tinggalkan anak2 perempuannya lalu berhijrah ke Madinah bersama2 nabi. Abu Bakar bawa semua 5000 dirham. Anaknya perempuannya sehelai ditinggalkan sepinggang saja. Ada mufti-mufti nak bantah ckp berdosa tak sara anak? mereka semua ni yaken rezeki Allah sudah tetapkan. Kita bantu agama Allah maka Allah bantu kita blk. hari ni Yaken kita rosak. Rezeki sudah tetap, Ikhtiar Allah beri utk kita tentukan samada rezeki itu haram atau halal saja. Hari ini asbab iman lemah dimesyuaratkan tinggalkan isteri dan anak duit yg mencukupi, peti ais yg penuh. Kalau tidak syura tak bg keluar khuruj. Itu pun bnyk mulut nk compain tabligh seksa anak bini. Nak je aku sumbat mulut depa dgn tanah.

Tabligh selekeh?

Mari kita lihat, adakah Umar Al-Khatab selekeh?. Bajunya cuma sehelai saja. Itupun ada 13 tampalan yg dijahit. Ada org bising dok kata " hg ni Umar awat selekeh bebenor? Islam ni perlu kemas" Mu p ckp depan Umar mcm tu aku nk tgk. Aku rasa mmg tak ada kepala lepas tu pasal kena pancung. Dlm satu takaza perang, nabi berkata ada sapa2 mau korban?. Abu Bakar pegi ke rumah ambil segala hartanya termasuk paku yg melekat di dinding dan kayu api di rumahnya. Umar pula korban separuh hartanya saja selebihnya utk keluarga. Nabi tanya Abu Bakar apa kmu tinggalkan utk keluargamu? Cukuplah hanya Allah dan Rasul. MasyaAllah ada nabi dok bising kat dia ckp "hg ni Abu Bakar, kena sara bini dulu.. hg nk bg bini hg mkn pasir ke? mana ada tuan2. Smpikan baju Abu Bakar sendiri  diwakafkan. Beliau pakai guni berbutangkan duri. Smpi Allah taala suruh nabi kirim salam kpd Abu Bakar. MasyaAllah. Ni nk tanya hampa selekeh ke Abu Bakar pakai guni tu?

Tabligh tak buat nahi Mungkar?

Ni satu lg solan yg tak patut ditanya. Aku mau tanya hampa blk. Apa nahi Mungkar paling besar di Dunia? semua tau Syirik kan. Sekarang org Islam dah tak sembah berhala. Tp Tuhan mereka dlm poket iaitu duit. Buktinya mereka anggap duit tu lebih besar dr Allah taala. Duit beli segala2nya. Yaken dgn duit beri rezeki yaken dgn duit beri manfaat. Itu adalah syirik Khafi. Kami pegi rumah ke rumah ckp Shekh, Allah yg beri rezeki bkn duit, Allah yg beri manfaat bkn duit, Allah beri kenyang bkn makanan, Allah bg hilang dahaga bkn minuman. Perkataan ini bkn nahi Mungkar paling besar ke? apabila kita ckp lg dan lagi tentang kebesaran Allah maka Iman akan bertambah, yg mendengar pun dpt manfaat. Itu bkn nahi mungkar ke? Sekarang apa pula dosa ketiga atau keempat paling besar? tinggal solat kan? semua tahu. Kami pegi ketuk pintu semua org ajak mereka solat berjamaah di Masjid, itu bkn nahi mungkar ke? jgn anggap kita pergi cari aib org rakam video Anwar Ibrahim itu nahi mungkar, jgn anggap kita pegi rumah org cegah maksiat itu nahi mungkar bahkan itu cari aib org. Pernah Abdul Rahman bin Auf bersama Umar meronda sekitar Madinah, lalu ternmpk satu org sahabat melalui tingkap sedang teguk arak. Abdul Rahman Auf toleh kpd Umar, Umar berkata adakah ini melihat aib saudara sendiri seperti kata Rasulullah? lalu mereka pun berlu pergi. Hari ni kita suka2 terjah umah org mau cegah maksiat la konon. Selain cara nabi tak ada kejayaan.

Bidaah keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan. Mana dalil?

Itu kata mereka. Dalil dimintaknya. Aku nak cerita. Majority sahabat yg tinggal di Madinah keluar berdakwah selama 6 hingga 7 bulan dlm setahun. Paling2 minimum mereka keluar 4 bulan setiap tahun. Dlm 4 hingga 5 bulan di Madinah itulah mereka cr keperluan hidup. Mereka keluar bergilir2 ke jln Allah. Mampu ke kita nk keluar 7 bulan tiap2 tahun? tak mampunye kita nk ikut sbb iman lemah. Sbb itulah ulamak bg kita satu tertib ringkas utk belajar2 buat dakwah. 3 hari setiap bulan, 40 setiap tahun. Sikit je masa kita di jalan Allah kalau nk dibandingkan dgn sahabat. Lgpun bnyk dlm Quran Allah ada sebut perkataan 3 hari, 40 hari, sebagai cth "Berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah selama 4 bulan". Drpd kita keluar khuruj tak ada tertib, maka ulamak pun ambil ayat2 Quran 3 hari, 40 hari sbg tertib paling mudah keluar di jalan Allah. Tak salahnya. Sekarang kalau hampa mau dalil lg, aku nk mintak hampa bg satu dalil dlm Quran tertib 13 rukun dlm solat? ada tak? mana ada. Tertib 13 rukun sah solat semua tertib yg disusun Imam Syafie. Sama la tertib keluar Khuruj pun.

Kenapa pilih India utk belajar agama bkn Makkah?

Makkah ketika zaman nabi dan zaman sekarang sgt lain. Dahulu Makkah dan Madinah ni pusat dakwah yg paling besar di dunia. Apabila setiap org Islam bergerak kerana agama, maka agama hidup. Peluk Islam sahaja kerja pertama mereka akan buat adalah dakwah maka Iman mantap. Hari ini Makkah jadi pusat Ibadat saja bkn pusat dakwah maka agama mati di Makkah. Apabila agama mati maka Makkah jd pusat shopping dan perlancongan semata2. Berlainan di Nizammuddin, India dan sekitar eropah. Dakwah rumah ke rumah hidup. Setiap org bergerak buat dakwah maka agama hidup. Berpusu-pusu org eropah masuk Islam. Di India merupakan pusat Utama kegiatan dakwah. Semua jamaah berkumpul situ utk belajar tertib sebenar dakwah melalui ulamak2 besar seperti Maulana Saad, Maulana Ibrahim, Maulana Syaukad dan Kwn Nik Aziz sendiri Maulana Mustaqim.Tuan guru Nik Aziz sendiri belajar di India berguru dgn Ulamak Tabligh hampa mau kata sesat lg? Jika di Makkah, kita setakat boleh buat Ibadah saja kerana jika ada org yg beri ceramah sekalipun Pak Arab akan tangkap. Sbb itulah kami melawat India yg mana semua ulamak besar2 kami ada di situ dan tunjuk ajar kami utk memperkemaskan lg tertib dakwah yg sedia ada. Sbb itulah INDIA bkn MAKKAH. Suatu nanti org Arab akan bangkit buat kerja DAKWAH cara Muhammad kembali. Ketika itu baru pusat Dakwah kembali ke Makkah dan Madinah. Ini pasti berlaku InsyaAllah


Tabligh tak cukup ilmu mau dakwah org?

Sahabat pernah berkata, kami belajar iman dahulu baru kami belajar Al-Quran. Belajar Iman dgn kerja dakwah. Abu bakar, hari pertama peluk Islam keesokan harinya sudah bawa 10 org lain utk peluk Islam termasuk Uthman bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, Zubair Al Awwam dan lain2. Apakah tinggi sgt ilmu Abu Bakar dlm sehari peluk Islam? Nabi juga pernah berkata "smpikan dariku walaupun satu ayat"? Dakwah ni syarat dia ada kalimah saja. Susah sgt ke mau ckp kebesaran Allah pd manusia? sgt mudah. Dakwah sgt Mudah tak perlu ilmu tggi. Tabligh yes perlu ilmu dan berguru. Kalau kita mengaji kitab, guru ajar di hadapan tentang hukum hakam. Itu tabligh bkn dakwah. Tabligh mesti dilakukan oleh Ustaz, alim dan Ulamak. Tp Dakwah cara Muhammad kerja Seluruh Ummat. Wajib buat utk tingkatkan Iman. Bg yg masih beranggapan dakwah perlu kpd ilmu lg, Sekarang hampa tunjuk kat aku kitab hampa, hampa ckp tebal mana kitab yg hampa sudah pelajari yg membolehkan kita buat dakwah?

Ingatlah dakwah hanya sanya cara Muhammad s.a.w. rumah ke rumah, pintu ke pintu hati ke hati. InsyaAllah. FB dan blog cuma penerangan dan hiburan saja. Bkn dakwah saya InsyaAllah

Kita nie lemah


Assalamualaikum...
Kau orang semua sedar tak, manusia hari ni cipta sesuatu perkara sebab nak tunjuk kelemahan  sendiri..Sebagai contoh :)

Manusia ciptakan selipar dan kasut sebab manusia ni tak boleh berjalan dengan kaki ayam..LEMAHNYA..
Manusia ciptakan kereta sebab manusia ni tak boleh berjalan jauh..LEMAHNYA..
Manusia cipta rumah sebab manusia ni tak boleh hidup dalam pelbagai keadaan cuaca..LEMAHNYA..
Manusia cipta telefon sebab manusia ni tak mampu untuk cakap apabila jarak terlalu jauh..LEMAHNYA..
Manusia cipta pembesar suara sebab manusia tak mampu nak cakap kuat-kuat..LEMAHNYA..
Manusia cipta bom tapi tak boleh nak lindungi diri dari bom tersebut..LEMAHNYA..
Manusia ciptakan binocular sebab manusia ni tak mampu nak lihat jauh-jauh..LEMAHNYA..
Manusia cipta tangki oksigen sebab manusia ni tak boleh menyelam lama-lama..LEMAHNYA..
Manusia cipta kapal terbang sebab manusia ni tak boleh terbang..LEMAHNYA..

Berbeza dengan ALLAH swt..Sebagai contoh :)

Allah ciptakan langit tanpa tiang sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan bulan dan bintang tanpa tali sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan siang dan malam sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan syurga dan neraka sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan sungai dan laut sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan matahari dan planet, hebatnya Allah pelihara kejadianNya..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan lelaki dan perempuan sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan manusia sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan malaikat sebab nak tunjukkan kekeuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..

Percaya tak kau orang semua, bila mana kau orang cakap perkara-perkara di atas..Maka iman kau orang semua meningkat sebab kau orang telah berkata, perkataan yang benar..Walaupun ayat-ayat tu senang sehinggakan budak tadika pun boleh cakap, tapi Allah suka sangat dengan percakapan tersebut..Tapi disebabkan kita ni leka, lalai, alpa, lupa, tak sedar diri, berlagak, sombong, bongkak, kerek, poyo, tinggi diri, bangga, riya' dan ego..Maka kita langsung tak dapat nak luangkan masa 5 minit untuk cakap kebesaran Allah..Tapi, bila bercakap soal dunia..24 jam tanpa henti kita mampu untuk bercakap..Astagfirullahal azim..

Kita hari ni cakap nak seimbang dunia akhirat, tapi sedar tak kau orang..Orang yang cakap macam tu sebenarnya adalah munafik tegar sebab apa..Dalam sehari ada 24 jam..8 jam kita guna untuk kerja dan belajar..7 jam kita guna untuk tidur..4 jam kita guna untuk riadah..2 jam buang sia-sia macam tu saja atau guna untuk hobi..2 jam ibadah..Cuba kira, dalam sehari kita banyak buat perkara dunia ke perkara akhirat?

Itu ke yang kita cakap seimbang dunia akhirat?? Percaya tak kau orang kalau aku cakap, dalam kehidupan kita tak ada istilah seimbang dunia akhirat..Tetapi sebaliknya kehidupan kita kat dunia ni hanya untuk akhirat..Dan bila mana aku berkata begitu bukanlah bermaksud aku mengatakan kita tolak dunia..Kita ambil dunia, tapi sekadar keperluan..Rasa susah dan senang sama je..Ada duit tak ada duit sama je..Tak risau..Tapi bila mana tertinggal solat berjemaah, tinggal sunnah, tak baca Quran, kita mula rasa resah dan sangat-sangat bersalah..Itu baru betul..

Umpamakan satu orang bayi yang dalam perut ibu, dia mengatakan tangan dan kaki dia tu menyusahkan dia sebab susah nak bergolek-golek dalam perut ibunya..Sebab apa, sebab kegunaan kaki dan tangannya tu bukan dalam perut ibunya..Dan, apabila dia dah keluar..Baru dia tahu apa kegunaan tangan dan kakinya tu..Macam tu juga bila bayi yang dah lahir tadi tu, dia dah tahu kegunaan tangan dan kaki dia..Tapi dia gunakan untuk dunia saja..Maka, dia dalam kerugian sebab apa? Sebab kegunaannya tu semua bukanlah semata-mata untuk dunia, sebaliknya untuk akhirat yang kekal abadi..

Akhir sekali, kita hidup kat dunia bukan untuk dunia..Tapi untuk akhirat..Dunia ni Allah hanya anggap bangkai saja..Sekiranya dunia ni terlalu bernilai bagi Allah, percayalah..Nikmat sebesar kepak lalat sekali pun Allah takkan bagi kat orang kafir..Tapi hari ni, orang kafir dan orang islam 99% dapat nikmat yang sama..Yang membezakan cuma 1 nikmat je iaitu nikmat iman dan islam..Tapi, satu orang muslim belum tentu lagi seorang yang mukmin..Tapi, satu orang yang mukmin sudah pasti dia muslim..WALLAHU A'LAM..

ALLAH ...hidayahkanlah kami


Assalamualaikum..
Perkara yang aku nak cerita ni baru saja tadi semasa sedang bermuzakarah akan perkara agama.. sahabatku ini ingin sambung pelajarannya ke Yaman,Dia telah beri sedikit kata-kata sehinggakan dia menitiskan air mata..Apa yang dia pesan supaya kita buat usaha agama betul-betul, sehingga maut datang kita masih lagi buat usaha..Umat sekarang sangat jauh dengan agama..Dan banyak lagi yang dia cakap sehinggakan tangisan dia jelas kedengaran dikalangan ahli muzakarah..Suasana terus dalam keadaan sayu..Aku perhatikan setiap ahli mesyuarat yang mana hampir kesemuanya akan mengalirkan air mata..Dan apa yang dia cakap buat aku terus sebak serta merta..bertambah sedih lagi apabila melihat sesetengah daripada kami yang sepertinya tidak ada apa2 .. disebabkan kelemahan dan ego yang ada pada sesetengah tu, mereka menahan air mata  dari mengalir bersama-sama dengan dia..Sedangkan air mata yang keluar menangis kerana kerisauan agamanya mampu memadamkan api neraka..Dan pada saat aku menaip entri ni, aku menitiskan air mata lagi sepuas-puasnya..

Aku menangiskan kerana 2 perkara..Pertamanya, aku risau dengan usaha agama di tempat belajar aku sekarang yang bakal aku tinggalkan dalam beberapa bulan lagi sama ada akan terus hidup atau mati begitu sahaja kerana tiada lagi yang akan buat usaha di mana tempat aku telah diberi hidayah oleh Allah..Aku rela diri ini dicerai beraikan daripada agama yang mulia ni dicerai beraikan dari hati umat Nabi saw..Dan yang keduanya kerana perpisahan rakan-rakan usaha aku yang akan pergi ke yaman dalam masa terdekat..Kami tak pernah kenal sejak kecil, kami bukanlah kawan baik dari sekolah menengah..Perkenalan kami terlalu singkat iaitu hanya dalam 2 tahun..Tapi jalinan yang terbentuk kerana usaha agama yang kami lakukan..Kami sangat-sangat rapat seperti kami ni kawan yang dah lama sangat kenal..

Kerisauan dan sebak serta risaunya hati aku dengan usaha di PKB ni makin bertambah bila rakan aku meluahkan kerisauan dia..Sungguh aku terasa sakitnya dada aku disebabkan kerisauan dan tangisan yang aku limpahkan ni..Dan aku tak rasa apa yang aku luahkan ni dapat di gambarkan dengan baik atau pun tidak..Kerana tak ada perkataan yang mampu menggambarkan kerisauan, tangisan, kesedihan yang aku dan rakan-rakan aku yang lain rasa..Bukan setakat di tempat belajar aku saja malahan di tempat lain pun sama..Tapi apa yang aku nak khususkan sekarang hanyalah di tempat belajar aku yang sekarang ni..

Aku sering berkata pada diri aku sendiri, aku lebih rela nyawa aku menjadi taruhan daripada aku disingkarkan dari usaha agama yang mulia ni..Ya Allah, jujur..Memang tak tahu aku nak gambarkan macam mana..Mungkin bagi mereka yang membaca entri kali seperti agak emosi..Tapi, fikirkan balik, bukan emosi yang aku nak kan kamu semua lihat..Tapi kerisauan, kesedihan, tangisan yang kami alami demi untuk selamatkan umat hari ni dan juga supaya kami dan seluruh umat diberi hidayah oleh Allah..Sekiranya aku dapat diberi satu doa yang makbul oleh Allah..Aku akan minta supaya Allah besarkan badan aku sebesar-besarnya sehingga menutupi keseluruhan pintu-pintu api neraka..Supaya dengan itu, tak kan ada orang yang akan masuk ke dalam neraka.. T_T ..

Walaupun aku tak pernah jumpa dan tak dapat nak jumpa semua orang..Tapi hati aku terlalu sayang dan risaukan akan saudara aku yang lain..Bila aku dipilih buat usaha agama ni, baru aku faham serba sedikit dan aku dapat rasa kesusahan dan kerisauan yang ada pada Nabi saw akan umatnya..Aku berharap air mata ni bukan setakat mengalir pada waktu ni saja..

Moga-moga Allah mengampuni kita akan dosa yang kita buat setiap saat..Moga-moga kita menyesal sangat-sangat kerana telah tinggalkan usaha dakwah cara Nabi Muhammad SAW..Aku rela melihat semua umat islam menangis melihat kaum keluarga mereka dibunuh, tapi aku tak sanggup lihat air mata Nabi saw mengalir kerana umatnya meninggalkan usaha dakwah cara Nabi saw..

T_T