masturat

masturat

usaha atas iman

Tuesday, October 16, 2012

tidak malukah kita T__T

IMAN ITU PERLU DICARI.. KERANA IANYA MEMANG TIDAK AKAN DIWARISI...




Teringat aku sebuah kisah tentang Jaafar r.a(moga allah terangkan kuburnya dengan nur tanpa had)sepupu nabi yang telah keluar dari rumah sejurus selepas kedengaran semboyan jihad bergema indah di madinah,Sayyidina Jaafar r.a meninggalkan anak-anak kecil yang ramai dan isterinya di rumah.



Anak-anaknya menangis rindukan bapa tercinta,tapi Jaafar r.a dengan iman seteguh gunung meluncur laju menghayun
kan pedang memenggal para kafir laknatullah ‘alaihim di medan perang umpama singa kelaparan,berdiri teguh segak berani sepupu nabi yang juga awwalin islam memancung dan bertakbir menggegarkan arasy allah dan hati para kufar.



Setelah sekian lama,isterinya kedengaran jemaah jihad sudah pulang dengan kejayaan,bergema takbir di bumi madinah,menarilah para rimbunan pokok dan menyanyi para burung meraikan kejayaan muslim menghancurkan tentera kafir.Bukan main gembira isteri hadrat sayyidina Jaafar r.a mendengar khabar itu lalu dia siap-siapkan anak-anak kecilnya,berhias diri dan memasak masakan kegemaran suaminya dan semuanya menunggu di ruang makan rumahnya dengan penuh ghairah,anak-anak ketawa gembira bermain suka mendengarkan khabar bapa tercinta akan pulang,si isteri penuh dendam rindu yang sentiasa risau kian terubat dengan kegembiraan kepulangan suami tercinta.Berdebar-debar jantung menunggu saat bahagia.



‘tok,tok!’ketukan pintu berbunyi yang menyebabkan suasana menjadi sepi.
Sang isteri bingkas bangun bergegas mendapatkan pintu.Lalu pintu dibuka dengan penuh gembira dan berdirilah sekujur tubuh berdiri segak dihadapan pintu rumahnya.



Tapi sekujur tubuh itu bukan milik Jaafar r.a,sekujur tubuh itu ialah milik Sayyidul Mustofa rahmatul lil a’lamin Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam(selawat salam penuh cinta atas kekasih hidup matiku yang ku rela mati seribu kali untuknya tapi tak mungkin aku redha sekecil duri melukai kakinya.) wajah putih berseri penuh nur itu tunduk hiba di hadapan isteri sepupunya.



Sang isteri merasakan perasaan aneh dan dapat mengagak dari raut wajah nabi yang penuh hiba dan sedih.Yang tak perlu ditafsirkan lagi dengan kata-kata,telah faham akan ia nabi saw datang untuk membawa berita kesyahidan Jaa’far r.a.



Betapa remuknya hati seorang isteri laksana dihentam ratusan gunung pabila berita umpama itu datang menusuk jantung,mengalir lembut air mata sang isteri,begitu juga para malaikat,para burung,gunung,pokok,langit turut menangis hiba dan langit menjadi suram berkabung atas kesedihan yang amat.



Sang isteri lalu cepat-cepat mengesat air mata kerana terpandang anak-anak kecilnya dan dia risau mereka tidak mampu menerima berita ini,sang isteri tabah meremukkan hatinya dan tahan akan tangisan yang ingin mengalir umpama sungai nil.Lalu sang isteri cepat-cepat bawa anak-anaknya masuk ke bilik tapi dihalang Rasululullah yang menyuruh kesemua anak-anak sepupunya datang kepadanya.Nabi saw lalu mengusap kepala setiap seorang anak-anak sepupunya dan menatap hiba wajah anak-anak kecil tak berdosa lalu berderailah air mata nabi yang mulia dihadapan anak-anak kecil itu diikuti sang isteri yang tak dapat lagi menahan air matanya,menangislah semuanya,suramlah seluruh alam tanda hormat atas kesedihan baginda nabi saw.



Bayangkan kesedihan mereka kerana agama,keremukan hati mereka kerana agama,rindu dendam isteri yang dibalas berita hiba,anak-anak yang meraung mahukan bapa,ya allah!betapa sedihnya hati ini bila mendengar kisah-kisah indah para sahabat perjuangkan agama,air mata mereka tidak pernah dijatuhkan untuk perkara bodoh seperti kita sering lakukan.



Hati mereka hancur,mereka berpisah dengan isteri-isteri mereka dan anak-anak mereka,mereka juga insan seperti aku dan kalian,mereka juga cintakan isteri,anak,ibu,bapa dan keluarga seperti kalian,tapi kesedihan demi kesedihan menimpa mereka,berita kematian,perpisahan dan sebagainya adalah rutin mereka,kini bandingkan lah kesedihan kalian yang tak seberapa bahkan kerana dunia itu dengan kesedihan para sahabat ini???apa kalian tidak malu??Kesedihan yang amat itu tidak pernah membuatkan mereka menjadi gila atau ingin membunuh diri seperti kebodohan kita yang sedih kerana dunia hina kemudian ingin membunuh diri,oh Allah betapa rapuhnya iman kami,betapa hinanya diri ini,ampunkan kami ya Allah..



Pembaca budiman,jika air mata itu tidak jatuh ke bumi untuk agama,agama itu pasti mati,kisah umpama ini ada ratusan bahkan ribuan di banyak kitab terutamanya di dalam kitab Hayatus Sahabah karangan maulana Yusuf khandahlawi rah.(Khalifah jemaah tabligh ke-2 moga allah menerangi kuburnya dan terima pengorbanan beliau).
Sekarang berfikir sejenak dan tanya diri kita.



APA YANG AKU DAH SUMBANGKAN UNTUK AGAMA YANG MANA NABI DAN SAHABAT BERMATIAN MEMPERJUANGKANNYA??



Tanya diri kita apakah kita fikir apa akan jadi pada umat akan datang?apa akan jadi pada agama anak isteri dan keturunan kita?Jangan katakan fikir umat,fikir atas diri sendiri pun tak wujud dalam benak hati kita!Hari-hari kita menuju neraka Allah!hari-hari kita buat nabi kita kecewa!!!


Apa nabi akan rasa bila melihat keadaan kita seandainya baginda masih hidup?Kita merasa kita cukup pandai agama,kuat beramal,cukup ibadat,tak payah berdakwah,bahkan yang lebih celaka dan terlaknat ialah kita MENGHALANG ORANG LAIN BERJUANG!



Atas sebab usaha berkat inilah aku juga tercampak disini yang mana aku tak pernah terfikir dan terlintas untuk sampai ke sini kerana agama, yang hari minggunya tidak pulang..di sini aku tercampak untuk sama-sama jutaan manusia lain mendakwahkan agama Allah tercinta dan meneruskan perjuangan nabi saw,ibu di rumah menangis rindukan ku tapi bagiku agama lebih penting dan tidak akan berjaya agama melainkan dengan titisan air mata!



 ibu...........
Cintaku padamu tidak ku ragui,
Namun cinta pada Allah dan rasul tetap mendahului,
Aku berpisah denganmu kerana agama ini,
Kerana hatiku remuk akan kerisauan umat Nabi,



ibu......
Redhalah pemergianku kerana hasil usaha ini hanyalah syurga,
Aku rela berpisah kerana agama,
Kerana aku yakin allah akan temukan kita disana,
Hidup bahagia selamanya,
Darah dan diriku telah ku wakafkan untukNya,
Agar selamat diriku dan dirimu dari seksa,
Ku lakukan semua ini kerana cinta,
Cinta pada allah,rasul,dirimu dan agama,
Izinkah aku berjihad melaungkan takbir menggegarkan jiwa!



Ya allah,terimalah pengorbananku,ibuku,sahabat seperjuanganku,tentera-tentera agamaMU di seluruh dunia,dan semua yang perjuangkan agama tak kira dengan apa cara sekalipun.

No comments: