nak cm nie.. kena kawin dulu... |
"Err ... ustaz, boleh tak minta no fon. Nanti kalau saya ada apa-apa masalah, saya boleh tanya ustaz. Cara ustaz beri penerangan tadi, sangat jelas dan mudah faham," kata Ixora (bukan nama sebenar).
"Ermmm...boleh. Apa salahnya.. lagipun berkongsi ilmu ni kan perkara yg bagus...betul tak?" balas Amirul (bukan nama sebenar), seorang pelajar universiti yang terkenal dengan imej ala-ala ustaz.
"Awak pelajar engineering, tahu selok belok agama. Zaman sekarang susahlah nak cari orang muda mcm awak,selalunya orang muda macam awk nie banyak yang rosak,"kata Ixora.
Maka, mulai hari itu mereka pun berbalas-balas SMS. Dari bab taharah sampailah bab haid dan istihadah. Tanpa disedari, mereka tenggelam dalam dunia 'syurga buatan manusia'.
Sampai suatu hari, Ixora bertanya,"Err ... ustaz, apakah hukumnya bercinta sebelum kahwin?"
Maka jawab Amirul, "Cinta tu kan sifat semula jadi manusia...apa salahnya? jika takde cinta, sunyilah dunia ni..:-)"
[Ini adalah satu jawapan yang sesat!]
"Dalam diam2, Ixora yang dulu selalu mengenakan seluar ketat atau jeans akhirnya berubah kepada jubah muslimah,akibat kerisauan Amirul. Ixora telah meng-upload gambar terbarunya ke dlm FB. Amirul menekan status "like". Maka mereka pun saling membalas komen. Tiada org lain yang menyelit. Amirul yg dulunya selalu tidur awal dan bangun awal utk tahajud, sekarang sudah pandai tidur lewat, dan bangun pun lewat..kdg2 terlepas solat Subuh jemaah...rakan2 seperjuangannya sudah memandang serong atas perubahan yg berlaku kpdnya..
"Amirul, esok malam ada program mingguan, jgn lupa tau," pesan Anuar, seorang rakan seusaha di kampus. Anuar dan Amirul bersama-sama berjuang dalam Kelab Amar Makruf Nahi Mungkar (AMAR).
Maka, pd ptg esok, Amirul mendapat SMS dr Ixora,"Ustaz, boleh tak kita jumpa petang ni..kawan2 saya hendak jemput ustaz bg sedikit tazkirah sempena majlis hari jadinya...boleh tak?"
"Err...sambut besday katne? Kalau ikutkan, ptg ni saya ada program...," jawab Amirul.
"Kt KFC... bolehlah ustaz...hari ni jer... mereka pun nak berkenalan dgn ustaz jugak...", pujuk Ixora...Maka, pd petang itu, Amirul tinggalkan program dan pergi layan budak2 pompuan tu...
Petang tu ketika majlis harijadi, Ixora dtg bergaya dengan jubah muslimah ala abayya. Ketika Amirul menyampaikan sesi tazkirah tentang kepentingan memelihara aurat ,tanpa di sedari,Ixora melirikkan pandangan matanya kepada Amirul. Rupa2nya,terpancar keikhlasan dr raut wajah Amirul,di amati betul2 wajah Amirul,rupa2nya,ada ??? “Aaah,tidak mungkin.” Cepat2 Ixora menafikannya..
Sejak hari tu, nama Amirul meniti dari bibir ke bibir sehingga harum ke kolej siswi...popularitinya itu tidak disukai oleh segelintir ahli PPI (Persatuan Pelajar Islam). Tambahan pula, muslimat Persatuan Pelajar Islam sudah mula membanding-bandingkan antara muslimin Persatuan Pelajar Islam dengan kumpulan AMAR yang lebih agresif.
Satu hari, program mingguan AMAR berlangsung dan Amirul telah diputuskan untuk menyampaikan tazkirah. Ketika sebelum solat maghrib,Ixora mendapat sms dr Amirul menyatakan bahawa selepas maghrib di surau,Amirul akan memberikan kuliah,maka sepantas kilat,Ixora melarikan punggungnya menuju ke surau,di dalam surau (woman partition)Ixora berada di saf hadapan. Selepas maghrib mula majlis tazkirah,...maka secara hemah,permintaan dr kaum muslimat bahawa tabir yg memisahkan lelaki dan wanita di buka,maka ketika ini Amirul bermajmakan lelaki dan wanita.
[Memajmakkan kaum lelaki dan wanita ialah satu perkara yang harus dielakkan. Apa masalahnya jika tirai itu ditutup?]
Timbullah fitnah, maka geng Persatuan Pelajar Islam pun mengajak geng AMAR berdebat mengenai fikrah siapakah yg paling benar dan sunnah...Amirul pantang dicabar...tapi Anuar segera menasihati, "Amirul, usaha kita ni bukan utk mencari sapa betul sapa salah...kita usaha atas dasar kasih syg umat...aku tak setuju dgn debat ini!"....balas Amirul,"Kalau kita tak terangkan pd mereka, sampai bila mereka nak faham????"
Nazrin, seorang ahli geng Persatuan Pelajar Islam hanya ketawa tatkala mengetahui bahawa Amirul tak mendapat sokongan kawan2nya..."Jika begini, mudah saja kita malukan dia di hadapan orang ramai..hahahha!" Pd ms yg sama, Amirul sibuk mentelaah PELBAGAI KITAB utk mencari dalil2 YANG BAKAL DIGUNAKAN untuk menyokong tindakannya. Apabila sudah cukup mantap buktinya, maka dia berkata,"Aku pasti, mereka semua akan tinggalkan PPI dan sertai AMAR!"
Maka, seperti yg dirancang, majlis debat tertutup itu diadakan juga di sebuah dewan tertutup yg melibatkan ahli2 geng Persatuan Pelajar Islam termasuk muslimin dan muslimat. Amirul datang berseorangan kerana kawan2nya tidak menyokongnya. Dia pula sibuk nak berdebat (dgn niat nak pengaruhi org dgn hujah)
Dlm majlis tersebut, Amirul telah dimalukan oleh geng2 Persatuan Pelajar Islam apabila setiap hujahnya dipatahkan satu persatu. Ixora dan beberapa org rakannya menaruh simpati terhadap sikap Nazrin dan rakan-rakannya yg lain yg telah memperlekehkan Amirul.."Korang semua tak ptut buat dia camni!!! Saya benci korang! saya benci!" Kata-kata Ixora itu telah menusup masuk ke dalm hati Amirul. Amirul bangga Ixora menyebelahinya..."Sudahlah! Jom kita keluar dari sini." Ixora mengajak Amirul keluar dri dwn itu..
"Awak, mengapa awak menyebelahi saya?" soal Amirul.
"Saya tahu ustaz bercakap benar. Mereka saja yg ego dan tak mau terima," jawab Ixora..."Mulai hari ni, tak payahlah awak panggil saya ustaz lagi. Saya bukan ustaz dan saya sebenarnya tak ada ilmu pun. Awak sudah lihat bagaimana saya begitu jahil dan tak dapat nak jawab soalan2 mereka tadi," Amirul merendahkan dirinya.
"Inilah sifat mulia yg saya suka pd ustaz...Ustaz sangat merendah diri. bukan seprti mereka yg berlagak sombong itu," kata Ixora. Maka, semakin kembanglah lubang idung Amirul...
"Err...saya agak kekok dipanggil ustaz. Apa kata awak panggil saya dgn nama Amirul saja...:-)" kata Amirul.
"Baiklah. Mulai hari ni saya panggil awak Abang Amirul...awak kan lebih tua dari saya...saya ni junior jer...hehe." Amirul tersipu-sipu...hatinya berbunga-bunga.
Hari demi hari berlalu. Amirul dan Ixora semakin rapat. Meskipun begitu, mereka masih sembunyi-sembunyi dalam menjalinkan hubungan."Abang Amirul, saya pening kepalalah hari ni.." SMS Ixora pd suatu hari.
"Awak demam ke? biar saya belikan ubat ye.."
"Terima kasih abang...jgn lupa beli nasi kandar sekali ye...nak dada, taknak drumstick..hehe.." pinta Ixora.
"Okey, nnt sy hantar."
"Amirul, kau nak ke mana? Jom gi masjid.." ajak Anuar. "Err....kau pergilah dulu. Nnt aku pergi kemudian. Ada hal sket ni." jawab Amirul...Begitulah Amirul sejak dua menjak ni.
Pd suatu hari, tanpa Amirul duga, dia ternampak Ixora bersama-sama seorang lelaki lain di sebuah pusat beli belah. Wajahnya bertukar menjadi kemerah-merahan. Dia mengetap bibir.."Tidak guna punya pompuan! Main kayu 3 dgn aku!"
Maka, bermula hari tu, Amirul bermuram durja. Setiap SMS yg dihantar oleh Ixora tak dibalasnya. Anuar bertanya,"Apehal dgn kau ni, Amirul? Asyik masam je muka. Mana pergi gula kat wajah kau dulu?".
"Gula dh naik harga la...," jawab Amirul, masih berteka teki. Pd masa yg sama, Ixora pula tertanya-tanya..'Mengapa Amirul tak balas mesej saya?'
Suatu hari kat kampus, Ixora terserempak dgn Amirul,"Abang Amirul!" Amirul mempercepatkan langkahnya dan tak mahu dia menatap wajah yg menyakitkan hatinya itu. Ixora mengejarnya sehingga sampai ke satu kawasan yg takde orang."Abang Amirul! Tunggu dulu. Jika marah kat saya sekalipun, takkanlah takleh maaf. Kan abang selalu cakap, 'sedangkan Nabi ampunkan umat.' Amirul terpaksa memberhentikan langkahnya. Terbukti hatinya masih tersisa suatu perasaan walaupun terluka.
"Maaf Ixora! Saya bukan Nabi!" jawab Amirul, serius.
"Tapi, bukankah abang selalu cakap, kejayaan kita hanya dgn mengikut sunnah Nabi?" Amirul terperangkap dgn kata2 itu. Memang lumrah. Manusia akan diuji dgn apa yg dia perkatakan. "Boleh saya tahu, mengapa abang tak balas sms saya? saya call pun abang tak angkat. Sy ada buat salah ke?"
Amirul diam. Dia malu utk mengatakan bahwa dia cemburu melihat Ixora dgn lelaki lain pd tempoh hari."Kalau abang tak jelaskan kpd saya masalah sebenar, saya mungkin akan dlete no fon abang dr friends saya. Mungkin di sini sajalah 'persahabatan' kita." Ixora seakan-akan merajuk.
Kedua-duanya berpisah di situ. Amirul menuju ke kuliah mekatronik manakala Ixora balik ke kolej dgn linangan air mata. Amirul langsung tak mengalihkan pandangan ke arah Ixora. Setibanya di kelas, dia disapa oleh Safwan. "Amirul, harini kelas batal. Dr Muhammad ada meeting.Jom kita lepak kat cafe."
***
“Safwan, aku sebenarnya ada problem ni. Boleh tak kau tolong aku setelkan masalah ni?"
"Apa masalah kau? kalau bleh tlg, aku tlg..."
"Serba salah aku nak citer kat kau. Aku takut kau pancung aku plak mcm Anuar dan kawan2 yg lain pancung aku." "Hahhaaha! Apalah kau ni. Takut kena pancung plak. Bukankah kau yg suka pancung org? Tak sedar. Hahaha." Safwan ketawa
Ketika berbual dgn Safwan ,pandangan Amirul melirik ke atas seorang gadis yang lengkap berpurdah..dlm hatinya tertanya2 siapakah dia???aaah....x mungkin,x mungkin dia....aaah...tidak...Amirul dalam kebingungan...oowh tidak.....
Amirul pun menceritakan semuanya kepada Safwan Seth yg sangat 'baik hati'...setelah mendengar dgn teliti apa masalah Amirul, akhirnya Safwan memberinya nasihat."Amirul, kau dengar nasihat aku baik-baik...."
Ketika Safwan sedang memberi nasihat, Amirul terpandang ke arah lain. Melihat akan gadis lengkap berpurdah itu,maka Amirul teringat akan ksiah lama dulu ketika di zaman waktu mengambil diploma di Politeknik,wah..x mgkin...dalam benak Amirul berantonasi...owh...
Safwan memberi nasihat " Amirul, Allah dah bagi kita nikmat yg besar, nikmat usaha agama, nikmat yang tak semua orang dapat. Hargailah ia.
"Woi, apa yg kau pandang2 tu?" jerkah Safwan tatkala melihat Amirul terpana melihat seorang gadis berpurdah tadi.."Eh Safwan, sapa budak tu?"
"Kau ni Amirul..tak serik2...mana ada org berpurdah kat sini..kau ni mengelamun ke apa?" Amirul menenyeh-nenyehkan matanya. Memang tak ada orang pun.
***
Amirul terus ke library. Ketika di library,Amirul sperti biasa segak bergaya mengenakan songkok ala org johor,ditambah di wajahnya ditumbuhi dgn janggut menambahkan lagi kemachoan dan ketampanannya. Ketika sibuk berdiskusi mengenai satu tugsan berkumpulan,sekali lagi Amirul melirikkan pandangan ke arah sekujur tubuh,bila diamati,rupanya2 Ixora sedang memerhatikannya dr jauh, “Aah,budak ini lagi,xde tempat lain ke dia nk study!”
Ketika Ixora semakin berani mengalihkan pandangannya ke arah Amirul,ditambah pula,Ixora di bantu oleh rakn2nya yg begitu mengenali Amirul kerana Amirul pernah menghadiri majlis harijadinya di KFC,Amirul serba salah,serta merta Amirul bingkas bangun meninggal diskusi beliau bersama rakannya,seterusnya melarikan ke arah pintu utama library,ketika memasuki lif utk trun ke ruang legar library,dengan tidak sengaja,Amirul terlanggar seorang gadis yg lengkap berpurdah..aahhh...tiba2 hanya tinggal mereka berdua sahaja di dlm lif...
Kedua-duanya tunduk kemalu-maluan..Amirul membetulkan songkok Johornya yang senget. Gadis berpurdah itu berpura-pura melihat jam tangannya. Amirul terasa spt hendak menegur ttp tak berani. Akhirnya, mereka keluar dr lif. Amirul tak tahu hendak ke mana. Dia masuk semula ke dlm lif utk ke library semula kerana dia tertinggal handphone...sampai di tingkat atas, sekali lagi dia terserempak dgn Ixora."Ya Allah! Kuatkanlah iman aku," bisik hatinya
"Abang Amirul, bleh kita berbual sekejap? Sy ada hal nak cakap." Amirul membisu."Saya rasa, elok kita jernihkan kekeruhan antara kita. Tidak elok kita bermasam muka tanpa kita ketahui sebab dan puncanya. Lagipun tak masuk syurga orang yang tak bercakap dgn saudaranya lebih dr tiga hari..." Pandai pulak si Ixora menggunakan dalil. Maka, Amirul menjawab,"Awak, jgn sebarangan menggunakan dalil. Berdosa kalau guna tak kena pd tempatnya."
"Oklah. Saya minta maaf kalau dalil tu tak sesuai utk digunakan dlm masalah kita. Saya ni jahil.Baru nak belajar2 agama. Tapi, orang yg saya harapkan utk bimbing saya sudah tak sukakan sy lagi...huhu," Ixora menangguk secebis simpati.
"Tapi, saya perlukan penjelasan abang. Mengapa abang tak balas SMS saya? Takkan takdak krdit kot? Dh masuk 2 minggu kita macam ni. Saya tak sedap atilah. Apa salah saya?" sambung Ixora .
Amirul menarik nafas panjang."Terlebih dulu saya minta maaf. Saya sendiri keliru dgn apa yg saya rasakan. Saya seolah-olah memendam satu perasaan yg tak termampu saya luahkan. Tapi, jika dismpan terasa sakit."
Benarlah kata pepatah, cinta ibarat kentut. Disimpan rasa sakit, dilepas rasa malu..:-)))
“Mengapa perlu segan dgn saya? Bukankah kita ni kawan? Cucite..cucite..." Ixora sengaja buat lawak nak bagi Amirul gelak..:-)
"Erm...pandai awak buat lawak eh..hehe.." Mereka berdua sama-sama tertawa.Amirul menyambung bicara,"Boleh saya tahu, sejauh mana awak suka berkawan dgn saya?" (pembaca kena alert, Amirul sudah masuk perangkap ni...)
"Ermmm jauhlah jugak. Sejauh kutub utara kutub selatan. hehe," jawab Ixora."Mengapa tanya?" Amirul menggaru-garu kepalanya yg tak gatal...
"Err...boleh saya tahu, ada lagi tak orang yang 'lebih jauh' dari tu?" (amboi..berkias2 plak eh)
"Hehe. Saya tak fahamlah bahasa semantik abang tu. Cakap direct kan senang?" (Ixora buat-buat tak paham pulak..adoih...)
"Ok, kalau saya cakap direct, awak jgn marah sy tau.." Amirul mula berfikir utk menyambung ayat seterusnya..."Laaa...nak marah kenapa pulak? Cakap jelah..."
"Err...awak dh ada yang 'special'?" soal Amirul. "Special? haha..lawaklah...sapalah yang nak ber'special' dgn saya ni? Dhla tak lawa..jahil plak tu...huhu," jawab Ixora. Amirul tersenyum dan berkata,"Sapa kata awak tak lawa? Pd pendapat saya, awak cantik...lebih cantik dripada kucing Parsi..hehe"
“Opps terkentut lak.”
"Sorry...tak sengaja," kata Amirul sambil mengibas-ngibas udara di sekeliling mereka utk menghalau aroma kentut itu pergi. Kemudian, mereka sama-sama ketawa lagi. (p/s: camnilah rupa org yg tengah angau. Asyik ketawa jer walaupun bau kentut..)
Mereka pun berbual-bual panjang di atas kerusi dgn jarak antara mereka dijarakkan sejauh dua hasta (nak jaga pergaulanlah konon, tapi, sopan ke macam ni?) Banyak mata memerhatikan mereka berdua. Ada yang senyum, ada yang sinis. Yang pastinya, kelakuan tersebut mengundang cemburu di hati Nazrin.."Cis...tak guna punya jantan!"
Pd malam itu, Nazrin selaku ketua PPI telah memanggil semua ahli mesyuarat (campur muslimin dan muslimat). Tujuannya tak lain ialah utk mem'BRAIN-WASH' setiap ahli supaya tak bercouple. Ixora terasa dirinya disindir tp dia tak menjawab. Pendam saja hatinya yang carik dikoyak-koyak dalam hujah-hujah Nazrin. Kebanyakan mata memerhatikannya seolah-olah dia seorang saja yang berdosa.
Apabila pulang ke kolej, Ixora terus dinasihati oleh naqibahnya yang senior, Leha."Ixora, akak rasa, Ixora tak boleh teruskan hubungan dgn dia. Lagipun dia berbeza fikrah dgn kita." Ixora menjawab,"Walaupun berbeza fikrah, tapi matlamatnya sama saja kan? semua nak menuju kepada Allah."
"Tapi Ixora, hubungan awak dgn dia bakal mencemarkan nama baik jemaah. Apa orang lain akan kata jika naqibah dan daie bercouple?"
"Tapi akak, bukankah couple tu fitrah makhluk? Semua makhluk Allah berpasang-pasang kan?" (p/s: dalil yang salah utk tujuan yg batil. Jgn tiru.)
Ixora tetap mempertahankan apa yg dirasakannya benar (walaupun salah). Leha sudah tak mampu nasihat lagi."Terpulanglah pd awak, Ixora. Akak nasihat jer...taknak nasi jadi bubur nanti."
"Terima kasih atas nasihat akak tu. Saya pandai jaga diri!"
Sementara itu, di bilik Amirul... "Amirul, cmne minggu ni..jadi keluar ikut program di rumah anak yatim?"
"Err...minggu ni byk assignment la nk kena siapkan...tak keluar kot.." (sejak dua menjak ni, Amirul semakin malas melibatkan diri dlm dkwah. Masjid pun jarang pergi. Solat di bilik ja. Puncanya: iman lemah kerana dalam hati ada anasir selain Allah...)
Hujung minggu tu..
"Abang, jom temankan saya study kat library...bleh tak? Bosanlah study sorang2...kawan2 smua taknak gi library."
"Okey.leh jer...tunaikan hak saudara..hehe.” (satu lagi dalil yg digunakan utk tujuan yg salah. Jgn tiru.)
Hanyut...hanyut...hanyut....Kepada para pembaca, sekali anda terjebak dlm perangkap cinta, hati anda akan ditawan sehinggalah hati anda terluka.....(to be contnued...letih menaip)
Hati Amirul berbunga kembali. Tiap-tiap malam ber-SMS dengan Ixora. Tiada lagi SMS soal-jawab agama tetapi lebih kepada soal hati mereka berdua. Teman sebilik menyimpan curiga tapi tidak mahu menegur kerana berbaik sangka. Tiada lagi igauan gadis berpurdah yang sebelum ini pernah lintas dalam hatinya tatkala kecewa dengan Ixora. Sekarang, dalam hatinya hanya ada Ixora, Ixora dan Ixora.
“Abang, bila abang hendak kenalkan saya kepada orang tua abang?” soal Ixora pada suatu hari.
“Err… rasanya belum sampai masanya lagilah. Kita kan masih belajar. Tahun ni final-year,”jawab Amirul.
“Tapi, saya rasa elok juga kita beritahu orang tua kita supaya lebih diberkati (ceh!).”
“Nantilah. Sabarlah dulu. Lepas habis belajar ni, kita terus kahwin, okey?”
“Lambat lagilah abang. Kalau boleh, esok jugak kita kahwin!”
“Ish, jangan mengarutlah! Belajar bagi habis dulu.”
“Saya rasa, hubungan kita sudah semakin rapat. Bimbang jika berlaku apa-apa yang tak diingini. Iman saya ni bukannya kuat sangat. Lebih baik kita kahwin cepat-cepat.”
“Abang mana ada duit hendak kahwin. Duit PTPTN pun cukup-cukup makan je….”
“Habis tu, abang nak kita terus macam ni? Saya rasa tak selesa bang. Banyak dosa yang kita kena tanggung kalau terus berhubungan camni. Semalam, akak Leha ada nasihatkan saya. Tidak elok couple lama-lama.”
Eh, baru sekarang sedar dosa pahala? Sebelum ni slumber je. Tak kisah pun. Mengapa tetiba berubah ‘fatwa’ pulak? Ixora semakin mendesak. Amirul pula berbelah bagi antara pelajaran dan hubungannya. Akhirnya, timbul satu idea dari Ixora, “Apa kata kita kahwin gantung?”
“Kahwin gantung?”
“Ye. Kahwin gantung. Mengapa? Abang juga pernah katakan, ‘Cinta bermula selepas kahwin’ tapi mengapa kita bercinta sekarang, abang?”
“Kita ditakdirkan jatuh cinta lebih awal, Ixora. Kita tak mampu menghalangnya. Ini semua takdir yang kita kena redha. Bersabarlah dulu. Nanti sudah habis belajar, sudah ada kerja, abang lamar Ixora cepat-cepat.” Amirul memberikan harapan.
Ixora tidak membalas lagi SMS itu. Dia cuba memahami keadaan Amirul dan dirinya yang masih di universiti. ‘Arghh! Mengapa begitu sulit perasaan ni?????’ Ixora mengomel sendirian.
Benarlah kata pepatah, cinta itu bagaikan kurap, makin digaru semakin sedap. Tapi, selepas habis garu, akan terasa sakitnya.
****
“Safwan, jika kau di tempat aku sekarang, apa yang kau ingin lakukan?”
“Masalah kau ni masalah hati, Amirul. Aku dh bagitau kau dulu, jangan main-main soal hati. Kau lupa apa yg Imam Syafii katakan,’ Jangan sentuh wanita walaupun hatinya.’ Kau telah melanggar sempadan dengan membiarkan dia mengharapkan kau. Aku rasa, eloklah kau kembali ke pangkal jalan,Amirul. Aku mahu kau jadi Amirul yang dulu. Amirul yang aku kenali sebagai seorang yang kuat berpegang dengan sunnah.”
Amirul menggeleng. Sekarang, barulah dia sedar yang dirinya sudah jauh dari jalan hidayah. Sedar atau tidak, sudah berbulan-bulan Amirul tidak keluar beruzlah memperbaiki diri walaupun sebelum ni dia seorang yang sangat ‘jos’. Dia beristighfar.
“Aku malu dengan semua rakan-rakan kita, Safwan. Anuar dan orang lain sudah pandang dingin dengan aku.”
“Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Jika kau betul-betul ikhlas hendak selesaikan masalah ini, pasti Allah akan buka jalan. Tapi, kau kenalah bersabar. Kadang-kadang, Allah hantar sesuatu kepada kita sebagai ujian untuk lihat sekuat mana iman kita.”
“Ternyata iman aku nipis, Safwan. Dengan mudah aku boleh sangkut. Dah tersangkut, susah pula nak lepas. Aduh...”
“Kau buatlah solat istikharah. Minta petunjuk Allah. Aku ni, bukan reti sangat bagi motivasi. Takde pengalaman macam kau.”
***
“Ixora, mengapa akak tengok awak macam muram je sekarang ni? Bergaduh dengan Amirul ke?”
“Eh...taklah.”
“Boleh akak tahu, apa masalah awak?”
“Entahlah, akak. Serba salah rasanya nk cerita. Derita yang saya tanggung ni sangat perit. Tak tahu, bilakah ia akan berakhir.”
“Dari awal lagi akak dh bagitau Ixora. Jangan main-main soal hati. Tapi, siapalah akak ni kan?”
“Janganlah kecil hati dengan saya, akak. Saya minta maaf sebab tak dengar nasihat akak dulu. Kalaulah saya tahu cinta tu berat, tak mungkin saya terlibat.Huhu.”
“Tak gunanya berkalau-kalau... ia adalah pintu syaitan.”
“Apa yang harus saya lakukan sekarang?”
“Putuskan hubungan dengan dia!”
“Haaa!!!! Tak sanggup akak!”
“Awak diberi pilihan antara dua. Terus atau patah balik. Fikirkanlah sendiri.”
Air mata mengalir membasahi pipinya. Berat sungguh pilihan ini. Jika diteruskan, dosa akan bertambah. Jika dihentikan, hati yang akan parah. “Ya Allah! Tunjukkanlah jalan yang terbaik buat kami yang jahil ni.”
***
Masing-masing bersolat istikharah memohon petunjuk dari Allah.
“Ixora, saya ada satu perkara penting hendak beritahu awak.”
“Ya. Saya pun ada hal penting hendak diberitahu abang juga.”
“Errr...mulai hari ni jangan panggil saya ‘abang’ lagi. Panggil Amirul saja.”
“Erm..ok. Saya cuba.”
“Sebenarnya, saya mahu minta maaf kerana telah mencuri hati awak dulu. Saya pun tak sangka jadi begini. Sekarang, saya mahu serahkan balik hati awak tu. Harap awak sudi terimanya semula.”
“Saya faham. Dan saya pun hendak serahkan semula hati ustaz yang saya curi dulu.”
“Jadi, mulai hari ni, kita sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa.”
SMS ditamatkan. Walaupun pedih tapi terpaksa. Realitinya menghadapi saat-saat putus cinta tidak semudah memadamkan dakwat marker di whiteboard. Sebenarnya ia lebih sukar daripada mencabut mata kail dari mulut ikan. Sakitnya, hanya ikan tu yang rasa. Kita manusia seronok memancing saja. Hari-hari berbaki perlu diisi segera. Jika ia kosong, syaitan akan dapat bertapa.
“Tuan-tuan yang mulia, kejayaan manusia hanya dalam mentaati perintah Allah mengikut cara Nabi SAW. Jika dalam hati kita ada kebesaran Allah, pasti kita akan bahagia. Carilah jalan yang halal yang Allah suka. Jika kita memilih jalan Yahudi dan Nasoro, pasti kita akan sengsara.”
No comments:
Post a Comment