masturat

masturat

usaha atas iman

Friday, April 12, 2013

KAU PILIHANKU...


Assalamualaikum wbt...  bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurniaNYA dapat lagi kita menghirup nikmatNYA yang tidk terhingga.. syukur.... rasanya.. mungkin nie post yang last utk waktu nie... sebab.. in shaa Allah 23.4.2013 ana akan menghadapi final exam... mohon doakan yea... moga Allah mudahkan sumenya..
 tengok pada tajuk " kau pilihanku" post kali nie.. rasa-rasa apalah dalam fikiran antum sume yea??? heee... sebenarnya.. atas permintaan seorang adik yang teringin nak kawin dalam usia muda yang juga minta pendapat ana.. errr rasanya berat juga nak jawab soklan-soklan dia.. yang mana.. ana sendiri Allah masih rahsiakan jodohnya... yang masih tak tahu jalan pertemuan dengan cik jodoh.... tapi atas permintaannya.. ana cuba untuk kongsi sedikit sebanyak... apa yang di maksudkan dengan jodoh dan jua pemilihan kita....


Firman Allah SWT;
"Dan di antara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia Menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia Menjadikan di antaramu rasa kasih & sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." [surah Ar-Rum (30): ayat 21]
Dijadikan manusia oleh Allah SWT berpasangan-pasangan agar mereka merasakan sakinah. Initikata daripada ayat ini ialah, berhenti dan merasa aman. 

Dalam perihal memilih pasangan ini terdapat dua tindakan yang harus dilakukan secara berlangsung iaitu; Istikharah dan Istisyarah

Apabila datang dua pilihan atau lebih yang mana sama manfaatnya, sama baiknya, sama soleh atau solehahnya, maka perlulah kita melakukan 2 langkah yang disarankan tadi.

Istikharah ialah tawakal, doa & pengharapan kita kepada petunjuk & pertolongan daripada Allah, yang mana harus dijadikan sebagai amalan kebiasaan tatkala berhadapan dengan kebuntuan membuat keputusan-keputusan yang besar di dalam kehidupan & tidak hanya eksklusif dalam bab memilih jodoh sahaja.

Adapun begitu, istikharah ini haruslah didahului oleh istisyarah yang mana merupakan bahagian usaha kita. Kata lain yang memberi makna yang sama dengan istisyarah ini ialah musyawarah, mesyuarat. Berbincanglah dengan orang-orang tertentu yang dipercayai yang mengenali calon pasangan kita itu serta mintalah pandangan mereka tentang calon tersebut.

Kenalpasti pilihan calon pasangan kita itu dengan usaha. Usaha itulah yang dinamakan istisyarah tadi. Maknanya, tidaklah kita secara terus melakukan istikharah sedangkan usaha istisyarah tidak kita lakukan. Kedua-dua langkah ini penting dalam membantu kita membuat pilihan yang betul, insyaAllah.

"Sesungguhnya, tidak akan menyesal seseorang yang beristikharah kepada Allah & beristisyaroh kepada makhlukNya."

Namun, majoriti daripada masyarakat kita hari ini terlalu bergantung dan menunggu tanda istikharah itu termasuklah menanti mimpi dan sebagainya. Kecenderungan yang terlalu berfokus kepada tanda-tanda istikharah ini sebenarnya membuka sangat banyak ruang untuk syaitan menipu dan memperalatkan kita.

Ustaz Hasrizal mencadangkan bahawa, jika kita telah pun berusaha istisyarah & istikharah. Calon pasangan itu juga kita yakin dengan agamanya. Maka, terimalah dia dengan seadanya dengan tawakal kepada Allah. 

Firman Allah SWT;
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."[surah An-Nur (24): ayat 26]

Apabila kita berbicara tentang kehidupan, makanya berbincanglah dalam 'Tauhidic Mindset'. Maksudnya, kita menyakini bahawa Allah lebih Tahu apa yang baik, Allah juga lebih Tahu apa yang buruk untuk kita melebihi daripada segala pengetahuan kita sendiri.

Jodoh itu umpama rezeki. Samada dicari ataupun ditemui. Allah telah pun menetapkan rezeki buat setiap seorang daripada kita. Cuba kita renungkan kekuasaan Allah. cicak adalah haiwan yang tidak bersayap. Namun, Allah menjadikan makanannya dari haiwan yang bersayap dan terbang. Pokok periuk kera tidak bergerak. Namun, Allah Menjadikan rezekinya yang bergerak itu, sendiri datang kepadanya. Begitu juga dengan burung, rezekinya telah Allah tentukan. Cumanya dia haruslah berusaha untuk terbang mencari & menemui rezekinya itu.

Adalah merupakan kewajipan bagi kita untuk berusaha serta wajib untuk kita menerima takdir daripada usaha kita itu. 

Terdapat 2 perkara penting tentang jodoh.

1) Prinsip Asas. 
Apa niat, tujuan kita berkahwin? Sebelum itu, kita juga kena tahu, apakah tujuan kehidupan kita? Yakni sebagai hamba Allah, sebagai khalifahNya. Prinsip asa kehidupan yang jelas juga dapat menjernihkan kembali tujuan & niat untuk kita mendirikan rumah tangga.

2) Cara pendekatan serta pelaksanaan.
Proses memilih & menjaga jodoh & pasangan itu dilaksanakan dengan beradab mengikut apa yang telah disarankan oleh Rasulullah SAW. Bukan dengan cara ber-couple, ber'dating' serta tidak menjaga batas-batas ketika dalam proses mencari & memilih pasangan.


Perlu dipasakkan di dalam fikiran, apakah pasangan yang kita pilih itu boleh membantu kita mencapai visi & misi untuk meraih syurga Allah atau pun tidak? Apabila kita menjadi sayap kanan, pasangan kita itu menjadi sayap kiri pula bagi menyempurnakan penerbangan untuk ke destinasi yang abadi, iaitu syurgaNya, insyaAllah.

Ustaz Pahrol menegaskan bahawa isteri itu ialah madrasah ilmu, tarbiyyah serta akhlak buat anak-anak.
Serta, apabila kita melihat calon suami kita, apakah lelaki itu yang dimaksudkan sebagai lelaki yang mampu menjadi pemimpin kepada wanita serta keluarganya?

Bertanyalah kepada diri, yakni hati kita;  

"Apakah ini (tujuan bernikah, urusan memilih pasangan, perjalanan ke arah berbaitul muslim (mendirikan rumah tangga) benar-benar boleh kita kaitkan dengan Allah SWT?"

Maknanya, kita mestilah fokus kepada tujuan tadi. Sesungguhnya, cinta manusia itu bukanlah tujuan. Bahkan sekadar jalan. Ia juga bukanlah matlamat, bahkan cuma sebagai alat. Cinta manusia itu cuma merupakan salah satu jalan dan alat untuk meraih tujuan & matlamat yang lebih utama iaitu cinta Allah. 

Di antara dua benda yang terikat, pastilah ada benda lain yang mengikatnya. Begitu juga dengan sesuatu perkara, situasi dan hubungan. Sebagaimana batu dengan batu, adanya simen sebagai pengikatnya. Manakala di antara kayu dengan kayu, ada paku di tengah-tengahnya. Simen dan batu adalah agen yang mengikat kedua-duanya menjadi satu. Lalu, hati manusia dengan hati manusia, yang mengikatnya adalah rasa kasih sayang. Rasa sayang ini pula datangnya daripada keimanan kepada Allah SWT.


******************

Ustaz Pahrol menyenaraikan TIPS-TIPS USAHA MENCARI JODOH YANG BAIK.

1) Tidak hanya mencari, bahkan menjadi orang yang baik.Menuruti semua perintah Allah serta menjauhi laranganNya. Tagihlah janji-janji Allah bagi hambaNya yang beriman. Allah tidak akan Mengecewakan hamba-hambaNya yang menjaga hubungan baik denganNya, insyaAllah.

2) Pasrah dengan pilihan orang-orang yang baik. Orang-orang baik dan dipercayai ini termasuklah ibu bapa kita, ustaz/ustazah serta sahabat kita yang baik. Orang-orang ini perlulah memenuhi 2 kriteria iaitu; baik dengan Allah serta baik dengan kita. Jika hubungannya baik dengan Allah dan dengan kita, dia tidak akan mengkhianati kita. 

3) Pasrah sahaja dengan mengisi hati, memenuhkan hati dengan cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW. 

Firman Allah SWT; "(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya)sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)." [2:165]

4) Mengikut cara yang disarankan, iaitu cara yang terbaik; istikharah & istisyarah tadi.


Kesimpulannya, hanya dengan menjadi baik, mengikut jalan yang baik, mengikut orang-orang yang baik sahajalah mampu menemukan kita dengan jodoh yang baik itu, dengan izin Allah. 

Dengan menjadi baik, kita menjadi seperti besi berani, magnet yang menarik semua kebaikan datang kepada kita.

Teruskanlah dengan istikharah demi meraih ketetapan hati. Istikharah menagih mujahadah, yang mana jika tidak kita jaga boleh mengundang musibah. Sesungguhnya, hidup ini tidak akan sesekali terlepas daripada ujianNya.


************************


Langkah seterusnya selepas istikharah, istisyarah, khitbah dan nikah, haruslah sentiasa 'update' diri dengan peringatan bahawa; 

"Jangan hanya membayangkan indahnya pelamin, tetapi juga bayangkan juga busuknya lampin." 

Lampin di sini merujuk kepada betapa kita akan menempuh bersama pasangan kita fasa yang seterusnya, yang mana bakal menguji kesabaran & ketabahan kita iaitu; fasa menjaga anak-anak yang kecil. Lampin ini juga merujuk kepada lampin dewasa. Betapa jauhnya pandangan kita terhadap harapan serta impian kita untuk bersama-samanya hatta sewaktu pasangan kita itu sudah uzur sekali pun.

Visi, misi & pandangan kita terhadap cinta manusia bukanlah setakat indahnya 3 hingga 4 tahun perkahwinan. Bahkan bersama meredah badai kehidupan, pahit maung, onak duri alam rumah tangga hingga ke akhir hayat. Kita bercinta, mudah-mudahan biarlah cinta itu boleh dibawa sampai ke syurga. insyaAllah.

Menurut Ustaz Hasrizal, kebanyakan pasangan muda yang bernikah awal cenderung ke arah penceraian kerana kesilapan yang disebutkan di atas tadi. Mereka hanya terbayangkan mimpi-mimpi indah sahaja selepas bernikah. Langsung tidak mempersiapkan diri menghadapi ujian-ujian yang lebih besar.Makanya, apabila berhadapan dengan permasalahan di dalam rumah tangga, senanglah diri terhanyut sama. Hal ini kerana kegagalan memandang & merancang apa yang perlu dilaksanakan, tujuan serta matlamat kita bernikah sebenarnya.

Antara punca lain rumah tangga menjadi goyah selepas beberapa tahun perkahwinan (di usia yang muda) ialah kerana mereka memandang pernikahan itu hanya sebagai cara untuk menghalalkan apa yang sebelum ini haram sahaja. 

Al-Farabi mengatakan bahawa, jika kita mencintai seseorang untuk tujuan seksual semata-mata, itu adalah cinta, keinginan serta nafsu yang Allah kurniakan untuk haiwan sahaja. Cinta yang bermatlamat demikian tidak sepatutnya terlintas pun dalam hati kita sebagai manusia yang Allah kurniakan akal, fikiran serta iman.

Ramai juga pasangan muda yang mengadu kepada beliau secara peribadi bahawa mereka berasa bosan dengan pernikahan yang dilalui walau hanya bernikah untuk setahun dua. 

"Inilah kesilapan kita, kita selalu menggunakan prinsip bermain bola sepak dalam mengendalikan cinta di dalam rumah tangga. Sebelum dapat kita kejar bagai nak gila. Namun, apabila sudah diperoleh, kita sepak pula. Sepatutnya dalam bercinta di dalam alam rumah tangga, prinsip sukan ragbi-lah yang kita pegang, yakni; cinta yang kita sambut, kita peluk, kita jaga hingga kita sampaikan ke dalam gawang destinasi (syurgaNya)" 

*****************
Ustaz Pahrol berkongsi statistik yang melaporkan 90% pasangan yang bercinta tidak berkahwin pun dengan 'couple' mereka itu. Bahkan fakta mengatakan bahawa setiap 15 minit, berlakunya 1 kes penceraian.

Beliau menegaskan berkali-kali kepada semua hadirin yang rata-ratanya masih berstatus pelajar yang bujang agar membesarkan jiwa, membesarkan cita-cita masing-masing. Kata beliau, jika kita berfikiran besar, maka, masalah yang menjengah kita pun akan kelihatan kecil.

Apa yang menjadi masalah ialah kita mengecilkan cita-cita kita. Hal itulah yang menyebabkan masalah-masalah yang menempel nampak seperti besar. Masalah-masalah itu termasuklah bab bernikah ini. Besarkanlah jiwa! Pandang kehidupan ini dengan pandangan yang lebih jauh & luas. Kejar cita-cita, maka cinta akan datang dengan sendirinya kemudian, insyaAllah.

Ramai pelajar tidak nampak cara lain untuk menyelesaikan masalah 'couple' dan masalah cinta mereka melainkan hanya dengan jalan bernikah. Mereka nampak masalah ini sangat besar sekali. Walhal, jika diikutkan, mereka sebenarnya berhadapan dengan realiti yang lebih besar lagi iaitu; menamatkan pengajian dengan cemerlang & melunaskan amanah & harapan yang diberikan oleh kedua ibubapa yang telah sekian lama berkorban untuk kita.

Renungilah kata-kata Hukama: 
"Letihkanlah dirimu dengan beribadah kepada Allah. Maka, kamu tidak akan menjumpai sedetik masa pun untuk berbuat kejahatan."

Maka, apa kata, untuk semua anak muda yang masih lagi belajar. Jika ibu bapa tidak merestui untuk bernikah di usia yang muda, apakata fokuskan fikiran dengan matlamat mahu menyempurnakan pengajian. Sibukkanlah diri dengan bergerak kerja Islam. InsyaAllah, fokus itu tidaklah terlalu tertumpu hanya pada bab bercinta, bernikah & sebagainya sahaja.

Namun, jika benar-benar telah bersedia serta ibu bapa juga merestui, maka nikah khitbah adalah solusi yang paling digalakkan. Nikah khitbah ini juga diamalkan oleh Rasulullah SAW sewaktu baginda menikahi Saidatina Siti Aisyah tetapi duduk berasingan selama beberapa tahun sehingga Siti Aisyah bersedia untuk duduk bersama baginda. Dalam tempoh 'tidak sebumbung' itu, nafkah Siti Aisyah diberikan oleh ayahandanya iaitu Saidina Abu Bakr. 

Akhir kalam: 
Ustaz Pahrol & Ustaz Hasrizal ada meninggalkan kata-kata yang sangat bermakna untuk direnung-fikirkan.

"Adalah lebih penting siapa dia selepas menikahimu daripada siapa dia sebelum & semasa menikahimu." [Ustaz Pahrol]

"Yang patut kamu risaukan bukanlah dengan siapa kamu bakal berkahwin, tetapi risaulah dengan siapa bakal suami/isteri kamu akan berkahwin." [Ust Hasrizal]

"Bernikah itu untuk memberi. Bukan untuk menerima."

"Jika niat kita mahu bernikah kerana Allah, Allah akan Membantu kita dalam menyempurnakan hasrat tersebut."

"Pernikahan itu disusuli dengan mujahadah yakni tidak beerti jika mendapat jodoh yang soleh/solehah hari ini, kita akan terus mengecapi keindahan sampai ke akhirnya tanpa usaha untuk mengindahkan rumah tangga tersebut. Begitu jugalah sebaliknya, jika jodoh kita tidak soleh/solehah pada awal pernikahan, maka mujahadah perlulah berlipat kali ganda supaya kita berjaya mentarbiyyah pasangan kita agar menjadi lebih baik daripada diri beliau sebelum bernikah dengan kita."

InsyaAllah, setakat itu sahaja dahulu yang dapat saya coretkan melalui hasil tulisan poin-poin penting dalam buku catatan sepanjang Forum tersebut berlangsung tempohari. Walaupun dilanda migrain, namun Alhamdulillah, Allah tetap izinkan saya untuk bersama-sama menyertai sahabat-sahabat yang lain menerima siraman ilmu daripada kedua-dua insan yang hebat iaitu; Ustaz Pahrol & Ustaz Hasrizal.

Diharapkan melalui perkongsian ini, dapatlah membuka minda kita semua betapa jangan disempitkan ruang lingkup tujuan & erti pernikahan itu. Sesungguhnya pernikahan bukanlah pengakhiran. Bahkan ia adalah permulaan bagi satu lagi fasa kehidupan.

Sunday, April 7, 2013

sanah helwah for my dear twin..


Bismillahirahmanirahim... selawat serta salam buat Rasul junjungan nabi Muhammad S.A.W...

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran buat pemilik rasa cinta dan kasih sayang..

Mengambil sedikit kesempatan untuk mencoret sedikit  dedikasi teristimewa buat seorang insan yang bergelar sahabat..

GAMBAR TIME KT KL

7/4/2013 Meningkat lagi usia sahabat ku yang dikasihi..menjengah ke usia 21 tahun.. mabruk!!!

Seiring bertambahnya usia  di jalan permusafiran ini, moga bertambah matang dalam mengenal pahit manis liku-liku hidup..

makin tabah dalam mentafsir mehnah dan tribulasi hidup yang dikirimkan.. tanda kasih nya ALLAH..agar lebih kuat hati dan jiwa untuk dibawa bertemu dengan NYA kelak..

semoga di limpahi keberkatan pada setiap helaan nafas dan denyut nadi.. keberkatan pada rezeki dan ilmu..
mohon ALLAH permudahkan segala urusan mu menuju kebaikan..

Sahabat,

sesungguhnya diri ini tiada yang istimewa untuk di hulurkan...hanya doa yang mampu dikirimkan dari kejauhan.. moga dirimu sentiasa di redhai ALLAH...

-jadilah hamba yang solehah buat Pencipta kita
-anak yang solehah buat kedua orang tuamu..
-kakak yang solehah buat adik-adikmu..
-ibu saudara yang baik dimata anak-anak saudaramu ( one day, in shaa Allah)
-sahabat yang setia saat suka duka temanmu...
-insan yang bermanfaat buat ummah dan agamamu....
-bakal bidadari penyejuk mata buat mujahid hati...^_~ (one day,in shaa Allah..)

selamat..selamat semuanya..in shaa Allah..

TERIMA KASIH...untuk sebuah persahabatan..Tiada yang ditakdirkan ALLAH itu sia-sia.. In shaa Allah, banyak yang ku temui dalam tali persaudaraan ini..

hanya ALLAH yang layak menerima pujian..seinfiniti kesyukuran buat Pemilik roh dan jasad kerana sudi menganugerahkan seorang SAHABAT seperti mu..ALHAMDULILLAH..

Sahabat,

andai satu masa nanti, tali persahabatan ini di uji, terlebih dahulu ku hulurkan salam kemaafan.. tegurlah diriku yang daif ini..sedarkan aku andai langkahku tersasar..

mohon maaf untuk setiap keterlanjuran,kesilapan,kekurangan dari sahabatmu ini...

semoga ukhwah yang terjalin ini terus kekal mewangi..andai tiada lagi peluang untuk bersua muka di dunia, doaku moga ALLAH masih izinkan untuk kita bertemu di jannah NYA.. insyaallah..

akhir kata..salam sayang salam rindu...dari sahabat, buatmu sahabat ku yang dikasihi...






sayang kamu bcoz of Allah.. ^_^

Monday, April 1, 2013

apakah yang dilakukan oleh hati kita dengan nama dia??


ASSALAMUALAIKUM... Alhamdulillah, kerana Allah masih bagi peluang dan ruang pada diri utk kongsi dengan sahabat2 semua dgn satu topik yang bagi ana.. tanpa dia.. maka tak sempurna iman kita... dengan kesibukan nk hadapi final exm.. syukur.. Allah bagi ilham pada ana nak cerita satu kisah yang mungkin ramai dah tau.. tapi.. sebagai ummat baginda.. cerita ini perlu dicerita lagi dan lagi utk tingkatkan lagi iman kita kepadanya.. dan in shaa Allah.. moga kita siapkan diri utk selusuri kisah ini dengan sangat tawajjuh... moga2 terbitlah airmata kita yang sangat merindukan baginda saw....
tanda kasih pada baginda.. bila mana kita hidup dengan cara  kehidupan Rasulullah..


wahai hamba Allah..............................
Bilamana kita mendengar nama ‘Muhammad‘, apakah yang dilakukan oleh hati dengan nama ini?
 Soalan:
Bilamana kita melihat nama ‘Muhammad’, apakah yang dilakukan oleh hati dengan nama ini?
 Bilamana kita menyebut nama ‘Muhammad’, apakah yang dilakukan oleh hati dengan nama ini?

Bilal Bin Rabah
Setelah mana berpindahnya Rasulullah SAW kepada Rafiqul ‘ala, Bilal bin Rabah tidak mampu lagi menetap di madinah. Kerana kesemuanya disitu mengingatkan Bilal bin Rabah peristiwa – peristiwa yang berlaku bersama Rasulullah SAW.
Lantas dia berpindah ke Syam, negara yang penuh suci lagi berkat kerana pernah didoakan oleh Rasulullah SAW. Lalu berkahwin di sana. Kemudian, beliau terjaga pada suatu hari dalam keadaan menangis. Lalu isterinya bertanya, “Apakah yang membuatkan dikau menangis?”
Bilal bin Rabah menjawab, “Aku bermimpi melihat Rasulullah SAW malam tadi. Rasulullah SAW memberitahu, ‘Wahai bilal, apakah keasingan ini? tidakkah sekarang ini waktu untuk kamu menziarahi  aku?’”
Keluarlah Bilal bin Rabah menziarahi kota madinah.Ketika tibanya di madinah lantas beliau menangis dengan tangisan yang tidak dapat dibendung.
Abu Bakar al-Siddiq bertemunya lalu berkata, “Wahai bilal, mengapa tidak kamu melaungkan azan bagi kami seperti mana kamu azankan bagi Rasulullah SAW suatu ketika dahulu.” Bilal berkata, “Maafkan aku wahai khalifah Rasulullah. Demi Allah SWT aku tidak mampu untuk melaungkan azan di kota madinah ini selepas kewafatan baginda. Kerana dahulu setelah aku selesai azan aku terus menuju ke bilik Rasulullah SAW dan berkata, ‘solat ya Rasulullah.’ Dan sekarang… bagaimana pula hendak aku berkata demikian..”
 Umar al-Khattab pun juga begitu.
Kemudian bertemu pula dengan Hasan dan Husain (cucu Rasulullah SAW). Bilal memeluk kedua mereka dan menangis. Tercium pada kedua mereka wangian milik atuk mereka (Rasulullah SAW). Hasan dan Husain meminta bilal untuk melaungkan azan.
Bilal bin Rabah tidak mampu menolak permintaan kedua mereka. Dan terus beliau naik ketempat yang pernah beliau berdiri azan ketika zaman Rasulullah SAW. Ketika beliau azan “ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR”
Terkejut penduduk di kota madinah! 
“ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR” Berteriak manusia di rumah, “Adakah diutuskan semula Rasulullah SAW?” Mereka teringat suara azan ini ketika hidupnya Rasulullah SAW suatu ketika dahulu.
“ASYHADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH” Keluar semua lelaki – lelaki dari rumah mereka. Keluar mereka dari pasar – pasar mereka.
“ASYHADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH” Keluar semua wanita – wanita dari rumah mereka. Lelaki dan wanita semua keluar ke lorong – lorong kota madinah sambil berteriak, “Adakah diutuskan semula Rasulullah SAW? Adakah diutuskan semula Rasulullah SAW?
Bilamana sampainya azan bilal kepada “ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH” Terasa kesedihan yang sayu. Beliau tidak mampu menyempurnakan azannya. Lantas turun dari tempat azannya.
Kota madinah tidak pernah kelihatan sedih sayu begitu selepas kewafatan baginda. Melainkan pada hari bilal melaungkan azannya, “ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH”
Begitulah kisah Bilal bin Rabah yang sangat mencintai, merindui, dan mengenali Rasulullah SAW. 
Jika tiada Rasulullah SAW, tidaklah kita mengenali azan dan juga tidaklah kita mengenali solat. Juga kita tidak akan mengenali “LA ILAHA ILLA ALLAH.” Dan tidaklah sempurna keimanan seseorang itu sehingga menjadikan baginda orang yang sangat dicintai dari dirinya. Telah Allah SWT jadikan kecintaan pada-Nya bersangkut paut dengan kecintaan terhadap Rasulullah SAW. Tidak Allah SWT jadikan kecintaan pada-Nya bersangkut paut dengan kecintaan terhadap makhluk-Nya, melainkan hanya dengan Muhammad SAW.

“Katakanlah, jika kamu benar – benar mencintai Allah SWT maka ikutilah aku (Rasulullah SAW)..” – ali imran : 31
Hasil daripada cinta Rasulullah SAW, Allah SWT akan mencintai kita. Tidak cukup hanya sekadar kita mencintai Allah SWT, bahkan menjadikan kecintaan pada Allah SWT itu menyebabkan lahirnya kecintaan terhadap Rasulullah SAW.

‘Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan, dan aku redha Muhammad sebagai Nabi, dan aku redha dengan Islam sebagai Agama.’

tanda cinta kepada Rasulullah adalah bilamana kita selawat ke atas baginda saw