Assalamualaikum wbt... bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurniaNYA dapat lagi kita menghirup nikmatNYA yang tidk terhingga.. syukur.... rasanya.. mungkin nie post yang last utk waktu nie... sebab.. in shaa Allah 23.4.2013 ana akan menghadapi final exam... mohon doakan yea... moga Allah mudahkan sumenya..
tengok pada tajuk " kau pilihanku" post kali nie.. rasa-rasa apalah dalam fikiran antum sume yea??? heee... sebenarnya.. atas permintaan seorang adik yang teringin nak kawin dalam usia muda yang juga minta pendapat ana.. errr rasanya berat juga nak jawab soklan-soklan dia.. yang mana.. ana sendiri Allah masih rahsiakan jodohnya... yang masih tak tahu jalan pertemuan dengan cik jodoh.... tapi atas permintaannya.. ana cuba untuk kongsi sedikit sebanyak... apa yang di maksudkan dengan jodoh dan jua pemilihan kita....
Dijadikan manusia oleh Allah SWT berpasangan-pasangan agar mereka merasakan sakinah. Initikata daripada ayat ini ialah, berhenti dan merasa aman.Firman Allah SWT;"Dan di antara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia Menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia Menjadikan di antaramu rasa kasih & sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." [surah Ar-Rum (30): ayat 21]
Dalam perihal memilih pasangan ini terdapat dua tindakan yang harus dilakukan secara berlangsung iaitu; Istikharah dan Istisyarah.
Apabila datang dua pilihan atau lebih yang mana sama manfaatnya, sama baiknya, sama soleh atau solehahnya, maka perlulah kita melakukan 2 langkah yang disarankan tadi.
Istikharah ialah tawakal, doa & pengharapan kita kepada petunjuk & pertolongan daripada Allah, yang mana harus dijadikan sebagai amalan kebiasaan tatkala berhadapan dengan kebuntuan membuat keputusan-keputusan yang besar di dalam kehidupan & tidak hanya eksklusif dalam bab memilih jodoh sahaja.
Adapun begitu, istikharah ini haruslah didahului oleh istisyarah yang mana merupakan bahagian usaha kita. Kata lain yang memberi makna yang sama dengan istisyarah ini ialah musyawarah, mesyuarat. Berbincanglah dengan orang-orang tertentu yang dipercayai yang mengenali calon pasangan kita itu serta mintalah pandangan mereka tentang calon tersebut.
Kenalpasti pilihan calon pasangan kita itu dengan usaha. Usaha itulah yang dinamakan istisyarah tadi. Maknanya, tidaklah kita secara terus melakukan istikharah sedangkan usaha istisyarah tidak kita lakukan. Kedua-dua langkah ini penting dalam membantu kita membuat pilihan yang betul, insyaAllah.
"Sesungguhnya, tidak akan menyesal seseorang yang beristikharah kepada Allah & beristisyaroh kepada makhlukNya."
Namun, majoriti daripada masyarakat kita hari ini terlalu bergantung dan menunggu tanda istikharah itu termasuklah menanti mimpi dan sebagainya. Kecenderungan yang terlalu berfokus kepada tanda-tanda istikharah ini sebenarnya membuka sangat banyak ruang untuk syaitan menipu dan memperalatkan kita.
Ustaz Hasrizal mencadangkan bahawa, jika kita telah pun berusaha istisyarah & istikharah. Calon pasangan itu juga kita yakin dengan agamanya. Maka, terimalah dia dengan seadanya dengan tawakal kepada Allah.
Firman Allah SWT;"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."[surah An-Nur (24): ayat 26]
Apabila kita berbicara tentang kehidupan, makanya berbincanglah dalam 'Tauhidic Mindset'. Maksudnya, kita menyakini bahawa Allah lebih Tahu apa yang baik, Allah juga lebih Tahu apa yang buruk untuk kita melebihi daripada segala pengetahuan kita sendiri.
Jodoh itu umpama rezeki. Samada dicari ataupun ditemui. Allah telah pun menetapkan rezeki buat setiap seorang daripada kita. Cuba kita renungkan kekuasaan Allah. cicak adalah haiwan yang tidak bersayap. Namun, Allah menjadikan makanannya dari haiwan yang bersayap dan terbang. Pokok periuk kera tidak bergerak. Namun, Allah Menjadikan rezekinya yang bergerak itu, sendiri datang kepadanya. Begitu juga dengan burung, rezekinya telah Allah tentukan. Cumanya dia haruslah berusaha untuk terbang mencari & menemui rezekinya itu.
Adalah merupakan kewajipan bagi kita untuk berusaha serta wajib untuk kita menerima takdir daripada usaha kita itu.
Terdapat 2 perkara penting tentang jodoh.1) Prinsip Asas.Apa niat, tujuan kita berkahwin? Sebelum itu, kita juga kena tahu, apakah tujuan kehidupan kita? Yakni sebagai hamba Allah, sebagai khalifahNya. Prinsip asa kehidupan yang jelas juga dapat menjernihkan kembali tujuan & niat untuk kita mendirikan rumah tangga.2) Cara pendekatan serta pelaksanaan.Proses memilih & menjaga jodoh & pasangan itu dilaksanakan dengan beradab mengikut apa yang telah disarankan oleh Rasulullah SAW. Bukan dengan cara ber-couple, ber'dating' serta tidak menjaga batas-batas ketika dalam proses mencari & memilih pasangan.
Perlu dipasakkan di dalam fikiran, apakah pasangan yang kita pilih itu boleh membantu kita mencapai visi & misi untuk meraih syurga Allah atau pun tidak? Apabila kita menjadi sayap kanan, pasangan kita itu menjadi sayap kiri pula bagi menyempurnakan penerbangan untuk ke destinasi yang abadi, iaitu syurgaNya, insyaAllah.
Ustaz Pahrol menegaskan bahawa isteri itu ialah madrasah ilmu, tarbiyyah serta akhlak buat anak-anak.
Serta, apabila kita melihat calon suami kita, apakah lelaki itu yang dimaksudkan sebagai lelaki yang mampu menjadi pemimpin kepada wanita serta keluarganya?
Bertanyalah kepada diri, yakni hati kita;
"Apakah ini (tujuan bernikah, urusan memilih pasangan, perjalanan ke arah berbaitul muslim (mendirikan rumah tangga) benar-benar boleh kita kaitkan dengan Allah SWT?"
"Apakah ini (tujuan bernikah, urusan memilih pasangan, perjalanan ke arah berbaitul muslim (mendirikan rumah tangga) benar-benar boleh kita kaitkan dengan Allah SWT?"
Maknanya, kita mestilah fokus kepada tujuan tadi. Sesungguhnya, cinta manusia itu bukanlah tujuan. Bahkan sekadar jalan. Ia juga bukanlah matlamat, bahkan cuma sebagai alat. Cinta manusia itu cuma merupakan salah satu jalan dan alat untuk meraih tujuan & matlamat yang lebih utama iaitu cinta Allah.
Di antara dua benda yang terikat, pastilah ada benda lain yang mengikatnya. Begitu juga dengan sesuatu perkara, situasi dan hubungan. Sebagaimana batu dengan batu, adanya simen sebagai pengikatnya. Manakala di antara kayu dengan kayu, ada paku di tengah-tengahnya. Simen dan batu adalah agen yang mengikat kedua-duanya menjadi satu. Lalu, hati manusia dengan hati manusia, yang mengikatnya adalah rasa kasih sayang. Rasa sayang ini pula datangnya daripada keimanan kepada Allah SWT.
******************
Ustaz Pahrol menyenaraikan TIPS-TIPS USAHA MENCARI JODOH YANG BAIK.1) Tidak hanya mencari, bahkan menjadi orang yang baik.Menuruti semua perintah Allah serta menjauhi laranganNya. Tagihlah janji-janji Allah bagi hambaNya yang beriman. Allah tidak akan Mengecewakan hamba-hambaNya yang menjaga hubungan baik denganNya, insyaAllah.2) Pasrah dengan pilihan orang-orang yang baik. Orang-orang baik dan dipercayai ini termasuklah ibu bapa kita, ustaz/ustazah serta sahabat kita yang baik. Orang-orang ini perlulah memenuhi 2 kriteria iaitu; baik dengan Allah serta baik dengan kita. Jika hubungannya baik dengan Allah dan dengan kita, dia tidak akan mengkhianati kita.3) Pasrah sahaja dengan mengisi hati, memenuhkan hati dengan cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW.Firman Allah SWT; "(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya)sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)." [2:165]4) Mengikut cara yang disarankan, iaitu cara yang terbaik; istikharah & istisyarah tadi.
Kesimpulannya, hanya dengan menjadi baik, mengikut jalan yang baik, mengikut orang-orang yang baik sahajalah mampu menemukan kita dengan jodoh yang baik itu, dengan izin Allah.
Dengan menjadi baik, kita menjadi seperti besi berani, magnet yang menarik semua kebaikan datang kepada kita.
Teruskanlah dengan istikharah demi meraih ketetapan hati. Istikharah menagih mujahadah, yang mana jika tidak kita jaga boleh mengundang musibah. Sesungguhnya, hidup ini tidak akan sesekali terlepas daripada ujianNya.
************************
Langkah seterusnya selepas istikharah, istisyarah, khitbah dan nikah, haruslah sentiasa 'update' diri dengan peringatan bahawa;
"Jangan hanya membayangkan indahnya pelamin, tetapi juga bayangkan juga busuknya lampin."
Lampin di sini merujuk kepada betapa kita akan menempuh bersama pasangan kita fasa yang seterusnya, yang mana bakal menguji kesabaran & ketabahan kita iaitu; fasa menjaga anak-anak yang kecil. Lampin ini juga merujuk kepada lampin dewasa. Betapa jauhnya pandangan kita terhadap harapan serta impian kita untuk bersama-samanya hatta sewaktu pasangan kita itu sudah uzur sekali pun.
Visi, misi & pandangan kita terhadap cinta manusia bukanlah setakat indahnya 3 hingga 4 tahun perkahwinan. Bahkan bersama meredah badai kehidupan, pahit maung, onak duri alam rumah tangga hingga ke akhir hayat. Kita bercinta, mudah-mudahan biarlah cinta itu boleh dibawa sampai ke syurga. insyaAllah.
Menurut Ustaz Hasrizal, kebanyakan pasangan muda yang bernikah awal cenderung ke arah penceraian kerana kesilapan yang disebutkan di atas tadi. Mereka hanya terbayangkan mimpi-mimpi indah sahaja selepas bernikah. Langsung tidak mempersiapkan diri menghadapi ujian-ujian yang lebih besar.Makanya, apabila berhadapan dengan permasalahan di dalam rumah tangga, senanglah diri terhanyut sama. Hal ini kerana kegagalan memandang & merancang apa yang perlu dilaksanakan, tujuan serta matlamat kita bernikah sebenarnya.
Antara punca lain rumah tangga menjadi goyah selepas beberapa tahun perkahwinan (di usia yang muda) ialah kerana mereka memandang pernikahan itu hanya sebagai cara untuk menghalalkan apa yang sebelum ini haram sahaja.
Al-Farabi mengatakan bahawa, jika kita mencintai seseorang untuk tujuan seksual semata-mata, itu adalah cinta, keinginan serta nafsu yang Allah kurniakan untuk haiwan sahaja. Cinta yang bermatlamat demikian tidak sepatutnya terlintas pun dalam hati kita sebagai manusia yang Allah kurniakan akal, fikiran serta iman.
Ramai juga pasangan muda yang mengadu kepada beliau secara peribadi bahawa mereka berasa bosan dengan pernikahan yang dilalui walau hanya bernikah untuk setahun dua.
"Inilah kesilapan kita, kita selalu menggunakan prinsip bermain bola sepak dalam mengendalikan cinta di dalam rumah tangga. Sebelum dapat kita kejar bagai nak gila. Namun, apabila sudah diperoleh, kita sepak pula. Sepatutnya dalam bercinta di dalam alam rumah tangga, prinsip sukan ragbi-lah yang kita pegang, yakni; cinta yang kita sambut, kita peluk, kita jaga hingga kita sampaikan ke dalam gawang destinasi (syurgaNya)"
*****************
Ustaz Pahrol berkongsi statistik yang melaporkan 90% pasangan yang bercinta tidak berkahwin pun dengan 'couple' mereka itu. Bahkan fakta mengatakan bahawa setiap 15 minit, berlakunya 1 kes penceraian.
Beliau menegaskan berkali-kali kepada semua hadirin yang rata-ratanya masih berstatus pelajar yang bujang agar membesarkan jiwa, membesarkan cita-cita masing-masing. Kata beliau, jika kita berfikiran besar, maka, masalah yang menjengah kita pun akan kelihatan kecil.
Apa yang menjadi masalah ialah kita mengecilkan cita-cita kita. Hal itulah yang menyebabkan masalah-masalah yang menempel nampak seperti besar. Masalah-masalah itu termasuklah bab bernikah ini. Besarkanlah jiwa! Pandang kehidupan ini dengan pandangan yang lebih jauh & luas. Kejar cita-cita, maka cinta akan datang dengan sendirinya kemudian, insyaAllah.
Ramai pelajar tidak nampak cara lain untuk menyelesaikan masalah 'couple' dan masalah cinta mereka melainkan hanya dengan jalan bernikah. Mereka nampak masalah ini sangat besar sekali. Walhal, jika diikutkan, mereka sebenarnya berhadapan dengan realiti yang lebih besar lagi iaitu; menamatkan pengajian dengan cemerlang & melunaskan amanah & harapan yang diberikan oleh kedua ibubapa yang telah sekian lama berkorban untuk kita.
Renungilah kata-kata Hukama:"Letihkanlah dirimu dengan beribadah kepada Allah. Maka, kamu tidak akan menjumpai sedetik masa pun untuk berbuat kejahatan."
Maka, apa kata, untuk semua anak muda yang masih lagi belajar. Jika ibu bapa tidak merestui untuk bernikah di usia yang muda, apakata fokuskan fikiran dengan matlamat mahu menyempurnakan pengajian. Sibukkanlah diri dengan bergerak kerja Islam. InsyaAllah, fokus itu tidaklah terlalu tertumpu hanya pada bab bercinta, bernikah & sebagainya sahaja.
Namun, jika benar-benar telah bersedia serta ibu bapa juga merestui, maka nikah khitbah adalah solusi yang paling digalakkan. Nikah khitbah ini juga diamalkan oleh Rasulullah SAW sewaktu baginda menikahi Saidatina Siti Aisyah tetapi duduk berasingan selama beberapa tahun sehingga Siti Aisyah bersedia untuk duduk bersama baginda. Dalam tempoh 'tidak sebumbung' itu, nafkah Siti Aisyah diberikan oleh ayahandanya iaitu Saidina Abu Bakr.
Akhir kalam:
Ustaz Pahrol & Ustaz Hasrizal ada meninggalkan kata-kata yang sangat bermakna untuk direnung-fikirkan.
"Adalah lebih penting siapa dia selepas menikahimu daripada siapa dia sebelum & semasa menikahimu." [Ustaz Pahrol]"Yang patut kamu risaukan bukanlah dengan siapa kamu bakal berkahwin, tetapi risaulah dengan siapa bakal suami/isteri kamu akan berkahwin." [Ust Hasrizal]"Bernikah itu untuk memberi. Bukan untuk menerima.""Jika niat kita mahu bernikah kerana Allah, Allah akan Membantu kita dalam menyempurnakan hasrat tersebut."
"Pernikahan itu disusuli dengan mujahadah yakni tidak beerti jika mendapat jodoh yang soleh/solehah hari ini, kita akan terus mengecapi keindahan sampai ke akhirnya tanpa usaha untuk mengindahkan rumah tangga tersebut. Begitu jugalah sebaliknya, jika jodoh kita tidak soleh/solehah pada awal pernikahan, maka mujahadah perlulah berlipat kali ganda supaya kita berjaya mentarbiyyah pasangan kita agar menjadi lebih baik daripada diri beliau sebelum bernikah dengan kita."
InsyaAllah, setakat itu sahaja dahulu yang dapat saya coretkan melalui hasil tulisan poin-poin penting dalam buku catatan sepanjang Forum tersebut berlangsung tempohari. Walaupun dilanda migrain, namun Alhamdulillah, Allah tetap izinkan saya untuk bersama-sama menyertai sahabat-sahabat yang lain menerima siraman ilmu daripada kedua-dua insan yang hebat iaitu; Ustaz Pahrol & Ustaz Hasrizal.
Diharapkan melalui perkongsian ini, dapatlah membuka minda kita semua betapa jangan disempitkan ruang lingkup tujuan & erti pernikahan itu. Sesungguhnya pernikahan bukanlah pengakhiran. Bahkan ia adalah permulaan bagi satu lagi fasa kehidupan.
No comments:
Post a Comment