masturat

masturat

usaha atas iman

Sunday, April 7, 2013

sanah helwah for my dear twin..


Bismillahirahmanirahim... selawat serta salam buat Rasul junjungan nabi Muhammad S.A.W...

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran buat pemilik rasa cinta dan kasih sayang..

Mengambil sedikit kesempatan untuk mencoret sedikit  dedikasi teristimewa buat seorang insan yang bergelar sahabat..

GAMBAR TIME KT KL

7/4/2013 Meningkat lagi usia sahabat ku yang dikasihi..menjengah ke usia 21 tahun.. mabruk!!!

Seiring bertambahnya usia  di jalan permusafiran ini, moga bertambah matang dalam mengenal pahit manis liku-liku hidup..

makin tabah dalam mentafsir mehnah dan tribulasi hidup yang dikirimkan.. tanda kasih nya ALLAH..agar lebih kuat hati dan jiwa untuk dibawa bertemu dengan NYA kelak..

semoga di limpahi keberkatan pada setiap helaan nafas dan denyut nadi.. keberkatan pada rezeki dan ilmu..
mohon ALLAH permudahkan segala urusan mu menuju kebaikan..

Sahabat,

sesungguhnya diri ini tiada yang istimewa untuk di hulurkan...hanya doa yang mampu dikirimkan dari kejauhan.. moga dirimu sentiasa di redhai ALLAH...

-jadilah hamba yang solehah buat Pencipta kita
-anak yang solehah buat kedua orang tuamu..
-kakak yang solehah buat adik-adikmu..
-ibu saudara yang baik dimata anak-anak saudaramu ( one day, in shaa Allah)
-sahabat yang setia saat suka duka temanmu...
-insan yang bermanfaat buat ummah dan agamamu....
-bakal bidadari penyejuk mata buat mujahid hati...^_~ (one day,in shaa Allah..)

selamat..selamat semuanya..in shaa Allah..

TERIMA KASIH...untuk sebuah persahabatan..Tiada yang ditakdirkan ALLAH itu sia-sia.. In shaa Allah, banyak yang ku temui dalam tali persaudaraan ini..

hanya ALLAH yang layak menerima pujian..seinfiniti kesyukuran buat Pemilik roh dan jasad kerana sudi menganugerahkan seorang SAHABAT seperti mu..ALHAMDULILLAH..

Sahabat,

andai satu masa nanti, tali persahabatan ini di uji, terlebih dahulu ku hulurkan salam kemaafan.. tegurlah diriku yang daif ini..sedarkan aku andai langkahku tersasar..

mohon maaf untuk setiap keterlanjuran,kesilapan,kekurangan dari sahabatmu ini...

semoga ukhwah yang terjalin ini terus kekal mewangi..andai tiada lagi peluang untuk bersua muka di dunia, doaku moga ALLAH masih izinkan untuk kita bertemu di jannah NYA.. insyaallah..

akhir kata..salam sayang salam rindu...dari sahabat, buatmu sahabat ku yang dikasihi...






sayang kamu bcoz of Allah.. ^_^

Monday, April 1, 2013

apakah yang dilakukan oleh hati kita dengan nama dia??


ASSALAMUALAIKUM... Alhamdulillah, kerana Allah masih bagi peluang dan ruang pada diri utk kongsi dengan sahabat2 semua dgn satu topik yang bagi ana.. tanpa dia.. maka tak sempurna iman kita... dengan kesibukan nk hadapi final exm.. syukur.. Allah bagi ilham pada ana nak cerita satu kisah yang mungkin ramai dah tau.. tapi.. sebagai ummat baginda.. cerita ini perlu dicerita lagi dan lagi utk tingkatkan lagi iman kita kepadanya.. dan in shaa Allah.. moga kita siapkan diri utk selusuri kisah ini dengan sangat tawajjuh... moga2 terbitlah airmata kita yang sangat merindukan baginda saw....
tanda kasih pada baginda.. bila mana kita hidup dengan cara  kehidupan Rasulullah..


wahai hamba Allah..............................
Bilamana kita mendengar nama ‘Muhammad‘, apakah yang dilakukan oleh hati dengan nama ini?
 Soalan:
Bilamana kita melihat nama ‘Muhammad’, apakah yang dilakukan oleh hati dengan nama ini?
 Bilamana kita menyebut nama ‘Muhammad’, apakah yang dilakukan oleh hati dengan nama ini?

Bilal Bin Rabah
Setelah mana berpindahnya Rasulullah SAW kepada Rafiqul ‘ala, Bilal bin Rabah tidak mampu lagi menetap di madinah. Kerana kesemuanya disitu mengingatkan Bilal bin Rabah peristiwa – peristiwa yang berlaku bersama Rasulullah SAW.
Lantas dia berpindah ke Syam, negara yang penuh suci lagi berkat kerana pernah didoakan oleh Rasulullah SAW. Lalu berkahwin di sana. Kemudian, beliau terjaga pada suatu hari dalam keadaan menangis. Lalu isterinya bertanya, “Apakah yang membuatkan dikau menangis?”
Bilal bin Rabah menjawab, “Aku bermimpi melihat Rasulullah SAW malam tadi. Rasulullah SAW memberitahu, ‘Wahai bilal, apakah keasingan ini? tidakkah sekarang ini waktu untuk kamu menziarahi  aku?’”
Keluarlah Bilal bin Rabah menziarahi kota madinah.Ketika tibanya di madinah lantas beliau menangis dengan tangisan yang tidak dapat dibendung.
Abu Bakar al-Siddiq bertemunya lalu berkata, “Wahai bilal, mengapa tidak kamu melaungkan azan bagi kami seperti mana kamu azankan bagi Rasulullah SAW suatu ketika dahulu.” Bilal berkata, “Maafkan aku wahai khalifah Rasulullah. Demi Allah SWT aku tidak mampu untuk melaungkan azan di kota madinah ini selepas kewafatan baginda. Kerana dahulu setelah aku selesai azan aku terus menuju ke bilik Rasulullah SAW dan berkata, ‘solat ya Rasulullah.’ Dan sekarang… bagaimana pula hendak aku berkata demikian..”
 Umar al-Khattab pun juga begitu.
Kemudian bertemu pula dengan Hasan dan Husain (cucu Rasulullah SAW). Bilal memeluk kedua mereka dan menangis. Tercium pada kedua mereka wangian milik atuk mereka (Rasulullah SAW). Hasan dan Husain meminta bilal untuk melaungkan azan.
Bilal bin Rabah tidak mampu menolak permintaan kedua mereka. Dan terus beliau naik ketempat yang pernah beliau berdiri azan ketika zaman Rasulullah SAW. Ketika beliau azan “ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR”
Terkejut penduduk di kota madinah! 
“ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR” Berteriak manusia di rumah, “Adakah diutuskan semula Rasulullah SAW?” Mereka teringat suara azan ini ketika hidupnya Rasulullah SAW suatu ketika dahulu.
“ASYHADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH” Keluar semua lelaki – lelaki dari rumah mereka. Keluar mereka dari pasar – pasar mereka.
“ASYHADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH” Keluar semua wanita – wanita dari rumah mereka. Lelaki dan wanita semua keluar ke lorong – lorong kota madinah sambil berteriak, “Adakah diutuskan semula Rasulullah SAW? Adakah diutuskan semula Rasulullah SAW?
Bilamana sampainya azan bilal kepada “ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH” Terasa kesedihan yang sayu. Beliau tidak mampu menyempurnakan azannya. Lantas turun dari tempat azannya.
Kota madinah tidak pernah kelihatan sedih sayu begitu selepas kewafatan baginda. Melainkan pada hari bilal melaungkan azannya, “ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH”
Begitulah kisah Bilal bin Rabah yang sangat mencintai, merindui, dan mengenali Rasulullah SAW. 
Jika tiada Rasulullah SAW, tidaklah kita mengenali azan dan juga tidaklah kita mengenali solat. Juga kita tidak akan mengenali “LA ILAHA ILLA ALLAH.” Dan tidaklah sempurna keimanan seseorang itu sehingga menjadikan baginda orang yang sangat dicintai dari dirinya. Telah Allah SWT jadikan kecintaan pada-Nya bersangkut paut dengan kecintaan terhadap Rasulullah SAW. Tidak Allah SWT jadikan kecintaan pada-Nya bersangkut paut dengan kecintaan terhadap makhluk-Nya, melainkan hanya dengan Muhammad SAW.

“Katakanlah, jika kamu benar – benar mencintai Allah SWT maka ikutilah aku (Rasulullah SAW)..” – ali imran : 31
Hasil daripada cinta Rasulullah SAW, Allah SWT akan mencintai kita. Tidak cukup hanya sekadar kita mencintai Allah SWT, bahkan menjadikan kecintaan pada Allah SWT itu menyebabkan lahirnya kecintaan terhadap Rasulullah SAW.

‘Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan, dan aku redha Muhammad sebagai Nabi, dan aku redha dengan Islam sebagai Agama.’

tanda cinta kepada Rasulullah adalah bilamana kita selawat ke atas baginda saw

Wednesday, March 6, 2013

daie jatuh cinta???

kekuatan itu.. moga masih diberi pinjaman DIA untuk diri ini...


                                       DAI'E jatuh Cinta?

Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?

                               tapi layakkah seorang dai'e jatuh cinta?

Mereka juga punya hati dan rasa.

tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki/wanita menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.

Ketika dai'e jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki/wanita yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci
Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Ketika seorang dai'e jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki/ wanita yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.

Alangka kasihannya jika seorang dai'e jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan.

Tetapi saudari/saudaraku, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya.

Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Saudari/saudara, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu.

Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.

Saudari/ saudara, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya... 

harapanku juga... moga Allah menetapkan hati ini untuk terus bertahan.... 

Wednesday, February 13, 2013

daie Akhir zaman

perjalanan Dakwah tiada penghujungnya.. kita bukan pemula, bukan juga penghujungnya.. tapi kitalah penyambungnya, maka jangan hentikan perjalanan ini.. teruslah berjalan.. hingga hidayat Allah tersebar keseluruh ALAM... ^_^


"Alang2 tashkil-menashkil, biar sampai ke jemaah tunai"

"Takkan Islam hilang di dunia"

"Sikit2 lama2 jadi istiqamah"

"Biar mati bidaah,tapi jangan mati sunnah"

"Di mana ada lorong,disitu ada ghast"

"Terdengar takaza dibentangkan,anak dan isteri,sedia ditinggalkan"

"Harapkan makhluk,makhluk tak boleh buat apa2"

"Tashkil2 orang baru,lama2 jadi satu jemaah"

"Di mana habisnya cuti kalau bukan dijalan Allah"

"Alang2 buat usuli,biar sampai dapat jemaah"

"Bagaikan ta'lim dengan khidmad tha'am,ta'lim belum habis,orang tho'am dah siap tho'am"

"Bagaikan Da'e Dengan abid,abid pahala setitik air,da'e pahala seluas lautan"

"Di mana bumi dihantar,di situ LA ILA HAiLLALLAH di sebar"

"Di mana ada mohalla,di situ ada karkun"

"Sayang anak,tangan2kan,sayang bini tinggal2kan"

"Sayang harta,korban-korbankan,sayang agama dakwah-dakwahkan"....

Tuesday, January 29, 2013

jangan pernah jauh dari ALLAH



"Ya ALLAH...Sakitnya! Kenapa Kau bagi aku ujian dan kesakitan yang tak mampu aku tanggung?"

Bagitulah remuk sekali hati apabila setiap kali ujian datang menimpa. Air mata mengalir deras sebagai tanda lemahnya seorang hamba. Kesakitan itu bagai tiada noktahnya seringkali menduga iman.

Terasa bagai ALLAH tidak mendengar rintihannya.
Terasa seolah-olah ALLAH benci kepada Dia.
Terasa ALLAH meluat dan jemu mendengar doanya.
Dia hampir putus asa



 Hati yang kotor dengan perbuatan tuan badan sendiri akan mengakibatkan cahaya hidayah tidak dapat menyentuh hati. Apalagi untuk memasukinya. Dek kerana kotoran didalam hati itu, maka tiada ruang lagi hidayah untuk bermukim. Memang betul, yang memberikan hidayah kepada ALLAH SWT itu adalah seseorang. Dan in shaa Allah, ALLAH akan memberikan kepada orang-orang yang berusaha untuk itu.

Mungkin juga kerana manusia itu hanya melihat dunia ini sebagai dirinya sahaja tanpa mengaitkan setiap satu yang dapat ditangkap oleh pandangan matanya berkait rapat dengan ALLAH. Yup! Memang sangat berkait! Kerana ALLAH itu adalah Pencipta, dan manusia serta apa yang wujud itu adalah ciptaanNYA!


 SAHABATKU, ALLAH TIDAK PERNAH MENJAUH

Setiap helaan nafas, setiap kelipan mata, dan setiap gerakan langkah yang tercipta, apakah manusia boleh menafikan bahawa ALLAH itu jauh. Kalau tidak kerana ALLAH yang mengizinkan semua itu terjadi, adakah manusia akan dapat bergerak dengan sendirinya?

Sahabatku yang disayangi kerana ALLAH, cuba tanya pada diri. Jom muhasabah diri kita!

Pernah merasa ALLAH itu jauh?

Ana tidak malu mengaku bahawa ana pernah. Disaat itu, ujian datang bertubi-tubi. Ana berasa sangat lemah dan tidak berdaya untuk menerima takdirnya. DIA seperti memberi "isyarat" atau memperkenalkan ana saat yang sangat hampir dengan kematian. Nyawa seakan-akan mahu melayang ketika itu. Hanya mampu mengucap dan terus mengucap untuk kembali waras dan berfikir sedalam-dalamnya mengapa Ana menguji iman yang sedangkal ini.

Ana sangat bersyukur apabila ALLAH menunjukkan kebesaranNYA untuk menggerakkan langkah ana ke surau.  Menangis tidak berhenti-henti. Akibat perasaan rindu kepada rumah ALLAH yang mencengkam jiwa tiba-tiba, langkah dilajukan dengan wajah penuh berharap. Mendambakan perhatian daripada seseorang dan menagih cinta yang pasti.

Disana, ketenangan...kedamaian ditemui...

Dan yang paling penting, ana temui suatu jawapan...Jawapan kesedaran!

Sungguh, ALLAH SWT tidak pernah jauh. Selagimana manusia melembutkan hati dan memandang semua kejadian itu adalah hidayah dan hikmah daripada ALLAH. Kerana memang itulah hakikatnya.

“Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat daripada urat lehernya.” – {Qaf : 16}
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” – {Al-Baqarah : 186}

Itu kenyataan dan perkhabaran dari ALLAH, bahawa sesungguhnya DIA sangat dekat!

Dan sekali lagi, masalahnya sebenarnya terletak pada hati manusia itu sendiri. Kenapa apabila ditimpa masalah, justeru merasa bahawa ALLAH itu tidak adil dan jauh? Sedangkan para pejuang agama dan para Rasul dan Nabi terdahulu diuji dengan hebat. Mereka itu lebih baik lebih mulia daripada kita.

Mengapa ringan sahaja bibir mengukir bicara bahawa kita sangat yakin menuturkan rasa cinta kepada ALLAH dan RasulNYA, tetapi apabila ditimpa suatu musibah. Maka ukiran di bibir dan yang terbuku di hati sangat berbeza. Jadi, dimanakah buktirnya kata-kata yang seindah itu? Yang di mana kata-kata yang kita tuturkan itu mampu menggugah perasaan manusia lain.

Hati benar menjadi malu tatkala membaca firman ALLAH SWT ini :

“Apakah kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti yang dialami oleh orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang dengan pelbagai cubaan. Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, ‘Bilakah datangnya pertolongan ALLAH?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALLAH itu sangat dekat.”- {al Baqarah : 214}

Kita memang cepat melatah, kan?
Sudahlah cepat melatah, jarang bersyukur lagi.
Dan itu pun ALLAH pernah rakamkan di dalam al-Quran,

“...Dan sedikit sekali dari hamba-hamba Ku yang bersyukur...” – {Saba’ : 13}

Hati, jangan pernah merasakan ALLAH itu jauh. Sebaliknya, berilah dorongan dan motivasi kepada diri sendiri dan katakan bahawa memang diri kitalah yang semakin jauh dari ALLAH. Disaat merasakan perkara itu, maka mohonlah keampunan dari DIA. Moga kita dikuatkan olehNYA.

Hidup itu tak pernah jauh dari ALLAH, dan jangan pernah jauh dari ALLAH, maka kau akan hidup. dan ALLAH merancang setiap milik dari kita dan hidup kita dengan begitu sempurna hanya untuk membuktikan bahwa hidup itu ladang ujian untuk kita, baik dari jiwa, raga, orang tua, saudara, kekasih, teman dan barang-barang kesayangan kita. Semua sudah direncanakan ALLAH dengan detail. 
Pernahkan kita merenung sesaat, untuk membuka keenam pancaindera kita, untuk menangkap apakah hikmah dari setiap apa yang berlaku di dalam kehidupan ini, bahawa hidup di dunia hanyalah untuk beribadah kepada ALLAH?

Berpesanlah pada diri kita sendiri:
1. Tabahkan hati kuatkan semangat
2. Kukuhkan iman banyakkan zikrullah
3. Jangan mengeluh jangan kecewa

Sesunguhnya, ALLAH sentiasa bersama kita..INNALLAHA MA'ANA...


“Ya ALLAH, Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami Ya ALLAH, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya ALLAH, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmatMu, Ya ALLAH wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. Ameen..."


Benar.
Aku harus terus melangkah.
Membuka mata melihat dunia.
Mengambil manfaat dan ibrah.
Dan memandang sebagai bekal di akhirat sana.

Sesungguhnya peringatan itu sangat bermanfaat untuk orang-orang yang beriman.


Wednesday, January 9, 2013

menjadi rahsia Allah


Jauh-jauh nafas ditarik. Sang mata asyik menatap indahnya alam ciptaan Ilahi. Manik-manik hujan berbangga membasahi bumi Ilahi. Subhanallah.

Rasa pilu mencucuk hati. Ya, rasa pilu. Pilu yang teramat sangat. Terasa diri yang dahulunya galak berlari kini tersungkur jatuh ke bumi. Ya Allah, lemahnya aku saat ini. Terasa bagai hidup tak bermakna lagi.

Bagai ada batu besar yang menghempap diri. Tidak keruan. Ada rasa yang menerjah pintu hati. Ya, ada rasa. Rasa yang tak mampu untuk diungkapkan. Perit. Amat perit. Bagai hilang separuh jiwa untuk melepaskan sesuatu yang amat disayangi. " Ya Allah..." hanya itu yang terlintas di hati.

Akur. Akur pada takdir. Akur pada apa yang tertulis dalam kisah perjalanan hidupku. Akur dengan apa yang perlu dilepaskan walaupun hakikatnya amat payah untuk dilakukan. Nafas ditarik panjang-panjang. Mahu menikmati nafas yang Allah berikan. Mahu sahaja masa dihentikan. Mahu sahaja masa diundur ke belakang. Mahu sahaja langkah diatur semula.

Saat ini, payah benar untuk bangkit. Saat ini, semuanya mahu diungkit. Saat ini, hati bagai dicarik-carik. Sungguh. Bagaimana hancurnya kertas yang dicarik-carik, hancur lagi sekeping hati yang menelan rasa yang amat pahit.

Satu perkataan yang terbayang di minda. MUJAHADAH!! Ya, MUJAHADAH!! Kalau kita mahu berubah, ubahlah dengan bersungguh-sungguh. Mana mungkin ajaran Islam kita ikuti separuh-separuh sahaja? Tak mungkin.

Aku mahu berubah. Berubah ke arah kebaikan. Jadi, untuk apa aku toleh ke belakang? Memang payah untuk melepaskan apa yang kita sayangi apatah lagi insan yang kita cintai. Perit. Sakit. Pilu. Hanya Allah yang tahu.

Aku yakin, pasti ada hikmahnya. Mungkin belum terlihat tapi kelak pasti terlihat kemanisannya. Aku berkorban saat ini demi mendapatkan yang halal untukku. Aku mahu menjaga diri hanya untuk Rabb-ku. Mendapatkan cinta yang halal yang mendekatkan aku pada-Nya. Aku mahu menyempurnakan agamaku dengan cara yang halal bukan cinta nafsu yang hanya menjadikanku khayal.

Ya Allah, aku pasti tiba saatnya nanti pasti akan ada sesuatu untukku. Dekatkanlah aku pada-Mu Ya Allah. Izinkanlah aku meraih cinta dan perhatian-Mu. Anugerahkan aku zauj yang mampu menjadi imamku dan anak-anakku. Anugerahkan aku zauj yang menerima kekuranganku sebagai ruang untuknya melengkapkanku. Anugerahkan aku zauj yang membawa aku ke jalan-Mu, Ya Allah. Amin.

Saat ini aku gunakan untuk mempersiapkan diri. Aku mahu baiki diri. Mahu menjadi pendamping buat sang mujahid yang mempertahankan kalimat Allah. Mahu menjadi mujahidah yang mewangi dalam jalan juang mujahid Ilahi.

Ya Allah, tiba saatnya nanti, Kau temukanlah kami dalam jalan redha-Mu. Ya Allah, tiba saatnya nanti Kau satukanlah hati ini dalam ikatan yang suci. Ya Allah, tiba saatnya nanti, Kau anugerahkanlah kami mujahid dan mujahidah kecil yang akan menyambung perjuangan kami.

InsyaAllah, aku membaiki diri sambil menanti. Menanti mujahid yang akan datang menjemputku nanti menjadi yang halal untuknya. 

Sabar menanti..........

rahsia Allah... 

Sunday, December 30, 2012

10 JENIS TANGISAN



Menurut Ibnu Qayyim terdapat 10 Jenis Tangisan :)

Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.Menangis kerana rasa takut.Menangis kerana cinta.Menangis kerana gembira.Menangis kerana menghadapi penderitaan.Menangis kerana terlalu sedih.Menangis kerana terasa hina dan lemah.Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An-Najm : 43)


Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.

Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tidak di tuntut:
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis menonton filem kerana itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam”. ”Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya”. ”Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.” Air mata tanda rahmat Tuhan

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara. kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
Apabila dahi nya berpeluh.
Airmatanya berlinang.
Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

Ingatan ku hanya pada kalian…dan hati akan bahagia jika diriku jua dalam ingatan kalian… Dan aku akan bertambah bahagia jika bertemu kalian dan kalian bertemu diriku di suatu masa dan satu tempat….

Monday, December 17, 2012

aku cuma ANA MUSLIMAH



Jiwaku menasihatiku dan mengungkapkan kepadaku bahawa cinta tidak hanya menghargai orang yang mencintai, tetapi juga orang yang dicintai dan yang tidak mencintai
Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar mencintai semua orang yang membenciku dan berteman dengan mereka yang memfitnahku dan yang berburuk sangka padaku.
Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar tidak tertipu dengan kecantikan yang lahir dari keelokan luaran, kerana kecantikan yang luaran itu tidak menjamin kecantikan yang ada di dalaman.

Jiwaku menasihatiku dan memintaku untuk mendengar suara yang keluar bukan dari lidah maupun dari kerongkongan. Ia memintaku agar mendengar suara – suara yang lahir dari sanubari setiap insani agar diriku sensitif dengan setiap kata – kata dan perbuatan yang lahir dari peribadi.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku agar jangan menilai seseorang dengan menggunakan hati yang diselaputi kedengkian, keirihatian dan kegelapan. Nilailah seseorang melalui hati yang bersih agar diriku mampu melihat kejernihan disebalik kekotoran.

Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar memuaskan segala keinginan ku dengan segala perkara yang menyedarkanku betapa hinanya aku, betapa tiada nilainya diriku dan betapa berdosanya diriku.

Jiwaku menasihatiku dan memintaku selalu mencari yang tak dapat dilihat, yang begitu sukar untuk mendapatkan, yang begitu sulit untuk dinikmati dalam amal iaitu keikhlasan yang diibaratkan semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada waktu malam yang penuh dengan kegelapan.

Jiwaku mengatakan padaku dan mengundangku untuk menghirup harum tumbuhan yang tak memiliki akar, tangkai mahupun bunga kerana sesuatu hikmah yang baik untukku bukanlah hanya pada sesuatu yang mendatangkan keseronokkan kepadaku tetapi ia kadang – kadang lahir dari keperitan dan kesengsaraan

Jiwaku menasihatiku dan memintaku agar tidak merasa mulia kerana pujian agar tidak disusahkan oleh ketakutan kerana cacian dan agar diriku tetap sedar diriku ini hamba yang hina kepada Allah yang Maha Mulia.

Jiwaku menasihatiku dan memerintahku untuk melihat bahawa cahaya yang kubawa bukanlah cahayaku. Meski aku berjalan dengan cahaya, aku bukanlah cahaya. Cahaya itu datang dariNya dan yang menerobos kedalam hati – hati manusia terhasil dari keizinan dariNya.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku untuk mengukur waktu dengan kematian yang sentiasa mengejari dari belakang agar senantiasa diriku manfaatkan setiap inci waktu untuk mendekatkan diri dengan Allah, Tuhan sekalian alam.

Jiwaku menasihatiku dan mengingatkanku, berilah segala apa yang diriku mampu untuk Islam, andai ada sepuluh sen sahaja di poketku, sumbanglah walau sesen pun kerna itulah saham yang menguntungkan diriku di sana kelak.

Jiwaku menasihatiku dan menegaskanku betapa perlunya aku menyampaikan kebenaran dengan cara apa sekalipun, berkata, menulis, menegur dan sebagainya kerna dengan hadirnya kebenaran barulah tertumbangnya kebatilan. Biarpun kebenaran itu ditekan, dicantas, dihimpit, kebenaran tetap kebenaran 

Jiwaku mahu sahabat – sahabatku tahu yang diriku ini bukan orang yang baik, yang alim, yang warak dan yang terjamin Syurga. Aku hanya sebutir pasir yang boleh didapati di jalanan yang nilainya tidak mampu mengalahkan nilai permata mahupun mutiara. Aku hanya hamba biasa yang penuh dosa yang berharap Allah mengampunkan segala.

Jiwaku menasihatiku dan saudaraku. Jangan jadi hamba kepada Dunia. Jangan jadi hamba kepada Harta. Jangan jadi hamba kepada Nafsu. Jangan jadi hamba kepada Syaitan. Jadilah hamba Allah yang sebenar – benarnya.

ANA MUSLIMAH DAIE'AH ILALLAH  -->https://www.facebook.com/daiemuslimah 

Saturday, December 15, 2012

beruntungnya kita.. ^_^

tugas nabi saw yang baginda tinggalkan buat kita ummatnya adlah utk sebarkan kalimah ALLAH  keseluruh alam
Untuk kejayan manusia Allah tidak bagi dia harta, pangkat, wang ringgit dan kemewahan dunia, tapi Allah bagi agama. Atas perkara ini, allah hantar nabi2 ke dunia utk bagitahu manusia kejayaan dalam agama, taat perintah allah ikut cara nabi yg dihantar masa itu. Setiap kaum yg dihantar dahulu ada nabinya. Setiap kampong, Bandar, kaum ada nabi dihantar utk membimbing mereka utk mentauhidkan Allah. Ada kaum dihantar 2 nabi, malah ada yg sampai 7 nabi sekali Allah hantar untuk bagi peringatan pada kaumnya. Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih, Allah tidak akan azab satu2 kaum sebelum Allah hantar utusan utk bagi peringatan pada mereka. Jika ingkar barulah Allah hantar azab.

Begitulah nabi demi nabi allah hantar sehingglah nabi Muhammad saw, nabi yg terakhir penutup pintu kenabian. Tidak ada lagi nabi dihantar utk ummat ini hingga kiamat walau mcmana keadaan ummat hari ini. Klau kaum2 terdahulu ada nabi allah hantar, hari ini, nabi telah tiada dan telah meninggalkan kita 1400 tahun lebih dah, dan Allah tidak hantar lagi nabi utk bimbing ummat hingga kiamat utk bagi peringatan.. Adakah Allah tidak adil?? Adakah Allah nak membiarkan kita ?? sebenarnya Allah nak bagi kemuliaan pada ummat saw…iaitu diberikan satu tugas yg mana tugas ni tidak diberi pada ummat2 terdahulu, tugas yg hanya Nabi-nabi sahaja yg buat..iaiitu kerja dakwah, mengajak manusia kenal Allah.. walupun pintu kenabian telah tertutup tetapi KERJA KENABIAN telah diletak di atas bahu kita semua ummat akhir zaman.


Hari ini Allah tidak akan hantar Nabi lagi utk bagi peringatan dan ajak manusia pada Allah, tetapi Allah 'hantar' Jemaah2 bergerak ke seluruh alam utk buat perkara tersebut. Kerja yg 'mirip-mirip' dengan kerja anbia, mirip kerja Nabi saw dan mirip dgn kerja Para sahabat r.hum...


Kita bertanggjungjawab untuk sambung kerja ini..nabi tidak akan dihantar lagi , malaikat pun tidak akan datang utk bimbing ummat ini, nabi Isa as pun turun nanti bukan sebagai Nabi tetapi sebagai ummat nabi saw. Inilah mahkota segala kerja..permata umat akhir zaman…inilah kerja/usaha yg membuatkan nabi2 terdahulu merasa cemburu. Ulama bagitahu, di akhirat nanti di belakang ummat ini akan ada pengikut mereka di belakang dan berbondong2 memasuki syurga. Para malaikat penjaga syurga akan ‘complain’ dan nabi2 akan complain, “siapa mereka ini, mereka bukan nabi dan bukan syuhada?” Maka akan diberitahu pada mereka bahawa MEREKA ADALAH UMMAT AKHIR ZAMAN YG BUAT KERJA DAKWAH..

Allah telah pilih kita semua di kalngan roh2 di alam arwah dahulu sebelum Allah ciptakan alam ini, dan roh2 kita telah diasingkan dan dipilih oleh Allah utk dihantar sebagai ummat akhir zaman, sebagai ummat nabi saw..bertuahnya kita.. kita adalah roh yg terpilih di kalangan yg terpilih..!! Namun, ulama bagitahu syarat utk jadi “ummat terbaik” apabila kita buat kerja dakwah. Kita bukan setakat ibadat sahaja seperti kaum2 terdahulu, tetapi kita juga bertanggungjawab utk sebarkan agama, tinggikan kalimah Allah… Bertuahlah kita jika Allah yg Maha Rahim PILIH kita dalam ramai2 org islam kat dunia ni utk buat kerja ni…dikatakan jumlah penduduk dunia kini mencapai 8billion lebih. Dan daripada jumlah tersebut, hanya 1 billion lebih sahaja org islam. Daripada 1biliion org islam tersebut, hanya segelintir sahaja yg Allah pilih untuk buat kerja yg mulia ni..kerja dakwah…betapa bertuahnya kita, jika Allah dengan EhsanNya pilih saya dan tuan2 utk buat Mahkota Kerja ni..sebagai satu kemuliaan…kemuliaan yg Allah beri pada UMAT AKHIR ZAMAN..

wallahu a'lam

Thursday, November 15, 2012

kepentingan usaha masturat

aku hnya wanita akhir zaman yang menjdikan para sahabiah sebagai idola....
Usaha Masturat = usaha atas golongan wanita



وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At Taubah 71)

Wanita (isteri) bagaikan pintu bagi sebuah rumah. Melalui pintu sesuatu boleh masuk ke dalam rumah, melalui pintu jualah sesuatu boleh terhalang masuk ke dalam rumah. Apabila seseorang wanita itu membawa agama dalam kehidupannya, maka agama akan mudah masuk ke dalam rumahnya. Sebaliknya jika seseorang wanita (isteri) itu tidak bawa agama dalam kehidupannya, maka agama akan terhalang masuk ke dalam rumahnya.

Kerana itulah usaha atas golongan wanita (usaha masturat) adalah satu usaha yang amat penting. Sikap dan cara berfikir seorang wanita (ibu) memberi kesan yang mendalam terhadap anak-anak mereka. Apabila seorang ibu sentiasa fikir dan risau atas agama, kesannya mereka akan didik anak-anak dengan didikan beragama. Anak-anak juga akan membesar dengan fikir yang sama, yakni fikir bagaimana agama akan berkembang. Kebesaran Allah swt akan sentiasa berada dalam diri anak-anak. Sebaliknya, jika seorang ibu tidak (atau kurang) fikir tentang agama, sebaliknya hanya banyak fikir dan risau atas keperluan-keperluan dunia, kesannya anak-anak juga akan fikir yang sama. Anak-anak akan mudah dipengaruhi dengan kebesaran dan kehebatan dunia.

Antara maksud utama jemaah masturat dibentuk adalah untuk mengembalikan semula kemuliaan seorang wanita ditempat yang sebenar dan selayaknya. Apabila wanita kembali kepada tempat kemuliaanya yang sebenar, kesannya hidayat akan tersebar dengan cepat dan agama akan berkembang dengan begitu pesat.


Kerana itulah, 'wanita hari ini' harus faham apakah maksud mereka dihantar ke muka bumi ini. Tugas seorang wanita bukanlah sebagai mesin mengeluarkan anak. Kerja sebenar seorang wanita bukan sekadar membasuh baju, memasak, mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Bukan ini maksud sebenar seorang wanita dihantar.

Wanita juga dihantar sama seperti lelaki, dihantar ke bumi bumi atas maksud agama. Wanita juga perlu sedar bahawa mereka juga dihantar sebagai umat Nabi saw. Di bahu umat Nabi saw terletak satu tanggungjawab yang besar terhadap agama. Hari ini, umat ini (baik lelaki juga wanita) telah jauh tersasar dari tugas dan tanggungjawab mereka sebagai umat nabi saw.


Apabila seorang wanita mempunyai fikir dan risau atas agama, maka akan wujudlah rumah-rumah seperti sebuah madrasah, tempat mengeluarkan para alim-alimah, hafiz-hafizah dan dari rumah akan lahirnya pejuang-pejuang agama Allah. Apabila seorang wanita melibatkan diri dalam usaha agama, maka suasana rumah akan bertukar menjadi seperti suasana masjid di mana amal-amal agama dihidupkan, ada orang belajar dan mengajar agama, adanya tilawatul Quran di dalam rumah, adanya dakwah iman yakin, adanya muzakarah adab dan sunnah, adanya juga perbicaraan mengenai kisah-kisah nabi dan para sahabat.


Untuk memastikan kaum wanita hari ini kembali kepada tempat dan kemuliaannya, ada ENAM PESANAN yang telah digariskan oleh masyaih (ulama2 dalam usaha ini) untuk para wanita.

PESANAN PERTAMA : Solat Di Awal Waktu
-wanita perlu usaha untuk solat di awal waktu di rumah dan menggalakkan mahram (lelaki) solat awal waktu di masjid/surau di tempat azan diazankan. Usahalah agar segala kerja rumah dapat dibereskan sebelum masuk waktu solat, apabila masuk waktu solat, solatlah di awal waktu dan seelok-eloknya di tempat yang dikhaskan di dalam rumah.
-Sekiranya seorang wanita melengah-lengahkan solat, tiba-tiba dia uzur tanpa sempat menunaikan solat tersebut, maka dia akan dianggap sebagai seorang yang telah melengah-lengahkan solat.
-Disamping itu, seorang wanita/isteri hendaklah galakkan suami serta mahram agar bersolat di masjid di tempat azan diazankan. Sekiranya suami solat fardhu berjemaah di masjid/surau wanita di rumah juga akan mendapat pahala solat berjemaah 27 kali ganda.
-Rasulullah saw bersabda 'jika tidak kerana kaum wanita dan kanak-kanak dalam rumah itu nescaya aku bakar rumah-rumah di mana penghuni lelakinya tidak solat berjemaah di masjid'.


Ganjaran solat di awal waktu :
1) jika berwuduk dan tunggu azan untuk solat maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti matahari.
2) jika berwuduk ketika azan sedang diazankan maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka bercahaya seperti bulan purnama.
3) jika berwuduk selepas azan diazankan maka di akhirat Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka yang bercahaya seperti bintang.


PESANAN KEDUA : Istiqamah membaca Al-Quran dan Berzikir
-sedaya upaya cuba istiqomah membaca Al-Quran setiap hari jika tidak uzur.
-Hak Al-Quran hendaklah khatam sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
-Usahalah agar anak-anak juga dibiasakan dengan membaca Al-Quran setiap hari dan usahalah agar jadikan salah seorang anak-anak kita dikalangan Hafiz Al-Quran.
-usahalah agar istiqomah membaca surah-surah di mana Nabi saw tidak lupa membacanya setiap hari iaitu:
surah yasin (seperti khatam 10 kali Al Quran)
Surah Al-Waqiah (dijauhkan dari kepapaan)
Surah Al-Mulk dan As-Sajadah (dijauhkan dari siksa kubur)
Surah Khafi (setiap hari jumaat - Nur akan bersamanya hingga jumaat akan datang)

PESANAN KETIGA : Istiqamah Menghidupkan Majlis Taqlem Di Rumah
-hidupkanlah majlis taklim (majlis bacaan kitab fadail amal dan Muntakhab hadis) di rumah sekurang-kurangnya 30minit serta adakan juga muzakarah 6 sifat sahabat.
-Majlis ini hendaklah diadakan secara istiqamah setiap hari pada masa dan tempat yang tetap serta melibatkan semua ahli di dalam rumah.

-Kesan dari majlis pembacaan hadis ini akan melembutkan hati kita dan hati anak-anak.
Kesan dari majlis bacaan hadis juga akan menyebabkan rumah-rumah bercahaya seperti bintang-bintang, syaitan akan keluar dari rumah dan para malaikat akan berada di dalam rumah.
rumah juga akan menjadi sumber hidayat untuk jiran-jira. Allah swt akan turunkan rahmat, keberkatan dan ketenangan jiwa dan ketenteraman dalam rumahtangga.


PESANAN KEEMPAT : Mendidik Anak Dengan Didikan Agama dan Sunnah
-wujudkan suasana madrasah didalam rumahtangga kita dengan suasana iman dan amal maka dengan sendirinya anak-anak akan dapat didikan agama yang lebih sempurna.
-dekatkan anak-anak dengan kisah Rasulullah saw dan para sahabat supaya kisah-kisah ini dapat membentuk akhlak dan peribadi anak-anak.
-Awasi pergaulan mereka, akhlak mereka, pakaian mereka dan makan-minum mereka. Ajarkan supaya mereka yakin kepada Allah.
-Ajarkan mereka doa-doa harian dan sunnah-sunnah nabi saw dalam setiap perbuatan harian mereka.
-ajar anak solat apabila telah berumur 7 tahun dan rotani mereka jika tidak bersolat apabila telah berusia 10 tahun.
-ajar anak-anak membaca Al-Quran.


PESANAN KELIMA : Hidup Secara Sederhana
-hidup sederhana mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu.
-Elakkan pembaziran dengan membeli perkara-perkara bermanafaat sahaja.
-jika kita dapat mengamalkan sunnah nabi saw dalam kehidupan harian, insyaAllah dengan sendirinya kita akan amalkan hidup sederhana.
-jadikan kehidupan nabi dan para sahabat sebagai ikhtibar. Hidup sederhana menyelamatkan kita dari kesusahan dan kerisauan.


PESANAN KEENAM :
Galakkan suami/mahram keluar di jalan Allah (khuruj fisabilillah)
-galakkan suami/mahram agar keluar untuk menegakkan agama Allah supaya suami/mahram dapat bawa balik agama dalam rumahtangga supaya suasana iman dan amak dapat diwujudkan di dalam rumah.
-Apabila tiap-tiap rumah dapat keluarkan orang-prang lelaki dalan usaha ini maka akan wujudlah suasana agama, ketenteraman, ketenangan dan kesefahaman dan wujudlah fikir yang sama dalam rumah.
-kelebihan seorang isteri yang redho suami keluar di jalan Allah akan dimasukkan di dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami dan akan menjadi ketua bidadari yang menunggu suami di pintu syurga....

Aamiin...

Friday, November 9, 2012

novelog cinta enta enti.. ahhahah

nak cm nie.. kena kawin dulu... 
“I like ‘ustaz ni’..hidung dia mancung..comel plak tu...bertuahnya kalau dapat jadi awek dia.” - maka bermulalah episod baru dalam drama seorang ‘ustaz' dan ‘ustazah’.

‎"Err ... ustaz, boleh tak minta no fon. Nanti kalau saya ada apa-apa masalah, saya boleh tanya ustaz. Cara ustaz beri penerangan tadi, sangat jelas dan mudah faham," kata Ixora (bukan nama sebenar).

‎"Ermmm...boleh. Apa salahnya.. lagipun berkongsi ilmu ni kan perkara yg bagus...betul tak?" balas Amirul (bukan nama sebenar), seorang pelajar universiti yang terkenal dengan imej ala-ala ustaz.

‎"Awak pelajar engineering, tahu selok belok agama. Zaman sekarang susahlah nak cari orang muda mcm awak,selalunya orang muda macam awk nie banyak yang rosak,"kata Ixora.

Maka, mulai hari itu mereka pun berbalas-balas SMS. Dari bab taharah sampailah bab haid dan istihadah. Tanpa disedari, mereka tenggelam dalam dunia 'syurga buatan manusia'.

Sampai suatu hari, Ixora bertanya,"Err ... ustaz, apakah hukumnya bercinta sebelum kahwin?"

Maka jawab Amirul, "Cinta tu kan sifat semula jadi manusia...apa salahnya? jika takde cinta, sunyilah dunia ni..:-)"

[Ini adalah satu jawapan yang sesat!]

‎"Dalam diam2, Ixora yang dulu selalu mengenakan seluar ketat atau jeans akhirnya berubah kepada jubah muslimah,akibat kerisauan Amirul. Ixora telah meng-upload gambar terbarunya ke dlm FB. Amirul menekan status "like". Maka mereka pun saling membalas komen. Tiada org lain yang menyelit. Amirul yg dulunya selalu tidur awal dan bangun awal utk tahajud, sekarang sudah pandai tidur lewat, dan bangun pun lewat..kdg2 terlepas solat Subuh jemaah...rakan2 seperjuangannya sudah memandang serong atas perubahan yg berlaku kpdnya..

‎"Amirul, esok malam ada program mingguan, jgn lupa tau," pesan Anuar, seorang rakan seusaha di kampus. Anuar dan Amirul bersama-sama berjuang dalam Kelab Amar Makruf Nahi Mungkar (AMAR).

Maka, pd ptg esok, Amirul mendapat SMS dr Ixora,"Ustaz, boleh tak kita jumpa petang ni..kawan2 saya hendak jemput ustaz bg sedikit tazkirah sempena majlis hari jadinya...boleh tak?"

‎"Err...sambut besday katne? Kalau ikutkan, ptg ni saya ada program...," jawab Amirul.

‎"Kt KFC... bolehlah ustaz...hari ni jer... mereka pun nak berkenalan dgn ustaz jugak...", pujuk Ixora...Maka, pd petang itu, Amirul tinggalkan program dan pergi layan budak2 pompuan tu...

Petang tu ketika majlis harijadi, Ixora dtg bergaya dengan jubah muslimah ala abayya. Ketika Amirul menyampaikan sesi tazkirah tentang kepentingan memelihara aurat ,tanpa di sedari,Ixora melirikkan pandangan matanya kepada Amirul. Rupa2nya,terpancar keikhlasan dr raut wajah Amirul,di amati betul2 wajah Amirul,rupa2nya,ada ??? “Aaah,tidak mungkin.” Cepat2 Ixora menafikannya..

Sejak hari tu, nama Amirul meniti dari bibir ke bibir sehingga harum ke kolej siswi...popularitinya itu tidak disukai oleh segelintir ahli PPI (Persatuan Pelajar Islam). Tambahan pula, muslimat Persatuan Pelajar Islam sudah mula membanding-bandingkan antara muslimin Persatuan Pelajar Islam dengan kumpulan AMAR yang lebih agresif.

Satu hari, program mingguan AMAR berlangsung dan Amirul telah diputuskan untuk menyampaikan tazkirah. Ketika sebelum solat maghrib,Ixora mendapat sms dr Amirul menyatakan bahawa selepas maghrib di surau,Amirul akan memberikan kuliah,maka sepantas kilat,Ixora melarikan punggungnya menuju ke surau,di dalam surau (woman partition)Ixora berada di saf hadapan. Selepas maghrib mula majlis tazkirah,...maka secara hemah,permintaan dr kaum muslimat bahawa tabir yg memisahkan lelaki dan wanita di buka,maka ketika ini Amirul bermajmakan lelaki dan wanita.

[Memajmakkan kaum lelaki dan wanita ialah satu perkara yang harus dielakkan. Apa masalahnya jika tirai itu ditutup?]

Timbullah fitnah, maka geng Persatuan Pelajar Islam pun mengajak geng AMAR berdebat mengenai fikrah siapakah yg paling benar dan sunnah...Amirul pantang dicabar...tapi Anuar segera menasihati, "Amirul, usaha kita ni bukan utk mencari sapa betul sapa salah...kita usaha atas dasar kasih syg umat...aku tak setuju dgn debat ini!"....balas Amirul,"Kalau kita tak terangkan pd mereka, sampai bila mereka nak faham????"

‎Nazrin, seorang ahli geng Persatuan Pelajar Islam hanya ketawa tatkala mengetahui bahawa Amirul tak mendapat sokongan kawan2nya..."Jika begini, mudah saja kita malukan dia di hadapan orang ramai..hahahha!" Pd ms yg sama, Amirul sibuk mentelaah PELBAGAI KITAB utk mencari dalil2 YANG BAKAL DIGUNAKAN untuk menyokong tindakannya. Apabila sudah cukup mantap buktinya, maka dia berkata,"Aku pasti, mereka semua akan tinggalkan PPI dan sertai AMAR!"

Maka, seperti yg dirancang, majlis debat tertutup itu diadakan juga di sebuah dewan tertutup yg melibatkan ahli2 geng Persatuan Pelajar Islam termasuk muslimin dan muslimat. Amirul datang berseorangan kerana kawan2nya tidak menyokongnya. Dia pula sibuk nak berdebat (dgn niat nak pengaruhi org dgn hujah)

Dlm majlis tersebut, Amirul telah dimalukan oleh geng2 Persatuan Pelajar Islam apabila setiap hujahnya dipatahkan satu persatu. Ixora dan beberapa org rakannya menaruh simpati terhadap sikap Nazrin dan rakan-rakannya yg lain yg telah memperlekehkan Amirul.."Korang semua tak ptut buat dia camni!!! Saya benci korang! saya benci!" Kata-kata Ixora itu telah menusup masuk ke dalm hati Amirul. Amirul bangga Ixora menyebelahinya..."Sudahlah! Jom kita keluar dari sini." Ixora mengajak Amirul keluar dri dwn itu..

‎"Awak, mengapa awak menyebelahi saya?" soal Amirul.

"Saya tahu ustaz bercakap benar. Mereka saja yg ego dan tak mau terima," jawab Ixora..."Mulai hari ni, tak payahlah awak panggil saya ustaz lagi. Saya bukan ustaz dan saya sebenarnya tak ada ilmu pun. Awak sudah lihat bagaimana saya begitu jahil dan tak dapat nak jawab soalan2 mereka tadi," Amirul merendahkan dirinya.

"Inilah sifat mulia yg saya suka pd ustaz...Ustaz sangat merendah diri. bukan seprti mereka yg berlagak sombong itu," kata Ixora. Maka, semakin kembanglah lubang idung Amirul...

‎"Err...saya agak kekok dipanggil ustaz. Apa kata awak panggil saya dgn nama Amirul saja...:-)" kata Amirul.

"Baiklah. Mulai hari ni saya panggil awak Abang Amirul...awak kan lebih tua dari saya...saya ni junior jer...hehe." Amirul tersipu-sipu...hatinya berbunga-bunga.

Hari demi hari berlalu. Amirul dan Ixora semakin rapat. Meskipun begitu, mereka masih sembunyi-sembunyi dalam menjalinkan hubungan."Abang Amirul, saya pening kepalalah hari ni.." SMS Ixora pd suatu hari.

"Awak demam ke? biar saya belikan ubat ye.."

"Terima kasih abang...jgn lupa beli nasi kandar sekali ye...nak dada, taknak drumstick..hehe.." pinta Ixora.

"Okey, nnt sy hantar."

‎"Amirul, kau nak ke mana? Jom gi masjid.." ajak Anuar. "Err....kau pergilah dulu. Nnt aku pergi kemudian. Ada hal sket ni." jawab Amirul...Begitulah Amirul sejak dua menjak ni.

Pd suatu hari, tanpa Amirul duga, dia ternampak Ixora bersama-sama seorang lelaki lain di sebuah pusat beli belah. Wajahnya bertukar menjadi kemerah-merahan. Dia mengetap bibir.."Tidak guna punya pompuan! Main kayu 3 dgn aku!"

Maka, bermula hari tu, Amirul bermuram durja. Setiap SMS yg dihantar oleh Ixora tak dibalasnya. Anuar bertanya,"Apehal dgn kau ni, Amirul? Asyik masam je muka. Mana pergi gula kat wajah kau dulu?".

"Gula dh naik harga la...," jawab Amirul, masih berteka teki. Pd masa yg sama, Ixora pula tertanya-tanya..'Mengapa Amirul tak balas mesej saya?'

Suatu hari kat kampus, Ixora terserempak dgn Amirul,"Abang Amirul!" Amirul mempercepatkan langkahnya dan tak mahu dia menatap wajah yg menyakitkan hatinya itu. Ixora mengejarnya sehingga sampai ke satu kawasan yg takde orang."Abang Amirul! Tunggu dulu. Jika marah kat saya sekalipun, takkanlah takleh maaf. Kan abang selalu cakap, 'sedangkan Nabi ampunkan umat.' Amirul terpaksa memberhentikan langkahnya. Terbukti hatinya masih tersisa suatu perasaan walaupun terluka.

‎"Maaf Ixora! Saya bukan Nabi!" jawab Amirul, serius.

"Tapi, bukankah abang selalu cakap, kejayaan kita hanya dgn mengikut sunnah Nabi?" Amirul terperangkap dgn kata2 itu. Memang lumrah. Manusia akan diuji dgn apa yg dia perkatakan. "Boleh saya tahu, mengapa abang tak balas sms saya? saya call pun abang tak angkat. Sy ada buat salah ke?"

Amirul diam. Dia malu utk mengatakan bahwa dia cemburu melihat Ixora dgn lelaki lain pd tempoh hari."Kalau abang tak jelaskan kpd saya masalah sebenar, saya mungkin akan dlete no fon abang dr friends saya. Mungkin di sini sajalah 'persahabatan' kita." Ixora seakan-akan merajuk.

Kedua-duanya berpisah di situ. Amirul menuju ke kuliah mekatronik manakala Ixora balik ke kolej dgn linangan air mata. Amirul langsung tak mengalihkan pandangan ke arah Ixora. Setibanya di kelas, dia disapa oleh Safwan. "Amirul, harini kelas batal. Dr Muhammad ada meeting.Jom kita lepak kat cafe."

***

“Safwan, aku sebenarnya ada problem ni. Boleh tak kau tolong aku setelkan masalah ni?"

"Apa masalah kau? kalau bleh tlg, aku tlg..."

‎"Serba salah aku nak citer kat kau. Aku takut kau pancung aku plak mcm Anuar dan kawan2 yg lain pancung aku." "Hahhaaha! Apalah kau ni. Takut kena pancung plak. Bukankah kau yg suka pancung org? Tak sedar. Hahaha." Safwan ketawa

Ketika berbual dgn Safwan ,pandangan Amirul melirik ke atas seorang gadis yang lengkap berpurdah..dlm hatinya tertanya2 siapakah dia???aaah....x mungkin,x mungkin dia....aaah...tidak...Amirul dalam kebingungan...oowh tidak.....

Amirul pun menceritakan semuanya kepada Safwan Seth yg sangat 'baik hati'...setelah mendengar dgn teliti apa masalah Amirul, akhirnya Safwan memberinya nasihat."Amirul, kau dengar nasihat aku baik-baik...."

Ketika Safwan sedang memberi nasihat, Amirul terpandang ke arah lain. Melihat akan gadis lengkap berpurdah itu,maka Amirul teringat akan ksiah lama dulu ketika di zaman waktu mengambil diploma di Politeknik,wah..x mgkin...dalam benak Amirul berantonasi...owh...

Safwan memberi nasihat " Amirul, Allah dah bagi kita nikmat yg besar, nikmat usaha agama, nikmat yang tak semua orang dapat. Hargailah ia.

‎"Woi, apa yg kau pandang2 tu?" jerkah Safwan tatkala melihat Amirul terpana melihat seorang gadis berpurdah tadi.."Eh Safwan, sapa budak tu?"

‎"Kau ni Amirul..tak serik2...mana ada org berpurdah kat sini..kau ni mengelamun ke apa?" Amirul menenyeh-nenyehkan matanya. Memang tak ada orang pun.

***

Amirul terus ke library. Ketika di library,Amirul sperti biasa segak bergaya mengenakan songkok ala org johor,ditambah di wajahnya ditumbuhi dgn janggut menambahkan lagi kemachoan dan ketampanannya. Ketika sibuk berdiskusi mengenai satu tugsan berkumpulan,sekali lagi Amirul melirikkan pandangan ke arah sekujur tubuh,bila diamati,rupanya2 Ixora sedang memerhatikannya dr jauh, “Aah,budak ini lagi,xde tempat lain ke dia nk study!”

Ketika Ixora semakin berani mengalihkan pandangannya ke arah Amirul,ditambah pula,Ixora di bantu oleh rakn2nya yg begitu mengenali Amirul kerana Amirul pernah menghadiri majlis harijadinya di KFC,Amirul serba salah,serta merta Amirul bingkas bangun meninggal diskusi beliau bersama rakannya,seterusnya melarikan ke arah pintu utama library,ketika memasuki lif utk trun ke ruang legar library,dengan tidak sengaja,Amirul terlanggar seorang gadis yg lengkap berpurdah..aahhh...tiba2 hanya tinggal mereka berdua sahaja di dlm lif...

Kedua-duanya tunduk kemalu-maluan..Amirul membetulkan songkok Johornya yang senget. Gadis berpurdah itu berpura-pura melihat jam tangannya. Amirul terasa spt hendak menegur ttp tak berani. Akhirnya, mereka keluar dr lif. Amirul tak tahu hendak ke mana. Dia masuk semula ke dlm lif utk ke library semula kerana dia tertinggal handphone...sampai di tingkat atas, sekali lagi dia terserempak dgn Ixora."Ya Allah! Kuatkanlah iman aku," bisik hatinya

‎"Abang Amirul, bleh kita berbual sekejap? Sy ada hal nak cakap." Amirul membisu."Saya rasa, elok kita jernihkan kekeruhan antara kita. Tidak elok kita bermasam muka tanpa kita ketahui sebab dan puncanya. Lagipun tak masuk syurga orang yang tak bercakap dgn saudaranya lebih dr tiga hari..." Pandai pulak si Ixora menggunakan dalil. Maka, Amirul menjawab,"Awak, jgn sebarangan menggunakan dalil. Berdosa kalau guna tak kena pd tempatnya."

‎"Oklah. Saya minta maaf kalau dalil tu tak sesuai utk digunakan dlm masalah kita. Saya ni jahil.Baru nak belajar2 agama. Tapi, orang yg saya harapkan utk bimbing saya sudah tak sukakan sy lagi...huhu," Ixora menangguk secebis simpati.

‎"Tapi, saya perlukan penjelasan abang. Mengapa abang tak balas SMS saya? Takkan takdak krdit kot? Dh masuk 2 minggu kita macam ni. Saya tak sedap atilah. Apa salah saya?" sambung Ixora .

Amirul menarik nafas panjang."Terlebih dulu saya minta maaf. Saya sendiri keliru dgn apa yg saya rasakan. Saya seolah-olah memendam satu perasaan yg tak termampu saya luahkan. Tapi, jika dismpan terasa sakit."

Benarlah kata pepatah, cinta ibarat kentut. Disimpan rasa sakit, dilepas rasa malu..:-)))

“Mengapa perlu segan dgn saya? Bukankah kita ni kawan? Cucite..cucite..." Ixora sengaja buat lawak nak bagi Amirul gelak..:-)

‎"Erm...pandai awak buat lawak eh..hehe.." Mereka berdua sama-sama tertawa.Amirul menyambung bicara,"Boleh saya tahu, sejauh mana awak suka berkawan dgn saya?" (pembaca kena alert, Amirul sudah masuk perangkap ni...)

‎"Ermmm jauhlah jugak. Sejauh kutub utara kutub selatan. hehe," jawab Ixora."Mengapa tanya?" Amirul menggaru-garu kepalanya yg tak gatal...

"Err...boleh saya tahu, ada lagi tak orang yang 'lebih jauh' dari tu?" (amboi..berkias2 plak eh)

‎"Hehe. Saya tak fahamlah bahasa semantik abang tu. Cakap direct kan senang?" (Ixora buat-buat tak paham pulak..adoih...)

"Ok, kalau saya cakap direct, awak jgn marah sy tau.." Amirul mula berfikir utk menyambung ayat seterusnya..."Laaa...nak marah kenapa pulak? Cakap jelah..."

‎"Err...awak dh ada yang 'special'?" soal Amirul. "Special? haha..lawaklah...sapalah yang nak ber'special' dgn saya ni? Dhla tak lawa..jahil plak tu...huhu," jawab Ixora. Amirul tersenyum dan berkata,"Sapa kata awak tak lawa? Pd pendapat saya, awak cantik...lebih cantik dripada kucing Parsi..hehe"

“Opps terkentut lak.”

‎"Sorry...tak sengaja," kata Amirul sambil mengibas-ngibas udara di sekeliling mereka utk menghalau aroma kentut itu pergi. Kemudian, mereka sama-sama ketawa lagi. (p/s: camnilah rupa org yg tengah angau. Asyik ketawa jer walaupun bau kentut..)

Mereka pun berbual-bual panjang di atas kerusi dgn jarak antara mereka dijarakkan sejauh dua hasta (nak jaga pergaulanlah konon, tapi, sopan ke macam ni?) Banyak mata memerhatikan mereka berdua. Ada yang senyum, ada yang sinis. Yang pastinya, kelakuan tersebut mengundang cemburu di hati Nazrin.."Cis...tak guna punya jantan!"

Pd malam itu, Nazrin selaku ketua PPI telah memanggil semua ahli mesyuarat (campur muslimin dan muslimat). Tujuannya tak lain ialah utk mem'BRAIN-WASH' setiap ahli supaya tak bercouple. Ixora terasa dirinya disindir tp dia tak menjawab. Pendam saja hatinya yang carik dikoyak-koyak dalam hujah-hujah Nazrin. Kebanyakan mata memerhatikannya seolah-olah dia seorang saja yang berdosa.

Apabila pulang ke kolej, Ixora terus dinasihati oleh naqibahnya yang senior, Leha."Ixora, akak rasa, Ixora tak boleh teruskan hubungan dgn dia. Lagipun dia berbeza fikrah dgn kita." Ixora menjawab,"Walaupun berbeza fikrah, tapi matlamatnya sama saja kan? semua nak menuju kepada Allah."

‎"Tapi Ixora, hubungan awak dgn dia bakal mencemarkan nama baik jemaah. Apa orang lain akan kata jika naqibah dan daie bercouple?"

"Tapi akak, bukankah couple tu fitrah makhluk? Semua makhluk Allah berpasang-pasang kan?" (p/s: dalil yang salah utk tujuan yg batil. Jgn tiru.)

Ixora tetap mempertahankan apa yg dirasakannya benar (walaupun salah). Leha sudah tak mampu nasihat lagi."Terpulanglah pd awak, Ixora. Akak nasihat jer...taknak nasi jadi bubur nanti."

"Terima kasih atas nasihat akak tu. Saya pandai jaga diri!"

Sementara itu, di bilik Amirul... "Amirul, cmne minggu ni..jadi keluar ikut program di rumah anak yatim?"

"Err...minggu ni byk assignment la nk kena siapkan...tak keluar kot.." (sejak dua menjak ni, Amirul semakin malas melibatkan diri dlm dkwah. Masjid pun jarang pergi. Solat di bilik ja. Puncanya: iman lemah kerana dalam hati ada anasir selain Allah...)

Hujung minggu tu..

"Abang, jom temankan saya study kat library...bleh tak? Bosanlah study sorang2...kawan2 smua taknak gi library."

"Okey.leh jer...tunaikan hak saudara..hehe.” (satu lagi dalil yg digunakan utk tujuan yg salah. Jgn tiru.)

Hanyut...hanyut...hanyut....Kepada para pembaca, sekali anda terjebak dlm perangkap cinta, hati anda akan ditawan sehinggalah hati anda terluka.....(to be contnued...letih menaip)

Hati Amirul berbunga kembali. Tiap-tiap malam ber-SMS dengan Ixora. Tiada lagi SMS soal-jawab agama tetapi lebih kepada soal hati mereka berdua. Teman sebilik menyimpan curiga tapi tidak mahu menegur kerana berbaik sangka. Tiada lagi igauan gadis berpurdah yang sebelum ini pernah lintas dalam hatinya tatkala kecewa dengan Ixora. Sekarang, dalam hatinya hanya ada Ixora, Ixora dan Ixora.

“Abang, bila abang hendak kenalkan saya kepada orang tua abang?” soal Ixora pada suatu hari.

“Err… rasanya belum sampai masanya lagilah. Kita kan masih belajar. Tahun ni final-year,”jawab Amirul.

“Tapi, saya rasa elok juga kita beritahu orang tua kita supaya lebih diberkati (ceh!).”

“Nantilah. Sabarlah dulu. Lepas habis belajar ni, kita terus kahwin, okey?”

“Lambat lagilah abang. Kalau boleh, esok jugak kita kahwin!”

“Ish, jangan mengarutlah! Belajar bagi habis dulu.”

“Saya rasa, hubungan kita sudah semakin rapat. Bimbang jika berlaku apa-apa yang tak diingini. Iman saya ni bukannya kuat sangat. Lebih baik kita kahwin cepat-cepat.”

“Abang mana ada duit hendak kahwin. Duit PTPTN pun cukup-cukup makan je….”

“Habis tu, abang nak kita terus macam ni? Saya rasa tak selesa bang. Banyak dosa yang kita kena tanggung kalau terus berhubungan camni. Semalam, akak Leha ada nasihatkan saya. Tidak elok couple lama-lama.”

Eh, baru sekarang sedar dosa pahala? Sebelum ni slumber je. Tak kisah pun. Mengapa tetiba berubah ‘fatwa’ pulak? Ixora semakin mendesak. Amirul pula berbelah bagi antara pelajaran dan hubungannya. Akhirnya, timbul satu idea dari Ixora, “Apa kata kita kahwin gantung?”

“Kahwin gantung?”

“Ye. Kahwin gantung. Mengapa? Abang juga pernah katakan, ‘Cinta bermula selepas kahwin’ tapi mengapa kita bercinta sekarang, abang?”

“Kita ditakdirkan jatuh cinta lebih awal, Ixora. Kita tak mampu menghalangnya. Ini semua takdir yang kita kena redha. Bersabarlah dulu. Nanti sudah habis belajar, sudah ada kerja, abang lamar Ixora cepat-cepat.” Amirul memberikan harapan.

Ixora tidak membalas lagi SMS itu. Dia cuba memahami keadaan Amirul dan dirinya yang masih di universiti. ‘Arghh! Mengapa begitu sulit perasaan ni?????’ Ixora mengomel sendirian.

Benarlah kata pepatah, cinta itu bagaikan kurap, makin digaru semakin sedap. Tapi, selepas habis garu, akan terasa sakitnya.

****

“Safwan, jika kau di tempat aku sekarang, apa yang kau ingin lakukan?”

“Masalah kau ni masalah hati, Amirul. Aku dh bagitau kau dulu, jangan main-main soal hati. Kau lupa apa yg Imam Syafii katakan,’ Jangan sentuh wanita walaupun hatinya.’ Kau telah melanggar sempadan dengan membiarkan dia mengharapkan kau. Aku rasa, eloklah kau kembali ke pangkal jalan,Amirul. Aku mahu kau jadi Amirul yang dulu. Amirul yang aku kenali sebagai seorang yang kuat berpegang dengan sunnah.”

Amirul menggeleng. Sekarang, barulah dia sedar yang dirinya sudah jauh dari jalan hidayah. Sedar atau tidak, sudah berbulan-bulan Amirul tidak keluar beruzlah memperbaiki diri walaupun sebelum ni dia seorang yang sangat ‘jos’. Dia beristighfar.

“Aku malu dengan semua rakan-rakan kita, Safwan. Anuar dan orang lain sudah pandang dingin dengan aku.”

“Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Jika kau betul-betul ikhlas hendak selesaikan masalah ini, pasti Allah akan buka jalan. Tapi, kau kenalah bersabar. Kadang-kadang, Allah hantar sesuatu kepada kita sebagai ujian untuk lihat sekuat mana iman kita.”

“Ternyata iman aku nipis, Safwan. Dengan mudah aku boleh sangkut. Dah tersangkut, susah pula nak lepas. Aduh...”

“Kau buatlah solat istikharah. Minta petunjuk Allah. Aku ni, bukan reti sangat bagi motivasi. Takde pengalaman macam kau.”

***



“Ixora, mengapa akak tengok awak macam muram je sekarang ni? Bergaduh dengan Amirul ke?”

“Eh...taklah.”

“Boleh akak tahu, apa masalah awak?”

“Entahlah, akak. Serba salah rasanya nk cerita. Derita yang saya tanggung ni sangat perit. Tak tahu, bilakah ia akan berakhir.”

“Dari awal lagi akak dh bagitau Ixora. Jangan main-main soal hati. Tapi, siapalah akak ni kan?”

“Janganlah kecil hati dengan saya, akak. Saya minta maaf sebab tak dengar nasihat akak dulu. Kalaulah saya tahu cinta tu berat, tak mungkin saya terlibat.Huhu.”

“Tak gunanya berkalau-kalau... ia adalah pintu syaitan.”

“Apa yang harus saya lakukan sekarang?”

“Putuskan hubungan dengan dia!”

“Haaa!!!! Tak sanggup akak!”

“Awak diberi pilihan antara dua. Terus atau patah balik. Fikirkanlah sendiri.”

Air mata mengalir membasahi pipinya. Berat sungguh pilihan ini. Jika diteruskan, dosa akan bertambah. Jika dihentikan, hati yang akan parah. “Ya Allah! Tunjukkanlah jalan yang terbaik buat kami yang jahil ni.”

***

Masing-masing bersolat istikharah memohon petunjuk dari Allah.

“Ixora, saya ada satu perkara penting hendak beritahu awak.”

“Ya. Saya pun ada hal penting hendak diberitahu abang juga.”

“Errr...mulai hari ni jangan panggil saya ‘abang’ lagi. Panggil Amirul saja.”

“Erm..ok. Saya cuba.”

“Sebenarnya, saya mahu minta maaf kerana telah mencuri hati awak dulu. Saya pun tak sangka jadi begini. Sekarang, saya mahu serahkan balik hati awak tu. Harap awak sudi terimanya semula.”

“Saya faham. Dan saya pun hendak serahkan semula hati ustaz yang saya curi dulu.”

“Jadi, mulai hari ni, kita sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa.”

SMS ditamatkan. Walaupun pedih tapi terpaksa. Realitinya menghadapi saat-saat putus cinta tidak semudah memadamkan dakwat marker di whiteboard. Sebenarnya ia lebih sukar daripada mencabut mata kail dari mulut ikan. Sakitnya, hanya ikan tu yang rasa. Kita manusia seronok memancing saja. Hari-hari berbaki perlu diisi segera. Jika ia kosong, syaitan akan dapat bertapa.

“Tuan-tuan yang mulia, kejayaan manusia hanya dalam mentaati perintah Allah mengikut cara Nabi SAW. Jika dalam hati kita ada kebesaran Allah, pasti kita akan bahagia. Carilah jalan yang halal yang Allah suka. Jika kita memilih jalan Yahudi dan Nasoro, pasti kita akan sengsara.”