masturat

masturat

usaha atas iman

Friday, April 27, 2012

aku mencintaimu... T_T

kita... fatihah

Assalamualaikum pembuka bicara... khususnya buatmu twin...
Puteri Alyatul Ulyah..
yer.. aku kira.. terlalu banyak persamaan antara kita.. walau pun belum sekali pun kita bersua muka.. tapi itu bukan menjadi alasan.. kenapa aku terlalu menyayangimu...
terbongkarnya persamaan antara kita.. menjadikan orang mencari aku.. bertanya kemana menghilang Puteri???
aku jawab apa yang perlu mereka tahu.. kau sudah pencen dari berfb an??? katanya.. takut2 terkena wabak "jiwa di fb".. nakal kau twin..
mereka sedih kehilanganmu.. yer .. masing2 bagitahu aku..
"ana rindu nasihat2nya"
subhanAllah.. pergi dirimu dirindui semua.. alhamdulillah.. ^____^
tanpa mereka tahu..
aku lah orang paling terasa kehilanganmu.. kebisuanmu menyakitkan aku..
apatah lagi dalam keadaan dirimu yang begini.. wallahi aku tak redha.. walaupun ini keputusanmu.. T___T


Twin...
jika kau kira kehidupanmu begitu menjadi alasan padaku yang kau tak layak aku anggap sahabat..
kau silap besar..
ukhwah kita tidak diukur melalui itu semua..
sedangkan kehidupan aku ???
cukuplah Allah dan aku jew yang tahu..
kerana mengingatinya aku pedih..
mengingatinya aku terluka..
untuk apa??
jika semua itu hanya akan menggores lagi luka yang tak pernah berhenti..
kita sama jew twin...


tak pewlah twin..
jika dengan tidak berhubung denganmu wat kau tenang disana...
aku terima.. cukuplah aku mendengar khabarmu melalui hamba Allah yang sorang tu..
aku sangat mengharap.. berita darinya mengenaimu...
sungguh twin..
aku tak redha...
membiarkan kau sorang diri hadapi semua ni..
tangisan itu..


kadang2 aku malu nga romateku.. Menangis seperti bayi kecil.. kerana terkilannya aku membiarkan kau seorang diri...
tapi dia sangat memahami..
tentang sakitmu..
kuat yer sayang..
wallahi aku mencintaimu sahabatku..
jika orang ingin menjauhi mu.. tapi tidak aku....
jika tidak kerana kerja..
ingin aku temui kau sekarang ini..
tapi aku perlu juga memahami kehendak dan keputusan..
yang kau ingin bersendirian...
aku terima..

cuma twin... jika kau perlu sahabat..
ingatlah .. ada aku yang sentiasa menanti selagi Allah izinkan hayat untuk aku kecapi..
ingat.. jangan pernah anggap dirimu keseorangan...
kerana aku ingin selalu disampingmu..
jika ditakdirkan aku berkahwin sekali pun satu ari nanti..
ingin sekali aku pastikan..
dia terima kau juga..
terima hakikat yang kau penting dalam hidupku selain keluargaku..
kerana jika dia benar mencintaiku...
dia mungkin lebih memahami diriku..
kerana ini juga antara 6 sifat sahabat..
jika hati ini boley dikongsi.. maku aku ingin kau kgsi dgnku..


twin...
aku .... aku tak mampu untuk berkata-kata lagi... ku doakn yang terbaik untukmu..
kuatkan dirimu sayang..
yakin nga Allah..
solatlah.. agar kau peroleh ketenangan..
maafkan aku jika kata2ku membuatkan kau menangis lagi..
sungguh bukan aku minta menjadi bayangan kata2nya..
wallahi aku tak mahu...
jika itu sume akan menambah luka dihatimu..
tapi siapalah aku..
aku cuma NORFATIHAH yang aku anggap kau twinku..
maafkan aku... T_T

sungguh... jika satu hari nanti kita bersua...
aku ingin sekali memelukmu..
agar berkurang duka mu...
walau pun aku tahu aku cuma hamba yang hina..
lansung takde kuasa melainkan sume dengan izin Allah..

ingat twin..
carilah aku..
perginya dirimu..
aku terasa kehilangan..
kerana kau bahagian dalam hidupku..
menangismu.. maka menangislah juga aku..
aku akan sentiasa menanti..
walau kabar darinya.. selalunya mengatakan kau baik2 jew..
tapi belum cukup menghilangkan kegusaran dihatiku padamu...

twin sayang...
jika ditanya, siapakah orang yang aku cintai selepas Allah, Rasul dan keluargaku.. tika ini...
pasti aku akan jawab dirimu twin...
wallahi aku mencintaimu.. kerana Allah yang kenalkan kita..
kau anugerah Allah yang terindah buatku..


"ya Allah, jika ini lah hujan, guruh dan petir yang KAU janjikan sebelum Kau hadirkan pelangi yang indah, maka aku mohon ya Allah.. Kau kuatkan twinku.. walau bagaimana pun ujian yang Kau berikan... biarlah ia hilang umpama tulisan yang akn hilang tika disapu pantai... kuatkan dia.. " amin ya Rabbi..

sabar ya sayang.. dan solatlah..


Thursday, April 19, 2012

hijRah itu..

Allah...
kalimah yang bukan aku selalu aku basahi dibibir.. tika dulu..
jahilnya aku tika itu...

namun.. siapalah aku...
hidayah itu milikNya.. 
ya... aku lah manusia yang terpilih untuk menikmatinya..
Alhamdulillah ya Allah.. 




benar.. aku kira.. inilah pengakiran sebuah penghijrahan...
namun ku lupa.. setiap destinasi yang ingin dituju pasti akan ada halangan..
pasti ada sekatan apa2..
pasti akan diuji..
dan aku lah insan yang teruji itu..


tidak ada kemudahan dan kesenangan didunia ini..
sedangkan kesenangan yang abadi adlah nun disana..
persoalannya.. apakah mampu aku untuk terus tegar menharungi perjalanan ini..
apakah aku kuat untuk merempoh halangan ini..
apakah akau mampu bersabar untuk sampai ke destinasi itu..


jika dulu.. aku seperti seronok dengan dunia yang tak punya apa2..
jika dulu.. aku lah insan yang lebih seronok ...
tapi... Allah sedarkan aku ..
sedarkan aku perginya abang tersayang..
kerana dia milikNYA..


terjatuh...
tersungkur..
walau pun aku kira dia lah abang yang paling garang dan tegas!!!!..
tapi dia juga abang yang sangat memahami...
perginya.. satu kehilangan yang tiada seri lagi diwajah ini..
perginya yang dirindui..
rindu akan nasihatnya..
rindu akan tegurannya..
rindu akan kemarahannya..
itu semua tanda kasihnya dia pada adiknya yang seorang ini..
terima kasih abang sayang.. moga disana Allah temukan kita kembali..
amin.. ^_^


mungkin ada yang kata..
seronok jika hidup tak diuji..
jika dulu..
mungkin akulah salah satu dari mereka... 
yang hanya mengeluh..
yang hanya akan meratap sesuatu ujian..
tanpa aku nampak dan melihat..
sebenarnya ada Allah disetiap tabir itu..
akulah insan yang buta.. 


hidup tanpa ujian umpama hidup tanpa kawan..
sunyi...
tak de kegembiraan..
tiada keseronokkan..
sedangkan hidup ini umpama pelangi..
yang terdiri dengan tujuh warna.. yang mewarnai sesiapa yang memandang..
naik turun kehidupan... sebenarnya itu fitrah..
dunia ini hanya permainan..
umpama kapal layar...
manfaatnya kapal itu apabila dibawa ke laut..
namun.. harus bijak melayarkannya..
jangan sampai air yang memenuhi ..
jika sedikit..
kita masih boleh buang air itu.. dan kita selamat.. tapi jika terlalu banyak..
apa yang mampu dilakukan??
melainkan kapal itu akan tenggelam..
begitu juga kita dan dunia..
manfaatnya kita.. adalah untuk mentadbir dunia...
tapi jangan sampai dunia masuk dalam hati..
kerana jika terlalu banyak dunia yang ada dalam hati kita..
kita akan binasa kerana tenggelam dengan keseronokkan dunia yang sekejap ini...


hakikiat kehidupan ini indah bila diuji..
melihat manisnya tarbiyah dari Allah itu..
membuatkan aku tersenyum..
kerana terasa makin dekat aku denganNya..


dan atas penghijrahan ini aku membawa diri..
merantau ke negeri orang..
semata2 untuk mencari kekuatan diri..
yang aku kira ..
aku kucundang bila terus2an diuji dengan keluarga tersayang..
mereka melihat aku gembira..
sedangkan aku menangis.. siapa tak sayang keluarga??
yang selama ini.. hidupku berseri dengan hadirnya mereka dalam hidup yang sekejap ini..
sungguh aku sayang mereka...
dan atas dasar sayang ini jualah yang membawa aku kesini..


sahabat itu ada disini


yang ditemani seorang sahabat.. yang sampai bila2 aku takkan lupa..
terima kasih sayang..
tanpamu.. aku mungkin tak sekuat ini..
tika aku sedang berlawan dengan keinginan dan kesedihan berjauhan dengan keluarga..
kau ada memberi kasih yang aku tak mampu membalasnya..
yang menyapu air mata ini tika mereka membuang aku jika aku teruskan niat ini..
benarlah... kekuatan itu akan diperolehi bila kita dekat dengan Allah.. sabar dan solat.. 
bila diuji.. sabar dan solat...
itu yang aku pelajari..
bila ibu tercinta menghubungiku yang aku sudah kehilangan ayahanda tercinta..
tika anaknya masih mencari kekuatan..
tika anaknya tiada disisi..
tika anaknya jauh dari pandangan..
namun siapalah aku untuk menyalahi takdir.. yang membawa seribu hikmah..
perancangan Allah.. sangat teratur dan rapi..
kesedihan yang berlarutan akan membawa kebinasaan.. sedangkan dia disana.. hanya memerlukan doa aku sebagai anak.. lalu untuk apa ratapan ini.. yang akan membuat ayah terseksa..
jika itulah yang terjadi tika ini.. aku kira... akulah anak yang derhaka..
aku lah anak yang zalim..
akulah anak yang tak kenang budi..
yang hidup dengan membesar atas keringat ayah.. tapi tidak membawa manfaat apa2 untuk ayah..
jika itu yang aku buat saat ini.. ampuni aku ayah...


Alhamdulillah..
melalui peristiwa yang berlaku.. aku kira ia belum cukup untuk membuktikan kesungguhan aku untuk berhijrah semata2 nak cari redha Allah..
memang benar.. sukar hidup tanpa suasana tarbiyah.. dan melalui itu..
aku cuba mencari sahabat yang mungkin sepertiku.. mohon ditarbiyah..
tika tercari2..
sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar suara hati hambaNya..
yang tanpa diduga...


twin sayang


dia hadirkan sahabat yang aku anggap seperti twin..
indah perancangan Allah..
sungguh..
yang hadirnya... juga sedang diuji..
namun melaluinya aku mendapat kekuatan..
pentingnya hidup berukhwah...
yang hadirnya sentiasa ada.. bukan tika suka je..
bahkan amat diperlukan tika duka..
kerana disitu lah nilai sesebuah ukhwah..\
melaluinya.. aku pelajari banyak perkara..
soal emosi..
soal tindakan..
yang apa aku praktikan sampai sekarang..
sentiasalah bersangka baik dengan Allah..
kerana Dia punya rancana yang lebih baik..
bahkan tidak pernah terfikir oleh akal ini..
itulah Allah.. yang sangat sayang akan hamba2Nya..
syukran dear.. kerana sudi singgah dalam kehidupan ku ..
walau pun aku bukanlah antara dalam kalangan kamu..


apa yang aku harapkan.. kembalinya nanti ke negeri kelahiran.. 
menguatkan aku dari ujian seterusnya.. kerana.. bagiku.. ini.. hanya permulaan.. sedangkan perjalanan untuk ke destinasi itu masih jauh.. moga Allah mudahkan segalanya.. amin.. 

Wednesday, April 18, 2012

BerSUGI



Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).
"Bersugilah kamu, sesungguhnya didalamnya terdapat kebaikan dan keredhaan dari Allah swt." sabda Rasulullah saw (diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra)
---------------------------------------------------------------------------------------------------
APA ITU BERSUGI?

Bersugi adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

HUKUM BERSUGI

1. Sunat - hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut.

2. Makruh - Orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.

CARA BERSUGI

jom amal.. ^_^
HIKMAH DAN FAEDAH BERSUGI

1. Memutihkan gigi (menanggalkan plak dan kaviti).
2. Mengoptimumkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrient makanan. Setiap batang gigi akan mengesan nutrient tertentu. Sekiranya gigi tersebut bersih, maka nutrient akan dikesan dengan baik untuk membantu melancarkan proses penghadaman.
3. Mengawal biotik (menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria).
4. Mengoptimumkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. Sebahagian besar kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Tubuh berkeupayaan menghasilkan kesemua nutrient kecuali asid folik dan mineral. Gigi yang bersih dan bersugi akan menguatkan tulang.

ADAB BERSUGI
1. niat bersugi untuk kebersihan diri dan keredhaan Allah swt.
2. baca bismillah dan selawat Nabi.
3. basuh kayu sugi sebelum dan selepas di gunakan.

TAHUKAH ANDA?

Kajian klinikal yang dilakukan oleh Jabatan Sains Pergigian (Pencegahan), Universiti King Arab Saudi pada 2003 menunjukkan amalan bersugi mempunyai khasiat perubatan untuk melindungi dari plak, gusi berdarah, gigi haus dan kesakitan gigi. (Arabnews)

RAHSIA SAINTIFIK KAYU SUGI

Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui cara gosokan.

Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.






Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya.
Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan.

Kesan Gigi Mendapat Elektron
Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.

Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.




Teknik Menggosok (Bersiwak)
Bersiwak atau menggosok dengan kayu sugi bukan sekadar membersih secara elektromangetik dan fizikal semata-mata, malah ia mencapai ke tahap spiritual dan merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi otak.

Teknik sebenar ialah tidak perlu gigit atau ketuk kayu tersebut untuk menjadikan ia berbulu. Ia boleh digosok terus sehingga berbulu. Apabila hujung kayu sugi berbulu, ia perlu dibuang semula kerana bulu yang terhasil itu didapati kekurangan elektron berbanding dengan kayu yang masih padat.

sumber : Super Skale dan http://rawatankesihatan.com/2008/10/rahsia-saintifik-kayu-sugi.html

p/s: rm2 sahaja kayu sugi ni. sangat murah berbanding dengan berus gigi.

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

ISTIQAMAHKAN ATAS PERJUANGAN INI

matikan kami dalam perjuangan ini

Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah kebutuhan, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan … 

Aku rindu zaman ketika mambina adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan … 

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan … 

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan … 

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan obyekan…. 

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan … 

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini … 

Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan… 

Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian … 

Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan ongkos yang ngepas dan peta tak jelas … 

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah … 

Aku rindu zaman ketika pergi liqo selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan … 

Aku rindu zaman ketika binaan menangis karena tak bisa hadir di liqo … 

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya … 

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat liqo dengan ongkos jatah belanja esok hari untuk keluarganya … 

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya … 

Aku rindu zaman itu … 

Ya Rabb … 

Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami … 

Ya Rabb … 

Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …

Bayang- Bayang


Mana mungkin
Lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
 -De Hearty, “Wanita”

Kerana itu,
Sebelum engkau melihat ke bawah
Dongakkanlah dulu kepalamu ke atas
Bagaimanakah hubunganmu dengan Sang Pemberi Rahmah?



Tatkala “kayu komitmen” kamu sahaja sudah bengkok
Apa mungkin bayang-bayang itu akan lurus elok?
Kata Al-Maududi;
“Bila kalian menyambut tugas dakwah ini
Tidak sebagaimana sikap kalian terhadap tugas yang menyangkut urusan peribadi kalian
Maka dakwah ini akan mengalami kekalahan yang nyata.

oleh kerana itu,
Sambutlah tugas (dakwah) ini dengan ghairah.”

Ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi?


Tentu mungkin murid kencing berlari
Andai saja gurunya kencing berdiri
Kerna bayang itu akan menuruti saja
Sang empunya tubuh yang menjadi originnya

Persis pesanan Ibnu Qayyim;
“Dunia itu seperti bayang-bayang.
Kamu tidak akan mampu mengejarnya,
Jika kamu ingin mengejarnya.
Tetapi jika kamu tinggalkannya,
Ia tiada pilihan
Melainkan mengikutimu.”

Maka,
Sudah luruskah kayu itu?

Monday, April 16, 2012

kebaikkan dunia akhirat





"Wahai Tuhan Kami... Kurniakanlah kepada kami kebaikan didunia dan di akhirat, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka"... .

adalah antara doa yang sering kita ulang-ulangkan saban hari selepas solat fardhu.. Tapi apakah sebenarnya Kebaikan didunia yang dimaksudkan itu?

1. Mendapat taufik dan hidayah Allah
Orang yang mendapat taufik dan hidayah ertinya dia seorang yang
dibantu oleh Allah untuk mengamalkan islam. Islam beerti selamat. Orang islam kalau kekal mendapat taufik dan hidayah dari Allah, akan selamat didunia dan akhirat.

Sabda nabi s.a.w.:
"Sungguh beruntung orang yang beragama Islam"(Riwayat Muslim).

2. Diberi kefahaman agama.
Untuk amalkan Islam kefahaman tentang Islam juga dikira telah mendapat kebaikan didunia. Orang islam yang tidak diberi kefahaman tentang Islam oleh Allah akan mengamalkan apa yang disangkanya dari ajaran Islam tetapi sebenarnya menyeleweng dari Islam. Hidup tak akan benar-benar selamat dan tak mampu menyelamatkan orang lain.

Sabda nabi: 
"Sesiapa yang Allah mengkehendaki kebaikan kepadanya, Dia akan menjadikannya faham dalam agama." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Dapat berbuat amalan soleh.
Dengan kefahaman agama yang Allah beri, seseorang itu dapat berbuat amal soleh. Ini juga merupakan kebaikan di dunia kerana hidup akan terisi perkara baik dan tidak terumbang-ambing.

Firman Allah:
"Orang- orang yang berbuat baik didunia ini memperolehi 'hasanah' (kebaikan). Dan bumi Allah itu adalah luas"(Az-Zumar: 10).

4. Mendapat Ilmu yang bermanfaat.
Ilmu yang bermanfaat adalah panduan untuk mengisi hidup dengan perkara-perkara yang baik dan selamat.

Sebab itu Nabi s.a.w: 
"Ya Allah ya Tuhanku, berilah manfaat kepadaku dari apa-apa yang engkau ajarkan kepadaku dan ajarkanlah daku apa-apa yang bermanfaat buat diriku."(Riwayat at-Tabrani)

5. Mendapat pasangan hidup yang soleh/solehah, zuriat penyejuk hati,sahabat yang solihin.
Kebahagiaan hidup adalah perkara yang semua orang impikan.

Sabda Nabi:
 "Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negeri sendiri."(Riwayat ad-Dailami dari Ali .a).

Isteri atau suami yang baik membantu seseorang mendekatkan diri kepada Allah. Anak-anak yang baik akan terus memberi manfaat setelah kematian kita. Pahala amalan baiknya hasil didikan kita dan doa mereka akan terus mengalir kepada kita. Sahabat yang baik akan membawa kita kepada jalan hidup yang selamat. Mereka tempat kita berkongsi masalah dan kegagalan, bukan hanya berkongsi senang dan kejayaan.

6. Kesihatan dan kesejahteraan.
Dengan mempunyai kesihatan yang baik, banyak perkara yang dapat dilakukan dalam hidup ini. Kesihatan juga sering dikaitkan dengan kesejahteraan hidup.

Nabi s.a.w memohon:
"Ya Allah, afiatkanlah tubuhku dan afiatkanlah pendengaranku. " (Riwayat Ibnu Syaibah)

7. Panjang Umur dalam ketaatan.
Hampir setiap orang mahu hidup lama kecuali orang yang putus asa dengan hidup (na'uzubillah) .


8. Mendapat rezeki yang halal.
Nabi s.a.w menekankan agar umatnya berusaha mendapatkan rezeki halal kerana ia memberkatkan hidup. Dalam satu hadis, baginda mengatakan bahawa mencari rezeki yang halal itu satu jihad.

Malah sabdanya: 
"Amalan yang paling utama itu ialah mencari rezeki dari sumber yang halal." (Riwayat al-Hakim).

9. Beroleh keimanan dan ketaqwaan.
Dengan iman dan taqwa, seseorang itu mulia disisi Allah dan manusia.

Sabda nabi:
 "Semulia-mulia manusia adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Banyak mengingati Allah s.w.t.
Nikmat paling besar yang manusia cari-cari dalam hidup ialah nikmat ketenangan.

Firman Allah: 
"Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." (Ar-ra'ad:28) .
11. Berjaya menyucikan jiwa dari mazmumah.
Hidup tak akan tenang jika hati penuh hasad dengki, tamak, takut, benci dan pelbagai sifat mazmumah lain. Tidak hairanlah dikatakan orang yang bersih hatinya daripada sifat mazmumah ini adalah orang yang mendapat kebaikan didunia. Bila menghadapi musibah, dia sabar dan bersangka baik dengan Allah. Bila dapat nikmat, dia bersyukur. Hatinya tak pernah keluh-kesah.

Firman Allah:
"Sesungguhnya berjaya dan beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya." (Al-A'lah:14)
12. Mati dalam kebaikan (Husnul Khotimah).
Ini merupakan penutup segala kebaikan di dunia.

Kebaikan di dunia itu sebenarnya milik hamba-hambaNya yang taat, hamba yang lebih utamakan akhirat dari dunia. Dalam surah an-Nahl:22, dinyatakan bahawa Allah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s hasanah di atas kehidupan dunia. Ayat ini menjadi dalil bahawa ada kebaikan duniawi yang Allah beri kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki.
wallahua'lam

Saturday, April 14, 2012

Saat Kusentuh Jemarimu Dengan Mesra


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jemari itu tak lagi lentik, terasa beda saat pertama kali disentuh kala malam pertama. Kulitnya bersisik dan berkerut, karena getir kehidupan. Guratan bekas parutan pun membuatnya bertambah kasar. Tak jarang jemari itu basah, menahan kristal-kristal bening yang menggenang di telaga mata, pedih... teringat pedasnya kata-kata yang pernah menusuk hati.

Kala keheningan malam menjamu temaramnya rembulan, diukirnya do'a-do'a dengan goresan harapan, khusyu', berharap regukan kasih sayang dari Sang Pemilik Cinta. Hingga tubuh penat itupun bangkit, menatap belahan jiwa dengan tatapan cinta, kemudian perlahan dikecupnya sang kakanda dengan mesra.

Indah...

Sungguh teramat indah Al Qur'an melukiskannya, "Mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka." [Al-Baqarah 187]

Adakah yang lebih indah dari rasa kasih sayang diantara kedua insan yang berlainan jenis dalam sebuah ikatan pernikahan? Ia adalah sebuah mitsaqan ghalidza (perjanjian yang kuat), karenanya yang haram menjadi halal, maksiat menjadi ibadah, kekejian menjadi kesucian dan kebebasan pun menjadi sebuah tanggung jawab. Dua hati yang berserakan akhirnya bertautan, ibadah... hanya itu yang dijadikan alasan.

Keindahan cinta dalam sebuah mahligai pernikahan adalah harapan penghuninya. Cinta akan membuat seseorang lebih mengutamakan yang dicintainya, sehingga seorang istri akan mengutamakan suami dalam keluarga, dan seorang suami tentu akan mengutamakan perlindungan dan pemberian nafkah kepada istri tercinta.

Cinta memang dapat berbentuk kecupan sayang, kehangatan, dan perhatian, namun bunga cinta tetaplah membutuhkan pupuk agar selalu bersemi indah. Karenanya, segala kekurangan akan menumbuhkan kebesaran jiwa, bahkan air mata yang mengalir itu pun adalah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, karena IA telah memberikan pasangan hidup yang selalu bersama mengharap keridhoan-Nya.

Lalu, masihkah kehangatan itu nyata seiring bertambahnya usia pernikahan?

Aaah...

Kadang kita sebagai suami lebih sering bersikap dzalim. Kesibukan tiada henti, rutinitas yang selalu dijumpai, lebih menjadi 'istri' daripada makna istri itu sendiri. Masihkah ada curahan kelembutan dari seorang qowwam (pemimpin) yang teduh? Adakah belaian kasih sayang yang begitu hangat seperti kala pertama kedua hati bersatu?

Saat-saat awal pernikahan, duhai sungguh romantis. Rona mata penuh makna cinta terpancar saat saling berpandangan, kedua tangan saling bergandengan, hingga jemari tersulam mesra. Tak lupa bibir melantunkan seuntai nada ...Sambutlah tanganku ini / Belailah dengan mesra / Kasihmu hanya untukku / Hingga akhir nanti... Amboi... sungguh membuat iri mata yang memandang.

Malam dan siang silih berganti mewarnai hari, susah senang hilang timbul bagaikan gelombang laut, keluh dan bosan pun kadang menelusup, hingga akhirnya lirik lagu cinta pun meredup ...Sepanjang jalan kenangan kita selalu bergandeng tangan / Sepanjang jalan kenangan kupeluk dirimu mesra / Hujan yang rintik-rintik di awal bulan itu / Menambah nikmatnya malam syahdu... Akhirnya kemesraan pun hanyalah sekedar kenangan.

Entahlah...

Entah kemana canda yang dahulu pernah membuat istri kita tertawa bahagia, ciuman di kening seraya berpesan "Baik-baik ya di rumah," atau pun sekedar ucapan salam "Assalaamu alaykum ummi," saat akan keluar rumah. Bahkan, lupa kapan terakhir tangan ini menyentuh, menggenggam mesra jemari istri tercinta. Padahal dosa-dosa akan berguguran dari sela-sela jemari saat kedua tangan disatukan.

Duhai Allah, Airmata itu pernah tumpah, deras bercucuran Luruh dalam isakan, menyayat kepedihan Hanya karena enggan jemari ini bersentuhan

Ampuni diri yang dzalim ini yaa Allah Sadarkan, sebelum saatnya harus beranjak pergi Jauh, dan... tak akan pernah kembali...

artikle ini.. ku nukinlkan.. yang dikisahkan dari seorang sahabt.. bila diuji suami yang sudah tidak ambil pdli..

Friday, April 13, 2012

ukhwah kita SAHABAT ISTIMEWA

Assalamualaikum sahabat yang ku kasihi kerana Allah yang Satu...
walau pun tidak mengenal siapa... tapi di group SAHABAT ISTIMEWAlah.. tautan ini terjalin..
^_^ syg gp nie

sahabat..
Yang jauh didekatkan Yang dekat dieratkan. insyaAllah yer..
Allah swt berfirman:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."( Al hujurat : ayat 13).

Silalaturahim : Menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

Sepertimana dlm sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim" (Riwayat al-bukhari).

Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia

Sabda baginda yang maksudnya:" Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari."
Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.


berukhwahlah kerana Allah


Tak kenal maka tak Cinta.
Bila sebut cinta, ramai yang beranggapan Cinta pada manusia. Tapi jangan lupa Cinta pada Allah itu adalah yang sebaiknya.


Muhasabah buat kita, adakah benar kita mengenali sahabat yang berada di sekeliling kita?

Untuk memulakan hubungan itu bukannya susah.kita boleh mulai dengan senyuman, salam, bertanya khabar, ziarah menziarahi dan riadah bersama.

Kita memerlukan Biah solehah.

Mungkin ramai tidak faham apakah maksud yang tersirat didalam Biah solehah sehinggakan ada yang salah anggap biah solehah ini adalah satu kempen yang tidak dibuat diatas sebab factor yang tertentu. Bukankah maksud Biah Solehah adalah persekitaran yang baik. Maka dengan wujudnya persekitaran yang baik kita sendiri akan selesa dalam mengerjakan amal ibadah kita. Kita sebagai peneraju generasi ummah patut sedar betapa pentingnya untuk menjaga Biah Solehah dwaktu ini.

Betapa pentingnya mewujudkan Biah Solehah dan memeliharanya daripada dicemari oleh anasir-anasir yang tidak baik.

Betapa pentingnya menjaga Biah Solehah untuk membantu menjaga peribadi kita sebagai seorang muslim.

Mewujudkan Biah Solehah atau persekitaran yang baik adalah suatu yang wajib. Ia termasuk dalam amar makruf dan nahi mungkar. Bahkan menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar itu adalah tuntutan agama.

Tak kira di mana sekalipun sama ada di rumah, sekolah, universiti, tempat kerja dan di mana sahaja, di dalam bangunan atau di luar bangunan, dalam suatu kawasan atau luar kawasan, kita perlu mewujudkan Biah Solehah.

Amat tidak patut bagi satu pihak yang berusaha untuk mewujudkan Biah Solehah dan pada masa yang sama ada pihak yang lain yang meruntuhkan Biah Solehah yang hendak dibina. Tetapi, itulah realiti dan hakikat yang berlaku dalam kehidupan kita seharian.

Ukhuwah dalam kehidupan.

Imam Hassan al banna bahawa ukuhuwah islam adalah ikatan hati dan jiwa bersama akidah. Apa beza ikatan persahabat friendship forever & ever and ever yang selalu dgendong oleh pihak barat dengan Islam?

Tentu sekali pihak barat berkawan dan bersahabat, dan kita akui cukup kuat persahabatan itu, tapi sehingga ke mana mereka membawa ikatan mereka itu?

Berbeza dengan islam, kita berukhuwah, bukan kerana harta, mahupun pangkat ataupun darjat. kita berukhuwah kerana kita mengharapkan keredhaanNya. kita berukhuwah hingga ke syurgaNya, dalam satu akidah dan keterikatan hati dan jiwa antara satu sama lain.

Dalam ikatan hati & jiwa inilah yg mndorong kita bersatu padu, berusaha untuk memajukan agama mulia kita, agama Islam. kehidupan yang harmoni dan aman damai tidak akan dapat dicapai jika kita berburuk sangka, tidak menghormati orang lain dan berlaku biadap dalam kehidupan seharian. jika kita benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan ukhuwah yang mengikat hati-hati dan jiwa-jiwa antara kita, sudah pasti kita akan mampu bangkit menjadi sebuah umat yang cemerlang, secemerlang umat terdahulu, malahan lebih baik lagi kerana kita betul-betul sudah memahami islam itu sendiri. Ini adalah disebabkan islam itulah yang mengajak para ahlinya untuk saling berukhuwah. Ukhuwah kerana Allah.

Ukhuwah itu persahabatan.
ingt pic nie tk??? 

ukhuwah bukan sekadar berkawan semata-mata malahan lebih dari itu sesungguhnya ia meliputi setiap aspek kehidupan kita.

Cuba masing-masing fikirkan kembali, lihat sekeliling kita. betul atau tidak jika buat hypothesis mengatakan,kawan-kawan yang baik akan membentuk suasana yang baik dan vice versa?

Cuba perhatikan tingkah laku para remaja. adakah dalam sekumpulan remaja yang suka buang masa dengan lepak atau sebagainya akan adakah seorang daripada mereka ini kaki masjid dan khatam al-quran?

Inilah jawapannya kerana fitrah manusia adalah mencari mereka yang bersehaluan dengan mereka. fitrah manusia yang suka akan keselesaan dalam kebersamaan.

Allah swt telah mengingatkan kita di dalam al-quran supaya kita memilih kawan dengan berhati-hati, supaya kita tidak akan tersilap langkah keran effect seorang sahabat itu lebih hebat dalam kehidupan kita.

“kawan yang baik akhlaknya, syumul ibadahnya wajib dicontohi dan didampingi. sungguh merekalah yang dapat membantu kita dalam usaha kita meniti perjalanan di akhirat nanti”.

"Dia menyeru kepada sesuatu yang (sebenarnya) bencananya lebih dekat daripada manfaatnya. Sungguh, itu seburuk-buruk penolong dan sejahat-jahat kawan."( 
Al-Hajj : 13)

Sepertimana kata-kata Saidina Ali :” sahabat adalah sesiapa yg melarang mu dripd melakukan kejahatan, manakala musuhmu ialah sesiapa yang menggalakkan dirimu utk melakukan kejahatan.”


Kuatkan ukhuwah dalam dada

Apa gunanya berukhuwah jikalau tidak dijaga dengan penuh istiqamah?

Ada beberapa cara untuk kita sentiasa istiqamah dalam menjaga ukhuwah yang dibina supaya ia terus berkekalan.

Baginda rasulullah s.a.w pernah bersabda,
“Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Sungguh mudah. jangan kelukan lidah anda, ringankan mulut anda, cabar ego anda, dan luahkannya kepada mereka yang perlu tahu. sesungguhnya kita berkasih dalam rahmat ilahi, tiada apa yang perlu ditakuti. kita bersaudara kerana Allah swt semata-mata.apa salahnya jika kita mendoakan perkara yang baik untuk sahabat kita? bukankah itu adalah amalan yang baik dan mulia?

"Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan bagimu juga seperti itu"(Hadis riwayat Muslim)

Sungguh tidak rugi dan salah jika mendoakan kebaikan untuk sahabat kita, malahan ia dapat membantu sahabat kita yang ditimpa kesusahan.perkara yang

Senyuman juga dapat dijadikan salah satu cara untuk merapatkan hubungan ukhuwah sesama kita. betullah, siapa yang tak suka melihat orang lain memberi senyuman terhadapnya?

“Janganlah engkau remehkan kebaikan apa sahaja yang datang dari saudaramu dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan”.

(Hadis riwayat Muslim)

Tidak dinafikan bilamana kita dapat melihat sahabat-handai kita tersenyum girang pastinya kita juga akan ceria. Senyumlah, walaupun hidup anda penuh dengan musibah dan cabaran.tak salah juga ucapkan selamat terhadap sahabat kita ketika mereka memperolehi sesuatu yang baik.

“Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (Hadis riwayat Tabrani)

sungguh Islam menggalakkan kita untuk bersaudara sesama kita. tidak rugi kita berukhuwah kerana semuanya adalah kerana Allah swt. ayuh, pergi keluar dan jalinkan ukhuwah sesama kita! dan moga.. di group ini..


sahabat istimewa
ukhwah itu terjalin hingga ke syurga Allah.. amin..

yakinlah jika memang dia..




Meningkat umur di perjalanan ini, semakin dewasa pemikiran dan perasaan. Sungguh, kehadiran cinta menggetarkan jiwa dan rasa. Tanpa perlu belajar, tidak perlu merujuk nota…hadirnya tidak diundang, tetap melawat dan mendiam dihati insan.

Manusia sering menyebut tentang cinta pada hamba-hambaNya. Ternyata kita sering lupa hakikat cinta sebenar hanya untukNya. Rindu dan kasih sayang anugerahNya untuk kita belajar mencintaNya melebihi segalanya. Allah tidak pernah melarang hambaNya berkasih sayang. Justeru, rasa cinta itu sendiri adalah takdirNya.

Maha Mengetahuinya Dia akan hati hambaNya. Setiap jiwa memiliki perasaan untuk dicintai dan mencinta, maka Dia menyediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya. Berkahwinlah keranaNya, mencintailah keranaNya, bertemu dan berpisah jua keranaNya,hanya untukNya. Terlalu sayangnya Dia pada hambaNya, sentiasa memberikan kita jalan yg terindah. Dia mengetahui fitrah yang membalut setiap manusia. Namun, berapa ramai yg menghayati anugerahNya. Cinta nafsu yang memerangkap jiwa remaja, padahal telah Allah memberikan peringatan demi peringatan, namun teruna dan dara terus terbelit dan terkandas dalam cinta yang dianggap indah namun rupanya bersulam nafsu semata-mata.

“ Cinta yang membuah ranum didasar hati,
Menciptakan kemanisan pada jiwa setiap insan yang merasa,
Namun tanpa baja..tanpa dijaga,
Akar yang kukuh juga akan rapuh,
Andai batang yang tebal jua menyembah bumi,
Manakan ranting dan dahan ingin berpaut,
Andaikan bunga yang indah berguguran sebelum kembang,
Manakan buah hendak masak memerah”

Bagitulah halnya tentang cinta ini, andai perasaan yang terpendam diresipikan nafsu bukannya iman, rosaklah perasaan, tumbuhnya sekadar mngundang serangga perosak. Buahnya meranum namun rasanya pahit. Akhirnya dibiar mati tidak dipeduli.


jagalah hati.. ubat hati ada 5 perkara
Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari

Jangan menghantar hatimu menuju kehancuran, kerana terlalu cintakan dunia dan manusia, akan memakan jiwa. Manakan seorang hamba mengharap pada hamba yang lain, sedangkan hamba yang lain jua mengharap pada Pencipta yang satu. Sekeping hati yang dimiliki setiap jasad ini boleh berubah bila-bila masa sahaja kehendak dan kemahuannya. Sungguh rapuh.

Hari ini berbicara cinta, hari esok tiada rasa. Hari ini, berjanji setia..hari esok tiada suara. Hari ini dia milikmu, hari ini esok belum tentu. Siapa kita untuk mengatur sekeping hati, mengatur jalan kaki sendiri ke arah yang benar pun ramai yang tidak pasti.

Semua orang ingin dicintai, tambahan pula bila dicintai oleh insan yang mereka cintai. Apabila cinta tidak kesampaian, ramai yang merajuk hati hingga ada insan yang lebih memilih mati hanya kerana disingkir cinta. Alangkah ruginya titisan air mata dilepaskan untuk cinta manusia yang hidupnya hanya sementara.

Sedangkan tidak ramai yang sanggup bergenang air mata menghayati anugerah Dia. Tidak banyak pula yang mensyukuri nikmatNya. Berapa ramai yang sedar bahawa takdirnya adalah terbaik untuk setiap hambaNya. Percayalah bahawasanya Dia lebih mengenali hati hambaNya. Masakan Allah yang maha Penyayang bersikap zalim. Dia maha mengetahui segala sesuatu baik yang nyata mahupun tersembunyi.


“ Mencintai tidak bererti memiliki..

Siapa berhak melunakkan sekeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodohnya manusia ada ditangannya.
Saudara dan saudari tercinta,
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi,
Cinta yang membuatkanmu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan,
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan.

Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu…

“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi )
semua dengan izin Allah


Saudara dan saudari tersayang,

Orang yang wujud dihatinya ada rasa mencintai Allah melebihi segala apa yang ada di langit dan dibumi, nescaya tiada duka buatnya. Allah akan memenuhi rindu dihatinya, tiada lagi rindunya buat duniawi yang akan binasa. Seseorang pecinta akan selalu berfikir dan menyebut insan yang dicintai, ibaratnya tak mati dihati, tak lekang dibibir. Demikian jualah cinta untuk Illahi, persiapkan lisan untuk selalu menyebut indah namaNya, sediakan hati untuk selalu mengingatiNya, dan jadilah insan yang paling bahagia dalam redaNya.

Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.”(Sahih Bukhari)

Amin

ikhlas... ye ke??

apalah ertinya amal ini jika kerana manusia
Assalamualaikum... alhamdulillah... kerana masih diberi keizinan pada diri ini untuk terus berkongsi dengan sahabat2 semua.. kita sering berbicara soal ibadah.. kebaikan.. cma menjadi persoalannya.. adakah semua yang kita lakukan adalah ikhlas??? semata2 kerana Allah... ???
jadi hari ini.. ana nak berbicara berkenaan ikhlas dengan sahabat2 semua... insyaAllah yer...


Belajar menjadi ikhlas ? Ya . Kenapa saya katakan demikian , coz ikhlas ini perlu belajar dan ikhlas juga mesti dilatih pada hati kita !
Bukan senang untuk dapatkan keikhlasan hati . Berapa ramai dalam kalangan kita melakukan sesuatu pekerjaan kerana ALLAH . Anda ikhlas ? Saya tidak kata anda salah satunya . Baguslah kalau kita yakin kita melakukan kerja dengan ikhlas . Tapi semakin kita katakan yang kita ikhlas , semakin keikhlasan itu lari daripada kita .

Ikhlas ni adalah sesuatu perkara yang sangat susah untuk kita dapat . Hatta kalau kita dapat sekalipun , ikhlas itu takkan kekal lama , 'dia' akan datang dan pergi . Keikhlasan hati itu akan sentiasa berperang dengan diri kita .

Andai kita sedang yakinkan diri ketika kita tengah berperang antara ikhlas dan ria' , itulah ikhlas . Contohnya , kalau kita tersedar apa yang kita buat bukan kerana ALLAH , tapi ada unsur-unsur duniawi atau kerana manusia , kita pon try untuk ubah niat 'aku buat kerana ALLAH' . Masa kamu melawan ria' itulah ikhlas , kerana kamu berusaha menjauhkan diri kamu daripada ria' .

Apabila kita melakukan sesuatu untuk kepentingan diri , hawa nafsu dan dunia , keikhlasan itu akan lari daripada kita . Contohnya , seseorang yang berdakwah di bawah jamaah , boleh jadi apa yang dia buat bukan kerana ALLAH tapi kerana jemaah itu sendiri . Sebab itu kita kena berhati-hati dengan niat . Sentiasa tajdid niat kerana ikhlas itu datang dan pergi .

Orang yang dah berkali-kali melakukan kebaikan yang sama pun kena sentiasa tajdid niat , kerana apa yang saya katakan , IKHLAS DATANG DAN PERGI !

Contohnya wanita yang memakai purdah , pada mulanya memang niat kerana ALLAH . Sampai satu masa , dia perasan bahawa ramai orang yang memandang dia bila memakai purdah , mungkin timbul perasaan bahawa dia adalah orang yang 'alim' dalam kalangan mereka yang lain atau dia kelihatan cantik bila memakai purdah dan semenjak itu si dia suka sangat memakai purdah tanpa sedari sudah lari dari niat asal . Ikhlas tu lagi lah hilang . See ? Betapa pentingnya kita untuk tajdid niat setiap hari .

Salah satu ciri orang yang ikhlas , dia akan lupa pada kebaikan yang pernah dia buat pada waktu lepas dan tidak pernah mengungkit-ungkit kebaikan yang dilakukannya kepada orang lain . Firman ALLAH dalam surah al-Baqarah ayat 264 ;

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat"

Niat kita juga tidak boleh dicampurkan antara akhirat dan duniawi . Saya bagi satu analogi , terdapat satu gelas air kosong yang sangat jernih airnya , kemudian kita mencampurkan air itu dengan air teh . Pasti kejernihan air kosong tadi tercemar akibat warna air teh yang dicampurkan tadi . Nampak tak kesannya apabila kita campur-adukkan sesuatu perkara . Buatlah sesuatu perkara kerana ALLAH sahaja . InsyaALLAH kamu akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat

Nak menjaga niat ini merangkumi semua perkara , sampaikan kita sedih pun ALLAH menilai niat kesedihan kita itu . Adakah kamu menangis kerana ALLAH atau kerana dunia semata-mata ? Apakah sebab kesedihan kamu dek kerana gagal dalam peperiksaan ? Adakah malu pada kawan-kawan ? Atau sedih sebab akan lambat untuk habiskan madah ? Maka , kamu hanya mendapat kesedihan sahaja , tidak memberi apa-apa manfaat pada ALLAH .

Pada zaman nabi , terdapat satu kisah para sahabat menangis kerana ALLAH .
"Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: “Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu”, mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan air mata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah)

[at-Taubah : 92]

Betapa hebatnya mereka menangis kerana ALLAH . Pernah tak kita sedih sebab sesuatu perkara kerana ALLAH ? Apabila kita gagal dalam peperiksaan , pernah tak kita menangis sebab kita akan lambat habis belajar untuk berdakwah pada masyarakat ? Astaghfirullah al'azim . Saya sendiri tidak pernah terfikir .

Ketahuilah , setiap musibah yang ALLAH beri pada kita ada 3 sebab ;
  • menguji kita samada kita beriman dan sabar dengan ujian ataupun tidak .

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)"

[al-Baqarah : 214]

  • sebagai kafarah dosa-dosa kita yang dahulu .
  • ALLAH rindu permohonan dan doa hambanya .
Oleh itu , sentiasa berbaik sangkalah pada ALLAH dan perbaharuilah niat kita setiapa hari , setiap masa dan setiap saat . Semoga kebaikan yang kamu lakukan dilihat ALLAH dan bernilai di sisi-Nya .

Saya nak kongsikan satu hadis yang bagi saya sangat memberi kesan pada diri .

Dari Umar bin Khattab meriwayatkan bahawa pada suatu hari dia pergi ke Masjid Nabawi dan mendapati Muadz bin Jabal sedang duduk dekat kubran Rasulullah SAW sambil menangis . Umar bertanya padanya , "apa yang menyebabkan engkau menangis?" Muadz menjawab , "aku menangis kerana sesuatu yang telah ku dengar dari Rasulullah SAW bersabda , "sesungguhnya seringan-ringan ria' adalah syirik , dan sesngguhnya barangsiapa yang memusuhi wali ALLAH , maka sesungguhnya ia telah menyatakan perang kepada ALLAH . Sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yang suka berbuat amal solih , yang selalu takut (kepada-Nya) , dan yang tidak terkenal . Apabila mereka tidak hadir , mereka tidak pernah dicari , dan apabila mereka hadir , mereka tidak pernah dipanggil dan tidak dikenal . Hati mereka laksana peliya-pelita hidayah , mereka keluar dari segala debu-debu kegelapan ."
[Ibnu Majah,Thabrani,Hakim]

Pada zaman dahulu , kebanyakan mereka yang menulis buku tidak meletakkan nama mereka kerana dikhuatiri akan timbul ria' . Mereka lebih mementingkan niat mereka iaitu untuk berdakwah tanpa ingin dikenali . Berbanding dengan zaman sekarang ini , berapa ramai yang belajar dengan ikhlas ? Berapa ramai yang pergi ke majlis-majlis ilmu kerana ALLAH atau hanya ingin dikenali sebagai orang yang alim ? Ingatlah , penyakit ria' itu sangat-sangat ditakuti Rasulullah SAW .

“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Baginda pun berkata:” Syirik khafi(ria') iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.”
[Riwayat Ibnu Majah]

benarlah ikhlas itu sukar.. kerana ganjarannya syurga.. subhanAllah.. cubalah.. walau pun payah... semata2 kerana Allah... Pencipta kita yang Maha Besar.. peringatan bersama.. terutamanya pada diri yang sangat2 dhaif ini..
wallahua'lam...

Wednesday, April 11, 2012

pUtEri Twinku Sayang..



Assalamualaikum wbt sahabatku...

segala puji bagi Allah kerana memberi keizinan padaku tika ini.. selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah S.A.W tercinta serta salam pada keluarga dan para sahabat baginda yang banyak berjuang hingga kini islam itu kita kecap... sungguh indah perancangan Allah.. ^_^




Twinku sayang...
apa khabarmu tika ini???
adakah masih setia menangih kasih sayangNya??
apakah terus istiqamah dalam memperjuangkan syariatNya...
jika masih.. Alhamdulillah.. ^_^



Mengenalimu.. subhanAllah... anugerah Allah tidak ternilai buatku... dapat mengenalimu didunia yang sementara ini.. aku bersyukur.. kerana mengizinkan aku hadir dalam hidupmu.. walau pun bukanlah aku yang engkau harapkan.. tapi aku lah yang Allah takdirkan... ^_^ perasaanku??? subhanAllah sesungguhnya hanya Dia yang tahu.. mana tidaknya.. dapat mengenali seorang hafizah, alimah... sedangkan bukanlah aku yang lahir dari kalangan itu.. itulah twinku.. walau pun bukan lahir dari benih bapa yang same.. bukan jua di kandung dari rahim yang same.. ku kira dan anggapmu twinku.. walaupun aku sedar siapalah aku untuk menganggapnya begitu.. tak layak rasanya.. ^_^

Twin.. dukamu tika ini adlah duka jua.. kerana ukhwah ini kerana Allah.. maka ku didik hati ini untk turut merasa pahit perit dan jerihmu untuk teruskan hidup dikala ujian Allah datang bertandang tidak putus2.. twinku... aku bukanlah penasihat yang baik.. bahkan tak layak utk menasihati seorang alimah sepertimu.. aku cuma hamba Allah yang saban hari merasakan Allah takdirkan aku untuk berada disampingmu.. walaupun ku tk pasti apakah ini jua kehendakmu..



Twin.. sekelian lama aku memerhatimu... di gp Sahabat Istimewalah detik perkenalan kita.. yeaaaa.. benar cma di fb.. tapi sapelah aku untuk pertikaikan dengan kecanggihan teknologi Allah takdirkan aku mengenali hanya cukup sekadar dgn nma PUTERI ALYATUL ULYAH...

hiihihi.. imbas balik.. nk tegur pun.. adehhhhh susahnya.. sbb kerdilnya aku berbanding denganmu... walaupun aku tahu engkau pun manusia ciptaan Allah same sapertiku.. tapi .. itulah yang aku rasa...
aku cuma memerhati.. dan terus memerhati.. sampai detik itu.. kau yang mulakan..
wallahi.. aku gembira...
mungkin kau kira itu detik perkenalan kita.. bagiku tidak... sejak aku mengenali SI lagi.. sampai satu tika itu kau deactive fb.. entah.. sedih teramat.. melalui adk kesyangnmu ku cma bertanya.. namun dia pun banyak berdalil.. yeaaa aku tahu dia sangat amanah orangnya.. itulah adikku jua.. ^_^

Twin.. Allah mengujimu atas pertunangan ini... menjadikan asbab terjatuh tersunggurnya dirimu.. sukar untuk bangkit.. Allah... sedih aku... T____T sebab selama memerhatimu... kau seorang srikandi yang tegar.. tidak gentar dek ujian yang menghempap...

aku bertafakur sejenak.. muhasabah diri atas kejadian ini.. rupanya... aku tersenyum indah sungguh perjalanan yang Allah aturkan.. Dia buka mata hati ini.. bahawa Dia ad berfirman... kita kira akan masuk syurga walhal kita belum diuji.. Allah.. dia uji kamu, ana, kita sebb nak naikkan darjat kita.. sebab nak kita dekat denganNya.. sebb tanpa ujian .. kita merasa senang dan selesa..

ana tahun nie macam2 jadi... tapi untuk ap persoalkan.. mempertikaikan keja Allah.. same jew tak redha...
Allah... jika ini yang kamu rasa.. kembali istiqhfar sayang.. sbb syaitan berjaya mempermainkan kamu...
kamu kata kamu ley hndle masalah lain.. tapi mengenai fahri.. kamu.... T__T mana dirimu twin??
Allah uji mu dengan nie sbb nak tahu iman kamu yang selama ini kamu kata kamu kuat.. kamu lemah dengan perasaan sendiri.. sebab itu Allah uji kamu dengan perasaan ini.. kamu dan fahri..
menjadi setegar srikandi .. 

Twin... tiada ap yang ana nak gtaw.. fahri wat sume nie mesti bersebab.. dia nk jaga hatimu.. jua hatinya... bagaimana ingin berjuang sedang dalam hati ad selainNya.. istiqhfar selalu.. dia terlalu menjaga hatimu... padaNya.. jadi twin... ana mohon.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kamu jagalah hatimu itu... dia sanggp lpaskan sume nie kerana menjaga hati mu dan maruah sebagai muslimah... janganlah pula kau cemari ia walaupun hanya lakonan seperti kejadianmu tempoh hari...

Twin.. memang benar.. ana tak kenal siapa fahri... bahkan tak tahu apakah wujud pemburu hidayat itu?? hanya tahu melaluimu dan sahabatmu...
tapi ana tahu.. dia lelaki yang baik.. Allah didiknya.. Allahu Rabbi...

Twin.. ingat... Allah itu takkan membebani hambaNya melampaui kemampuan hambaNya.. kamu kena yakin itu.. jadi jangan lemahkan dirimu.. kerana Allah da jamin yang Dia tkkn membebanimu melampaui kemampuanmu...

tika Dia datangkan ujian padamu.. ingat.. pandanglah hatimu sayang.. Allah sedang berbicara denganmu.. supaya sabar dan ikhlas.. maka solatlah sayang.. solatlah dengan sabar dan ikhlas.. dengan itu kau kan temui ketenangan..

kau pasti tahu kan.. waktu hamba itu paling dekat dengan Allah tika mana???
^_^ tika kita sedang bersujud.. kita dekat sangat denganNya.. jadi.. jadikan ujian ini sebagai kekuatan..
dimana Allah makin hampir denganmu..
jadikan ia semangat.. bukan kejatuhan dan kemunduran..
sebab itu solatlah .. dengan sbar..
Allah ujimu untuk mendekatkanmu padaNya..
tentang kamu dan fahri.. doalah.. moga Allah tamatkan ia dengan pengakhiran yang baik untuk kalian.. ana mendoakan...
doalah.. sebb hanya itu je kita mmpu..
fahri itu milik Allah.. jadi hanya pada Allah lah tmpat meminta.. kerana Dia Pemilik yang abadi...
apa pun keputusan Allah.. kamu harus ikhlas... mmg susah.. tapi itu jalan menempuh kesyurga.. ikhlas...
sentiasa bersangka baik nga Allah.. jangan biarkan syaitan menghasutmu untuk mempertikaikan keja Allah.. ingat yer sayang.. sentiasa bersangka baik... sebab apa yang Allah jadikan pasti itu terbaik... biarlah apa orang nak kata.. yang kita nak redha Allah.. kuatkan hatimu.. cayerlah Allah jadikan sesuatu tak de yang sia2.. msti bersebab dan pasti ad hikmah... ingat yer.. sabar dan ikhlas.. itulah islam... akhr kata.. love u coz LILLAH..

wassalam... twinmu.......... fatihah



aku cuma ana muslimah